Tiada lagi penginapan secara percuma bagi mana-mana individu yang memasuki pintu masuk Malaysia bermula pada 1 Jun 2020 ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka yang dikuarantin bakal dikenakan caj kuarantin hotel bermula tempoh tersebut termasuk warganegara dan bukan warganegara. Caj 100 peratus daripada kadar bayaran hotel bakal dikenakan kepada bukan warganegara, sementara 50 peratus bagi warganegara Malaysia.
"Sidang Majlis Keselamatan Negara telah membuat keputusan bagi mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu yang memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun 2020. Walau bagaimanapun bukan warganegara Malaysia termasuk permastautin tetap dan lain-lain, mereka akan dikenakan caj hotel sepenuhnya." kata beliau.
Ads
Majlis Keselamatan Negara turut membuat keputusan mewajibkan semua individu yang ingin pulang ke negara ini untuk menandatangani Surat Setuju Pembayaran. Surat Setuju Pembayaran 50 peratus bagi warganegara Malaysia dan 100 peratus bagi bukan warganegara boleh dibuat melalui pejabat Kedutaan Malaysia yang terdekat. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat penerbangan untuk memastikan Surat Kelulusan dijadikan syarat kepada semua penumpang.
Sebelum ini, ramai dalam kalangan bukan warganegara Malaysia yang berkahwin dengan rakyat Malaysia, yang dikuarantin iaitu pemegang pas permastautin tetap enggan membayar apabila mereka ingin keluar dari pusat kuarantin. Oleh sebab itu, selepas ini jika ada rakyat di luar negara mahu pulang ke Malaysia, mereka perlu tanda tangan dahulu surat Akur Janji bayar sebelum diberi kebenaran untuk pulang.
Setelah habis musim haji dan selari dengan pengumuman Kerajaan Arab Saudi tentang perkara bahawa wanita boleh mengerjakan umrah tanpa Mahram, semakin ramai yang menjejakkan kaki ke bumi Haramain itu.
Ada yang sudah berkali-kali ke sana dan ada juga yang baru pertama kali dapat menunaikan umrah dalam hidup. Bagi yang sudah pernah ke sana pasti tahu apa yang perlu dibuat apabila berada di bumi haram, namun untuk yang pertama kali mungkin perlu banyak membaca dan bertanya tentang persediaan untuk ke Mekah dan juga Madinah.
Kredit Foto: Siti Zurina Mat Saman
Zafira Zainul Abidin yang baru sahaja pulang dari menunaikan umrah pada Oktober yang lalu berkongsi tip buat jemaah wanita yang baru pertama kali ke Mekah dan Madinah. Apa yang dikongsikan sangat berguna terutamanya untuk membuat persediaan ke tanah haram.
Wanita ini juga sering berkongsi tip lain untuk bakal jemaah yang lain, jadi kalau dah ada perancangan nak ke sana bolehlah usha akaun media sosial wanita ini untuk mendapatkan maklumat lain.
15 Tips untuk jemaah wanita pertama kali ke Umrah.
Walaupun sd hampir 2minggu meninggalkan bumi Mekah dan Madinah tapi perasaan masih tertinggal disana.. Niat ingin share2 tips yang kami lalui sepanjang berada disana. Semoga bermanfaat.
Baju Jubah dan Jubah Seluar
Bawa dalam 2 helai Jubah dan 2 jubah seluar. Pilih warna hitam dan putih. Pasti akan membeli di Madinah atau Mekah. Sebagai kenangan dan tambah koleksi .
Telekung & Tudung
2 helai telekung saja kain nya tak perlu bawa sudah memadai. Mini telekung pun bagus ada poket. Tudung sarung/sauk dalam 4 helai memudahkan.
Handsock dan Stokin
4 pasang setiap satu. Bole cuci lepas pakai. Pakaian dalam jugak begitu. Selipar 1 set, stokin tawaf, kasut untuk berjalan ziarah-ziarah.
Hanger
Perlu bawa untuk sidai baju dalam 5 pcs atau lebih, habis umrah tinggalkan saja atau sedekah pada cleaner-cleaner. Baju tidur 2 helai, inner seluar 2 pasang. Bole cuci lepas pakai.
Kredit Foto: Siti Zurina Mat Saman
Sabun kain serbuk
Untuk cuci baju semasa dihotel. Service laundry ada bole jek kalau ada bajet 1kg 10SR. 10kg dah 100SR.
Simkad
Beli simkad yang berdaftar di sana contoh Telco Mobily, bole top up untuk yang ada simkad pastikan masih valid.
Ubat ubatan
Bawa siap-siap ubat batuk, vitamin C, redoxon, selesema, suplement lain, Vaseline, lotion penting kulit kering cuaca panas kalau musim dari April ke Oktober. Pad, pantyliner sedia ikut keperluan. Di sana mahal sikit. Minum banyak-banyak air zam-zam disana.
Plastik/ zip lock/wrapping
Memudahkan packing barang-barang kecil dan wrapping beg.
Pertukaran wang SR (Saudi Riyal)
Mengikut bajet masing-masing. SR 2k sudah memadai. Yang suka shopping ready lebih skit. Tapi ingat luggage hanya 30kg seorang.
Duit dalam sampul
Masukkan duit sedekah ke dalam sampul – terutamanya bila bagi tips di airport (kadang diorang demand 20R, 50R) . Hati-hati bagi sedekah risau tersentuh boleh batal wuduk pulak.
Botol spray Wuduk
Standby Bawa botol wuduk spray. Toilet jauh.
Kredit Foto: Siti Zurina Mat Saman
Shopping barang-barang
Pada kami di Mekah lebih murah dan banyak pilihan terutama di Kawasan Jabal Rahmah. Kalau nak beli sejadah, keychain dan lain-lain untuk family, kawan sesuai beli di sana. Di Madinah pun banyak tempat untuk pilih Jubah wanita or lelaki untuk anak-anak pun ada. Tapi apapun terpulang mengikut mana yang sesuai.
Makan ubat tahan period
Minta nasihat doktor. Ini penting. Nanti sampai sana tak dapat buat umrah gara-gara masa period tiba. Usaha untuk berdoa dan dipermudahkan.
Wheelchair
Pengalaman pertama, membawa ibu dan kakak guna WC. Pastikan jenis WC tayar mati, untuk memudahkan pengguna dan yang di tolak. tidak perlu risau untuk pam angin.
Sentiasa beristighfar dan bertahmid. Supaya dipermudahkan urusan. Jaga adab itu wajib. insyallah.
Semoga urusan puan2 & tuan2 dipermudahkan. Semoga mendapat Umrah Mabrur. Insyallah ada rezeki nak pergi lagi bersama family.
Dalam Rancangan Kawasan Khas gugusan Pulau Tioman bagi tempoh 10 tahun bermula 2020, meletakkan sasaran untuk membangunkan kemudahan jalan raya sepanjang 27 kilometer dari Kampung Mukut ke Kampung Salang di pulau peranginan itu bagi kemudahan penduduk sekitar.
Penduduk di pulau pelancongan itu memang amat mengharapkan pembinaan jalanraya berkenaan bagi memudahkan pergerakan mereka di kawasan itu. Mereka juga berharap pelaksanaannya dapat dilakukan dalam cara yang holistik supaya tidak berlaku masalah pencemaran alam sekitar.
Ahli Dewan Undangan Negeri Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata satu lagi projek yang memang diharapkan penduduk ialah pembinaan marina atau mini pelabuhan di setiap jeti hentian, bagi memudahkan perjalanan keluar masuk bot kecil persendirian.
Pembinaan marina ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan di jeti sedia ada yang digunakan feri sebagai pengangkutan utama di sini bagi mengambil dan menurunkan penumpang, yang memuncak pada hujung minggu ekoran kedatangan pelancong.
Beliau turut berkata 88 projek dan program terdiri daripada 30 projek berimpak tinggi, 41 projek ‘Entry Point’ dan 17 program ‘Quick Win’ juga dikenal pasti untuk dilaksanakan pada Rancangan Kawasan Khas Pulau Tioman.
Baru ini tular mengatakan negara bakal mengalami suhu sejuk melampau. Hal Malaysia alami suhu sejuk ini pernah menggemparkan negara kerana Kuala Krai, Kelantan pernah merekodkan suhu sejuk malah tular penduduknya memakai baju sejuk, seolah berada di luar negara.
Bagaimana pun fenomena mengatakan Malaysia bakal mengalami cuaca sejuk berkali ganda diperbetulkan oleh Muhammad Syafiq di fb yang sering berkongsi fakta berkaitan geografi negara ini.
Bacalah penjelasannya seperti dikongsinya di fb miliknya.
Berkali ganda itu tidak la. Sedikit sejuk itu betul. Peristiwa lazim ketika musim monsun timur laut apabila adanya ledakkan keluar udara sejuk dari sistem tekanan tinggi yang sangat kuat di kawasan pedalaman dan timur Asia menuju ke rantau negara kita.
Kita masih lagi berada di dalam musim monsun timur laut yang dijangka berterusan sehingga ke Mac nanti.
Luruan monsun boleh menyebabkan keadaan cuaca lebih lembab dan suhu sedikit sejuk daripada kebiasaan.
Selain itu, fenomena La Nina yang sedang berlangsung ketika ini juga akan turut mempengaruhi suhu di rantau negara kita.
Kuala Krai, Kelantan pernah alami suhu serendah 15.7°C semasa monsun timur laut beberapa tahun yang lalu. Cameron Highlands, Pahang pada 01 Februari 1978 pula pernah alami suhu 7.8°C .
Peta yang sedang tular itu menunjukkan anamoli suhu. Anamoli suhu bermaksud suhu yang tidak biasa daripada suhu purata.
Ada yang beranggapan kita akan alami suhu yang sangat sejuk berpandukan data yang tertera di dalam peta.
Bukan begitu.
Secara ringkasnya, jika anamoli suhu negatif, bukan bermaksud suhu rantau negara kita itu berada di bawah paras beku tetapi ia merujuk kepada suhu sejuk daripada suhu purata . Jika anamoli suhu semakin tinggi (positif ), bermaksud semakin panas berbanding suhu purata.
* Saya ada lampirkan unjuran model ramalan GFS berkenaan suhu dan anamoli suhu pada 18 Januari 2021, jam 02:00 PM.
Boleh perhatikan peta anamoli suhu ada yang menunjukkan negatif di sebahagian kawasan tetapi suhu masih lagi di atas paras beku.Seperti yang saya nyatakan, anamoli suhu negatif bukan bermaksud suhu berada di bawah paras beku.
Sekian. Wallahu A'lam. Ikuti Channel telegram 'AstroMet Malaysia' untuk maklumat menarik berkenaan topik astronomi dan meteorologi :- ( https://t.me/AstroMetMalaysia )
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...