Kita hanya mampu merancang, tetapi segala yang berlaku dalam kehidupan seharian kita berada diluar kawalan.
Begitu juga dengan percutian. Kumpul duit belanja untuk bercuti kita mampu, tiket kapal terbang pun sudah dibeli. Namun apa yang kita rancang tidak semenstinya menjadi kenyataan. Tiba-tiba tidak jadi pergi kerana ada perkara yang lebih penting atau mungkin anda terlepas pesawat.
Nah, tip ini merupakan perkongsian daripada saudari Syafaa Sharrafah jika anda ingin menuntut kembali sebahagian wang tiket tambang pesawat AirAsia akibat terlepas pesawat atau ingin membatalkan tarikh penerbangan.
Saya share untuk sesiapa yang belum tahu lagi
Ads
Bulan Oct 2019 sepatutnya saya travel solo ke Myanmar. Tetapi lepas grad bulan Ogos, terus dpt kerja. So, saya terpaksa cancel trip saya. Maklumlah baru dapat kerja.
Ads
Harga tiket return KL-Yangon-KL = RM185
Harga refund = RM141
Harga rugi = RM44
Jadi, saya terbaca yang kita boleh refund tiket. Caranya:-
Ads
Buka website AA atau app
Chat with AVA
Pilih Refund
AirAsia New Refund Request
Airport Tax Refund
Masukkan booking number flight korang
Masukkan reason kenapa korang nak refund. Dalam kes saya, saya tulis "Could not make it to aboard the flight." (Padahal sengaja taknak naik)
Pilih korang nak refund dalam bentuk Credit Account AA atau masuk dalam akaun bank korang (tapi dlm credit acc ada validation date boleh guna smpi bila. Rugi saya buat kt situ. Sepatutnya masuk dlm acc bank je)
Settle semua tunggu lah dapat email dari AA berjaya atau tak. Dalam seminggu mcm tu diorg process.
Note: Tapi kena request refund dalam masa 6 bulan dari tarikh flight korang terlepas atau tak jadi naik tu. Selepas 6 bulan dah tak boleh request refund.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tidak rugi pun seandainya setiap orang berusaha mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menguasai bahasa-bahasa utama di dunia. Bahasa merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis.
Menurut kajian pakar bahasa, terdapat lebih 6,500 bahasa di seantero dunia ini. Namun kajian yang dijalankan oleh NVTC dan Foreign Service Institute, antara banyak-banyak bahasa yang ada di dunia, Bahasa Jepun adalah bahasa yang paling sukar untuk dipelajari oleh sekumpulan penceramah yang memahami Bahasa Inggeris. Diikuti Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, dan kemudian Bahasa Korea.
Tetapi kalau diikutkan di negara kita, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin ramai yang berjaya menguasainya dengan begitu baik.
Kalau anda individu yang dapat menguasai 4 bahasa paling susah ini, kira memang anda ‘power ‘ la! Kelebihan menguasai bahasa asing boleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam alam pekerjaan. Kelebihan tersebut membolehkan individu itu menceburkan diri dalam kerjaya seperti penterjemah atau sebagai jurubahasa dalam bidang kehakiman mahupun sektor pelancongan. Gaji jangan cakap la, orang luar yang mahir bertutur dalam bahasa tempatan memang sentiasa mendapat permintaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebelum bergerak ke negara orang, anda patut tahu barang wajib bawa bercuti untuk memudahkan urusan anda di sana nanti.
Kadang-kadang anda mesti lupa tentang kemudahan yang anda boleh bawa ketika bercuti. Buat anda yang baru nak mula bercuti, terutama sekali luar negara.
Buat para wanita, anda boleh gunakan barang kemudahan ini kerana perempuan mesti kena bersedia dari pelbagai aspek.
Selain itu, dapat memudahkan pergerakan anda juga dan tak perlu keluar duit untuk membayar “luggage” tambahan.
Jadi ini merupakan 4 barang yang wajib anda bawa apabila melancong terutama sekali apabila ke luar negara untuk kekal bersih sentiasa dan beg pun tidak berat!
4 Benda yang wajib anda ada sewaktu travel!
1. Toilet cover pad
Semestinya buat anda yang mengutamakan kebersihan dan suka jenis tandas yang duduk berbanding cangkung itu sewajibnya perlu benda ini. Kebanyakan orang apabila di tempat awam seperti itu mereka akan pijak di bahagian duduk itu jadi akan kotor.
Selalunya orang akan basuh dengan air dan lap dengan tisu pun masih lagi rasa tidak bersih tempat duduk tersebut. Untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau benda yang tidak diingini, boleh cuba untuk membeli penutup tempat duduk pakai buang ini.
Sekarang zaman beli dekat internet sahaja. Bersepah! Jadi beli banyak-banyak daripada korang membazir beli benda yang tak berfaedah. Murah pun sangat murah harganya. Ada yang boleh dapat 1 bungkus 10 keping harga RM1 sahaja.
2. Botol 4 dalam 1 isian mudah!
Jadi botol ini untuk apa? Botol 4 dalam 1 ini sangat memudahkan terutama sekali buat mereka yang tidak suka membawa banyak barang atau botol dalam beg sangat sesuai menggunakan botol ini.
Apa yang anda perlu lakukan adalah pulas sahaja bahagian yang mana anda inginkan nanti keluar terus cecair yang sudah anda letak. Satu tip yang anda boleh lakukan agar tidak salah, letak stiker tampal di penutup atau badan botol supaya lebih mudah untuk anda terus tekan.
Antara barang yang anda boleh letak di dalam botol tersebut adalah seperti minyak wangi, pelembap muka, losyen, makeup remover, cream malam dan siang atau krim pelindung matahari. Apa sahaja asalkan ia boleh dimasukkan ke dalam botol tersebut.
3. Beg simpanan ‘resealable vacuum’ untuk melancong.
Beg simpanan yang boleh ditutup vakum ini sangat mudah buat mereka yang suka pergi melancong kerana menjimatkan ruang sebenarnya. Tiada masalah untuk anda bawak baju banyak.
Selain itu, anda tidak perlu risau lagi dengan baju-baju yang tebal seperti jaket musim salji mahupun tuala mandi dan baju yang nipis dan banyak. Anda boleh beli ikut saiz yang anda inginkan atau mengikut barang anda je senang. Harga pun tak mahal tau.
4. Penyangkut baju Portable
Ini terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakan penyangkut baju portable ini atau tidak. Cuma untuk mereka yang nak kekemasan apabila bercuti. Selalunya mereka yang nak nampak kemas.
Kalau pergi mudah lah anda nak ambil baju yang sudah bersangkut. Bagusnya penyangkut baju portable ini boleh dilipat jadi kecik dan masukkan sahaja dalam bag. Ianya juga tidak memakan space. Beli sahaja dekat internet sebelum gerak tu. Selain itu, boleh juga anda pakai dekat rumah kan.
Itu sahaja 4 benda yang penting dan dapat membantu percutian anda. Sebenarnya banyak lagi yang anda boleh bawa. Ini dikatakan sebagai ‘smart travel’. Apa yang penting ia sangat memudahkan keadaan anda.
Semoga bermanfaat buat semua. Bukan sahaja untuk bercuti luar negara. Dalam negara pun boleh!
Ramai yang suka menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan setiap kali ingin melancong kerana mahu memudahkan urusan merancang perjalanan.
Namun kebelakangan ini timbul pelbagai isu berkaitan agen pelancongan yang tidak bertanggung jawab, termasuk perkhidmatan yang tidak cekap.
Jadi ramai memilih untuk merancang perjalanan mereka sendiri (DIY).
Selain dapat menjimatkan wang, merancang perjalanan secara DIY juga memberi lebih kebebasan untuk menyesuaikan itinerari mengikut kehendak dan bajet sendiri.
Bagi yang ingin travel secara DIY, apa kata anda cuba tip sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pelayar, @miyabell menerusi akaun TikTok miliknya.
1. Pilih destinasi dan tarikh perjalanan
– Langkah pertama adalah menentukan negara pilihan anda.
– Sebagai contoh, Bali merupakan pilihan yang mesra bajet dan sesuai untuk mereka yang baru ingin mencuba travel secara DIY.
– Tempah tiket penerbangan pada musim rendah, elakkan musim cuti sekolah, cuti umum, atau musim perayaan kerana harga tiket biasanya lebih mahal pada waktu tersebut.
– Buat tempahan tiket secara berasingan (sehala), berbanding pakej pulang-pergi yang biasanya lebih mahal.
– Cari tarikh dengan harga tiket yang paling rendah dan tentukan bilangan hari di destinasi tersebut.
– Semakin lama tempoh perjalanan, semakin fleksibel anda menyusun aktiviti dan bajet.
2. Buat kajian tempat-tempat menarik
– Langkah seterusnya ialah melakukan kajian menyeluruh tentang tarikan pelancongan dan aktiviti yang menarik di destinasi pilihan.
– Dalam era digital ini, anda boleh menggunakan platform seperti TikTok, YouTube, Google, dan Google Maps untuk mencari informasi tentang tempat-tempat menarik.
– Mengikut tip yang dikongsi oleh Miya, di Google Maps, anda hanya perlu menaip ‘attractions in (nama destinasi)’ dan senarai tarikan akan dipaparkan bersama ulasan dari pengunjung sebelum ini.
3. Pengangkutan paling murah dan sesuai
– Di Bali, terdapat beberapa pilihan pengangkutan yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan bajet anda. Jika anda berseorangan atau berdua, menyewa motosikal adalah pilihan paling murah.
– Namun, perjalanan dari satu lokasi ke lokasi lain di Bali boleh mengambil masa antara 1 hingga 3 jam. Oleh itu, pastikan motosikal yang disewa berada dalam keadaan baik, terutamanya jika anda merancang perjalanan jauh.
– Maklumkan kepada penyedia perkhidmatan sewaan motosikal tentang rancangan perjalanan anda supaya mereka dapat menyediakan motosikal yang sesuai dan selamat untuk jarak yang lebih jauh.
– Bagi kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang, menggunakan supir (pemandu peribadi) mungkin lebih praktikal dan menjimatkan.
– Selain itu, aplikasi e-hailing seperti Grab atau Gojek boleh digunakan untuk perjalanan yang lebih pendek dan fleksibel.
4. Susun itinerari mengikut kawasan
– Agar lebih efisien, susun jadual perjalanan dengan mengumpulkan lokasi tarikan mengikut kawasan berdekatan.
– Oleh itu, gunakan Google Maps untuk melihat jarak antara lokasi-lokasi yang ingin anda lawati dan menyusun jadual secara sistematik. Ini dapat menjimatkan masa, tenaga, dan kos perjalanan.
5. Pilihan bagasi
– Apabila melancong secara DIY, beg galas belakang (backpack) lebih sesuai berbanding bagasi besar yang biasa digunakan dalam perjalanan dengan agensi pelancongan. Ia memudahkan pergerakan dan menjimatkan ruang, lebih-lebih lagi jika anda bergerak ke banyak tempat.
– Selain itu, pastikan bawa pakaian yang tidak memerlukan gosokan seperti baju dan tudung yang ironless
– Ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perjalanan anda, menjadikan keseluruhan pengalaman lebih selesa.
6. Berhati-hati memilih makanan
– Sebelum memilih restoran, pastikan anda memeriksa kebersihannya, dari segi lantai, meja makan, dan sebagainya.
– Pastikan anda membaca ulasan pelanggan di Google atau platform lain sebelum memilih tempat makan untuk memastikan makanan yang dihidangkan selamat dan memuaskan.
– Ini secara tidak langsung mampu mengelakkan kita mengalami keracunan makanan.
7. Keselamatan semasa Travel DIY
– Keselamatan adalah perkara yang perlu diberi perhatian utama, terutamanya bagi mereka yang melancong sendirian.
– Salah satu langkah yang perlu diambil adalah memberitahu keluarga atau rakan rapat mengenai perjalanan anda, termasuk lokasi penginapan dan tarikh perjalanan.
– Simpan salinan dokumen penting seperti pasport, kad pengenalan dan tiket penerbangan dalam cloud storage atau emel, sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kehilangan.
– Guna sim kad atau internet roaming supaya dapat berhubung dengan orang lain, mencari bantuan jika perlu dan menggunakan peta digital untuk membantu navigasi di negara asing.
Melancong ke luar negara tanpa bantuan agensi pelancongan bukan sahaja menjimatkan kos tetapi memberi anda kebebasan untuk merancang perjalanan mengikut cita rasa sendiri.
Dengan kajian awal, penyusunan itinerari yang baik, pengurusan bajet yang teliti, dan penerapan tip keselamatan, travel secara DIY boleh menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan memuaskan.
Paling penting, rancang, buat kajian, dan mula dengan langkah kecil. Selamat melancong dan pastikan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...