Lokasi ‘Miami Terengganu’ menjadi pemandangan biasa bagi aktiviti memancing ditepian tebing laut dan lokasi peminat dron menerbangkan gajet mereka untuk mendapatkan video dan foto indah kawasan berkenaan.

Terbaru, satu papan larangan telah dinaikkan di kawasan berkenaan tidak membenarkan menerbangkan dron dan memancing di kawasan jambatan angkat atau ‘Drawbridge’ di Kuala Terengganu. Larang berkuatkuasa serta merta itu adalah atas faktor keselamatan.

Dah Tak Boleh Memancing & Terbangkan Dron Di Drawbridge, Terengganu. Dilarang Serta Merta! Dah Tak Boleh Memancing & Terbangkan Dron Di Drawbridge, Terengganu. Dilarang Serta Merta! Dah Tak Boleh Memancing & Terbangkan Dron Di Drawbridge, Terengganu. Dilarang Serta Merta!

Menurut TI Properties Sdn Bhd, pihaknya sedar larangan itu menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai seterusnya menjadi perbincangan hangat di media sosial. Bagaimanapun menurut mereka tindakan drastik dan tegas dengan meletak papan tanda larangan memancing dan menerbangkan dron terpaksa diambil susulan berlakunya beberapa kejadian dron terhempas di bahagian bumbung menara dan kawasan persekitaran jambatan angkat berkenaan.

IKLAN

TI Properties dalam satu kenyataan berkata mereka sangat menghargai dan berterima kasih kepada para penerbang dron yang telah memuat naik gambar-gambar dan video menarik mereka di pelbagai platform media sosial dan ia sedikit sebanyak membantu mempromosi serta memperluaskan lagi informasi berkaitan sektor pelancongan Terengganu. Bagaimanapun larangan tidak boleh terbangkan dron terpaksa dikuatkuasakan di kawasan jambatan angkat kerana kegagalan mengawal dron boleh menyebabkan ia terhempas sekali gus merosakkan bangunan ‘skybridge’ yang keseluruhan panelnya dibina daripada kaca serta membahayakan keselamatan orang awam.

Selain itu larangan penggunaan dron di jambatan angkat juga terpaksa dikuatkuasakan kerana penggunaan dron boleh mengganggu sistem frekuensi operasi ‘basscule’, yang beroperasi menggunakan sistem gelombang frekuensi wifi. Malah pihak syarikat juga perlu lebih berhati-hati apabila ia turut melibatkan kawalan peraturan serta udang-undang yang diwartakan mengikut Akta Penerbangan Awam 1969 dan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 yang memerlukan setiap penerbang dron mendapat permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menjalankan aktiviti penerbangan. Kegagalan dalam mendapatkan permit penerbangan daripada CAAM boleh dikenakan denda minima RM50,000 atau tiga tahun penjara bagi individu atau denda maksima RM100,000 untuk badan korporat.

Bagi larangan memancing pula, kawasan larangan yang dimaksudkan ialah di bawah jambatan dan sekitarnya yang menjadi tempat rekreasi orang ramai. Selain bimbangkan keselamatan pengunjung lain kerana aktiviti memancing yang melibatkan peralatan tajam, TI Properties juga ingin memastikan kawasan itu bebas daripada sisa-sisa umpan yang jika ditinggalkan boleh mencemarkan pandangan dan berbau busuk.

IKLAN

Ramai dalam kalangan pemancing dan pengendali dron melahirkan rasa tidak puas hati terhadap larangan memancing dan aktiviti dron yang dikuatkuasakan di sekitar mercu tanda ikonik Terengganu, jambatan angkat (drawbridge) itu. Tindakan drastik itu dianggap tidak adil buat mereka kerana aktiviti tersebut banyak membantu merancakkan industri pelancongan di negeri ini khususnya mempromosikan jambatan angkat.

Dah Tak Boleh Memancing & Terbangkan Dron Di Drawbridge, Terengganu. Dilarang Serta Merta!

IKLAN

Kawasan jambatan angkat menjadi tumpuan kaki pancing termasuk dari luar Terengganu kerana perairannya banyak ikan sehingga menarik pemancing profesional ke negeri kita. Sementara itu, pengendali laman Facebook Amazing Terengganu berkata, larangan menerbangkan dron disifatkan berundur ke belakang dan boleh merencatkan usaha mempromosikan pelancongan di Terengganu.

Foto: Kuala Terengganu Drawbridge | Sumber: Bernama 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI