Kalau sudah pergi makan angin tidak sah rasanya kalau tidak bergambar atau merakam video.
Ia boleh dikatakan perkara wajib semua orang lakukan untuk abadikan kenangan bila sudah pulang nanti. Dan ke mana lagi akan perginya foto dan video percutian anda kalau bukan ke laman media sosial!
Jadi semestinya anda mahu kenangan itu diabadikan dengan penuh eksrpesif dan cantik. Ikuti teknik berfoto yang mampu menjadikan pengembaraan anda nampak lebih menarik di laman media sosial!
Ads
SUDUT BAIK
Buat apa kalau handsome tapi gambar tak menarik. Antara faktor utama untuk nampak lebih mengancam dalam gambar ialah dengan mengambilnya pada sudut yang baik. Sebagai contoh jika anda ingin kelihatan lebih tinggi ambillah dari sudut bawah. Anda dan tukang ambil gambar haruslah sentiasa berkomunikasi dengan baik juga.
FAKTOR CAHAYA
Pada masa kini kamera telefon pintar sudah menghampiri kualiti kamera digital yang berharga mahal. Jadi masalah pengcahayaan itu tidak lagi menjadi masalah sebenarnya. Namun jika anda tak menggunakan teknik pengcahayaan dengan baik pasti gambar tidak akan nampak menarik. Sebagai contoh elakkan ambil gambar membelkangkan sumber cahaya seperti sinaran matahari.
Mengapa orang yang pergi melancong beriya-iya ambil gambar terutamanya berhampiran monumen terkena. Ya, tak lain tak bukan sebab ingin latar belakang yang menarik. Selain latar belakang popular antara teknik foto yang baik ialah menggunakan latar belakang kemas yang bercorak, bergeometri dan berwarna-warni.
Ads
GUNA PROP
Selain itu anda juga boleh meningkatkan keunikan foto dengan menggunakan prop. Penggunaaan prop membuatkan foto nampak lebih menarik. Antara prop penting ialah makanan, hiasan meja, beg tangan juga boleh dijadikan prop dalam foto OOTD anda. Tapi janganlah pula anda guna objek sensitif seperti minuman keras, rokok dan barang-barang berbahaya dilarang undang-undang!
TIRU MAJALAH
Jika anda kering idea nak pose, usah gundah-gulana. Ambil idea yang ditonjolkan dalam majalah fesyen atau gaya hidup seperti MASKULIN. Tiru sahaja pose yang diketengahkan dalam ruangan fesyen atau personaliti. Pasti anda sendiri pun nampak pose macam model!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Seorang pengamal media Malaysia telah berpeluang menggunakan khidmat penerbangan tambang murah yang baharu iaitu Citilink. Ini pendapat menarik yang dikongsi beliau dalam laman sosialnya menarik perhatian ramai netizen.
Masa abam di Indonesia semalam, abam perasan ada banyak pesawat Citilink kat airport diaorang. Serius, mula-mula abam ingat ini company kurier, hairan jugalah, kencang sangat ke syarikat ni sampai ada berpuluh kapal terbang kat Indonesia ni.
Rupanya sebutan je sama, ejaan lain. Di Malaysia syarikat kurier tu namanya Citylink – yang ini Citilink, beza huruf.
Citilink ni ‘adik’ Garuda Airlines, syarikat penerbangan terbesar di Indonesia. Cuma Citilink ni khusus untuk penerbangan tambah murah macam ala-ala Air Asia.
Diam tak diam depa dah ada 50 buah pesawat dan depa dah start landing kat KLIA serta Penang.
Menariknya, walaupun tambang murah, Citilink bagi 10 kilogram luggage free dan tak seperti syarikat tambang murah lain – Citilink bagi penumpang mereka makanan percuma!
So far Citilink dah terbang untuk sektor Jakarta-Penang, Surabaya- Penang dan Banyuwangi-KLIA. Tak lama lagi Phnom Penh (Kemboja) – KLIA.
Bagi abam lagi banyak low cost carrier, lagi bagus. Persaingan yang sihat. And the end of the day, kita yang untung kerana ada banyak pilihan.
Ramai yang berhajat untuk bercuti ke Amerika Syarikat, tetapi ada yang melupakan impian ke destinasi tersebut kerana beranggapan visa untuk masuk ke sana sangat sukar untuk diluluskan. Sebenarnya bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan visa membuat perjalanan ke Amerika Syarikat tidaklah sesukar mana jika anda membuat sedikit persediaan.
Rajin-rajinkanlah bertanya orang yang sudah berpengalaman ke sana. Rasa rugi juga jika tidak berkesempatan untuk melawat dan menjengah negara kuasa besar yang satu ini kan? Ini ada sedikit perkongsian tip menarik daripada seorang wanita rakyat Malaysia yang telah menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat.
Jom baca!
Simple tips untuk korang yang nak ke California – Nevada – Arizona , United States of America.
.
.
1. Visa USA
Untuk memudahkan visa korang approve , korang mesti ada strong ties atau bond . Contoh professional carier , asset tetap , family relation dan etc. Bayaran utk apply visa 145 usd .
2. Transport
Banyak company menawarkan kereta sewa di USA , pilih je mana mana . Pasti kan berbaloi dan selesa untuk long distance driving . Di sana korang kena biasa kan left hand drive dan memahami peraturan jalan raya di sana sgt berlainan dengan malaysia .
3. Accomodation
Untuk memudahkan perjalanan korang , saya saran kan penginapan motel . Selesa dan kereta boleh parking betul betul depan bilik . Mudah & Cepat utk keluar masuk kan barang .
4. Minyak Kereta ( Petrol )
Sila elak kan kawasan “High demand , Low supply” . Harga petrol akan jadi 3 kali ganda mahal . Untuk pengetahuan korang , nilai harga petrol di California adalah paling termahal dari negeri negeri lain
5. Supermarket
Kalau di Malaysia ada eco shop , di USA ada Walmart . Walmart open 10:00 am sehingga 00:00am dan ada juga yang 24 jam . Segala kelengkapan ada jual di sini.
6. Air Mineral
Korang kena pasti kan air dalam badan mencukupi , Las Vegas merupakan padang pasir . Cuaca terlampau panas boleh mencecah 45celcius . Air mineral di Petrol Station sebotol 2usd . Di Walmart 38 botol 5 usd . Jadi lah pengguna yang bijak
7. Time Zone
Untuk di California , 15 jam lewat dari Malaysia . Penerbangan yang sangat lama untuk sampai ke destinasi . Seperti kami bertolak balik dari Los Angeles hari Selasa . Dan landed di KLIA hari Khamis . Transit cuma 5 jam . Selebihnya atas flight.
.
.
.
.
.
.
.
.
So setakat ini sahaja saya share , jika ada masa saya sambung tips lain . Rancang lah perjalanan korang dengan baik ye. Setiap kali travel byk buat story di ig @amyranatasha , boleh refer situ jgak .
Suka bercuti tetapi bajet tak cukup? Ya, melancong merupakan antara hobi yang mahal dan sukar untuk dilaksanakan bagi kebanyakan orang.
Namun, anda mesti pernah mendengar tentang budget travelling bukan? Ini bukanlah sesuatu yang mustahil lagi.
Gunakan tips jimat masa travel yang kami kongsikan ini untuk mendapatkan pengalaman melancong yang best tetapi masih dapat menjimatkan wang.
Perkara utama yang perlu dititikberatkan ketika merancang sesebuah percutian tentunya destinasi. Pilih destinasi yang ingin dilawati di luar musim percutian.
Anda perlu sentiasa peka tentang tarikh yang dikeluarkan oleh agensi pelancongan di luar musim. Pasti anda akan mendapat tawaran hebat untuk tiket penerbangan.
Memang tampak mudah untuk menukar wang di lapangan terbang atau di hotel apatah lagi jika kita seorang yang sibuk dan ingin melancong ke luar negara.
Tetapi kebiasaannya, kedua-dua lokasi ini sering menawarkan kadar pertukaran wang asing yang lebih tinggi berbanding di luar.
Jangan tertipu dengan helah mereka mengatakan bahawa tiada yuran komisen yang dikenakan. Jadi, buat persiapan awal dengan curi sedikit masa untuk menukar wang di lokasi lain seperti di pusat beli belah.
Mengapa bukan hotel? Kerana tempat seperti yang dicadangkan menawarkan harga yang jauh lebih murah, mempunyai kemudahan yang tidak terhad dan lebih fleksibel terutamanya buat mereka yang mempunyai keluarga yang ramai.
Tapi, kalau melancong secara solo juga banyak kelebihan yang anda perolehi daripada lokasi penginapan seumpama ini.
Ruang dapur turut disediakan, jadi anda tidak perlu membazir untuk sentiasa makan di luar.
Malah, lokasi seperti ini menawarkan pengalaman kepada pelancong untuk merasai dan ikut serta budaya lokal dengan bergaul dengan masyarakat setempat.
Anda pasti akan dapat lebih ramai kenalan baharu dan belajar dengan lebih banyak tentang aktiviti seharian mereka.
Sekiranya anda menjadi ahli Worldpacker (anda perlu menjadi ahli dan membayar yuran tahunan) anda boleh melancong, dan menetap di sesuatu lokasi secara percuma.
Caranya mudah saja, anda boleh mendekati hos destinasi yang ingin anda tuju dan sekiranya anda diterima, anda boleh menginap di sana dalam jangka masa yang telah dipersetujui dan menjadi sukarelawan sebagai penukaran servis kepada hos tersebut.
Anda akan diberi cuti dua atau tiga hari untuk menerokai tempat-tempat menarik setiap minggu. Menarik bukan? Pastinya suatu pengalaman yang lain daripada yang lain.
Tentunya banyak wang akan dihabiskan dengan acara makan-makan ketika melancong.
Tapi untuk dapatkan penjimatan yang lebih, berbelanjalah barangan dapur di pasaraya tempatan dan pelajari cara untuk memasak hidangan lokal di tempat penginapan.
2 in 1: Dapat jimat wang dan belajar resipi tradisi baharu!
Alternatif lain ialah anda boleh selidik dahulu lokasi tempat makan yang murah atau “street-food” yang makanannya jauh lebih menyelerakan.
Ini juga cara terbaik untuk anda menimba pengalaman melancong di tempat orang.
Berbaloi atau tidak untuk mendapatkan cenderamata setiap kali anda melancong?
Pada zaman teknologi masa kini, untuk lebih menjimatkan wang, gunakan aplikasi gambar yang pelbagai untuk merakam segala aktiviti menarik, tempat bersejarah dan adat tempatan untuk diabadikan sebagai memori. Malah, kenangan seumpama itu dapat disimpan dengan lebih lama.
Lagi pula, sosial media kan ada untuk anda sentiasa update kenalan dan keluarga tentang percutian anda.
Cenderamata yang dibeli juga akhirnya nanti hanya dijadikan hiasan dan koleksi semata-mata.
Rugi bukan? Jadi keluarkan cenderamata atau souvenirs dari checklist travel anda, pasti anda akan nampak lebih banyak perubahan di dalam belanjawan percutian yang telah dirancang.
Ambil peluang percutian pada kali ini untuk lebih dekat kepada masyarakat tempatan dengan ikut serta di dalam aktiviti seharian mereka.
Jadi, untuk bersiar-siar atau ke tempat-tempat pelancongan menarik di tempat percutian anda, pilih untuk menaiki kenderaan awam yang disediakan atau berjalan kaki selain daripada menempah perkhidmatan pemandu pelancong peribadi.
Jika ke Eropah seperti di London atau Amsterdam, tren dan perkhidmatan bas yang ditawarkan sangat menakjubkan dan murah.
Lokasinya juga strategik iaitu dekat dengan tempat penginapan. Jadi rancang perjalanan anda dengan lebih teliti supaya pengalaman percutian anda dapat dimaksimakan.
Bukanlah kata anda tidak boleh langsung untuk melawat tempat yang memerlukan bayaran atau fees, tetapi seeloknya ambil peluang percutian ini untuk melawat tempat tarikan pelancong yang kemasukannya adalah percuma.
Contohnya, seperti muzium, balai seni, bersiar-siar di sekitar bandar utama, lokasi hiking dan tempat riadah awam, yang menawarkan pelbagai aktiviti dan pengalaman percutian yang tidak kurang hebatnya.
Jadi, jika anda kerap mengisi jadual anda dengan tempat percuma seumpama ini, anda boleh gunakan lebihan wang yang ada untuk aktiviti yang memerlukan bayaran.
Banyak syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom atau Digi menawarkan pelbagai jenis deal terhebat atau baucar diskaun untuk makanan, rawatan spa mahupun lawatan ke tempat tarikan pelancong untuk para pelanggan mereka.
Jadi ambil peluang yang ada sekiranya anda mempunyai kelebihan sebagai pelanggan. Jika anda seorang pelajar universiti juga, kad pelajar juga turut menawarkan kelebihan yang sama.
Rata-rata muzium di seluruh negara menawarkan diskaun atau kemasukan percuma kepada pelajar. Malah, sesetengah restoran juga turut menawarkan harga yang rendah untuk makanan dan minuman mereka buat para pelajar.
Jadi, buat research dan tentukan masa yang sesuai untuk anda gunakan baucar-baucar ini dalam merancang percutian anda. Percaya atau tidak, anda pasti dapat berjimat dan dalam masa yang sama melancong sepuasnya.
Tips jimat masa travel ini mungkin kedengaran remeh tetapi percayalah ianya berkesan! Selain bajet untuk makanan, pengangkutan dan penginapan, ketepikan sejumlah wang tambahan untuk membeli-belah dan melakukan aktiviti yang mahal contohnya seperti skydiving, surfing, menaiki hot-air balloon atau hanya sekadar ingin membeli satu atau dua barangan berjenama.
Dengan cara ini anda tidaklah rasa bersalah sekiranya anda berbelanja lebih. Malah, anda akan merasai kepuasan melancong tetapi dalam masa yang sama anda percutian anda masih di dalam bajet yang telah dirancang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...