
Sektor pelancongan Terengganu dijangka kembali pulih apabila kerajaan negeri membenarkan semua pusat penginapan dibuka dan aktiviti pelancongan berjalan seperti biasa mulai 12 Jun 2020.
Ada yang tak sabar untuk bercuti ke pantai atau sangat rindu untuk menyelam ke dasar laut? Negeri Terengganu ada banyak lokasi pelancongan menarik..
- Di Terengganu ada keseluruhan 13,000 bilik hotel dan resort di seluruh negeri termasuk di pulau-pulau peranginan.
- Pada 31 Mei lepas, semua hotel, resort, rumah bot dan inap desa yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mula dibuka dan mencatatkan peningkatan tempahan mendadak iaitu sebanyak 60 peratus.
- Kawasan pelancongan utama Terengganu iaitu Santuari Kelah, Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) di Tasik Kenyir akan mula dibuka pada 12 Jun 2020
- Manakala tempat lawatan umum seperti Taman Tamadun Islam, Zoo Kemaman, muzium negeri, muzium daerah, Rumah Warisan Haji Su dan Menara ‘Drawbridge’ pada 15 Jun 2020.
- Selain itu, aktiviti selam skuba, snorkeling, mendaki bukit, aktiviti bot di pulau dan tasik, paragliding, aktiviti Taman Eco Rimba dan lata rekreasi juga dibenarkan beroperasi bermula 15 Jun 2020
Foto: pixel.com
Kerajaan negeri amat mengalu-alukan kedatangan pelancong ke Terengganu untuk meningkatkan kembali ekonomi negeri, namun menasihatkan semua pihak mengamalkan langkah pencegahan dan kebersihan mengikut normal baharu untuk keselamatan diri dan keluarga masing-masing.
Terengganu kini sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif pelan pemulihan bagi membantu pemain industri pelancongan yang terjejas ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus menjadi tulang belakang ekonomi rakyat negeri ini.
Sumber: Bernama
Mandi Sungai Memang Seronok, Tapi Kena Ambil Tahu Tanda ‘Kepala Air’ Datang

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes kemalangan jiwa yang mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang lemas dalam kejadian kepala air di Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali Bayu Dingin dekat Kuala Kubu Bharu Selangor.
Foto:HMetro
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang, kegembiraan pengunjung bersantai sambil mandi-manda di kawasan reakreasi tersebut bertukar panik dengan kejadian kepala air. Dalam kejadian tersebut terdapat 16 individu membabitkan tiga kumpulan berkelah di kawasan itu terperangkap akibat kepala air dengan lima daripadanya dihanyutkan arus deras. Seorang wanita dipercayai naik sendiri ke tebing, manakala dua lelaki berjaya menyelamatkan diri dengan duduk di atas batu sementara seorang lagi wanita diselamatkan anggota bomba.
Kejadian kepala air sering berlaku di kawasan air terjun dan sungai tumpuan ramai. Kecelakaan akibat kepala air bukan sahaja membabitkan lemas, tetapi boleh menyebabkan kecederaan serius sekiranya berlaku rempuhan sampah atau balak yang dibawa arus, yang mungkin juga boleh membawa maut.
Kejadian terperangkap dalam 'kepala air' dapat dielakkan sekiranya pengunjung peka dengan persekitaran dan perubahan cuaca di kawasan pusat rekreasi air terjun atau sungai.Oleh itu semua individu tidak kira peringkat umur perlu sentiasa berwaspada dengan perubahan kawasan sekeliling. Ajar keluarga anda, kanak-kanak, rakan dan sesiapa sahaja panduan mengesan tanda-tanda bakal berlaku 'kepala air'
Basic survival tips utk mengenali kepala air harus di pelajari oleh setiap parent campers, dan diberi pendedahan kepada anak-anak. Salah satu antaranya :
1. Buih-buih yang timbul dengan banyak dari permukaan air yang datang dari hulu.
2. Daun-daun /sampah-sampah /batang kayu di bawa bersama deras air.
3. Perubahan warna air yang datang dari hulu, kebiasaan air berubah jadi warna gelap dari tone air biasa (terhasil dari pergolakkan keladak/sampah/mendapan).
4. Deru angin dan deras air berubah dengan laju dan bunyi lebih kuat. Ada sebab kenapa org tua-tua tak kasi buat bising /hingaq bila masuk hutan, supaya kita lebih peka dengan perubahan alam.
5.Kawasan berpotensi kepala air mempunyai bentuk geografi tadahan hujan yang besar dan kurang pecahan aliran air.
6. Walaupun hujan jauh dari kawasan rekreasi, kepala air masih boleh berlaku.
7. Tanda-tanda kesan kepala air pernah berlaku di kawasan tersebut boleh dilihat di tebing-tebing sungai atau aliran air.
8 Dari jauh kadang-kala boleh dengar bunyi batu & kayu itu menandakan kepala air yang sangat kuat dan besar sedang menghampiri.
9. Daun-daun hijau secara tiba-tiba ada banyak dalam sungai.
10. Kita tak nampak hujan di puncak bukit, jadi sekiranya nampak awan mendung dan terdengar guruh atau serta paras air mula meningkat, lebih baik tinggalkan lokasi terbabit dengan segera.
Image via google | Sumber: Alya Ammar Qary via Family Camping Malaysia
Senarai Gadget Penting Yang Perlu Anda Bawa Setiap Kali Melancong!

Membawa gajet ketika sedang bercuti membantu memudahkan percutian anda dengan lancar. Bayangkan jika anda tidak membawa gajet bersama, anda bukan saja tidak dapat merakam kenangan menerusi gambar dan video tetapi terpaksa berdepan dengan beberapa masalah lain. Berikut adalah gajet terbaik perlu dibawa ketika bercuti.
Headphone
Anda akan tahu peranan peranan ‘headphones’ ketika di dalam kapal terbang. Apabila anda di dalam penerbangan, bunyi bising bukan saja datang dari bunyi enjin tetapi bunyi bising dari penumpan lain. Meskipun ‘headphone’ tidak dapat menghindari bunyi bising sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya anda tidak merasa terganggu dengan bunyi persekitaran.
Pengecas mudah alih
Anda bukan lagi hidup di tahun 2007 di mana anda perlu mencari kedai atau USB untuk mengecas telefon bimbit anda. Oleh demikian, jangan lupa ‘power bank’ anda supaya telefon bimbit anda sentiasa mempunyai bateri yang penuh. Pastikan anda mengecas kedua-dua telefon bimbit dan pengecas mudah alih anda setiap malam untuk penggunaan saat kecemasan.
Komputer riba
Meskipun anda merasakan anda boleh mendapatkan apa saja menerusi telefon pintar tetapi lebih baik bawa komputer riba kerana kini terdapat komputer riba yang bersaiz 10 inci, nipis serta mempunyai isian program yang lengkap untuk memudahkan anda melakukan sesuatu perkara penting. Mungkin anda boleh mendapat sumber inspirasi untuk menghasilkan jurnal atau novel ketika bercuti. Dari komputer riba anda terus menaip idea anda!
Telefon pintar
Gajet terpenting hari ini pastinya ‘smartphone’ atau telefon pintar. Melalui telefon pintar, anda boleh memuat turun aplikasi penting untuk mendapatkan tiket murah dengan pantas, mendengar muzik denagn mudah, menulis nota peringatan dan banyak lagi. Aplikasi penting seperti kalkulator tukaran wang asing, terjemahan dan banyak lagi memudahkan percutian anda di negara asing dengan hanya hujung jari.
Portable Wi-Fi Hotspot
Akses internet adalah benda yang sangat diperlukan zaman sekarang. Benda ni bukan lagi jadi satu kehendak tapi dah jadi satu keperluan tak kira sama ada digunakan untuk berkerja atau muat naik gambar di Instagram. Sekarang dah mudah. Ada banyak syarikat yang menawarkan sewaan untuk wifi mudah alih dan lokasinya banyak di lapangan terbang. Jadi mudah untuk anda cari satu dongle wifi mudah alih di sana.
GPS
Bukan tidak boleh menggunakan GPS yang terdapat pada telefon pintar anda tetapi ia akan mempercepatkan penggunaan bateri anda. Tambahan pula, telefon bimbit anda sudah pastinya mempunyai servis di luar kawasan. Jika anda mempunyai alat GPS, anda boleh mengesan lokasi tanpa bimbang dikenakan caj tambahan. Malah, alat GPS tidaklah seberat mana pun!
Kamera DSLR
Telefon bimbit anda mungkin hanya boleh mengambil gambar tanpa fokus tentang keindahan percutian anda. Untuk melengkapkan lagi gambar kenangan anda, semestinya anda memerlukan kamera DSLR yang canggih dengan kanta zoom yang besar. Memiliki kamera DSLR mungkin memerlukan perbelanjaan yang besar kerana memerlukan tripod, beg, kad memori atau kanta tambahan. Anda juga boleh membawa kamera yang mempunyai ‘wi-fi’ di mana gambar yang diambil akan dihantar terus ke komputer anda.
Powerbank
Powerbank sangat penting bila keluar travel. Mana nak cari sumber kuasa bagi mengecas telefon pintar anda sepanjang perjalanan kalau tiada powerbank? Antara jenama yang dipercayai kualitinya adalah daripada Aukey. Ada banyak pilihan powerbank yang anda boleh dapatkan daripada mereka.
Pelancong yang bijak tidak akan mengeluh untuk membawa gajet-gajet ini kerana gajet hari ini memang sangat berguna walau penggunaan hanya di hujung jari. Bahkan, anda boleh melanjutkan percutian anda ke tempat lain pula hanya dengan bantuan aplikasi yang macam-macam ada.
Simptom Dan Tip Untuk Hindar Jet Lag Daripada Berlaku Dalam Perjalanan Jauh

Masalah jet lag sering dialami oleh sebahagian besar pelancong yang melakukan perjalanan ke luar negara di mana perbezaan waktu yang amat ketara di antara negara asal dengan negara yang ingin dituju.
Akibatnya, pergeseran waktu tidur, waktu makan dan waktu berehat akan terus berubah sehingga badan kita tidak biasa dengan keadaan tersebut.
Tubuh terasa lemah, kepala terasa berat dan pening, hilang nafsu makan, mengantuk di siang hari dan berjaga di waktu malam
Gejala inilah yang disebut jet lag dan jika dibiarkan boleh berlarutan hingga beberapa hari. Biasanya, perbezaan zon waktu yang panjang seperti 11 jam dari waktu asal lebih berisiko untuk terkena jet lag.
Untuk mencegah atau sekurang-kurangnya meminimakan risiko terkena jet lag, kami ada beberapa tip yang boleh anda cuba:
Atur Jam Mengikut Destinasi
Apabila anda menaiki pesawat, atur jam tangan anda mengikut zon waktu destinasi anda. Sesuaikan dengan jadual makan dan tidur dengan zon waktu yang baru. Sebagai contoh, apabila jam anda menunjukkan waktu tidur, cuba untuk tidur walaupun anda belum mengantuk.
Jika anda tidak mengubah jam anda mengikut zon waktu destinasi yang dituju, aktiviti anda akan terganggu. Waktu siang yang sepatutnya anda keluar berjalan tetapi anda tidur pula. Apabila anda terjaga pada waktu malam dan ingin keluar berjalan, kebanyakan bangunan sudah banyak tutup.
Perbanyakkan Cairan Dalam Tubuh
Banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya dua liter setiap jam walaupun anda tidak merasa haus. Kelembapan udara yang rendah di dalam pesawat akan membuat tubuh kekurangan cecair.
Adalah penting untuk menggantikan cairan dalam tubuh yang semakin berkurangan. Jangan lupa bawa botol kosong untuk diisi semula dari dispenser yang ada disediakan di dalam pesawat.
Jauhi Kafein Dan Makanan Berlebihan
Elak mengambil minuman berkafein seperti kopi atau beralkohol sebelum penerbangan. Jika anda beranggapan kafein dapat membuatkan anda terjaga lebih lama, hakikatnya ia akan membuatkan anda sering bangun ketika mahu tidur.
Jika anda dihidang makanan, pilih menu tinggi protin kerana akan menstimulasi tubuh menjadi aktif. Menu tinggi karbohidrat pula akan menstimulasi tubuh untuk tidur.
Ambil Udara Dan Bersiar-siar
Setelah sampai ke destinasi, cubalah keluar berjalan-jalan dengan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari. Aktiviti ini dapat membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana baru.
Ramai juga yang beranggapan untuk memilih tiket penerbangan pada waktu malam supaya anda boleh tidur saja di dalam penerbangan berbanding penerbangan waktu siang. Sebenarnya, terpulang pada kekuatan mental dan fizikal anda. Yang pasti, anda tidak sepatutnya terlepas momen-momen indah ketika melancong. Jika pramugara dan pramugari boleh atasi jet lag, anda juga boleh.