Kalau anda mencari tempat ada private pool di sekitar Melaka, boleh terus memilih Cozy De Rio, tempat rehatkan minda yang cukup menarik.
Homestay ini sangat cantik dan sesuai bawa anak-anak, ada pool dan board games! Memang seronok anak dengan suasana ada mainan dan tempat mandi-manda macam ini.
Malam-malam boleh lepak di luar dengan aman sebab nampak indah sungguh. Nak ‘berOOTD’ waktu ini pun, cun sangat.
Ads
Yang minat nak buat bakar-bakar pun boleh, ada tempat khas untuk BBQ. Tepi kolam lagi!
Haaa… siap ada peralatan mandi lagi.
Pendek kata inilah homestay terpaling mesra kanak-kanak!
Ads
Owh ya, ada PS4 juga. Memang happening dapat stay kat sini. Kemudian lihatlah suasana beberapa bilik yang ada, nampak selesa.
Ads
Cuba tengok suasana biliknya pula, nampak kemas tersusun cantik. Anak-anak mesti ‘meriah’ dan mungkin susah nak balik kalau bermalam di sini. Mana taknya, semua ada.
Lokasi:
Cozy De Rio Private Pool Villa, Melaka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tak mudah nak bercuti bersama anak-anak yang masih kecil, apatah lagi apabila melalui perjalanan memakan masa yang agak panjang.
Tambah pula jika mempunyai anak istimewa, ini satu cabaran buat mak ayah untuk mengawal keadaan dan emosi si anak.
Jadi, pasti ramai ibu bapa yang susah hati memikirkan situasi yang bakal dilalui ketika bercuti jauh.
Namun jangan risau, anda boleh baca pengalaman seorang bapa berkongsi beberapa tip ketika dia dan keluarganya mengerjakan ibadah umrah bersama anak kecilnya yang menghidap autisme, baru-baru ini.
Menurut Mohd Haffiz Supai, dia mengakui pada mulanya perasaan bimbang tetap wujud kerana memikirkan pelbagai perkara memandangkan mereka turut menyertai jemaah lain di dalam rombongan umrah berkenaan.
Kongsinya, anak keduanya, Fatiha Huwaina yang kini berusia enam tahun, didiagnos dengan ASD (Autism spectrum disorder), ADHD (Attention-deficit hyperactivity disorder) dan GDD (Global Delayed Developement).
Kongsinya, “Kami pergi enam orang. Saya, isteri, anak sulung Fathia Humaira dan Fatiha Huwaina, termasuk datuk dan nenek mereka.
“Apa yang boleh saya kongsi dengan ibu bapa lain menerusi pengalaman ini, hanya kita yang paling faham tentang anak kita.
“Dan cuba berdamai dengan takdir. Don’t be denial. Terima dengan hati yang terbuka. Syurga dah ada di depan mata, tapi ianya tak semudah yang disangka,” ujarnya.
Berikut adalah perkongsian pengalaman dan tip bagi ibu bapa yang bakal menunaikan umrah bersama anak yang berkeperluan khas:
1) Maklumkan kepada agensi pelancongan dan mutawif secara details tentang anak istimewa kita.
2) Maklumkan juga dalam group jemaah umrah, bimbang ada yang kurang selesa jika anak istimewa membangkitkan situasi kurang menyenangkan
3) Sila apply ‘Butterfly Effect’ di laman sesawang KLIA dua hari sebelum tarikh berlepas. Antara servis yang ditawarkan adalah calm room waktu di lapangan terbang, buggy dan bantuan daripada staf.
Lakukan perkara sama sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
4) Waktu di lapangan terbang di Madinah, boleh cuba minta bantuan mutawif untuk dapatkan fast lane atas pertimbangan staf lapangan terbang.
5) Jika pergi bersama keluarga besar adalah lebih baik. Ahli keluarga boleh bergilir-gilir menjaga anak di hotel atau sama-sama membantu menjaga ketika umrah dan solat di masjid.
6) Jika ada trip ziarah, kaji dahulu sama ada sesuai atau tidak untuk membawa anak istimewa turut serta. Dalam hal ini, informasi daripada mutawif sangat membantu.
7) Buat persediaan mental dan fizikal secukupnya. Sememangnya ia bukan sesuatu yang mudah, namun ia juga tidak mustahil.
Jika anda berniat nak pergi ke tanah suci bersama anak-anak, boleh lah buat persediaan awal dengan tip yang dikongsi lelaki ini. Semoga bermanfaat.
Sabah sememangnya penuh dengan tarikan pelancongan. Melihat sunset di pulau, snorkling di dasar laut yang jernih, makanan laut yang murah hinggalah menyaksikan puncak Kinabalu semua itu menjadi daya tarikan di Sabah.
Dalam pada itu, jika ingin lari dari sedikit dari kebiasaan, bagi kaki travel yang bercadang ke negeri di bawah bayu ini, bolehlah mengunjungi ke Lahad Datu yang terkenal dengan Jambatan Gantung Canopy Walk Di Borneo Rainforest Lodge Danum.
Menurut Jabatan Perhutanan Sabah, jambatan Canopy Walk Lembah Danum Lahad Datu ini adalah sepanjang 300 meter panjang (985 kaki) dan setinggi 27 meter (90 kaki). Titian gantung yang menakjubkan ini adalah salah satu yang terbaik di dunia di mana korang boleh meneroka hutan simpan di Danum, Sabah.
Tidak hanya menikmati alam semulajadi tapi bagi pencipta haiwan, boleh saksikan hidupan liar di depan mata kerana kawasan tadahan hujan yang luas ini merupakan tempat tinggal bagi badak Sumatera, Orang Utan, Kancil, serta Harimau Bintang. Tidak hanya binatang liar tapi terdapat sebanyak 270 spesies burung telah dicatat di kawasan ini.
Pusat Kajian Danum terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 440 km persegi ini. Info dari Sabah Forestry Department / Gambar : Jollence Lee
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selalunya kembara menaiki bas atau van yang diubah suai menjadi ‘campervan’ terutama di luar negara jadi inspirasi buat kita untuk melakukan perkara sama.
Tidak mustahil kerana jika ada keinginan dan minat, pasti impian akan jadi kenyataan.
Tambahnya gadis ini dia memulakan percutian selama 10 harınya itu dari Melaka kemudian menuju ke Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sebelum kembali semula ke Melaka.
Sepanjang tempoh percutian menyeronokkan ini, Farah berhenti di tapak perkhemahan berbayar atau meminta izin untuk meletakkan keretanya di mana-mana tanpa persendirian yang dilengkapi dengan tandas awam.
“Saya suka ke pantai dan pulau yang cantik. Dalam percutian ini, saya masukkan sekali Pulau Perhentian sebagai salah satu destinasi pilihan”.
“Saya mahu melawat kampung rakan di Batu Kurau, di mana kami menikmati durian bersama,” tambahnya lagi.
Menurut Farah, kos transformasi ‘CamperMyvi’ miliknya itu hanya menelan belanja kira-kira kurang daripada RM500 sahaja.
Dengan kreativiti dia menggunakan papan lapis yang boleh dilipatkan sebagai dasar kepada katil dalam kereta dan hanya meletakkan tilam nipis di atasnya.
Manakala di bahagian bonet pula, dia memuatkan meja yang boleh dilipat, di mana boleh digunakan Farah untuk memasak, makan dan macam-macam lagi.
Idea untuk melakukan transformasi itu diinspirasikan daripada rakannya, Asri Nawawi yang menukarkan kereta Kancil miliknya menjadi campercar.
Justeru, Farah turut meminta pandangan dan nasihat daripadanya dalam usaha untuk menukarkan Myvi miliknya menjadi campervan versi yang lebih ringkas.
“Ia tidak melibatkan modifikasi yang besar. Saya mahu ia jadi ringkas dan mudah alih, jadi apabila saya memandu kereta, ianya masih kelihatan sebuah Myvi yang asal”.
“Hanya akan nampak seperti camper jika saya berhenti dan meletakkan kereta saya di suatu kawasan sahaja”, jelasnya lagi.
Ternyata usaha dilakukan sangat menarik dan boleh jadi inspirasi kepada mereka di luar sana yang minat melakukan aktiviti kembala solo ini.
Boleh saksikan video penuh Farah bersama campermyvi dalam video di bawah.
Perjalanan antara Pantai Timur dan Lembah Klang sering kali menuntut perancangan teliti buat kebanyakan rakyat Malaysia. Sama ada memilih untuk memandu berjam-jam lamanya atau...