Pusat peranginan Desaru Coast yakin dan sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong pasca-COVID-19 dengan menawarkan pelbagai pakej percutian dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.
Ads
Dua pakej istimewa ditawarkan kepada pengunjung sempena kempen ‘Don’t Join The Crowd’ iaitu Sun-tastic Getaway dan Golf Galore @ Desaru Coast. Promosi ini menawarkan penjimatan sehingga 60 peratus. Tawaran pakej Sun-tastic Getaway yang berharga dari RM689 untuk percutian selama dua hari satu malam bagi dua orang dewasa dan dua kanak-kanak, menawarkan pelbagai aktiviti menarik di sekitar Desaru dan ia boleh digunakan di tiga hotel berstatus premium iaitu Hard Rock Hotel Desaru Coast, The Westin Desaru Coast Resort dan Anantara Desaru Coast Resort & Villas.
Sementara itu, pakej Golf Galore @ Desaru Coast yang berharga dari RM799 pula menawarkan percutian selama dua hari satu malam. Pakej itu termasuk penginapan di hotel dan akses tanpa had untuk bermain golf di The Els Club Desaru Coast – Ocean Course. Tempoh pembelian untuk kedua-dua pakej ini adalah sah sehingga 30 September 2020 dan tempoh percutian adalah sehingga 23 Disember 2020.
Ads
Di pusat peranginan Desaru Coast ini juga menyediakan aktiviti sukan tidak membabitkan sentuhan dan program pendidikan berbentuk hiburan. Antaranya ialah program pendidikan mengenai alam semulajadi melibatkan lawatan ke kebun buah, pengalaman memandu kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) dan meneroka kawasan paya bakau di Hutan Simpan Panti.
Ads
Pengunjung tidak perlu risau untuk bercuti ke destinasi ini kerana pengurusan Desaru Coast telah melaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aspek kesihatan, keselamatan, kawalan dan persekitaran ketat yang dilakukan oleh pihak pengurusan, selaras dengan arahan kerajaan. Antara SOP itu ialah mengawal kemasukan tetamu dengan melakukan pemeriksaan suhu badan, mewajibkan pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair pembasmi kuman serta mengamalkan penjarakan sosial. Pihak pengurusan Desaru Coast mengutamakan kesihatan, keselamatan tetamu, pekerja dan pelbagai perkara lain. Justeru, jika wujud kes COVID-19, kami akan melaporkan kes tersebut kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada ibu bapa yang mengeluh kerana anak-anak sudah lama berkurung dirumah kerana tidak dibenarkan keluar rumah disebabkan wabak pandemik COVID-19.
Ada juga yang susah hati terpaksa tinggalkan anak-anak kecil sendirian di rumah atau di dalam kereta sahaja ketika ke pusat membeli-belah dan kawasan tumpuan awam.
Hak Milik Majalah Libur | Ideaktive
Keluhan kebanyakkan ibu bapa ini mendapat perhatian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk pusat beli-belah dan restoran, namun perlu mematuhi penjagaan kesihatan sewaktu negara sedang berdepan pandemik COVID-19. Selain itu tiada peruntukan atau hukuman dikenakan ke atas ibu bapa yang membawa kanak-kanak ke kawasan awam berkenaan, kerana ia tidak diwartakan.
Foto: buzzkini
“Tidak ada tegahan untuk tidak benarkan kanak-kanak pergi membeli mainan, beli-belah, dan sebagainya bersama ibu bapa mereka. Cuma sering kali saya nasihatkan, kalau boleh jangan bawa kanak-kanak kerana mereka golongan berisiko tinggi, dan ibu-bapa kena jaga kepentingan anak mereka walaupun dipakaikan pelitup separuh muka. Tidak ada hukuman kerana tidak diwartakan yang kanak-kanak tidak boleh dibawa ke restoran dan pusat beli-belah. Tapi kerana anak-anak berisiko tinggi dengan jangkitan COVID-19, kita galakkan tidak bawa anak bersama-sama,” katany.
Kerajaan juga tidak menetapkan halangan untuk kanak-kanak beriadah di taman permainan dan pusat beriadah, namun perlu mematuhi jarakkan sosial selain tidak berhimpit-himpit. Semoga ibu bapa sekalian dapat memberi lebih perhatian kepada anak-anak, jika ingin membawa mereka ke lokasi tumpuan awam. Pastikan SOP terjaga! Anak-anak adalah tangungjawab kalian sendiri, bukan kerajaan.
Hak Milik Majalah Libur | IdeaktiveFoto: Google Image
Penumpang AirAsia yang mempunyai tempahan penerbangan pada tarikh antara 23 Mac 2020 dan 31 Julai 2020 boleh memilih antara Akaun Kredit dengan tempoh sah selama dua tahun atau pertukaran penerbangan tanpa had untuk perjalanan sehingga 31 Oktober 2020.
Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan Kumpulan AirAsia, Adam Geneave berkata, semua Akaun Kredit yang dikeluarkan sebelum ini untuk gangguan berkaitan Covid-19 akan turut diberi lanjutan tempoh sah secara automatik sehingga dua tahun untuk perjalanan akan datang.
“Pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar tarikh penerbangan tanpa had di mana tarikh penerbangan boleh ditukar sebelum 31 Oktober 2020 untuk laluan sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk,” katanya.
Pelanggan juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 730 hari kalendar (dua tahun) bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang. Tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mengikut jadual penerbangan yang dikeluarkan di airasia.com
Penumpang yang layak boleh merujuk kepada Panduan Covid-19 untuk langkah-langkah berhubung dengan bot sembang AVA di support.airasia.com atau airasia.com untuk membuat pilihan mereka dengan segera.
Dalam minggu akan datang, tempoh sah untuk semua Akaun Kredit yang belum digunakan yang dikeluarkan oleh penumpang terjejas akibat gangguan perjalanan Covid-19 terdahulu akan turut dilanjutkan secara automatik kepada dua tahun. Semua maklumat ini terpakai hanya untuk tempahan dalam talian yang dibuat secara langsung dari laman web airasia.com. Untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen untuk bantuan seterusnya.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...