
Nak rasai sendiri makan dalam pesawat dengan hidangan makanan tempatan dan juga citarasa Antarabangsa, Terminal 1 Domestic & International Cuisine destinasi yang korang cari-cari.
Restoran Berkonsepkan Penerbangan, korang boleh dapatkan hidangan berkonsepkan tempatan & antarabangsa oleh Chef yang berpengalaman. Antara menu yang menjadi kegemaran ramai kat sini adalah Mee Kuah Udang Galah, Rendang Rusa hinggalah ke masakan Barat dan ‘fusion’ seperti Itik Asap Bakar, Masala Batang Kambing Rebus dan banyak lagi!
Kat sini korang boleh pilih untuk menikmati hidangan di tempat duduk terbuka atau makan dalam pesawat Hercules C130. Memandangkan tempat duduk dalam pesawat ini terhad, untuk korang yang nak dining dalam ini jangan lupa untuk membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang ke restoran.
Terletak di Jalan Batang Kali – Genting Highlands. Restoran yang dimiliki oleh pemilik Muslim ini beroperasi bermula jam 12 tengah hari sehingga 10 malam. Ditemani kehijauan alam dan juga cahaya bulan pada waktu malam, pengalaman makan di sini pastinya buat korang teruja!
Alamat:
Terminal 1 Domestic & International Cuisine, Lot 2026, Jln Batang Kali – Genting Highlands, Genting, 44300 Batang Kali, Selangor
Waktu Operasi:
12 tengah hari – 10 Malam
Sumber: Terminal 1 – Domestic and International Cuisines.
Mengopi Dikelilingi Sawah Padi Di Sekinchan, Tempat Viral Nak Lepak Hujung Minggu!

Tenang dan damai sahaja bila dapat melihat sawah padi yang menghijau, sejuk mata memandang. Lagi syok sambil menikmati kehijauan dapat minum kopi sedap dan makan kudap-kudap.
Kopi Sawah yang terletak di Sekichan ini antara tempat menarik sedang viral dan menjadi buah mulut orang ramai.
Terletak di tengah-tengah sawah padi yang menghijau di Sekichan, suasana sebegini memang tenang dan cantik untuk dijadikan lokasi lepak hujung minggu bersama keluarga dan teman-teman.
Sambil makan dan minum kat sini, anda juga boleh OOTD. Gambar mesti cun habis maklum sahajalah dikelilingi sawah padi yang menghijau kan.
Hujung minggu ni kalau tak ada plan, bolehlah memandu ke Sekinchan dan singgah di Kopi Sawah.
Waktu operasi:
12.30pm – 6.30pm
Tutup Setiap Rabu
Alamat: Kopi Sawah, Jalan Sawah, Jalan Parit 8, Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Instagram: Kopi Sawah
Kredit: Oh! Media

Selatan Thai Bukan Sekadar Hatyai, Layan Vibe Klasik Di Kafe Kodang Kopi Di Pattani, Imbau Nostalgia Zaman Dulu-dulu!

Bila sebut Selatan Thailand, nama Hatyai yang sering menjadi sebutan. Sebenarnya masih luas wilayah yang ada di selatan negara Gajah putih itu. Pattani salah satu daerah yang turut berada di Selatan Thailand. Pattani juga mempunyai banyak tempat menarik untuk diterokai.
Hanya sejam setengah pemanduan dari Hatyai untuk sampai ke Pattani, Alief Danial berkongsi tentang sebuah kafe klasik yang cukup menarik untuk dikunjungi.
Terletak agak kedalaman di kampung, menurut Alief suasana dalam kafe ini memang dapat mengimbau nostalgia zaman dulu-dulu. Setiap sudut boleh dijadikan port untuk bergambar kenangan sambil menikmati hidangan ringan di sini.
Alief juga menyarankan untuk pengembara meneroka juga ke daerah yang ada di Pattani kerana ia merupakan sebuah bandar yang terletak di tepi muara laut dan mempunyai banyak tarikan. Pattani juga antara daerah yang mempunyai ramai penduduk muslim di Thailand.
Melihatkan perkongsian lelaki ini, memang berbaloi kalau ke sana dan singgah di kafe tersebut. Baru rare kan lepak kedai kopi kat kampung di Selatan Thai, vibe dia mesti lain dari yang lain!
Kafe Kodang Kopi di Pattani, Selatan Thailand
Saja nak cuba up entry pertama di Kafe Pattani Thailand ni. Sejam Setengah drive dari Hatyai.
Tempat sedikit kedalam, terbina lamaa sudah namun dijadikan sebuah kafe antik.
K A F E K O D A N G K O P I
Terletak di dalam bandar pattani namun sedikit kedalam Ban ( kampung ).
Suasana antik / koleksi-koleksi antik yang telah dihimpun lama dijadikan sebuah pameran koleksi. Hasil dari minat owner kedai. Namun di kedai ini menyediakan makanan dan minuman secara santai dan rileks.
Sesiapa yang berkunjung disini boleh singgah dah rasai sendiri pengalaman dan vibe antik ini….
Lokasi kedai ini boleh je waze : KAFE KODANG KOPI.
By the way, explore lah Pattani Thailand ni- bandar di tepi muara laut, ada ladang garam manis, tempat seafood murah, dan juga kawasan kampung muslim ramai di thailand. Restaurant makan seafood murah sangat2 dan macam lagiii untuk di explore.
Kredit: Alief Danial
Kampung Senibong Mengalukan Kedatangan ‘Si Gila’ Makanan Laut Di Johor

Menikmati makanan laut segar sambil menyaksikan pemandangan laut dan ketenangan pesisir pantai pasti memberi kelainan kepada anda. Tempat makan yang terletak di pesisir pantai Selat Tebrau yang menghadap Sembawang dan Senoko, Singapura menjadikan restoran di sekitar Kampung Senibong ini lebih terserlah.
Di samping menikmati makanan anda pasti leka melihat keindahan pantai negara seberang. Pemandangan para nelayan yang berulang-alik, feri yang membawa penumpang ke Batam dan kapal-kapal dagang yang berlabuh di situ akan menjadikan kunjungan pengunjung ke premis makanan di sini sesuatu yang cukup istimewa.
Di sini terdapat lebih 10 deretan kedai makan yang menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Berjalan disekitar kawasan ini kadangkala terasa bagai berada di pasar borong, kerana kiri kanan anda terdapat pelbagai jenis longgokkan hasil laut untuk dipilih pelanggan sebelum di masak.
Peniaga restoran masing-masing menggunakan pelbagai strategi untuk memikat pelanggan masuk ke premis mereka. Ada yang menjerit, menyanyi, tidak kurang juga meletakkan banner yang memberikan harga durian runtuh.
Bercerita tentang menu masakan membuatkan sesiapa saja rambang mata untuk memilih. Semua hasil laut seperti udang kara, ketam pelbagai saiz, udang kara, udang kecil, sotong, ikan jenahak, ikan siakap dan macam-macam lagi boleh dibakar, digoreng atau dijadikan variasi lauk.
Antara jenis makanan yang menjadi kemestian untuk dinikmati ialah lala, kijing, sekuci, kepah, beliung, siput gonggong, mentarang dan udang kara. Sudah pasti turut menjadi kegemaran orang ramai ialah ketam, udang, sotong dan pelbagai jenis ikan termasuk kerapu, siakap, merah dan beberapa jenis ikan lain, yang mana kesemuanya diperoleh segar setiap hari daripada para pembekal.
Seperkara lagi yang menjadi tarikan di sini, suasana malam dengan panorama kilauan cahaya neon yang datang dari kawasan Senokor, Singapura, kira-kira lima kilometer dari restoran ini memberi ilusi eksklusif dan istimewa kepada penggemar makanan laut yang menikmati sajian enak di sini.
Mula beroperasi pada pukul 4 petang hingga 2 pagi, semua restoran makanan di sini tidak akan sunyi dipenuhi pengunjung tempatan dan Singapura. Apa lagi, jika anda berada di sini, jangan lupa untuk singgah di Kampung Senibong!