Ramai antara kita biasa membuat tempahan di resort yang telah dipopularkan di media sosial. Hingga kawasan percutian ini biasanya agak penuh dan sukar diperoleh. Tapi sebenarnya ada banyak resort dan waterhouse yang cantik di Semporna tapi kurang diberi pendedahan.
Antara yang menarik ialah Egang-Egang Resort, waterhouse di Semporna yang kurang dipopularkan tapi viewnya yang ohsem. Lebih best, ownernya sangat peramah dan masakan juga sangat sedap. Bacalah perkongsian dari Joehan Latif yang berkongsi kenangan ini fbnya.
Hai saja nak share Trip 4D3N ke Semporna 6-9 September 2019. Percutian ni cover 8 Pulau sekitar Semporna.
Ramai yang dah tahu Semporna salah satu tempat percutian indah bagi pencinta laut dan pantai kan? So hari ni aku saja nak kongsi Water-house yang kurang dipopularkan di Semporna ni. Just incase korang berminat untuk percutian korang akan datangkan?
Ads
Selalu kalau orang datang Semporna akan terus menuju dekat Lato2 Resort / Seahorse & etc kan? *bukan tujuan nak membandingkan mana-mana waterhouse ya ni. Tapi sebenarnya agak banyak water-house lain yang korang boleh cuba. Contohnya Egang-Egang Resort yang aku cuba kongsikan ni.
Jeti Hadapan Egang-Egang ResortSo kalau korang nak mandi tu kalau takut sorang2 ajakla bebudak ni.. Macam pandalela memasing terjunSekitar waterhouse – snap dulu before pi island hoping & snorkellingDi hadapan waterhouse. Memang cantik sangat
Antara pengalaman yang aku boleh kongsikan di Egang-Egang Resort ni:-
Ads
Pemandangan superb weyh. Berhadapan dengan Bohey Dulang & kau boleh mandi depan & belakang waterhouse. Jangan risau waterhouse ni dilengkapi toilet yang ada sistem piping. Jadi tak adalah kau mandi tiba-tiba terjumpa “emas” ke apa.
Ketenangan & sunyi – sebab tak ramai time aku menginap dekat waterhouse ni. Jadi yang ada beberapa guest & anak-anak owner (rasa macam family). Keluarga owner ni peramah.
Bilik dilengkapi katil & tilam yang selesa. Tapi bagi bilik dua orang agak kecil dan kalau tak ramai tetamu boleh bincang dengan makcik iaitu owner waterhouse ni untuk tukar ke bilik yang besar sikit (makcik ni sangat tolerable la pada aku). Hah lagi satu bilik dekat sini basic amenities yer. So jangan expect macam hotel.
Ok yang ni paling best. Part makan. Makcik ni mmg masak banyak gila & if kalau korang rasa tak cukup makcik tu akan masak lagi (tapi takkan tak cukup kot banyak makcik tu masak).
Tiap kali lepas masak & masuk waktu makan makcik ni akan panggil kau, “Dik dah boleh makan. Rindu arwah mak plak tetiba.
Ads
Menu ketam, sotong tu macam makanan ruji dah. Pada tekak aku sedaplah. Petang-petang waktu lapang ada pisang goreng makan sambil tengok laut terbentang.Boleh imagine tak? Lepas tu ada guests yang masih lapar nak maggie pun makcik tu sediakan.
Jeti Belakang Egang-Egang Resort *construction in progress* boleh nampak kan bohey dulang depan tu?Antara makanan last day yg sempat aku snap.. Hari lain makan xingat dunia.. Ni untuk 2/3 orang makan tau… Kenyang macam paus lepas tuSunset sambil berendamJeti Belakang Egang-Egang Resort *construction in progress*Makcik which is owner & anak dia ni petang2 jalan carik landak laut keliling.Budak2 ni lompat steady je.. Yela dah anak laut kan..Budak2 nie memang berani terjun. Dah terbiasa dengan laut
So itu adalah benda yang menarik la dekat waterhouse ni. Aku tak mampu nak buat perbandingan sebab aku tak tahu macam mana dekat waterhouse lain kan? So yang aku mampu buat, sekadar berkongsi benda yang menarik.
Kesimpulannya Egang-Egang Resort ni merupakan Waterhouse yang kurang di popularkan tapi berbaloi untuk di nginapi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak terjangkau oleh akal, Pantai Chenang yang riuh menjadi lokasi tumpuan pelbagai kegiatan sukan air, bersantai, serta merakam gambar kenangan di sini boleh sunyi sepi apabila suasana menjadi lengang tiba-tiba, tanpa kehadiran pelancong atau sebarang aktiviti.
Lokasi yang sentiasa meriah dengan hiruk-pikuk pelancong kini kelihatan kosong berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19, sejak 18 Mac lepas. Pantai Chenang boleh dijadikan gambaran terbaik kepada situasi dihadapi industri pelancongan Langkawi yang begitu terkesan susulan penularan wabak itu.
Wabak COVID-19 memberi impak besar kepada hampir semua penduduknya, bukan sahaja dari sektor pelancongan, malahan ekonomi. Langkawi sudah dikategorikan sebagai zon hijau kerana pesakit terakhir COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Maliha, tetapi sektor pelancongan masih tidak dapat bergerak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Industri pelancongan menyumbang 60 peratus kepada ekonomi pulau ini, jadi apabila kehadiran pelancong merudum dengan mendadak, situasi menjadi sangat mendesak.
Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA) Ardi Bahador berkata 220 orang ahli persatuan yang berkhidmat sebagai ‘duta kecil pelancongan’ hilang punca pendapatan, dan kini buntu memikirkan masa depan mereka. Rata-rata ahli persatuan merupakan pemandu pelancong sepenuh masa, pemandu pelancong bebas, dan juga bergaji harian. Ini bermakna sumber pendapatan mereka bergantung kepada kehadiran pelancong. Situasi sekarang benar-benar memberi tekanan, ada ahli persatuan cuba untuk mencari pendapatan sampingan seperti menjadi pemandu e-hailing, dan ada yang membuat jualan dalam talian, tetapi masih tidak dapat menampung kehidupan yang semakin mencabar.
Namun ahli persatuan bersyukur kerajaan ada memberi bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu pelancong yang berdaftar kerana impak wabak COVID-19 kepada industri pelancongan, dan berharap ada bantuan lain serta sesuai masih boleh disalurkan.
Cantik sangat homestay berkonsepkan Tiny Cottage House yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan ini.
Rumah kecil atau tiny house kini menjadi kegilaan ramai di Malaysia dan pemiliknya telah mendapat ispirasi untuk membina tiny house ini dari Pinterest.
Ramai yang tertarik dengan warna dan dekorasi yang cukup kreatif, terasa seperti berada di negara luar bukan di Malaysia. Kalau anda sudah bosan duduk hotel, apa kata try check in sini pula.
Bagi yang suka OOTD pasti akan gemar dengan lokasi rumah ini yang terletak di Port Dickson. Melihat pada pemilihan warna yang terang seperti biru dan kuning membuatkan seperti rumah mainan.
Ruangan dalaman pun sangat selesa dan cantik tuan rumah deko, jom tengok!
Kalau anda suka konsep rumah ini, boleh ke Port Dickson untuk merasai sendiri pengalaman tinggal di dalam tiny house.
Pulau Pinang memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sering menjadi tumpuan para pelancong. Bukan hanya makanan sebagai daya penarik, malah banyak lagi tempat lain yang korang boleh kunjungi bila datang ke Penang.
Kat bawah ini disenaraikan 26 tempat menarik kat Penang yang korang boleh singgah secara PERCUMA sahaja! Sesuai untuk yang cuti-cuti bajet dengan kawan-kawan atau keluarga, sekurang-kurangnya bukan mai makan saja, boleh juga kenal-kenal tempat menarik yang ada kat Pulau Mutiara ni!
Ini tempat menarik di Penang yang free, mudah dicari dan jadi oksigen untuk yang tegar posting kat IG. Seni dinding di Penang ini unik. Sebabnya gambar di sini ialah kisah hidup seharian masyarakat Penang.
Ulat buku! Jom shopping buku dan bergambar dalam kedai buku Penang yang terbaru.Untuk peminat-peminat buku Bahasa Inggeris, adanya Bookexcess kat Malaysia umpama pucuk dicita ulam mendatang. Sebab harga bukunya murah tak boleh blah.
Dan untuk yang bukan kaki buku, tapi cuma nak bergaya untuk followers, terima kasih juga pada Bookexcess. Kedai-kedai bukunya semua hip hip. Dan yang kat Penang ini kemas dan cantik untuk snap gambar memori masa cuti.
Kalau hotel tak ada pool, dan anak merengek nak main air holiday nanti, bawa sahaja dia ke sini. Ada 3 swimming pool kanak-kanak di sini. Boleh pilih yang mana suka, ikut anak besar mana.
Dan kalau cik abang rasa mahu berjogging, biarkan sahaja sebab tempat ini besar sangat. 67 hektar kak.Tak lama, mesti dia patah balik rehat tepi pool.
Padang Kota Lama merupakan lokasi bersejarah yang asalnya berfungsi sebagai padang perbarisan dan permainan yang dibuat oleh penjajah British.
Sekarang, Padang Kota Lama diberi nafas baru setelah diupgrade dan setiap petang penuh dengan umat manusia untuk bersantai sambil melihat lautan.
Jom layan kambing baka Swiss kat Saneen Goat Farm dengan anak-anak, bagi depa happy masa cuti. Kalau anda nak tengok rupa kambing Swiss yang memang hebat keluarkan susu, ini tempatnya.
Nak bagi kambing makan. Boleh.Nak minum susu kambing segar bugar. Boleh. Nak belai-belai? Pun tiada masalah, cik adik.
Tempat ternak kambing Switzerland ini bukan saja ada susu. Tapi juga ada dadih, puding dan aiskrim. Pendek kata, puas layan produk kambing kalau dah sampai sini.
Anda peminat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ? Singgahlah ke rumah kelahiran seniman agung negara ini.
Di sini anda akan dapat melihat rumah beliau dan basikal yang beliau gunakan sewaktu kecil.
Dikatakan, basikal ini terputus breknya kerana beliau kerap membrek sambil menyanyi.
Foto dan barangan beliau lain di letak di ruang utama manakala ruang yang lain di buat agar ia kelihatan seperti waktu beliau kecil.
taman negara terkecil di Malaysia ini ada 5 jenis habitat yang tidak ada pada mana-mana taman negara lain di negara ini. Woohaaa!
Anda boleh berjalan kaki di hutan ini dan melalui jambatan kanopi walk sejauh 250m dari pokok ke pokok. Selain mandi di pantai, anda boleh menaiki bot ke pantai Keracut dan melawat tempat pemuliharaan penyu di sana.
Kawasan pantai paling popular kat Penang ini memang best ambil angin, dengar ombak atau cuci mata dengan member.
Jika anda datang pada waktu petang, tunggu sehingga malam. Selepas anda layan matahari terbenam, anda boleh terus ke pasar malam Batu Feringghi.
Juga dikenali sebagai The New Esplanade, kawasan tepi laut ini popular bukan sahaja kerana kawasan gerai makannya, akan tetapi kerana anda boleh berjalan di siar kakinya sambil merasa angin laut.
Nak shopping? Boleh. Sebab laluan Gurney ini ada Gurney Plaza dan Gurney Paragon Mall yang moden dan siap dengan panggung wayang.
Singgah sekejap di Pasar Karat Penang ini kalau anda ingin buah-buah murah dan melihat barang terpakai.
Dipendekkan cerita, ini adalah pasar karat. Jadi tarikan utamanya ialah barang antik dan barang terpakai. Kata orang putih, pre-loved.
Masjid yang lebih 200 tahun ini antara masjid wajib tuju kat Penang. Nama Kapitan Keling bunyinya kasar. Dan kalau anda memanggil seorang yang berbangsa India dengan nama Keling, anda mungkin boleh mula menempah gigi palsu dan bersedia untuk cetuskan rusuhan. Tapi 200 tahun dulu, ianya memang panggilan untuk orang India yang di bawa masuk oleh Inggeris ini.
Orang kata ini pasar malam terpanjang kat Malaysia. Betul ke? Pasar malam Feringgi ka Penang ini lain dari pasar malam biasa. Tak ada makanan atau bawang di sini. Yang ada — cenderamata, pakaian serta aksesori wanita.
Suka usya kasut, baju malam-malam? Jom terjah Uptown Perda. Ini uptown paling besar kat Seberang Prai, Penang. Dan peniaga yang ada lebih dari 150. Jadi memang panjanglah pasarnya.
Untuk anda yang memang suka ke pasar yang memang jual barang terpakai, memang mencari t-shirt dan jersi, tali pinggang dan minyak wangi murah, ini memang syurga cuti anda.
Muzium Negeri Pulau Pinang
Dulu inilah bangunan sekolah pertama dalam negara ini. Sekarang dah jadi muzium negeri. Muzium negeri Penang ini dibuat dalam bangunan yang sudah berusia lebih 200 tahun. Bangunan ini sebenarnya bangunan asal Penang Free School, iaitu sekolah pertama di Tanah Melayu.
Sekolah ini juga adalah sekolah yang mana Perdana Menteri Pertama kita, Tunku Abdul Rahman belajar. Begitu juga seniman Tan Sri P. Ramlee.
Nak tunjuk anak game yang anda main masa kecil-kecil dulu? Ini tarikan Penang khas untuk itu.
Straits Quay mungkin satu tarikan yang kurang dikenali pelancong luar Penang.
Akan tetapi jika anda datang berbulan madu, jangan lepaskan peluang ke kawasan marina pusat beli belah ini untuk melihat pemandangan bot dan matahari terbenamnya. Bergambar pun nice juga.
Jom kita bersiar-siar di Penang Botanical Garden ataupun Taman Kebun Bunga untuk ubat hati yang lara.
Pada waktu dahulu, taman ini dibuat oleh penjajah British untuk mencari tumbuhan yang sesuai untuk dikomersilkan. Akan tetapi apabila Jepun menghalau Inggeris, tempat ini dijadikan mereka untuk mencari tumbuhan yang boleh dijadikan ubat.
Bazaar di Chowrasta ini memang ideal untuk anda beli buku terpakai dan melihat suasana kedai Penang pada zaman dahulu.
Pasar usang ini terkenal kerana anda bukan sahaja boleh membeli pelbagai jenis jeruk segarnya, akan tetapi anda juga boleh membeli biskut, key chain dan t-shirt untuk dibawa pulang sebagai cenderamata.
Ini antara kampung asal orang-orang Cina yang masih dikekalkan kat Penang ini.
Apa yang anda lihat sekarang di Chew Jetty ini hampir sama macam keadaan 100 tahun dulu. Cuma sekarang tak ramai lagi yang jadi nelayan. Kebanyakannya sudah jadi peniaga.
Jom ambil angin sat kat taman Aspen Central dengan bunga-bunga luar negara. Siap dengan tema 4 musim. Dan bila malam tempat ini ada lampu LED.
Dahulu tokong ini penuh dengan ular. Tapi sekarang sudah tidak lagi. 20 tahun dulu, tokong ular ini memang tempat wajib lawat kalau ke Penang. Tak kisah lah samada anda tidak tahan bau colok atau tak selesa masuk ke tokong.
Bukan apa. Semua orang mesti teruja melihat bermacam-macam jenis ular – berbisa dan tak berbisa berkeliaran di dalam tokong. Sayangnya, sekarang jumlah ular yang ada sangat sedikit. Ular berbisa seperti ular kapak pun hanya ada seekor dua.
Nak bergambar? Bangunan dekat tepi Padang Kota ini antara lokasi istimewa. Bangunan City Hall Penang yang serba putih ini memang cocok sangat kalau anda nak ber OOTD. Sebabnya tak ramai yang bergambar kat bangunan tua berseni Victoria ini.
sebuah pusat rekreasi yang berstatus hutan lipur kerana menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna. Taman ini menjadi lokasi perkelahan, bersantai dan mandi-manda penduduk berdekatan sambil menikmati kesegaran air terjunnya yang bersih.
Little India adalah sebuah kawasan perkampungan yang diberikan kepada para pendatang India. Paling menarik, kedai di sini semuanya berwarna-warni serta sepanjang anda berada di sini anda akan didendangkan dengan alunan muzik India seolah-olah anda berada di Delhi.
Kalau dahulu dikenali dengan Teluk Duyung kini dipanggil dengan Pantai Monyet kerana kehadiran monyet yang berlegar-legar di kawasan itu.
Pantai memiliki teluk serta pemandangan yang indah dikelilingi oleh bukit dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau serta air laut berwarna biru.
Kilang Batik Penang terletak di Teluk Bahang berdekatan Empangan Mengkuang menjadi lokasi persinggahan pelancong untuk mendalami ilmu penghasilan dari Pulau Pinang.
Mereka menyediakan perkhidmatan Free Tour sahaja dimana anda dapat melihat bagaimana batik dihasilkan. Selain itu, terdapat juga kedai untuk anda membeli batik asli dari Penang yang beraneka jenis pilihan dan corak .
Sumber: Tempat2 Percutian & Jln2 cari makan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila bercakap tentang hotel, ramai orang terus bayangkan tempat untuk tidur, mandi dan berehat sebelum sambung berjalan keesokan hari. Tetapi di beberapa destinasi dunia,...