Keunikan sesebuah gua mempunyai keasyikan tersendiri yang pasti digemari pencinta alam dan peminat aktiviti lasak untuk diterokai.
Namun, dalam keterujaan itu, pengembara perlu utamakan keselamatan, berkemahiran dan maklumat mengenai sesuatu gua untuk mengelak tragedi tidak ingini. Antaranya seperti insiden beberapa tahun lalu di Thailand, 12 remaja hilang bersama jurulatih mereka terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai menggemparkan dunia.
Bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku ketika meneroka gua, beberapa perkara berikut penting untuk dilakukan.
Ads
Sebelum memulakan ekspedisi, anda disaran mengenal pasti terlebih dahulu gua yang ingin diterokai dengan mendapatkan maklumat dalam pelbagai segi termasuk langkah diambil sekiranya berlaku musibah.
Jangan lupa dengan leka melihat keindahan stalagtait dan stalagmait serta hidupan seni di dalam gua, tanpa disedari air naik mendadak.
Ads
Kebanyakan gua di Malaysia, memiliki anak sungai. Justeru, dinasihatkan anda lebih berhati-hati dengan keadaan cuaca sebelum masuk meneroka gua.
Ada yang berpendapat gua dihuni makhluk halus, jangan sesekali cakap sebarangan atau takbur kerana ia boleh ‘mengganggu’ pengunjung yang lemah semangat.
Pakai pakaian yang bersesuaian.
Bawa keperluan peribadi yang bersesuaian seperti topi keledar, lampu suluh dan kasut adalah peralatan keselamatan yang utama.
Setiap aktiviti lasak khususnya ada ratio untuk setiap kumpulan bagi seorang jurupandu dan bergantung juga pada tempat dan masa.
Ads
Sebelum menerokai gua sila rujuk keadaan cuaca dengan Jabatan Meteorologi negeri dan kawasan berhampiran,
Sila melapor diri kepada renjer atau pegawai Jabatan Perhutanan
Maklumkan jumlah anggota kumpulan menyertainya
Sekiranya ingin berkhemah beritahu berapa lama.
Semoga bermanfaat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selain trip makan-makan, pastinya percutian akan diselangi dengan gambar-gambar untuk kenangan bagi setiap destinasi yang dipilih.
Nak tarik lebih ramai pelancong, kebanyakkan bandar-bandar utama menggunakan lorong-lorong yang terbiar dengan lukisan-lukisan mural yang cantik dan cukup kreatif. Wujud sejak Mac tahun lalu, kalau ke Kuantan, memang wajib singgah untuk OOTD.
Seperti juga di tempat lain, Kuantan Art Street juga tak ketinggalan mempunyai pelbagai lukisan mural hasil tangan artis tempatan yang boleh korang abadikan kenangan apabila bergambar di sini.
Terletak berhampiran dengan Masjid Besar Kuantan, korang yang ke sini boleh park di parking lot berhadapan masjid besar tersebut. Jalan kaki sahaja menuju ke Kuantan Art Street, on the way balik dah penat bergambar boleh singgah minum-minum kat café-café hipstur yang korang boleh nampak sepanjang jalan di depan menara itu.
Jom tengok antara mural-mural yang ada di Kuantan Art Street
Alamat: Lorong Seni, Jalan Taman, 25000 Kuantan, Pahang
Industri pelancongan negara sedang giat mempromosikan produk-produk pelancongan di serata negara sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM2020) yang akan berlangsung pada tahun hadapan dan kini, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) tampil dengan inisiatif baharu, melancarkan lagu rasmi yang akan digunakan dalam kempen TM2020.
Lagu tersebut dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Mohamaddin Ketapi di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Timbalan Menteri MOTAC, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Lagu berjudul Visit Truly Asia – Malaysia tersebut tampil dalam dua variasi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang diilhamkan oleh Dekan Fakulti Musik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Ramlan Mohd Imam manakala lirik ditulis oleh Normah Kechut dalam Bahasa Melayu dan James P.S Boyle dalam Bahasa Inggeris.
Selain menggabungkan unsur-unsur muzik tradisional sebagai elemen penting dalam menonjolkan masyarakat Malaysia yang majmuk seperti gong, bungkau, seruling buluh, tabla, sitar, erhu dan tangyu, lagu tersebut juga mendapat sentuhan eksklusif daripada penyanyi terkemuka tanah air iaitu Idayu AF3.
Datuk Mohamaddin berkata sewaktu sidang media, lagu ini akan menjadi sebahagian dalam aktiviti pemasaran dan promosi TM2020 demi menjadikan Malaysia lebih terkenal di kalangan pelancong seterusnya mendorong pelancong memilih negara ini sebagai destinasi pelancongan mereka.
"Saya menggalakkan semua pihak menggunakan logo dan memainkan lagu kempen ini untuk merancakkan lagi TM2020 di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa", ujar beliau.
Dalam pada itu, Datuk Mohamaddin turut menyampaikan cenderahati sebagai simbolik kempen TM2020 kepada 22 penggiat industri pelancongan Malaysia dalam majlis sama.
Lagu Visit Truly Asia – Malaysia turut dipromosikan secara global melalui kerjasama Sharp (M) Electronic Sdn. Bhd., Malaysia Airlines, Air Asia, Firefly, Malindo Air, Malaysia Airport Holdings Berhad dan, Kumpulan Expedia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Brunei Darussalam, salah satu negara jiran kita di Kepulauan Borneo dan berkeluasan 5,765 kilometer persegi. Kalau nak dibandingkan, keluasan Brunei ni hampir-hampir dengan keluasan Negeri Sembilan. Kepada anda yang nak travel ke Brunei, boleh practice ronda-ronda Negeri Sembilan dulu ambil mood, hehe.
Okay tapi bukan itu yang nak Libur fokuskan dalam artikel ni. Libur nak fokuskan mengenai tips and trick untuk anda yang ada perancangan ke Brunei Darussalam. Sekalipun Brunei mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Malaysia, jangan pula anda sesuka hati melanggar peraturan di sana ya. Alamatnya tak balik Malaysia la nanti.
Jadi, tanpa melengahkan waktu, jom kita ambil tahu apa yang perlu kita buat sekiranya ingin travel ke Brunei Darussalam.
Jangan pandang rendah dengan Brunei walaupun dia hanya berkeluasan 5,765 kilometer persegi
Ramai orang yang datang melancong ke Brunei hanya ambil masa sehari atau dua hari. Rugi sebenarnya sebab ada banyak tempat yang anda boleh lawati di sana. Sehari dua di Brunei, Taman Negara Ulu Temburong pun anda tak sempat pergi. Libur cadangkan ambil masa antara tiga ke empat hari untuk melancong di Brunei. Brunei adalah satu negara yang sangat menarik dan jangan rushing untuk balik rumah.
Rakyat Brunei adalah masyarakat yang sangat ramah sewaktu anda travel di sana
Rakyat Brunei adalah antara masyarakat yang peramah di dunia dan mereka juga sukakan pelancong datang ke negara mereka. Boleh dikatakan di setiap jalan, akan ada yang menyapa anda sekalipun mengucapkan perkataan ‘hi’ sahaja. Rakyat Brunei juga suka travel, jadi siap sedia sekiranya mereka berkongsi kisah travel mereka kepada anda.
Walaupun undang-undang syariah di Brunei tidak terpakai untuk semua, tapi anda perlu berhati-hati
Brunei adalah negara yang menggunakan undang-undang syariah dan undang-undang syariah tidak terpakai kepada yang bukan beragama Islam. Walaupun begitu, kepada anda yang bukan beragama Islam, tidak bermakna anda boleh melakukan apa sahaja di sana. Begitu juga kepada yang beragama Islam. Jaga pemakaian dan sentiasa berpakaian sopan sekalipun anda jauh dari rumah. Cuba jaga nama baik Malaysia sewaktu anda berkunjung ke sana. Perbuatan yang bertentangan dengan syariah boleh jadi viral dan membuatkan anda terkenal di Malaysia.
Brunei adalah negara yang bosan sekiranya anda ada niat untuk berparty
Hanya orang yang membosankan sahaja yang cepat bosan. Ramai orang rasa Brunei ini bosan sebab tiada apa-apa aktiviti yang anda boleh lakukan di waktu malam. Tapi cuba anda buka jiwa dan minda anda untuk menyelami budaya masyarakat Brunei, mesti anda akan merasai keseronokkannya. Di Brunei, anda tidak boleh berpakaian yang mendedahkan aurat seperti berseluar pendek. Tidak ada kelab malam di sana dan tidak ada satu kedai pun yang menjual minuman alkohol. Walau bagaimanapun, anda yang minum minuman alkohol boleh minum tuak bersama masyarakat Iban di daerah Temburong sewaktu persa menuai. Itu sahaja. Aktiviti malam masyarakat Brunei pada waktu malam hanyalah minum kopi di kedai kopi atau restoran sehingga pukul 11 malam kerana kedai tidak lagi beroperasi selepas waktu itu.
Bagaimana cara berpakaian yang sesuai di Brunei?
Kepada yang bukan muslim, tidak perlu untuk anda try-hard berpakaian menutup litup seperti kawan-kawan muslim anda yang lain. Cukup sekadar anda berpakaian yang tidak menjolok mata. Baju biarlah di bawah paras lengan dan kain pula biarlah di bawah paras lutut. Kepada lelaki, seeloknya anda berseluar panjang ketika keluar bersiar-siar menikmati keindahan negara Brunei Darussalam.
Elakkan bercakap soal politik bila anda berada di sana
Hati-hati bila bercakap tentang Brunei lebih-lebih lagi berkaitan Sultan mereka. Perkara ini adalah perkara sensitif dan ada tindakan undang-undang boleh dikenakan sekiranya anda menyinggung perkara berkenaan Sultan Brunei. Jadi, lebih baik anda elakkan daripada berbual soal politik di sana lebih-lebih lagi jika anda ada perkara-perkara kritikal yang ingin dibualkan. Ingat, Brunei tiada hak kebebasan bersuara.
Pengangkutan awam tidak selalu digunakan di sana
Sekiranya anda travel ke sana dan tidak memandu kenderaan, adalah elok sekiranya anda boleh merancang perjalanan anda terlebih dahulu. Ada bas dari lapangan terbang ke pusat bandar, tapi kekerapannya tidak banyak dan bas akan bertolak tepat pada waktunya. Kebanyakkan tempat-tempat menarik di Brunei boleh diakses dengan hanya berjalan kaki sahaja dan sekiranya jarak tempat yang anda tuju itu jauh, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi sahaja. Lebih berbaloi sekiranya anda boleh menginap di kawasan pusat bandar kerana anda boleh menjimatkan kos untuk menaiki teksi di sana. Untuk menggunakan perkhidmatan teksi, download aplikasi Dart atau Grab. Aplikasi ini akan memberikan lokasi anda, jumlah kos dan pemandu teksi akan mengambil anda di lokasi yang diberikan.
Brunei juga adalah syurga makanan
Rakyat Brunei juga adalah pencinta makanan dan anda jangan tinggalkan negara Brunei tanpa mencuba beberapa menu makanan tempatan tatkala travel di sana. Anda perlu cuba ambuyat dan street food Brunei apabila berkunjung ke night market. Makanan laut di sana fresh dan cukup rempah ratusnya. Sekiranya anda travel ke sana, cuba makanan laut mereka. Antara menu makanan lain yang dicadangkan adalah Nasi Katok.
Jangan lepaskan peluang ke Taman Negara Ulu Temburong
Walaupun hasil utama negara Brunei adalah petroleum, kerajaan mereka turut mementingkan usaha untuk penjagaan alam sekitar bagi melindungi alam semulajadi mereka yang kaya dengan flora dan fauna ini. Dan untuk pengetahuan anda, Brunei antara negara yang mempunyai hutan hujan dara yang terbaik di dunia. 60% daripada keluasan negara ini masih ditutupi hutan hujan dan masih belum diteroka oleh manusia. Walapun hanya sebahagian sahaja kawasan Ulu Temburong yang boleh dilawati orang awam, itu sahaja sudah cukup memuaskan bila melihat keindahan alam semulajadi di sana.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...