Tanah perkuburan lama dipercayai berusia 100 tahun yang sebelum ini berada di dasar tasik Empangan Pedu, Kedah ‘muncul’ kembali selepas air empangan itu surut susulan cuaca panas dan kemarau yang melanda negeri jelapang padi itu sejak Disember lepas.
**media[154062]**
**media[154059]**
**media[154064]**
Kawasan perkuburan itu sebelum ini ditenggelamkan sebagai sebahagian daripada kawasan Empangan Pedu yang dibina pada 1969, bertujuan membekalkan air ke Kawasan Muda bagi membolehkan tanaman padi dua kali setahun dijalankan.
Kali terakhir kubur lama tersebut kelihatan adalah pada 2016 ketika negara dilanda fenomena El Nino, yang turut menyebabkan air di empangan itu kering. Kemunculan kubur itu sekali gus memberi peluang kepada waris untuk menziarahi, walaupun kebanyakan kubur berkenaan tidak dapat dikenal pasti pemiliknya.
**media[154063]**
Ads
Ads
Ads
Kira-kira 100 waris telah mengadakan kenduri tahlil dan bacaan Yasin, di sebuah pondok di empangan itu pada minggu lepas selepas perkuburan itu muncul, sejak dua minggu.
Sebelum ini, ada sebahagian para waris mencadangkan tanah perkuburan ini dipindah ke tempat lain, namun Jabatan Mufti Negeri, melihat tiada keperluan untuk dilakukan kerana usia tanah perkuburan ini sudah melebihi 50 tahun.
Pada 2006 pihak Majlis Daerah Padang Terap telah membina pagar di kawasan perkuburan seluas 0.3 hektar itu, bagi memastikan ia terpelihara terutama semasa air tasik kering.
Dilengkapi dengan kolam renang dan gelongsor air yang ‘seakan’ memanggil kanak-kanak untuk bermain air di sini. Resort yang dikelilingi dengan kehijauan alam semula jadi ini pasti menggamit anda dan keluarga untuk menginap dengan lebih lama. Apatah lagi dengan lokasinya yang berhampiran dengan pantai, pastinya masa untuk beriadah bertemankan dengan alam semula jadi dapat dimanfaatkan dengan baik. Hotel ‘kid’s friendly’ ini turut menyediakan aktiviti-aktiviti menarik buat anak-anak seawal usia empat hingga 12 tahun pada setiap hari bermula dari jam 10 pagi hingga enam petang. Antara aktiviti yang menarik yang diadakan adalah seperti Make a Puzzle, Fruit Stamping, Limbo Rock, Dugong Storytelling dan Sandcastle Building.
Di hotel ini juga terdapat Cool Zone di mana tetamu dapat menikmati dinding-dinding hasil lukisan tangan yang memaparkan haiwan akuatik dan binatang hanya terdapat di Sabah. Sambil si ibu dan bapa menikmati secangkir kopi, kanak-kanak dapat mengasah kreativiti melukis dan menghasilkan kraf.
Pada setiap hari Jumaat, The Coll Zone akan mengadakan parti bertema untuk kanak-kanak bermula dari jam enam petang hingga 10 malam. Apa yang menarik, kanakkanak turut boleh membantu para staf untuk melakukandokarasi sebelum memulakan parti. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti ice-breaking untuk kanak-kanak saling mengenali antara satu sama lain. Pelbagai juadah enak seperti sosej,spaghetti, pizza dan aiskrim disediakan bagi memeriahkan suasana.
Buat kanak-kanak, mengunjungi Genting Highlands pastinya menjadi keseronokan yang tidak terhingga. Bermula dari perjalanan menaiki kereta kabel yang mengambil masa kirakira 15 minit, kanak-kanak pasti tidak bosan untuk berjalan kaki ke ruang inapan dek kerana suasana persekitaran hotel yang sejuk dan dipenuhi banyak aktiviti. Hotel ini mudah diakses dari Kuala Lumpur menggunakan bas.
Ada sesetengah agen pelancongan menyediakan pakej dengan harga yang istimewa untuk perjalanan pergi dan pulang beserta inapan dan permainan di taman tema. Meskipun taman tema ‘outdoor’ telah ditutup bagi kerja menaik taraf, permainan seperti Rio Float, Reindeer Cruiser, Mini Train, Busy Bugs, Circus Ride, FunLand, Genting Bowl, Snow World, Vision City & Funtasy World Video Games Park masih dibuka seperti biasa.
Menikmati masa hujung minggu tanpa perlu pergi jauh? Maka Berjaya Times Square adalah pilihan yang tepat untuk menceriakan hari bersama anakanak. Menariknya, hotel ini turut dilengkapi dengan kolam renang di tingkat atas dan taman permainan untuk kanak-kanak.
Untuk menikmati kulinari yang enak, Big Apple Restaurant’s Kitchens dan Banquet Kitchens di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dianugerahkan sijil Halal oleh JAKIM. Hotel ini turut dilengkapi dengan Taman Tema Indoor yang terbesar di Malaysia ini lengkap dengan pelbagai permainan yang pastinya menyeronokkan.
Antara permainan yang harus dicuba seisi keluarga ialah Botanic Drive, Buddy Go Round, Crazy Bus, Dizzy, Izzy DNA Mixer, Fantasy Trail, Flying Bumble Bee, Honey Bump, Molly-Cool’s Swing, Oort’s Express, Robo Crash dan banyak lagi. Selain itu, kanak-kanak pasti teruja untuk menonton filem di Kid’s Theatre.
Resort dengan persekitaran mesra keluarga ini mempunyai akses yang mudah ke Dinosaur Water Alive Theme Park dan pusat membeli-belah yang terbaik di Johor Bahru. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sauna, panggung wayang MBO dan mini golf (Mission Golf). Untuk kanak-kanak, pastinya mereka akan teruja untuk bermain di kolam renang yang ditempatkan di tingkat atas hotel.
Sambil bermain air, anak-anak pasti teruja untuk melihat replika Dinosuar yang ditempatkan di Dinosuars Alive Water Theme Park. Selain memberikan keseronokan, mereka dapat memahami dengan lebih baik bagaimanakah hidupan purba ini hidup dan bergerak pada suatu masa dahulu. Replika ini didatangkan dalam pelbagai saiz. Antara yang mencuri tumpuan ialah Compsognathus yang berukuran 2 kaki dan Brachiosaurus yang berukuran 85 kaki! Semantara itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba permainan Banana Boat Float dan beberapa permainan yang lain.
Sebuah restoran kecil diberi nama Wolfgat yang terletak di perkampungan nelayan Afrika Selatan dinobatkan sebagai restoran terbaik di dunia pada Anugerah Restoran Sedunia Terbaik yang berlangsung di Paris, Perancis baru-baru ini.
Persekitaran yang sederhana dan konsep masakan kembali kepada asal yang diamalkan oleh pemiliknya juga chef di situ, Van Der Merwe berjaya menambat hati panel hakim Anugerah Restoran Sedunia.
Restoran Wolfgat ini terletak di tepi sebuah pantai menghadap Lautan Atlantik di Cape Barat dan baru dibuka dua tahun lalu. Bangunan asal restoran ini adalah sebuah kotej berusia 130 tahun dan dikendalikan Van Der Merwe sendiri serta dibantu oleh enam pekerja, yang kebanyakannya wanita.
Di restoran ini hanya mampu memuatkan 20 orang pelanggan sahaja untuk menjamu selera pada satu masa. Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera di bahagian dalam restoran, balkoni atau dibahagia luar menghadap pantai.
Set menu di restoran ini mengandungi hanya tujuh hidangan sahaja berharga sekitar AS$60(RM245), jauh lebih murah berbanding harga di restoran lain berhampirannya.
Antara hidangan istimewa di restoran Wolfgat termasuk rumpai laut, ikan layang-layang bersama sambal bokkom dan masala bawang putih, kupang serta kerangan lain serta sayuran laut. Van Der Merwe mencipta resipi uniknya berdasarkan masakan masyarakat Melayu Cape Town di Afrika Selatan.
Pada setiap hari, Van Der Merwe akan keluar mencari ramuan asli berhampiran restorannya sebagai bahan sampingan untuk masakannya. Antaranya bunga lavendar, rumpai laut segar dan kepah. Beliau juga dikatakan begitu mahir membuat roti yang sedap dan menteganya sendiri.
Rupanya Eco Spring Labs di Johor pun cantik tempatnya dan sesuai sangat kalau anda jenis suka bergambar. Warna bangunannya, menarik sangat!
Setiap port yang ada memang ngam sangat untuk posing! Inilah yang best dan buat kita rasa nak singgah. Okay sekarang jom, tengok apa yang best di sini!
Kalau datang ke Johor, tempat ini memang wajib singgah sebab outdoor yang memang sesuai untuk bergambar atau photoshoot.
Dekat Eco Spring Labs, bangunannya sangat cantik dan aesthetic. Banyak tempat yang sedap dipandang untuk photoshoot dan yang penting percuma sahaja nak ke sini.
Agak rasa nak minum-minum, jangan risau ada banyak cafe aesthetic yang boleh dicuba. Ada juga kedai macam 7eleven dan restoran di sini.
Baca pun dah best, apa lagi kalau sampai dan diri sendiri nampak depan mata suasana di sini. Tunggu apa lagi?
Hah, cepat masukkan dalam senarai dan ajak member atau keluarga tersayang bercuti ke Johor!
Di tengah kesibukan Lembah Klang yang sentiasa bergerak pantas, kadangkala kita hanya memerlukan satu ruang untuk berhenti seketika dan menikmati ketenangan.Bagi mereka yang ingin...