
Pi Penang bukan sekadar makan nasi kandar, malah ada banyak lagi makanan dan tempat yang cukup estetik dan tersendiri untuk dilawati. Salah satunya adalah Can By Haru Hari yang terletak di Lebuh Gelugor, Pulau Pinang ini.
Berkonsepkan restauran eropah moden, nikmati variasi makanan barat yang enak di sini. Dekorasi yang cukup menarik pasti buatkan anda teruja nak lepak santai kat sini bersama keluarga atau teman-teman.
Sementara menunggu makanan, jangan lupa untuk merakam gambar OOTD di restauran yang cantik ini. setiap sudut memang sesuai dijadikan tempat untuk bergambar. Jadi kalau dah sampai Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah ke Can By Haru Hari selain menikmati makanan sedap yang lain di Pulau Pinang.
Waktu Operasi
10.00 pagi hingga 10.00 malam
Isnin Hingga Ahad
Alamat:
62, Lebuh Glugor, Taman Gelugur, 11600 Jelutong, Pulau Pinang
FB: https://www.facebook.com/pages/Can-By-Haru-Hari-Coffee-Penang/
Nasi Serai & Daging Masak Lemak Hidangan Bangkit Selera Di Bufet Ramadan. Lepas Berbuka Boleh OOTD Kat Taman Indah!

Bila puasa selalunya selera berubah-ubah, tapi paling sering nak makan makanan bercitarasa Melayu dengan pelbagai menu lain di bulan Ramadan ni. Kalau nak banyak pilihan bufet Ramadan lah tempat sesuai untuk dituju.
Menampilkan konsep Cita Rasa Malaysia dengan stall-stall hidangan, bufet Ramadan di OKAD Event Space tentu kena dengan selera yang mahukan makanan-makanan sebegini. Sambil menikmati hidangan enak, pengunjung juga boleh merakamkan gambar kenangan di dewan yang dihias cantik degnan dekorasi persis di dalam taman yang indah.
Antara menu yang pastinya menambat hati pengunjung ialah Nasi Serai Cik Bunga , Daging Masak Lemak Cili Padi Cik Bunga Dan Lamb Grill ’ yang merupakan ‘signature dish’ bagi Selera Ramadan kali ini.
Bagi yang nak rasa sendiri keenakan bufet Ramadan di OKAD dengan keluarga atau rakan-rakan, OKAD menawarkan harga yang berpatutan kepada semua peringkat usia namun yang menariknya bagi pemegang Kad OKU boleh mendapatkan harga yang paling istimewa. Ini membuktikan bahawa OKAD amat prihatin kepada setiap masyarakat yang ada.
Namun begitu , SOP (Standard of procedure ) yang ditetapkan oleh kerajaan tetap perlu dipatuhi. Tempat ini juga turut menawarkan pakej korporat yang menarik. Jadi jangan lepaskan peluang ya!
OKAD Event Space, Bukit Jelutong merupakan ‘one stop centre; bagi pelanggan untuk mengadakan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, seminar, ulang tahun , majlis hari jadi dan pelbagai lagi termasuklah mengadakan bufet ramadan bertemakan “Cita rasa Malaysia” yang pastinya membuka selera pengunjung.
PAKEJ ISTIMEWA RAMADAN
Harga Bufet Ramadan 2022
Harga
RM 69 Dewasa
RM 39 Kanak-kanak / warga emas
Harga Khas OKU
RM 45 Dewasa
RM 39 Kanak-kanak
PAKEJ KORPORAT
- BELI 10 MEJA
PERCUMA :-
v 1 MEJA
v DISKAUN 10% UNTUK PEMBELIAN BERIKUTNYA
‘Under’ Restoran Bawah Laut Norway Pertama Di Dunia

Sebuah restoran bawah laut terbesar di dunia sepanjang 30 meter telah mulakan operasinya tahun lalu. Restoran bawah laut ini terletak di Norway dan sentiasa penuh ditempah pelanggan berbulan awal lamanya.
Restoran dikenali sebagai Under itu terletak di sebuah perkampungan tepi pantai di Baly, Lindesnes di hujung selatan Norway. Ia adalah restoran bawah air pertama di Eropah dan terbesar di dunia serta memiliki tingkap seluas 11 meter untuk pemandangan dasar laut yang biru.
Under terletak di dasar laut, lima meter dari permukaan dan kelihatan seperti sebuah kubu moden. Bangunan berkenaan dibina di atas sebuah baj selama setahun setengah dan direka untuk bertahan ketika cuaca ekstrem.
Selepas siap ia kemudian ditunda sejauh 183 meter kemudian diturunkan ke dalam air dan disambung pada tiang asas di dasar laut.
Cef restoran itu, Ellitsgaard Pedersen berkata, pelanggan akan disajikan dengan makanan enak dan paling segar.
Dia dan pasukannya bekerjasama dengan petani, nelayan dan pemburu bagi menyediakan ramuan yang paling segar. Dengan cara ini mereka akan mencipta hidangan paling berperisa dan inovatif yang melambangkan Restoran Under.
Menu di restoran itu sebahagian besarnya terdiri daripada hidangan makanan laut daripada sumber tempatan termasuk udang karang, ikan kod dan kupang.
Restoran itu direka oleh firma Snohetta yang mempunyai ibu pejabat di Oslo dan New York City serta mempunyai studio di San Francisco, Innsbruck, Singapura dan Stockholm.
Menurut arkitek firma itu Rune Grasdal, cabaran pertama mereka untuk merealisasikan projek ini adalah tekanan air kerana restoran ini terletak lima meter di dasar laut tetapi masalah terbesar adalah ombak.
Tetamu berpeluang untuk menikmati pemandangan panorama ikan laut, anjing laut dan lobster. Pencahayaan dalaman yang redup di restoran itu, menghalang pantulan-pantulan dari kaca di restoran itu dan para pelawat dapat melihat pemandangan dengan sempurna.
Restoran itu mempunyai tiga bahagian pada kawasan seluas 492 meter persegi termasuk bar dan kawasan makan yang luas.
Ia juga direka untuk menempatkan kira-kira 80 hingga 100 tetamu yang boleh menikmati hidangan sambil melihat pemandangan dasar laut yang menakjubkan.
Selepas waktu perniagaan sebahagian bangunan restoran itu akan digunakan untuk kajian biologi marin. Menurut syarikat itu, penyelidik datang ke restoran itu untuk membuat beberapa kajian termasuk adakah ikan liar boleh dilatih menggunakan isyarat bunyi.
Sumber: Boredpanda
Kedai Kopi Hipster Dengan Menu Lokal, Ada Ruang Khas Untuk Si Single. Kopi Pokok Port Lepak Paling Sempoi!

Penggemar kopi yang suka lepak dan inginkan vibe kopi warung dengan sedikit hipster bolehlah berkunjung ke Kopi Pokok yang terletak di Seksyen 6 Shah Alam, Selangor.
Persis warung zaman dulu-dulu tapi dengan menu lokal yang cukup enak untuk dinikmati. Bukan sahaja menu tempatan seperti nasi lemak, nasi dagang terengganu dan aneka kuih yang dihidangkan kat sini, malah penggemar kopi juga boleh menikmati hidangan istimewa mereka iaitu kopi butter dan juga kopi Nyioq Pandan Istimewa.
Bagi yang single ada ruang khusus untuk korang lepak siap ada papan tanda lagi. Bolehlah layan perasaan kat sini sambil menikmati hidangan yang sedap.
Suasana kat sini pun memang menenangkan sesuai untuk korang datang minum petang bersama geng lepak. Boleh borak sampai puas di bawah rimbunan pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Kalau nak lepak sini hari biasa iaitu Selasa hingga Khamis kafe ini beroperasi pada jam 3pm sehingga 12am, manakala pada hujung minggu pula iaitu dari Jumaat hingga Ahad waktu operasi mereka bermula dari 9am sehingga 12am.
Memang sempoi untuk dijadikan port lepak dengan member-member, sambil borak boleh cuba hidangan istimewa yang ada kat sini. harga untuk makanan kat sini pun sangat berpatutan. Jangan lupa singgah!
Alamat: Kopi Pokok , Jalan Bangau 6/5b, Seksyen 6, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
Selasa – Khamis 3 PM – 12 AM
Jumaat & Hujung Minggu 9 AM – 12 AM
(Isnin Tutup)
Kredit Gambar: Makan Sedap