Ads

Fahamkan Polisi Bagasi Syarikat Penerbangan Sebelum Terbang (Elak Repack Kat Kaunter)

Pernah tak anda melihat situasi penumpang di lapangan terbang panik kerana terpaksa mengeluarkan semula barang daripada bagasi sebelum daftar masuk? Lebih mencemaskan apabila mereka perlu membayar caj tambahan kerana berat atau saiz bagasi melebihi had yang ditetapkan.

Walaupun anda membeli kuota bagasi sebanyak 20 kilogram, ia tidak semestinya bermaksud anda bebas membawa bagasi tanpa mengambil kira jumlah atau saiz beg. Setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi bagasi tersendiri yang perlu dipatuhi oleh penumpang.

Sebab itu penting untuk memahami perbezaan antara “piece concept” dan “weight concept”. Piece concept merujuk kepada jumlah bagasi yang dibenarkan, manakala weight concept pula berdasarkan jumlah berat keseluruhan bagasi.

Untuk satu beg, sesetengah syarikat penerbangan turut menetapkan berat maksimum sekitar 23kg atau 32kg bagi setiap bagasi. Had ini antara lain berkaitan aspek keselamatan ketika bagasi dikendalikan oleh petugas lapangan terbang.

Ads

Jangan anggap beg yang beratnya masih dalam had dibenarkan pasti akan diterima. Jika ukuran bagasi terlalu besar dan melebihi dimensi yang ditetapkan syarikat penerbangan, ia mungkin dikategorikan sebagai bagasi bersaiz besar atau oversized baggage.

Dalam keadaan tertentu, penumpang boleh dikenakan caj tambahan atau perlu membuat pengaturan khas untuk membawa bagasi tersebut.

Ads

Bagi bagasi kabin atau cabin baggage, had berat yang dibenarkan bergantung kepada polisi setiap syarikat penerbangan. Ada syarikat penerbangan yang menetapkan had sekitar 7kg, namun syarat ini tidak sama untuk semua penerbangan.

Selain bagasi kabin, sesetengah syarikat penerbangan turut membenarkan barangan peribadi seperti beg tangan, beg komputer riba atau beg sandang kecil. Kebiasaannya, beg tersebut perlu cukup kecil untuk diletakkan di bawah tempat duduk di hadapan penumpang.

Ads

Sebelum menaiki pesawat, terutama bagi mereka yang pertama kali menggunakan pengangkutan udara, pastikan anda membaca maklumat pada tiket serta menyemak polisi bagasi syarikat penerbangan yang ditempah.

Jangan lupa timbang bagasi terlebih dahulu sebelum bertolak ke lapangan terbang. Sebaiknya, pastikan berat beg sedikit di bawah had maksimum bagi mengelakkan masalah sekiranya terdapat sedikit perbezaan bacaan antara alat penimbang di rumah dan di kaunter daftar masuk.

Langkah mudah ini boleh membantu anda mengelakkan situasi kelam-kabut membuka bagasi di lapangan terbang, selain mengurangkan risiko dikenakan caj tambahan yang tidak dijangka.

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Jom Kita Travel

Naik ETS Rentas Tasik Bukit Merah, Laluan Kereta Api Atas Tasik...

Kalau selalu menaiki ETS menuju ke utara Semenanjung Malaysia, mungkin ramai yang tidak sedar ada satu bahagian perjalanan yang menawarkan pemandangan cukup menarik. Apabila...