Anda yang selalu solat di rumah sama ada berjemaah bersama keluarga atau bersendirian boleh ambil peluang jam 5.16 petang ini untuk semak arah kiblat dengan tepat.
Umat Islam boleh menyemak sendiri arah kiblat ketika fenomena dikenali sebagai Matahari Istiwa A’zham iaitu kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah. Fenomena unik ini hanya berlaku dua kali setahun iaitu 27 Mei 2020 pada jam 5.16 petang dan 15 Julai 2020 pada jam 5.28 petang.
Ads
Panduan yang perlu anda ikut adalah pastikan masa yang tertera pada jam adalah tepat dan perhatikan bayang-bayang objek tegak seperti tiang, tingkap atau pintu rumah yang terkena cahaya matahari pada pukul 5.16 petang ini. Bila anda dah dapat tentukan arah bayang-bayang yang terhasil dari objek yang dinyatakan tadi, maka garisan itu akan menunjukkan arah kiblat yang sebenar.
Ads
Pastikan tiang berkenaan betul-betul tegak (seperti menggunakan sesiku).
Selain tiang yang dipacakkan, semakan juga boleh dibuat berdasarkan tiang rumah, sisi rumah yang tegak atau mana-mana objek yang tegak.
Jika arah bayang tegak lurus dengan saf, ia bermakna arah kiblat di masjid, surau dan tempat kediaman adalah tepat.
Bagaimanapun jika arah bayang objek itu serong dengan saf, ia bermakna arah kiblat berkenaan kurang tepat.
Disebabkan fenomena itu berlaku pada petang, maka bayang-bayang tiang akan jatuh ke arah timur dan kiblat pula mengarah ke barat.
Buat masa ini semua aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan, termasukan riadah seperti berkelah atau sebarang perkhemahan.
Walaupun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sehingga Februari depan, tetapi tidak bermakna aktiviti riadah seperti rekreasi tidak boleh dilakukan bersama ahli keluarga.
Bagi Puan Eira Nazira dia menggunakan cara tersendiri untuk bercuti dengan membuat aktiviti camping bersama anak-anak di kawasan rumah.
Menurutnya aktiviti berkhemah ini memang sering dilakukan setiap dua minggu, meskipun bukan dalam tempo PKP ini.
“Saya memang ada barangan camping dan biasanya memang menjadi aktiviti tetap setiap dua minggu sekali.
“Tetapi memandangkan sekarang PKP, kami membuat keputusan untuk bercamping di sekitar rumah saja.
“Antara aktiviti yang dilakukanbersama anak-anak ialah belajar menulis dan memasak yang simple.
“Anak-anak gembira dengan aktiviti yang dilakukan kerana saya akan turutkan apa saja permintaan mereka,” kata ibu kepada dua cahaya mata perempuan ini.
Tambahnya aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak ini membantu mereka untuk belajár berdikari.
“Belajar merancang, bekerjasama, berfikir mana nak cari barang, skill memotong dan memasak. Manakala aktiviti menulis pula hanya selingan saja.
“Untuk aktivit camping ini, kami menyediakan barangan superti khemah, groundsheet, flysheet, meja dan juga dapur masak. Semuanya memang barangan perkhemahan yang sedia ada di rumah,” katanya lagi.
Menurutnya sebelum ini memang ada slot homeschool sendiri. Memandangkan tidak bekerja di luar sebaliknya hanya bergelar suri rumah yang melakukan bisnes online dropship sahaja.
Ketika ditanya bajet diperuntukkan untuk aktiviti camping bersama, Eira Nazira menjejakkan semua zero cost.
“Sebenarnya bajet bergantung kepada kesediaan barang. Macam kami sebab semua barangan dah ada jadi zero cost.
“Cuma perlukan masa dan kesabaran ibu bapa untuk memantau aktiviti ini dan turut sama melakukannya,” jelasnya lagi yang tinggal di Hulu Langat, Selangor.
Jadi bagi yang mahu melakukan aktiviti perkhemahan, boleh ikut cara dilakukan ini bersama ahli keluarga. Selain lebih selamat dan menjimatkan, juga dapat merapatkan lagi silaturrahim.
Puncak gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu terletak di Taman Kinabalu, Kundasang kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu yang juga kawasan Tapak Warisan Dunia.
Setelah beberapa bulan aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu ditutup sementara kepada orang ramai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, Taman Taman Sabah (TTS) telah membuka semula laluan pendakian pada 16 Mei 2020 tetapi setiap pendaki perlu mematuhi normal baru dan SOP yang ditetapkan.
Teringin nak mendaki Gunung Kinabalu ketika pandemik? Tidak jadi masalah selagi dibenarkan kerajaan. Ikuti pengalaman dikongsikan oleh Darryl Delek Binijin yang berpeluang menawan Gunung Kinabalu ketika PKPP pada 31 Julai 2020 shingga 1 Ogos 2020.
Untuk sampai ke puncak gunung bukan senang. Pastikan mental dan kecergasan fizikal kamu bersedia secukup-cukupnya tau. Sebab macam-macam cabaran & dugaan yang kita hadapi sepanjang perjalanan ke puncak. Air mineral mesti cukup. Saya bawa 1 botol besar 1.5L and botol mineral kecil. Takut berat beg. tapi jangan risau setiap pondok ada tempat ambil air, tandas, dan juga tong sampah. Jangan buang sampah di sepanjang perjalanan ya. Sebab tiada cleaner sana. Hormat gunung!
Guider cakap cuaca di atas gunung berubah-ubah. Kadang-kadang hujan, kuat angin, kabus tebal, batu/kayu/tanah licin & mcm2 lagi. Kalau cuaca bagus kamu la paling beruntung dapat tengok sunrise. Apa-apa pun jangan lupa berdoa ikut kepercayaan agama masing-masing sebelum mendaki.
Barang/alat yang saya bawa mendaki :
1. Beg kecil x1 (boleh muat barang-barang penting)
2. Head light x1
3. Jacket tebal x1 (waterproof & windbreaker is better)
4. Extra baju sejuk x1
5. Raincoat x1
6. Ubat-ubatan penting (ubat AMS, ubat muscle-yokoyoko & banyak lagi boleh tanya mr. google)
7. Snowcap (untuk cover kesejukan kepala)
8. Hand gloves x2 (mana tau basah sebab tali di puncak basah)
8. Stokin x2 (mana tau basah juga semasa naik)
9. Tongkat (sewa je sama guide rm10 jimat)
10. Kasut x1 (getah & tahan. Takut tercabut atau licin. Pakai adidas kampung pun boleh yang macam saya guna tu. Sebab ramai juga orang guna termasuk guider yang saya nampak)
11. Tuala x perlu bawa. Ada disediakan dekat homestay di Panalaban. Tak perlu mandi juga sebab sejuk sangat air gunung atas tu. Hahaha
12. Body warmer x1 (Pakai time malam/subuh)
13. Hand warmer x1 (pakai time malam/subuh)
14. Coklat
Banyak lagi barang-barang yang perlu bawa sebenarnya tapi ini ja yang saya bawa untuk mendaki. Kalau mau tau boleh tanya mr. google juga. Okay last, tidak mau ckp byk. Biar gambar berbicara. Satu ja la nasihat. Tidak perlu berlumba-lumba sama org lain untuk mendaki. Slow & steady ja bagitau guide. Kalau penat rehat di tepi. Minum air. Update status. Tapi kejar masa juga la. Takut gelap. Pastikan sampai di Panalaban dalam sekitar sebelum 4.30pm.
Sebab tu masa dinner sudah sedia. Hehe. Jadi jalan awal jawapan dia. Haha. Pastu free time sampai jam 2 pagi. Jadi ambil masa untuk rehat time tu. Jam 1.30 pagi boleh breakfast pastu jam 2.30 pagi sambung mendaki ke puncak gunung. Gelap wei. Sejuk sangat wei. Ini yang paling mencabar. Pasti sampai di sayat2 sebelum jam 5.30 pagi. Selepas tu kena tutup last check point.
Ketika hampir di puncak Pastikan pegang tali ya kalau tidak yakin naik. Pegang ja kalau tali basah. 2 ja pilihan ko. Jatuh atau basah tangan. oyaaa, semasa mendaki ke puncak better jangan guna tongkat atau kasi kecil tongkat & simpan ikat ketat-ketat dalam beg. Takut jatuh tercucuk kawan belakang. Guna semasa turun ja. Sebab turun kita lebih guna kekuatan lutut. Turun dari puncak ke Panalaban dalam sekitar jam 9.30 pagi. Sebab masa tu ada breakfast lagi. 10.30 pagi mula turun ke Timpohon. Pastikan sampai dalam sekitar jam3.30 petang. Target ja. Sebab jam 5 petang office tutup untuk ambil makanan yang terakhir. Rugi tak dapat makanan free nanti. Heheh
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Walaupun anda sudah memiliki visa pelancong, jangan ingat anda akan selamat untuk masuk ke bumi kanggaru dengan mudah.
Penguatkuasa Australia berhak bertanya anda di lapangan terbang apa tujuan kedatangan, berapa banyak wang yang dibawa, apa barang yang ada dalam beg, alamat di Australia, berapa lama tinggal dan tiket balik ada atau tidak.
Jika mereka ada syak wasangka terhadap barang yang di bawa atau niat kedatangan anda, mereka berhak untuk menghantar balik. Sebelum itu, kerajaan Australia akan menempatkan pesalah di pusat tahanan imigresen sebelum dihantar melalui penerbangan seterusnya atau keesokannya.
Pelancong Malaysia dilaporkan semakin sukar untuk memasuki Australia ekoran ramai rakyat negara ini datang ke negara itu untuk bekerja sebagai pengutip buah haram terutama pada musim memetik buah.. Ramai rakyat Malaysia dihalang daripada menaiki pesawat walaupun mempunyai visa pelancong yang sah.
Oleh itu pelawat dan pelancong ke Australia yang gagal untuk ‘declare’ sesetengah barangan atau barang larangan berkemungkinan besar akan menyebabkan tempoh visa akan dipendekkan atau dibatalkan terus.
Sebelum buat perancangan untuk melancong ke Australia, ataupun ada perancangan ke Australia selepas ini, pastikan anda fahamkan undang-undang terbaru yang diperkenalkan. Boleh baca di laman sesawang Australian Border Force
Barang Yang Boleh & Tidak Boleh Di Bawa Masuk
Undang-undang keselamatan Bio Australia sangat ketat dan sesetengah masakan dan makanan luar termasuk dalam senarai. Selain makanan, antara yang terlibat dan dinyatakan dalam undang-undang baru ini adalah barangan melibatkan tanaman, dan produk berasaskan haiwan.
Makanan atau bahan untuk memasak perlu dinyatakan dalam Incoming Passenger Card yang akan diberikan dalam kapal terbang. Tiada jalan pintas, anda perlu tulis setiap jenis makanan yang di bawa satu per satu.
Penguatkuasa mereka dan dibantu oleh anjing pengesan akan memeriksa satu per satu barang yang di bawa sebagai mana yang telah anda nyatakan. Awas jika anda tidak jelaskan atau declare produk-produk tertentu.
Antara makanan yang boleh dibawa adalah kopi, biskut, kek, roti, coklat, maple syrup dan minyak manakala pengujung perlu declare jika membawa teh, rempah, jeruk, beras, kekacang dan produk tenusu. Makanan dari kapal terbang dilarang untuk di bawa turun.
Semua jenis ubat untuk kegunaan sendiri adalah dibenarkan dengan syarat ada surat ataupun salinan deskripsi ubat tersebut dalam bahasa Inggeris daripada doktor yang menyatakan ubat tersebut diberikan untuk merawat penyakit dan pastikan bekalan ubatan yang dibawa adalah tidak melebihi 3 bulan. Ubat-ubatan sebaiknya dikekalkan dalam bungkusan asal dan declare.
Pokok hidup tidak dibenarkan sama sekali untuk di bawa masuk ke Australia dari lapangan terbang. Namun jika anda mempunyai dokumen import yang sah dari Department of Agriculture and Water Resources kebarangkalian untuk di benarkan bawa masuk adalah tinggi.
Ramai antara pengunjung yang datang ke Australia untuk merayakan perayaan tertentu seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali atau Hari Natal bersama keluarga atau sahabat yang menetap atau belajar di sana. Ada yang ingin membawa kekacang, lampu pelita, dekorasi perayaan atau apa sahaja. Anda perlu jelaskan dengan terperinci barang-barang tersebut. Namun ulam segar, rendang, kuah kari, ketupat, produk tenusu adalah dilarang sama sekali.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...