Berita baik buat mereka yang suka travel menggunakan perkhidmatan keretapi.
Sempena pembukaan rasmi tren diesel multiple unit (DMU) yang bernilai RM380 juta dan lebih baik dari tren konvensional dari segi segi keselesaan untuk menampung keperluan dan permintaan penumpang, pihak KTM Berhad menawarkan peluang travel secara percuma bermula pada 21-23 Februari ini bagi untuk orang ramai menikmatinya.
Lebih selesa dengan perkhidmatan setara negara maju membuktikan tren DMU bagi kegunaan penduduk di Pantai Timur ini sekaligus mampu merancakkan lagi sektor ekonomi, sosial dan pelancongan di negeri terlibat.
Ads
Dalam satu perkongsian di fb rasmi mereka, KTM Berhad, memaklumkan tiket sehala atau ulang alik yang diberi percuma ini adalah untuk perjalanan Gemas ke Kuala Lipis.
Bagi yang ingin mencubanya, boleh terus ke kaunter tiket dan hanya perlu menggunakan kad promo 𝗝𝗢𝗬𝗥𝗜𝗗𝗘𝗗𝗠𝗨.
Tapi kalau korang takut terlepas peluang nie kerana ramai yang serbu pada hari perjalanan percuma tu dan masih ingin mencuba tren DMU laluan Gemas -Kuala Lipis ini untuk balik kampung atau aktiviti travel boleh mula beli tiket bermula semalam (15 Februari 2022).
Jadual perjalanan bermula pada 24 Februari ini. Tiket boleh didapati melalui aplikasi KTMB Mobile atau di semua medium pembelian tiket KTMB.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Menjadi kelaziman dan tradisi penduduk terutama di kawasan kampung di Terengganu memasang pelita di sekeliling rumah dan di sepanjang jalan sekitar kampung untuk menceriakan suasana waktu malam pada hari-hari terakhir bulan Ramadan.
Bagi menceriakan lagi sambutan Aidilfitri di Terengganu tahun ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan Pelita Raya Online Beautiful Terengganu: PKP Raya Style 2020 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM8,000.
Dalam suasana Ramadan dan Aidilfitri kali ini agak ‘suram’ selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan wabak COVID-19. Wujudnya pertandingan ini sekurang-kurangnya akan menceriakan sesebuah keluarga di kawasan kejiranan agar lebih kreatif dalam ‘menghidupkan’ suasana malam yang suram dan memeriahkan sambutan Aidilfitri.
Pertandingan itu terbuka kepada semua rakyat di negeri Terengganu dengan setiap penyertaan tertakluk kepada kreativiti peserta dalam menampilkan dekorasi pelita untuk menghiasi kediaman masing-masing.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu foto terbaik dan video terbaik itu akan bermula pada 18 Mei hingga 26 Mei ini sekali gus dapat mempromosikan Terengganu sebagai lokasi pelancongan yang ‘wajib’ dikunjungi pada masa akan datang.
Bagi kategori video, peserta perlu memastikan klip yang dihantar tidak melebihi dua minit dan dibenarkan melakukan suntingan untuk menjadikan video mereka lebih menarik.
Bagi kategori foto, peserta perlu menghantar gambar suasana persediaan dan gambar pelita raya yang dibuat dengan minimum lima keping gambar termasuk swafoto berseorangan atau secara berkumpulan.
Penyertaan boleh dihantar melalui laman Facebook Beautiful Terengganu Malaysia dan mengikuti semua syarat yang telah ditetapkan.
Sempena cuti hujung minggu yang kebetulan adalah cuti umum Hari Malaysia pada 16 September ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan keretapi khas terus dari stesen KL Sentral ke Hatyai dengan harga bermula dari RM75 sahaja.
Sempena cuti umum itu, KTMB mengumumkan di Facebook mereka untuk pengunjung bercuti terus dari KL Sentral ke Hat Yai dengan menaiki keretapi khas Tren Khas My Sawafee pada malam Khamis, 15 September dan kembali ke Kuala Lumpur pada petang Ahad, 18 September.
Perjalanan terus bermakna korang tidak perlu turun dan menukar tren di Padang Besar, Perlis, seperti biasa, dan akan menjimatkan masa dan tambang kereta api.
Perjalanan dengan kereta api dari Kuala Lumpur ke Hat Yai mengambil masa kira-kira tujuh jam sehala, dan tiket biasanya antara RM80 dan RM115 untuk perjalanan sehala.
Terdapat juga promosi untuk sleeper train untuk hujung minggu yang panjang, dengan tiket berharga RM89 untuk katil dua tingkat atas dan RM97 untuk katil dua tingkat bawah.
KTMB juga telah menambah lebih banyak tempat duduk dan katil untuk perjalanan promosi tersebut, dan memberi jaminan untuk pelancong yang berminat bahawa mereka akan memperkenalkan perkhidmatan terus dengan lebih kerap dalam masa terdekat.
Masih sempat kalau korang nak beli dan bercuti ke Hatyai hujung minggu ini. khabarnya tiket untuk tempat tidur dah habis tapi untuk tempat duduk biasa masih lagi available.
Pilih ‘KL Sentral’ sebagai stesen asal anda dan ‘Hat Yai’ sebagai destinasi korang, kemudian pilih 15 September sebagai tarikh berlepas anda dan 18 September untuk tarikh pulang korang untuk menebus tawaran secara automatik, sama ada pada RM75 untuk sehala atau RM150 untuk pergi balik.
Cepat dapatkan tiket sekarang di https://bit.ly/3kWOQv5 , melalui aplikasi KTMB Mobile atau semua medium penjualan tiket KTMB.
Sumber: KTMB
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Banyak bangunan sejarah bercirikan Islam yang ditinggalkan dan boleh dilawati bagi sesiapa yang datang ke sini.
Granada bermaksud ‘buah delima’. Jadi tidak hairanlah sekiranya sepanjang kembara di bumi Granada, terdapat banyak pokok-pokok delima yang tumbuh subur di Tanah bangsa Morish terutama sekitar perbukitan Istana Alhambra. Tanah yang subur!!
Granada termetri sebagai wilayah terakhir di bawah penguasaan Khalifah Umayyah Andalusia yang jatuh dalam penguasaan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V, Penguasa dari Aragon.
Sejarah membuktikan kelemahan pemerintahan menjadi punca perpecahan dalam pemerintahan Khalifah Hisyam Al-Muaiyah sehingga wujudnya hampir 20 wilayah di tanah Andalusia. Dengan perpecahan yang berlaku, secara berperingkat keunggulan dan kehebatan pemerintahan khalifahan mulai lemah kerana setiap pemimpin ingin memerintah wilayah mereka dengan cara sendiri.
Berbalik kepada wilayah Granada, penguasaan ke atas wilayah itu bukan disebabkan kemenangan yang diraih dalam perperangan tetapi dek kerana tamak dan perasaan iri hati seorang anak terhadap ayahandanya sehingga sanggup membelot dan melakukan rampasan kuasa.
Malahan, Raja Abu Abdullah atau Raja Muhammad XII yang lemah dan penakut sanggup menyerahkan wilayah berkenaan kepada Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V semata-mata kerana ingin mengekalkan kekuasaannya.
Namun, perjanjian yang termeterai antara dua pemimpin berkenaan telah menyaksikan runtuhnya kerajaan Islam Umayyah Andalusia yang telah berkuasa di tanah itu lebih 800 tahun. Malah lebih lama dari kekuasaan kerajaan Uthmaniah di Turki sekitar 600 tahun.
Dengan perjanjian berkenaan, maka secara total Andalusia di baemwah penguasaan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V. Maka, berakhir lah Islam di Andalusia.
Kerajaan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V sangat taksub untuk menguasai wilayah Granada yang terkenal dengan Istana dan benteng Alhambra yang sangat Indah dan gah.
Alhambra, Istana dan benteng di bina semasa pemerintahan Dinasti Nasrid merupakan simbol kemegahan Kota Granada dan menjadi kebanggaan Khalifah Islam Umayyah Andalusia malah turut terkenal seluruh dunia.
Bukan mudah untuk kerajaan Ratu Isabela dan Raja Ferdinand V menawan kota Granada melalui perperangan kerana faktor geografi dan kedudukannya di atas bukit yang dikelilingi lembah.
Bukan tidak pernah kerajaan Ratu dan Raja berkenaan cuba melancarkan sesi perperangan namun, kekalahan tetap mengiringi pasukan mereka. Tambahan pula, kemahiran orang-orang Moor dalam melancarkan serangan di posisi perbatuan dan berbukit memberi kelebihan kepada kerajaan Moor memenangi setiap serangan dari pihak musuh.
Di sebab kan itu lah, Pasangan berkenaan menanfaatkan Raja Abu Abdullah yang juga digelar sebagai ‘boabdil’ yang di anggap lemah dalam pemerintahan untuk terus menguasai Andalusia secara total.
Ya, Granada wilayah terakhir dikuasai oleh Ratu Isabela dan Raja Ferdinand V sehingga dunia Eropah mengangkat pasangan tersebut sebagai penguasa yang masyhur seluruh dunia kerana berjaya menguasai Andalusia.
Jadi, tidak hairan lah di tengah-tengah kota Granada terbinanya tugu pasangan itu sebagai memperingati Ratu dan Raja yang telah menguasai negara berkenaan dari kerajaan Islam.
Bagi aku, Granada yang terletak berhampiran pergunungan Sierra Naveda sangat indah dan cantik serta sudah pasti perlu di masukkan dalam ‘wishlist’ para pencinta dunia kembara.
Disebabkan hasrat asal ingin menyelusuri dan menikmati pemandangan perbukitan kota Alhambra, berjalan kaki dari hostel Granada Pensión yang terletak lebih kurang 5km dari Istana langsung tidak terasa. Cukup Indah!!
Kota Alhambra ternyata cukup indah dan aku pasti setiap pengunjungnya merasa kagum pada setiap inci binaannya. Ya! Istana berkenaan yang telah dibangunkan sejak tahun 899 m. Aku memanfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin dalam menghayati setiap inci binaannya kerana aku belum pasti entah bila dapat kembali ke Istana berkenaan.
Sungguh!! aku tertarik dengan Taman Singa atau Hausyus Sibb. Taman ini dikelilingi oleh 128 tiang dari marmar yang indah serta dihiasi dengan 12 patung singa yang menampakkan gahnya setiap ruang taman berkenaan. Lama aku di sini!! Terasa kagum dengan kehebatan dan halusnya seni binaan orang-orang Moor.
Antara lain yang menarik minat aku di Istana Kebanggaan Andalusia ialah Ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi). Letaknya dalam Istana berkenaan berhiaskan Kaligrafi Arab yang cukup indah dan halus ukirannya.
Menampak di Kota Alhambra selama 6 jam langsung tidak terasa lamanya masa yang dihabiskan kerana aku jadi leka dan terbuai dengan keindahan yang sukar diceritakan.
Sekiranya diberi peluang, aku akan cuba rancang masa yang lebih lama di Granada serta akan menghayati setiap inci tanah Granada beserta kota-kota berdekatan seperti Malaga, Ronda, Alhama de Granada dan lain-lain kerana di sana terdapat sejarah yang cukup tragis di era kejatuhan Andalusia.
Untuk sampai ke Granada melalui penerbangan antarabangsa, boleh turun di Airport Malaga! Dari airport boleh ambil bas terus ke Granada City yang akan ambil masa selama 1jam 40 minit. Malaga adalah International Airport yang paling dekat dengan Granada…
Ada masa… Bagi peluang pada diri untuk beradaptasi dengan keindahan Malaga juga! Di saat juga ada sejarah yang cukup tragis!!!
Perjalanan antara Pantai Timur dan Lembah Klang sering kali menuntut perancangan teliti buat kebanyakan rakyat Malaysia. Sama ada memilih untuk memandu berjam-jam lamanya atau...