Ramai di antara kita yang suka aktiviti-aktiviti lasak dan kebanyakkan aktiviti-aktiviti lasak itu dilakukan di dalam hutan. Ada juga aktiviti-aktiviti lasak yang boleh dilakukan di dalam tempat tertutup tetapi cabarannya tidak sama kalau dibandingkan dengan suasana dalam hutan rimba.
Kalau berbicara soal hutan rimba ni, mesti ramai yang buat persediaan secukupnya untuk mengharungi setiap cabaran yang bakal mendatang seperti peralatan dari atas kepala sampai hujung kaki, kesihatan mental dan juga fizikal.
Tapi dalam persediaan berbentuk luaran itu, persediaan dalam bentuk dalam juga perlu dipraktikkan. Maklumlah, keadaan dalam kawasan hutan rimba ni, banyak perkara boleh berlaku. Ada nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman supaya jangan terlalu galak apabila beraktiviti di dalam hutan.
Namun, ada yang terlebih mengambil nasihat itu terlalu ekstrim hingga sanggup mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Seperti contoh ada yang masuk dalam hutan tapi minta izin datuk nenek, cucu nak masuk tumpang lalu dan sebagainya. Bila masa datuk nenek kita tinggal dalam hutan?
Percayalah, ada yang saya pernah berjumpa dengan orang-orang seperti itu tetapi, dalam hutan ni kita elakkan perkelahian sesama sendiri, kita biarkan sahajalah. Bagi kau agama kau, dan bagi aku agama aku. Bagi kau pegangan kau, bagi aku pegangan aku. Itu yang saya praktikkan kalau terjumpa orang-orang sedemikian.
Ads
Tapi tahukah anda, sebenarnya ada beberapa amalan mudah yang berlandaskan hukum syarak boleh kita amalkan sewaktu beraktiviti di dalam hutan. Mari saya kongsikan kepada anda tiga tip yang disampaikan oleh seorang gadis yang lemah lembut tetapi suka masuk hutan bernama Myzatulhazra Yahaya.
Perkongsian ini sangat berguna terutamanya untuk kaum hawa yang aktif dan sukakan aktiviti lasak keluar masuk hutan. Ketika melangkah di pintu masuk kawasan hutan, langkah perlahan-lahan sebanyak tujuh kali dengan setiap langkah dibacakan ayat ini:
“SALAMUN A’LA SULAIMAN FIL A’LAMIN”
Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman..
Ads
Sesungguhnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama baginda. Amalkan ayat di atas, Inshaa Allah tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita atas izin-Nya.
Yang kedua, amalkan:
“BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM”
Ads
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan nama-Nya dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.”
Barangsiapa yang membacanya sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga subuh esok dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya. (Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ahmad)
Doa tambahan untuk elakkan binatang buas dan berbisa adalah:
Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh di seluruh alam..
Inshaa Allah, dengan izin-Nya, semoga kita semua tidak ditimpa segala musibah yang bakal datang terutamanya musibah syirik akibat mengamalkan perkara-perkara kurafat. Aaminn..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
AirAsia akan menyambung semula penerbangan domestik terpilih yang dijadualkan seawal 29 April ini tertakluk kepada kelulusan kerajaan negara ia beroperasi sebelum diperluaskan ke destinasi antarabangsa.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata penerbangan antarabangsa ke Thailand dan Filipina dijadual bermula 1 Mei, manakala Indonesia pada 7 Mei. Penyambungan semula perkhidmatan ini adalah untuk beberapa laluan domestik terpilih, manakala penerbangan ke destinasi antarabangsa akan disambung semula secara berperingkat apabila keadaan bertambah baik dan sehingga kerajaan menarik semula sekatan perjalanan.
Penerbangan telah sedia untuk ditempah di laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih dan tetamu juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini.
#AirAsia announces resumption of domestic flights subject to approval from authorities. Flights are already available and open for booking on our website and Mobile App. For more info:https://t.co/YaCI6zpSjs
AirAsia berkata maklumat lanjut mengenai laluan lain dan jadual penerbangan akan diumumkan beberapa minggu akan datang, tertakluk kepada kelulusan kerajaan. Pihak AirAsia telah mengemas kini prosedur pengendalian tetamu secara menyeluruh mulai pelepasan sehingga penerbangan berikutan pandemik COVID-19.
AirAsia telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memastikan semua saranan langkah pencegahan dilakukan untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa untuk semua.
AirAsia bekerjasama secara aktif dengan semua pengawal selia, kerajaan, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan serta mematuhi panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan.
Tetamu dinasihatkan mengamalkan langkah-langkah perlindungan yang disyorkan secara universal termasuk memakai topeng muka, penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri.
Semua pesawat yang dilengkapi Penapis Udara Kecekapan Tinggi (HEPA) standard hospital juga akan melalui prosedur pembasmian kuman secara menyeluruh selepas setiap penerbangan.
Tetamu dinasihatkan menyemak nasihat perjalanan di airasia.com dan platform media sosial di samping memeriksa status penerbangan di airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini berikutan keadaan yang sentiasa berubah pada masa ini.
Ramai sukakan serbuk Bonito Flakes yang dimakan bersama Takoyaki. Dicampur dengan pelbagai perisa, ia menambah rasa sedap pada Takoyaki yang kita nikmati. Namun ramai menyangkakan Bonito Flakes ini diperbuat dari makanan laut iaitu sotong yang disalai tapi sebenarnya ia diperbuat dari ikan.
Baca perkongsian Catatan Zunita Di Jepun
Korang panggil benda atas takoyaki tu apa? Sayap katu (kelkatu) jugak ke?
Nama benda ni sebenarnya Bonito Flakes atau empingan bonito. Bonito flakes ni memang jadi kegemaran ramai sebab rasa dia yang sedap, lagi-lagi kalau makan dengan takoyaki.
Tapi mungkin ramai tak tahu yang bonito flakes ni dibuat dari ikan atau spesifiknya dari ikan tongkol (skipjacks tuna). Haa.. mungkin ramai ingat dari sotong atau benda lain, kan? Tapi tak pasti kalau ada yang memang ingat dari sayap kelkatu.
Dan apa yang lebih menarik, cara nak buat bonito flakes ni pun unik. Cara dia, ikan tongkol perlu diasapkan (smoked) sekurang-kurangnya 5-6 jam dalam satu sesi dan kemudian direhatkan sehari. Lepas tu perlu diasapkan semula dan direhatkan . Kitaran ni perlu diulang sebanyak 12-15 kali!
Lepas proses tersebut, ikan tu perlu disembur pula dengan kulat atau Aspergillus glaucus culture. Ye, ikan ni disembur dengan kulat. Benda ni dipanggil katsuobushi.
Kulat ni dibiarkan sebati dengan ikan tu sampai lebih kurang 6 bulan. Kalau tengok kejadian masa disalut kulat tu.. tak pasti masih ada yang nak makan ke tak bonito flakes tu haha! Hasil dia? Ikan tuna tu akan jadi keras kejung yang teramat sangat. Lepas tu diorang akan sagat atau hiris nipis dengan alat khas (kezuri) untuk jadikan bonito flakes.
Ini cara tradisional lah nak buat bonito flakes ni. Cara moden dia tak perlu tunggu sampai 6 bulan pun nak bagi ikan ni keras kejung. Biasanya cara moden lebih cepat cuma katanya kalau cara tradisional tu lebih sedap lah. Hehe
Selain guna dekat takoyaki, bonito flakes ni jugak biasanya direbus untuk dibuat dashi (stok sup) untuk udon, soba dan sebagainya.
Harap lepas ni dah tak keliru sayap kelkatu dengan bonito flakes ya. Malulah followers sis tapi tak tahu . #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perasan tak kalau pergi bercuti, kita akan menginap di hotel atau resort yang digemari dan kebanyakan semua cadar serta tualanya berwarna putih.
Kenapa pihak pengurusan hotel memilih warna putih berbanding warna lain seperti untuk selimut yang ada juga berwarna-warni.
Menurut Mentalfloss, hotel suka menggunakan cadar putih supaya dapat mengesan kekotoran dengan lebih cepat.
Bayangkan jika katil mempunyai cadar yang lebih gelap, anda mungkin tidak dapat melihat sebarang kekotoran yang terdapat pada cadar tersebut seperti kutu busuk.
Oleh itu, dengan cadar yang berwarna cerah, anda akan lebih yakin dengan tahap kebersihannya yang mungkin baru saja dicuci.
Tambah sumber itu lagi, Westin merupakan pemula yang mempopularkan motif berwarna putih sekitar tahun 1990-an.
Idea tersebut turut mendapat sokongan daripada Erin Hoover, bekas Naib Presiden Reka Bentuk Hotel Westin dan Sheraton dengan mengatakan bahawa tempat tidur yang serba putih dapat menciptakan kesan halo.
Beliau menambah “Orang menganggap bilik telah diubahsuai sedangkan hanya tempat tidur yang telah berubah. Ia memberi kesan yang besar.”
Dari sudut logistik pula, cadar yang berwarna putih putih dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan. Kedua-duanya, iaitu cadar dan tuala boleh diletakkan di dalam bekas basuhan yang sama tanpa takut warna akan luntur.
Hotel menggunakan teknologi dobi terkini, termasuk mesin ultrasonik yang dapat memecahkan kotoran.
Mereka juga membuat beberapa kali kitaran basuhan. Oleh itu, “kesan halo” adalah sesuatu yang mungkin anda perlukan untuk membuat tempahan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...