Kerjaya sebagai pemandu pelancong ni selalunya orang tak begitu pandang sangat sebab kerja tak ada pejabat, tak pakai kemeja, ke hulu ke hilir bawa pelancong. Tapi mana yang tidak tahu, kerjaya sebagai pemandu pelancong ini menawarkan gaji yang cukup lumayan. Kadang-kadang kalau dikira balik, gaji mereka lagi mahal daripada gaji eksekutif di syarikat-syarikat besar.
Mana tidaknya, gaji mereka dikira setiap hari dan rate minimum sehari adalah RM200. Anda cuba kira kalau mereka kerja lima hari dalam seminggu, tak dapat RM1,000? Itu kalau dibayar RM200 sehari, kalau lebih? Itu belum termasuk dengan pendapatan sampingan yang lain.
Sekiranya anda pemandu pelancong yang professional dan mendapat rating tinggi daripada client, sudah tentu bayaran anda lebih tinggi berbanding mereka yang lain.
Jadi tak mustahil untuk dapat pendapatan mencecah 5 angka sebulan sekiranya betul-betul rajin berusaha.
Selain daripada gaji yang lumayan, ini antara perkara-perkara lain yang menarik mengenai kerjaya sebagai pemandu pelancong:
Ads
Masa kerja yang tidak terbatas dan fleksibel
Anda tak perlu nak ikut office hour. Tak ada dateline penting yang perlu dikejarkan. Anda lebih bebas dalam menentukan masa kerja anda. Bergantung kepada jadual lawatan pelancong yang anda bawa.
Banyak peluang kerja
Ada banyak job yang anda boleh buat diluar sana dan anda juga boleh memilih untuk tidak terikat kepada mana-mana company. Ramai pemandu pelancong yang bekerja freelance dan mereka mempunyai network besar untuk memudahkan urusan perniagaan mereka.
Tidak payah susah-susah jadi salesman
Apa sahaja produk yang anda perlu jual? Tak ada. Yang anda perlu jual hanyalah communication skill, information dan rapport anda kepada client.
Ads
Tak perlu kejar sales dan marketing
Ramai pemandu pelancong yang jadi freelance ini bekerjasama dengan beberapa agensi pelancongan. Agensi pelancongan inilah yang akan cari sales dan boost up marketing untuk mempromosikan produk pelancongan. Anda hanya perlu bawa pelancong sahaja.
Tak perlu perah otak untuk hafal formula bom atom
Hanya perlukan minat yang dalam dan keinginan yang tinggi. Kalau anda betul-betul minat dan berkeinginan, InShaaAllah, setiap perkara akan menjadi mudah untuk anda membawa pelancong ke mana-mana dan menyampaikan informasi dalam cara yang terbaik.
Untuk pengetahuan anda, ada berpuluh-puluh agensi pelancongan yang baru, wujud di seluruh negara setiap tahun. Oleh demikian, potensi untuk anda mencari peluang pekerjaan dalam bidang pemandu pelancong ini sangat tinggi lebih-lebih lagi kepada student.
Tip kepada student, cuba ambil lesen untuk menjadi pemandu pelancong yang bertauliah.
Daripada menghabiskan masa cuti semester berbulan-bulan tak buat apa, baik jadi pemandu pelancong. Selain dapat sikit wang saku, dapat juga anda berjalan-jalan mengembara, bak kata pepatah Melayu, jauh perjalanan luas pemandangan, tinggi pengetahuan.
kredit gambar: travelmassive.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nak merasai suasana kedamaian hijau sawah yang terbentang luas dan sangat cantik untuk dijadikan background gambar kenangan anda? Percutiaan ke negeri Kedah dan Perlis merupakan pilihan ideal buat kalian.
Perkongsian trip secara backpack mendaki dua lokasi berbeza di Kedah dan Perlis oleh saudara Mohd Helmi nyata memberi kelainan untuk percutian anda yang suka akan alam semulajadi. Paling menarik, bercuti ketika ini, sangat menjimatkan.
Jom baca!
ITINERARI 3 HARI 2 MALAM
Hiking Backpacker Style Ke Negeri-Negeri Jepalang Padi Malaysia: Bukit Jernih, Perlis & Bukit Mok Cun, Kedah.
Trip:26-28 Jun 2020
Lokasi: Jajaran Pantai Barat Utara Malaysia.
COSTING:
Flight Airasia pergi balik KL-Alor Setar: RM24
Bee Garden Motel double room: RM26/ malam x 2
Total transport (mycar, bas & tren): RM37.70
Souvenier: Glove kedai Eco RM2 nak hiking
Guider: Harga deal dgn guider sendiri, honestly x mahal.
Makan minum:RM37.70
ALL IN COST= RM163.40
Hari 1
Flight tujuan KL-Alor Setar 8.30pm terus gerak KLIA lepas kerja.
Mycar Airport-Hotel RM12.90 (mahal dari harga flight aku, huhu)
Check in Hotel The Space Inn RM52 utk 2 malam.
Dinner di warung dan ke Menara Alo Setar je.
Hari 2
Mycar RM5 ke Tren Keretapi
Tren kedua (pertama terlepas) Alor Setar – Bukit Keteri, Kangar 7.39am, sekitar 1 jam perjalanan sampai di Stesen Bukit Keteri (stesen antara Arau-Padang Bsr) RM3.80
Amin anak Cikteh amik di stesen Keteri- naik motor ke Kaki Bukit Jernih (lbh kurang jarak 3km).TQ amin.
Pendakian bermula: View Superb kebabom. Siapa2 nak ke atas tolong guna guider (Highly recommended amik guider dgn Citteh BJ, servis dia dan anak dia memang gred A+), kalau x ada diorang belum tentu dpt cari trail ke atas, diorang pun tolong amik kan gambar dan jaga keselamatan kita. Kalau rasa servis diorang overexpectation, sila lah bg extra tips ok sayang.
Tengahari: Makhan2 di Restoran Pokok Sawa, Mata Ayer, Perlis. TQ sgt kpd hamba allah yg belanja makan makanan kampung.Sedap. Seronok jumpa kawan2 baru juga, nanti kita hiking tempat lain pulak ya kwn2.
Cikgu Pah, time kasih jg hantar pulang ke Arau. Rehat2 dan makan di Arau pula sebelum pulang Kedah.
Tren 4.30pm Arau-Alor Setar RM3.20
Mycar Alor Setar-Aman Central RM5 .Then makan lagi.
Petang:rehat dan tidur
Malam: Dinner di Iman Kutiew kerang, TQ kpd hamba allah lain pula yg belanja malam tu.Sedap kutiawnya.
Jalan-jalan night walking di sekitar Menara Alor Setar, Dataran dan Masjid Zahir sebelum dihambat balik oleh pak polisi sbb meriah sangat di dataran malam tu tanpa jarak sosial sesuai. Apapun tahniah Kedah dah zon hijau.
Hari 3
Tidur sampai 11 pagi
12.00 Makan di warung belakang Aman Central
12.30pm: Naik Bas Mara dari Aman Suri Residence, sebelah Aman Central ke Kampung Kodiang Lama RM4.40-then jalan kaki dalam 15 minit ke kaki bukit Mokcun. Kira mcm warm up dulu. Tapi confirm view sawah bawah tu dah panggil2 korang sebelum daki Mokcun.
Pendakian solo bermula seawal 1.45pm mcm tu
dalam pukul 6 pm baru turun setelah ke beberapa point seperi Batu Gantung, View Side Kereta Api & Side Lebuh Utama Jitra-Arau dan di Puncak Mokcun.
6 Pm: Bas Mara naik dari Kampung Kodiang Lama-Persimpangan Airport Alor Setar (Depan TH Hotel) RM3.40.
Makan Nasi Arab-then jalan kaki ke airport je, TQ ada abang baik tumpangkan otw jalan kaki ke airport. Org2 Kedah sempoi baq hang
Flight pulang ke KL 9.30pm
Credited with TQ kpd kawan-kawan yang dah menjayakan trip ni walaupun ada yang hanya jumpa di en-route, belanja-belanja makan dan free ride. Kepada yang tak sempat jumpa kita ketemu di lain masa ok.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Persatuan Pencinta Alam Malaysia akan menganjurkan program Raptor Watch kali ke-21 di Tanjung Tuan, Alor Gajah dekat sini, selama dua hari bermula 14 Mac dan 15 Mac 2020 ini.
Penganjuran program itu bagi meraikan penghijrahan burung pemangsa melintasi Selat Melaka dari Indonesia ke Tanjung Tuan sejauh 38 kilometer untuk pulang ke tempat pembiakan mereka di Hemisfera Utara.
Setiap tahun, puluhan ribu burung pemangsa atau ‘raptor’ merentasi Selat Melaka untuk pulang ke Hemisfera Utara sejauh lebih 10,000 km seperti Jepun, Korea, Siberia dan India serta pergerakannya dibantu angin dari arah barat atau barat daya.
Burung pemangsa mempunyai badan yang berat, mereka meluncur di udara sekali gus menjimatkan tenaga melintasi Selat Melaka dan ia hanya berlaku sekali dalam setahun dengan kemuncaknya melintasi Selat Melaka pada Mac.
Program yang akan diadakan di Rumah Api Tanjung Tuan dan PNB Ilham Resort serta di sekitar Hutan Simpan Tanjung Tuan itu bukan sahaja untuk pendidikan dan penghayatan dalam kalangan pelajar, tetapi juga untuk kepentingan sektor pelancongan.
Orang ramai dijemput hadir dengan mengambil peluang keemasan ini untuk melihat sendiri pemandangan yang amat mempesonakan dan bersama-sama merasakan kemeriahan program ini.
Raptor ialah burung jenis maging bercirikan pemburu dan pemangsa seperti sayap ringan, mata tajam, paruh bercangkuk, kuku besar dan tajam. Pada musim sejuk di Hemisfera Utara, ketika sumber makanan dalam kawasan pembiakan menurun, ia akan berhijrah ke selatan yang panas kerana makanan lebih mudah didapati.
Perasaan teruja bila check in hotel itu membuatkan ramai yang terus baring bila masuk bilik. Tanpa memikirkan apa yang patut anda lakukan sebelum bertindak demikian.
Hah, sepatutnya buat tiga langkah ini dulu ya, barulah selamat dan selesa waktu anda baring atas katil.
Risau juga kalau bilik hotel anda turut ‘dihuni’ oleh makhluk lain, iaitu pepijat (bedbugs) yang biasanya banyak ditemui di tilam, cadar dan selimut.
Pepijat bergantung hidup dengan menghisap darah manusia atau haiwan.
Gigitan makhluk ini akan membuatkan kulit anda gatal dan merah, dan boleh bertukar serius menjadi radang yang boleh menyebabkan pendarahan serta jangkitan.
Bila Check In Hotel
Oleh itu, amalkan tip ini setiap kali anda mendaftar masuk ke bilik hotel:
1) Tengok tilam
Ambil sedikit masa untuk memeriksa tilam dengan cara mengangkatnya dan memastikan sekiranya ia bersembunyi di bawah atau di dalam jahitan.
Periksa juga sarung bantal, takut pepijat ada bersembunyi di dalamnya. Mudah saja mahu mengenali pepijat. Ia berwarna merah karat ataupun coklat gelap dan agak halus.
2) Periksa katil
Katil juga merupakan salah satu tempat persembunyian pepijat. Cuba perhatikan di sekeliling katil termasuk celahan katil untuk memastikan tiada makhluk ini.
3) Semak bilik
Periksa juga perabot terutama yang berada berdekatan dengan tilam dan katil seperti meja sisi, sofa, kabinet dan sebagainya.
Selepas selesai melakukan tiga langkah berkenaan, barulah anda boleh berbaring atau membuka beg pakaian dengan perasaan yang lega.
Namun sekiranya anda terjumpa pepijat, sila maklumkan kepada pihak pengurusan hotel untuk urusan pertukaran bilik.
Nampak seperti agak remeh dan meletihkan, lebih-lebih lagi pastinya bilik sudah dibersihkan oleh pekerja housekeeping.
Tidak rugi jika kita sendiri mengambil langkah untuk lebih berjaga-jaga. Barulah seronok menikmati percutian yang sekian lama dinanti-nantikan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...