Bayangkan satu keluarga yang sedang bergelak ketawa riang, berjalan bersama dengan suhu sejuk sambil menyentuh rumput dan dedaunan, membuat BBQ, dan mengira bintang di malam hari bersama.
Semua ini bukan saja memberi kesan yang positif terhadap mental dan fizikal, tetapi lebih mendalam lagi dari segi emosional setiap ahli keluarga. Jadi, kalau anda rasa membawa keluarga pergi bercuti adalah sesuatu yang membazir, ternyata anda salah!
Bercuti bersama keluarga tidak semestinya perlu memilih lokasi yang serba mewah atau jauh nun di negara asing. Di negara kita juga banyak jenis percutian keluarga yang menarik boleh dipilih. Antaranya percutiaan ala glamping.
Ads
Tidak seperti berkhemah biasa yang memerlukan kita membina khemah sendiri, glam camping membolehkan anda terus masuk ke dalam khemah. Selain itu setiap khemah lengkap dengan pelbagai kemudahan tempat tidur selesa, makanan dan pengudaraan yang baik.
Pun begitu bukan semua kawasan perkhemahan atau glamping, mempunyai kemudahan dan kelengkapan sama. Lain tempat, lain kelebihannya dan juga segala aktiviti yang ditawarkan juga berbeza. Tetapi secara amnya, ia sangat mengujakan apa lagi jika anda dan keluarga ingin keluar dari kesibukan hiruk pikuk kota.
Ads
Ini ada cadangan lokasi glamping menarik terletak lokasi bersuhu sejuk di Genting Highlands iaitu ‘Glamz At Genting’. Jom layan foto lokasi glamping di sini.
Ramai daripada pelancong jika datang ke Bangkok, akan berjalan-jalan sekitar bandaraya ini sahaja. Tidak dinafikan di Bangkok memang terdapat pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi. Tetapi alang-alang sudah berada di Bangkok, apa kata ‘merayau’ jauh sedikit ke daerah lain melihat lebih lagi negara gajah putih ini.
Pengunjung boleh membuat pilihan samada ke Hua Hin iaitu Santorini versi asia atau ke Lopburi untuk melihat ladang matahari yang luas terbentang.
Ikuti perkongsian menarik ini.
Sedikit perkongsian dari saya utk mereka yg ingin bercuti ke Bangkok. Jika ada kelapangan dan masa lebih xtau nak buat apa semasa bercuti ke Bangkok, boleh cuba datang ke Hua Hin & Lopburi. Banyak tempat cantik utk ambil gambar terutama sekali photoholic macam saya haha. Dalam post ni saya sertakan sekali tips ke Sunflower Farm Lopburi walaupun saya pegi pada Januari lepas. Baru ada masa nak update hehe.
HUA HIN ( One-Day Trip)
• 9.30AM Breakfast
• 10.30AM Taxi to Hua Hin (Bagitau siap siap dgn taxi driver nak pegi Swiss Sheep Farm, Santorini Park & The Venezia) – 2Hrs from Bangkok City
• 1PM Arrive at Swiss Sheep Farm
• 3PM Santorini Park – (Kitorang masuk ambil gambar & minum2 je xda main waterpark games)
• 5PM The Venezia – Package A (Fontana Di Trevi Park, 3D Art Gallery, Mini Train, King&Queen Photo, Mini Zoo)
• 7PM Back to Bangkok City
Notes:
CHOCOLATE VILLE, BANGKOK (Half-Day Trip)
• Opening Hours: 4PM-Midnight
• Taxi to Chocolate Ville ~ THB165, 25Mins from Bangkok City
• No entrance fee
Notes:
LOPBURI
• 6.45AM Taxi from Pratunam to Hua Lampong Station, Bangkok
• 7AM Train to Lopburi 3Hours
• 10AM Arrive at Lopburi Station
• 10.30AM Taxi/Pickup Truck to Sunflower Farm
• 2.30PM Mini van to Victory Monument
Notes:
Pegi reramai best dapat murah. Ini bukan full itinerary ok sbb aktiviti lain tu adalah personal activity. So, saya cuma share tempat best dkt Bangkok & serba sedikit travel tips ja. Trip ini adalah sekitar tahun 2016 yang lalu.
Dipersilakan share. Semoga perkongsian ini bermanfaat.Terima kasih!
Dahulu, Gunung Jerai terkenal sebagai penanda arah buat pelayar-pelayar yang singgah berdagang di negeri Kedah.
Tetapi kini ia lebih sinonim sebagai salah satu lokasi pelancongan di negeri jelapang padi. Buat anda yang ingin berkunjung ke sini hanya perlu melalui perjalanan sejauh lebih 10 kilometer dari kaki gunung ke puncak. Anda tidak perlu mendaki kerana jalan menuju ke puncak destinasi ini boleh dilalui menggunakan kenderaan.
Gunung Jerai memiliki ketinggian 1,217 meter dari paras laut dan terletak di sempadan daerah Kuala Muda dan Yan itu sentiasa mendapat kunjungan daripada para pengembara dan pencinta alam yang ingin menerokainya tidak kira pada hari biasa atau cuti umum.
Gunung tertinggi di Kedah itu juga menyediakan kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni. Kedinginan udara sekitar 18 hingga 25 darjah celcius amat menyamankan lebih-lebih lagi ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau. Pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga pasti akan mengasyikkan setiap pengunjung kerana dari puncak resort berkenaan anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah. Ada juga pengujung yang menggelar lokasi ini sebagai ‘Switzerland Kedah’.
Ini perkongsian foto dan trip ke puncak Gunung Jerai oleh sumber FB Mohd Anas Anas
Sedikit review percutian singkat ke puncak Gunung Jerai, Daerah Yan yang merupakan daerah paling bahagia berdasarkan pengalaman kali pertama chegu ke sini sebab ramai yang bertanyakan..
Tetapi percaya la, keadaan di puncak Gunung Jerai sangat menarik dan cantik nak mampuih oii, sumpah tak boleh lupa lagi. Keadaan yang tenang dan segar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sesekali kena juga cari tempat bercuti bersama keluarga, buat hilang penat mencari rezeki. Nak-nak anda yang sudah bekeluarga, waktu ini lah pun dapat rapatkan hubungan dengan cara melihat tempat orang.
Namun sebelum bergerak ke sesuatu tempat, anda kena cari info menarik yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dibuat di sana nanti. Macam nak camping ke, main sungai atau sekadar melihat pemandangan.
Okay, jom ‘jelajah’ mata menerusi gambar dan info kali ini, mungkin ada salah satu yang sesuai untuk anda bawa keluarga tersayang.
Genting Highlands Premium Outlet , Pusat Premium Premium di puncak bukit pertama membawa kemewahan membeli belah ke tahap yang lebih tinggi dengan jualan pertama sejak dibuka.
Perjalanan sekitar 45 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari KLIA, Tadom Hill Resort kini semakin viral dan popular apabila semakin ramai yang terpegun dengan kecantikan Tadom Bamboo Camp yang baru beroperasi sejak akhir Disember 2015. Hampir keseluruhan struktur resort ini dibina dengan buluh dan ia menjadi identiti unik tempat ini. Lokasi ini juga popular sebagai salah satu tarikan ‘glamping’ iaitu trend ‘perkhemahan mewah’ atau glamorous camping.
Jika tidak berkesempatan untuk menginap di sini, anda boleh membeli day pass dan mandi-manda di Tadom Groove, sebuah tasik yang bersih, indah dan selamat. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti bermain kayak buluh. Terdapat juga papan buluh setinggi 5 meter ke air, beserta tali ‘tarzan’ yang membolehkan anda bergayut. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma.
Fig Tree Hill Pulau Pinang ini menawarkan suasana yang tenang untuk berehat bersama keluarga. Hanya 15 minit pemanduan dari lapangan terbang Pulau Pinang, Resort ini akan buat anda lupa hiruk-piruk bandar yang and baru tinggalkan.
Hanya satu jam dari Bandar Kuala Lumpur jika anda memandu, Casabrina Villa Pahang merupakan tempat dimana kemewahan dan keindahan alam semulajadi bertemu. Gabungan hutan lipur dan keselesaan hotel6 bintang menjadikan resort ini ideal untuk pencinta alam yang mengutamakan keselesaan.
Berehat di infinity pool mereka sambil menikmati pemandangan hutan lipur yang menakjubkan. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk golf, jungle trekking dan safari.
Di Container Hotel Kuala Lumpur anda dapat tinggal di dalam kontena lama yang telah diubah suai menjadi bilik hotel yang selesa. Anda boleh pilih sama ada anda mahu bermalam di dalam bilik asrama ala backpacker, tube, atau bilik biasa.
Pelantar minyak bukan satu tempat biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik, tetapi ini berubah apabila saya menemui Seaventures Dive Resort. Resort terletak di Sipadan Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul.
Jika anda seseorang yang minat pada aktiviti scuba diving ini adalah salah satu destinasi menyelam yang harus dilawati. Terletak di segi tiga batu karang Sabah, pelantar minyak ini diubah suai menjadi dive rig dan telah meraih status PADI 5 star Dive Resort.
Syurga Glamping yang tidak diketahui ramai ini terletak di Kota Tinggi Johor. Tidur didalam “Bell Tent” disamping flora dan fauna. Tidak perlu bawa sleeping bag atau membina unggun api untuk memasak, di sini segalanya disediakan, perkelahan mewah alaf baru.
Antara aktiviti yang anda boleh buat di sini adalah mandi air terjun, trekking di Gunung Panti, berbasikal, berkayak, dan menaiki ATV. Tempat-tempat menarik yang berdekatan termasuk Crocodile farm, Ostrich Farm dan Bird Park yang menjadi rumah kepada 270 spesis burung tempatan exotik.
Caravan Seri Bentong, Pahang ini merupakan Villa peribadi yang mempunyai ladang buah, sungai , dan dikelilingi bukit-bukit hijau. Anda boleh pilih untuk bermalam dibawah bintang di dalam kemah Delux Safari atau merehatkan diri di dalam bilik Caravan Suite.
Antara aktiviti yang disediakan adalah treasure hunt, team building, karaoke, volleyball dan berenang di Riverpool.
Biasanya kita risau tertidur dalam bas takut terlepas tempat yang patutnya kita berhenti. Tetapi kali ini anda boleh tidur dengan lena di dalam Bus yang telah diubah suai menjadi hotel ini.
Diberi nama Bustel, tempat ini terletak di dataran satu Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Setiap bilik mempunyai kelengkapan yang sama seperti bilik hotel biasa.
Port Dickson memang terkenal dengan tempat yang menarik dan luarbiasa tetapi tidak disangka di sini kita terdapat resort yang bertema Cowboy. Disini anda berpeluang untuk menginap di rumah berbentuk Tipi (kemah kaum Native American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon Cowboy.
Bukan sekadar bilik yang unik, kawasan yang luas membuat tempat ini bagus untuk acara berkumpulan atau acara korporat seperti team building, seminar, kem motivasi dan hari keluarga. Tempat ini juga menampilkan berbagai aktiviti yang menarik seperti paintball, flying fox, rapelling, go kart dan memanah.
Antara destinasi pelancongan yang berdekatan adalah Blue Lagoon Port, Muzeum Lukut, Zoo Port Dickson dan Pasir Pajang.
Nampak tak, banyak tempat menarik sebenarnya. Jadi nanti anda boleh lah rancang percutian awal-awal dengan keluarga tersayang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...