Sesiapa yang berkeinginan nak pergi ke Bali, Indonesia mestilah kena ambil tahu serba sedikit mengenai sosio budaya masyarakat di sana. Mesti anda tak pernah dengarkan mengenai Hari Raya Nyepi ni kan?
Hari Raya Nyepi ni kalau anda nak tahu, ia adalah sambutan tahun baru bagi masyarakat Hindu di sana. Selalunya jatuh pada bulan Mac setiap tahun mengikut kalendar Saka. Majoriti penduduk Bali adalah beragama Hindu, jadi Hari Raya Nyepi ini adalah salah satu perayaan yang penting untuk mereka.
Asal usul Hari Raya Nyepi ini adalah daripada aliran ajaran agama Hindu dan mengikut kepada takwim Saka yang bermula sejak tahun 78 masihi lagi.
Sesuai dengan namanya, ‘nyepi’ ini diambil daripada perkataan sepi, sunyi atau senyap
? ? ?
Ads
Kenapa kena sunyi dan senyap pula? Ha sebabnya, tujuan utama sambutan Hari Raya Nyepi ini adalah untuk memohon kepada tuhan agar menyucikan Buwana Alit (alam manusia) dan Buwana Agung (alam semesta).
Tak ada bas, teksi, beca atau apa sahaja termasuk penerbangan! ? ? ? ✈️
Jadi sepanjang perayaan dijalankan, semua aktiviti harian akan dihentikan sama sekali termasuk la perkhidmatan awam seperti pengangkutan malah penerbangan! Cuma perkhidmatan hospital sahaja yang dikecualikan. Yela kalau dah sakit pening nanti mana nak cari doktor kan kalau bukan hospital?
Ads
Hari Raya Nyepi ini akan berlangsung dalam beberapa fasa sebelum acara kemuncaknya. Ianya terbahagi kepada empat iaitu Melasti, Tawur Kesanga, Nyepi dan, Ngembak Geni.
Melasti
Proses spiritual dalam usaha mensucikan alam semesta daripada segala kekotoran dan kejahatan dari perbuatan jahat selama setahun yang dipenuhi iri hati, nafsu, amarah dan pelbagai lagi sifat negatif manusia.
Upacara ini akan dianjurkan oleh pihak kuil dengan membawa segala bawang kelengkapan suci ke pantai atau denai kerana air laut atau air denai dianggap suci yang dipercayai boleh membersihkan segala pencemaran dalam diri manusia dan alam semesta.
Ads
Tawur Kesanga
Fasa ini akan memfokuskan kepada penyelarasan daripada lima unsur alam dan diri manusia. Dengan adanya penyelarasan itu, manusia akan dibantu dengan suasana kondusif untuk bermeditasi di fasa seterusnya. Fasa ini akan dilaksanakan sehari sebelum hari Nyepi.
Nyepi
Diibaratkan macam belunkas dalam kepompong kerana mereka akan mengasingkan diri di fasa ini. Fasa ini adalah fasa kemuncak di mana penganut hindu akan bermeditasi merenungi diri, berevaluasi, imbas kembali dan berinteraksi kepada diri sendiri dalam usaha untuk memperbetulkan semula jalan hidup. Selain itu, fasa ini akan dilaksanakan dengan melakukan empat disiplin dalam kehidupan iaitu mengawal sifat marah,
Menyepi diibaratkan bagaikan kepompong yang mengisolasi diri. Tahapan ini merupakan kegiatan utama nyepi yang intinya merupakan renungan, evaluasi, kilas balik, serta intropeksi diri.
Sumber foto: AntaraSumber foto: AntaraSumber foto: AntaraSumber foto: Antara
Nyepi dilaksanakan dengan melakukan empat rukun iaitu
Amati Geni: Dilarang menyalakan api atau apa-apa sumber cahaya termasuk membuka api dapur. Oleh itu, penganut Hindu berpuasa pada hari ini.
Amati Karya: Dilarang bekerja. Pekerjaan ini merangkumi semua bentuk perniagaan swasta dan kebanyakan besar perkhidmatan awam termasuk penerbangan (sehingga lapangan terbang terpaksa ditutup). Hanya sektor perubatan, keselamatan dan kecemasan dibenarkan beroperasi.
Amati Lelungan: Dilarang keluar rumah dan bersiar-siar, apatah lagi memandu kenderaan.
Amati Lelanguan: Dilarang melibatkan diri dalam kegiatan hiburan atau riadah. Oleh itu, penganut Hindu di Bali tidak boleh sesekali memasang radio atau TV atau benda-benda seumpamanya yang meriuhkan suasana dan menghiburkan di rumah, apatah lagi beriadah.
Ngembak Geni
Ini adalah fasa yang terakhir di mana penganut hindu akan saling bermaaf-maafan dengan semua orang yang mereka jumpai dengan redha dan tulus ikhlas.
Ha lebih kurang macam tu la Hari Raya Nyepi yang disambut di Bali, Indonesia. Ada apa-apa persamaan atau perbezaan tak dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri di negara kita?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pasti bukan calang-calang orang apabila sebuah rumah, mampu diletakkan bersebelahan dengan istana. Empunya rumah tersebut adalah ‘Tukang Kahar’. Namanya sahaja seperti tiada kena mengena dengan golongan bangsawan malah jauh sekali kerabat Diraja.
Rumah Tukang Kahar, kediaman seorang tukang kayu yang terkenal dengan seni ukiran dan pembinaan yang unik di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu, dibuka untuk kunjungan orang ramai dan dijadikan sebagai muzium.
Rumah berusia 140 tahun itu, terletak bersebelahan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Tapak asal rumah Tukang Kahar ini terletak di Kampung Tengah, Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke lokasi ini. Setiap pelawat yang berkunjung ke sini hanya 15 orang sahaja dibenarkan berada di atas rumah kayu berkenaan pada satu-satu masa. Waktu lawatan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Tukang Kahar atau nama sebenarnya Kahar Siak Bakhi merupakan seorang tukang kayu dan pengukir yang berasal dari Kampung Tengah. Tukang Kahar mewarisi ilmu dan kemahiran pertukangan daripada bapanya, Siak Bakhi, yang juga bekerja sebagai tukang kayu dan berasal dari Acheh. Seni ukiran yang dihasilkan oleh Tukang Kahar sangat berlainan dengan ukiran milik tukang lain. Oleh kerana hasil tangannya yang unik ini, maka beliau hanya terlibat dalam kerja pertukangan bangunan penting, seperti istana dan masjid dan tidak melibatkan diri dalam pertukangan rumah kediaman, melainkan rumah miliknya sendiri. Ini bagi memastikan kualiti seni ukiran yang dihasilkan tetap terpelihara.
Disebabkan keunikan hasil pertukangannya, Tukang Kahar diberikan kepercayaan untuk membina Istana Lama Seri Menanti, istana kayu setinggi empat tingkat dengan menggunakan pasak. Istana berkenaan mempunyai 99 batang tiang, termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki dan kerja pembinaan bermula pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908 manakala kediamannya telah dibina pada tahun 1880-an.
Foto: FB The Interesting Historical Facts of Malaysia | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selain Eropah, Amerika Latin juga merupakan rumah kepada destinasi pelancongan yang paling memukau di dunia. Selain menjanjikan pengembaraan yang pasti membawa anda ke suatu pengalaman yang belum pernah dikecapi. Keindahan alam semula jadi pasti menjadikan perjalanan anda ke sini sesuatu yang amat berbaloi untuk dilakukan sekali seumur hidup.
TORRES DEL PAINE, CHILE
Torres del Paine National Park adalah sebuah taman negara yang meliputi gunung, glasier, tasik, dan sungai-sungai di selatan Chile Patagonia. Ia adalah salah satu taman terbesar dan paling banyak dikunjungi di Chile. Purata lawatan sekitar 150,000 pengunjung setahun, di mana 60% adalah pelancong asing yang datang dari seluruh dunia. Destinasi mendaki terkenal ini merangkumi 11 kawasan perlindungan yang meliputi beberapa tasik yang terkenal seperti Grey, Pehoé, Nordenskiöld, dan Sarmiento.
EASTER ISLAND, CHILE
Easter Island adalah salah satu daripada pulau-pulau yang paling terpencil di dunia. Hingga hari ini, masih tidak diketahui sebab-sebab mengapa mereka mula mengukir patung-patung gergasi yang diperbuat menggunakan batu gunung berapi ini. Monumen yang dikenali sebagai “moai” adalah peninggalan kuno yang paling luar biasa pernah ditemui. Penduduk Penduduk di sini menggelar diri mereka Rapa Nui. Dari mana mereka datang dan mengapa mereka hilang merupakan antara persoalan yang menarik untuk dijejaki ketika bertandang ke sini.
MACHU PICCHU, PERU
Machu Picchu berdiri 2430 meter di atas paras laut di tengah-tengah hutan gunung tropika dalam suasana indah yang sungguh luar biasa. Ia mungkin penciptaan bandar purba yang paling menakjubkan pada zaman empayar Inca di zaman kemuncaknya. Kebanyakan ahli arkeologi percaya bahawa Machu Picchu dibina sebagai sebuah ladang untuk Maharaja Inca Pachacuti (1438-1472). Dinding gergasi, teres dan tanjakan yang menjadi landskap alam di sini kelihatan seolaholah mereka telah dipotong secara semula jadi. Machu Picchu telah diisytiharkan sebagai Peruvian Historical Sanctuary pada tahun 1981 dan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1983.
LAKE ATITLAN, GUATEMALA
Lake Atitlán sebuah destinasi yang menggabungkan pemandangan yang indah, suasana santai dalam keunikan budaya Mayan. Ia mudah diakses dengan infrastruktur pelancongan yang baik. Atitlan Lake terletak pada ketinggian 1,560 meter. Bahagian puncak Gunung Berapi Tolimán merupakan gunung berapi yang paling tinggi iaitu setinggi 3,158 meter. Terdapat beberapa pilihan inapan yang ada di sini seperti Casa Del Mundo, Lake Villa Guatemala, Lomas de Tzununá dan La Riviera de Atitlan. Santa Catarina Palopo adalah sebuah perkampungan Mayan yang wajib dikunjungi kerana masih mengekalkan ciri-ciri kebudayaan tradisional Kaqchikel yang unik.
Perito Moreno Glacier terletak di Los Glaciares National Park yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1981 oleh UNESCO. Ia terletak di bahagian barat daya wilayah Santa Cruz. Glasier ini merupakan pembentukan ais yang berukuran 250 kilometer persegi (97 batu persegi) sejauh 30 kilometer panjang. Dek kerana keindahannya, Perito Moreno Glacier adalah salah satu magnet pelancongan terbesar kepada rantau Patagoni. Perjalanan menuju ke glasier adalah sekitar dua jam dari El Calafate menggunakan bas. Aktiviti trekking pada musim sejuk adalah salah satu pengalaman paling menyeronokkan yang tidak mengeluarkan peluh dan sering dilakukan oleh para pelancong yang bertandang ke sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...