Perjalanan untuk sampai ke puncak Gunung Semanggol yang terletak di daerah Kerian, Perak amat mencabar mental dan fizikal kami yang pergi dalam satu kumpulan seramai lapan orang. Bermula dengan laluan ladang kelapa sawit dan suasana sekeliling yang gelap membuatkan perjalanan cukup mencabar.
Seawal jam 5 pagi kami sudah bertolak bagi memastikan perancangan untuk sampai ke puncak sebelum matahari naik.
Dek kerana melalui ladang kelapa sawit, cahaya bulan yang mengambang tidak dapat menyinari laluan kami kerana dihalangi dengan pelepah pokok sawit. Mengambil masa hampir 30 minit akhirnya kami sampai ke penghujung ladang sawit.
Dari situ kami meneruskan pendakian di kawasan batu kapur pula. Pemilihan kasut sukan amat penting kerana untuk memelihara kaki daripada kulit melecet atau pun tergeliat.
Laluan kawasan batu kapur juga bagi kami begitu sukar kerana jalannya yang tidak rata dan terpaksa mendaki sedikit.
Setelah merintangi laluan kawasan batu kapur, kami menyeberangi sungai kecil untuk misi sampai ke puncak Gunung Semanggol. Tidak dapat dinafikan bunyi cengkerik di sekeliling amat menenangkan di tambah pula dengan suhu yang dingin, memberi semangat kepada kami untuk menawan gunung.
Ads
Hayati keindahan alam
Sewaktu perjalanan ada salah seorang daripada ahli kumpulan mengalami keletihan kerana laluan yang penuh ranjau. Mujurlah keperluan seperti air dan gula-gula telah di bawa kerana kami tahu keperluan ini amat penting ketika misi mendaki gunung atau bukit.
Walaupun kami semua telah bersedia dari awal, keadaan yang tidak dijangka ini tidak dapat dielakkan untuk aktiviti lasak seperti ini.
Bagaimanapun ketika di pertengahan perjalanan, ada satu lagi laluan yang amat mencabar berbanding laluan yang dilalui sebelum itu. Keadaan permukaan tanah yang licin membuatkan kami perlu sama-sama bertolak ansur.
Ads
Nasib kami agak baik kerana ada disediakan tali. Hal ini kerana tanah yang begitu licin mencabar permukaan tapak kasut untuk mengimbangi badan kami.
Sewaktu dalam perjalanan itu juga, kami dapat melihat binatang seperti kelip-kelip yang menyinari di suatu sudut kawasan. Sungguh perasaan ini merasa nikmat kebesaran Tuhan Yang Maha Kuasa.
Pada jam 6.30 pagi kami solat dipertengahan jalan dan seterusnya kami meneruskan perjalanan dan sampai ke puncak gunung setinggi 390 meter kira-kira jam 7 pagi.
Di atas puncak gunung, kami dapat melihat keindahan alam ciptaan ALLAH yang begitu menakjubkan. Dapat melihat matahari terbit antara yang paling dinantikan. Bukan sahaja suasana sekeliling sahaja yang mendamaikan tetapi kehijauan alam begitu mengasyikkan.
Ads
Bahkan kami dapat melihat kawasan sawah padi dan kampung yang berdekatan dari atas dan ia betul-betul membuatkan kami begitu teruja.
Walaupun ini hanyalah aktiviti yang singkat buat kami, terpancar kepuasan di wajah masing-masing setelah penat mengharungi perjalanan selama dua jam untuk sampai ke puncak.
Pastinya aktiviti lasak ini akan diteruskan lagi di lokasi yang berlainan kerana bukan sahaja dapat mengisi masa lapang tetapi meningkatkan stamina.
————————————————————————
Perkongsian pengalaman oleh pembaca Sinar Harian, Mohamad Zulfazdli Mohamad Hisam
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bergerak seawal 4 pagi dari Stesen Keretapi Tumpat ke hentian akhirnya di Stesen Keretapi Gua Musang, tren henti-henti yang dinamakan ‘Shuttle Timur’ ini tidak pernah jemu menabur jasanya kepada penduduk Kelantan setiap hari.
Perjalanan selama lapan jam dari Tumpat ke Gua Musang dan sebaliknya setiap hari sedikitpun tidak pernah melunturkan semangat lebih 100 pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menguruskan operasi tren sepanjang 227 kilometer membabitkan 11 stesen dan 22 perhentian itu.
fotoBERNAMAfotoBERNAMAfotoBERNAMA
Pengangkutan awam ini disifatkan sebagai satu perkhidmatan perlu untuk membawa penduduk di pedalaman untuk mendapatkan keperluan harian mereka selain urusan perubatan di Hospital Kuala Krai dan di Gua Musang.
Ia dianggap satu keperluan penting sekali untuk penduduk dan sebab itu tren ini akan menjalankan tanggungjawabnya setiap hari kerana penduduk yang tinggal di pedalaman sukar untuk bergerak menggunakan jalan raya.
Shuttle Timur ini cukup terkenal dalam kalangan guru dan pelajar sekolah yang menggunakan perkhdmatan ini setiap hari. Kalau sebelum ini, empat gerabak tren ini membawa lebih 200 penumpang pada satu-satu masa tetapi pada masa PKP jumlahnya jauh berkurangan.
Sebelum ini kereta api yang digunakan adalah dari jenis coach yang lama yang tiada aircond tetapi sejak tahun 2009, ianya telah diganti dengan yang agak baharu dan diberi nama ‘Shuttle Train’. Jika dari Kelantan, stesennya bermula di Stesen Keretapi Tumpat dan keretapi yang paling awal berlepas pada jam 4.20 pagi. Sebelum diganti dengan coach yang baharu kereta api ini bergerak lebih awal lagi dari Stesen Tumpat iaitu sekitar jam 3 pagi.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kemudian disambung kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada masa ini, tren ini tetap ‘mendapat mandat’ meneruskan khidmat baktinya kepada rakyat negeri ini terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.
Semasa PKP fasa pertama, tren tersebut hanya membawa lima penumpang namun ketika PKPB berkuat kuasa, lebih 50 penumpang atau lebih dicatatkan setiap hari apabila kelonggaran diberikan kerajaan.
Sepanjang PKP, penumpang yang akan menaiki tren itu akan diperiksa terlebih dahulu suhu badan selain perlu memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman. Kalau satu gerabak sebelum ini boleh memuatkan seramai 60 orang, kini dikurangkan kepada 30 orang kerana kita mengamalkan penjarakan sosial kepada penumpang.
Kalau nak bagi pengalaman bercuti yang mewah pada keluarga tersayang, datanglah Ke Atas Villa di Ayer Keroh, Melaka ini.
Penginapan berkonsep villa peribadi ini menyediakan beberapa banglo dan pelbagai kemudahan dalam sebuah kawasan yang berkeluasan 20,000 kaki persegi.
Kelebihan Atas Villa Melaka
Penginapan dan seluruh villa ini bukan sahaja dihias dengan rekaan yang tampak mewah, elegan dan modern, malah juga dilengkapi dengan kelengkapan yang berkualiti tinggi.
Atas Villa menjanjikan pengalaman serba mewah bagai kelas atasan atau di-Raja. Dengan bilik-bilik yang dihias indah, keselesaan di sini bukanlah suatu persoalan.
Anda juga disediakan dengan kolam renang peribadi, bilik game yang lengkap dengan PS4 dan meja pool, dan banyak lagi.
Tempat mandi manda memang besar ya, ada dua kolam besar. Memang puas kalau datang dengan keluarga yang besar. Cantik tempatnya.
Buat pengetahuan anda, Atas Villa juga menyediakan perkhidmatan sewaan untuk events seperti Majlis perkahwinan atau sambutan istimewa.
Serius cantik! Ada swimming pool, 6 bilik tidur, 19 katil, 7 bilik air, snooker, PS4, ruang untuk bbq. Kira lengkap percutian anda sekeluarga jika staycation sini.
Jadi, bagi anda yang rasa ada plan nak ke Melaka, boleh booking sini awal-awal. Baru puas nak buat family day pun. Lengkap nak main apa kat sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesekali dapat berbuka di luar di bulan Ramadhan ini memang best. Kena pula kedai yang pergi menyajikan makanan enak dan sedap-sedap belaka. Memang meriah jadinya.
Bagi orang Parit Buntar, ada satu port steamboat yang menjadi tumpuan orang ramai berkunjung ke sini. Tak kira bulan Ramadhan mahu pun hari biasa, D'Friend Steamboat & BBQ menjadi tumpuan ramai pengunjung.
Di sini, ada berbagai menu seafood seperti sotong, ketam, udang, lala, kepah, ikan dan banyak lagi disediakan. Terdapat dua jenis kuah iaitu tomyam dan sup.
Malah di bulan Ramadhan ini, D'Friend Steamboat & BBQ menyajikan promosi khas di mana air diberi percuma selain kurma kalau pilih berbuka puasa di sini.
Tapi nak bagi tahu, kenalah datang awal atau buat tempahan kerana tempat ini sentiasa penuh saja.
Haa menarik kan? Ehh mestilah! Kalau tak percaya korang boleh tengok gambar di bawah.
Jom ke sini.. 2160 Jalan kampung Kedah 34200 Parit Buntar Perak . WAKTU OPERASI RAMADHAN : (BUKA SETIAP HARI ) 5.00 ptg – 12.00 mlm
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...