Rupanya banyak lagi hidden gems di Mersing, kalau anda sekitar Johor, boleh lah singgah beberapa tempat menarik ini.
Cukup sesuai nak healing, bawa anak-anak pun memang syok layan tempat macam ini.
1. Pantai Teluk Buih
Lokasi ini 12 km dari Bandar Mersing. Anda boleh tengok view laut yang lawa, siap ada bot nelayan dekat situ. Kalau ambil gambar laut memang ngam!
2. Muzium Mersing
Ads
Ini lokasinya: 243, Jalan Ibrahim, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor.
Dalam muzium ni ada banyak maklumat pasal Johor dan Mersing. Boleh belajar banyak benda kalau masuk sini, anak mesti seronok.
3. Pulau Aur
Ads
Terletak di sebelah timur Mersing, Johor
Kat sini memang laut dia cantik sangat. Segar udaranya, siap ada aktiviti menarik di sini macam berkayak, snorkling. Anda boleh naik jetty untuk pusing pulau.
Ribuan obor-obor merah yang aneh dan jarang dilihat, ditemui terdampar sepanjang Pantai Mawilla, lokasi pantai perkelahan terkenal sejak minggu lepas.
Ramai pihak tertanya-tanya bagaimana spesies dengan rupa pelik itu boleh muncul di sepanjang kira-kira 400 meter pinggir Pantai Mawilla. Jabatan Perikanan Labuan telah mengkategorikan kehadiran haiwan laut itu sebagai fenomena yang jarang berlaku.
Obor-obor itu telah dikenal pasti oleh pakar di Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr B.A. Venmathi Maran sebagai Crambione mastigophora (Cnidaria, Scyphozoa) atau lebih dikenali dengan nama ‘Sea Tomato’. Spesies ini tidak diketahui mempunyai sengatan yang berbahaya kepada manusia, tetapi tentakel mereka masih boleh menyengat selepas haiwan itu mati.
Ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit, alahan dan ketidakselesaan. Justeru, orang ramai dinasihati tidak menyentuh obor-obor walaupun telah mati. Mereka juga diingatkan tidak masuk ke dalam air berrhampiran lokasi obor-obor itu terdampar, kerana kemungkinan masih terdapat kumpulan obor-obor di kawasan itu.
Fenomena itu dikaitkan dengan keadaan angin dan gelombang yang kuat, ketika arus air Laut China Selatan di Labuan menghala ke arah selatan, menyebabkan obor-obor itu itu dihanyutkan ke perairan cetek berhampiran pantai.
Pasti ramai yang ingin melepaskan penat “berkurung” di dalam rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan pergi bercuti khususnya di tepi pantai. Di Malaysia, ada banyak pantai-pantai cantik dan semuanya amat mudah diakses menggunakan kenderaan sendiri.
Masa yang sama, kita tentu inginkan harga penginapan yang agak munasabah terutama bila melibatkan anggota keluarga yang ramai.
Bagi yang ingin bercuti ke tepi pantai, apa kata buat pilihan ke Teluk Senangin di Perak. Terletak 30 km dari Bandar Sitiawan, pantai Teluk Senangin mempunyai pasir yang putih dan air laut kebiruan.
Di pantai ini pengunjung berpeluang melihat keindahan pemandangan Selat Melaka dan Pulau Pangkor terutama pada waktu petang. Selain itu, pantai ini sering dikunjungi kaki pancing dan popular dengan penganjuran program-program pertandingan memancing.
Bukan saja pantainya cukup indah tapi banyak chalet didirikan di tepi pantai dengan harga yang cukup munasabah. Ada rumah penginapan yang boleh didapati pada harga di bawah RM200 semalam dan lebih menarik, buka saja pintu chalet, terus terjun ke dalam laut kerana lokasi chalet dan pantai sangat dekat.
Apa yang pasti, pantainya cukup indah ditambah deretan pokok-pokok rhu di tepi pantai menambahkan lagi keindahan pantai ini. Jadi bagi korang yang ingin keluar dari kesibukan kota, suasana damai dan keindahan Teluk Senangin pasti memberikan ketenangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Camping di campsite yang agak pedalaman biasanya akan memberikan pengalaman yang cukup tersendiri. Mempunyai pemandangan yang cukup indah dan masih terpelihara dengan tarikan yang mungkin tidak ada di tempat lain seperti air terjun cantik persis dalam penggambaran filem tentunya buat camper teruja.
Azman AR berkongsi di group Facebook Family Camping Malaysia tentang kunjungannya ke campsite di Kampung Beswok yang terletak di Pos Yum iaitu penempatan orang asli di Sungai Siput, Perak sangat berbaloi.
Tujuan asal ingin ke campsite yang terletak di Pos Kuala Mu yang viral tidak kesampaian kerana tempat tersebut penuh dengan pengunjung. Bertukar port camping dan memilih Kg Beswok ternyata pilihan yang tepat.
Cantik dan cukup mempesonakan, dapat jejakkan kaki ke Air Terjun Tengkoh atau Lata Penyell. Hanya lapan minit dari Kg Beswok, melihat sahaja air terjun, terasa seperti berada di lokasi penggambaran filem. Permata tersembunyi yang perlu diuar-uarkan.
Meskipun tiada rangkaian telefon dan internet di sini, dapat berada di sini dan berdamai dengan alam sesuatu yang cukup menenangkan. Tak dapat move on dengan kecantikan yang ada di situ, Azman ingin kembali ke Kg Beswok untuk berkunjung lagi ke air terjun yang cantik itu.
Air Terjun Tengkoh, di Kg Beswok, Macam Dalam Filem Bahubali
Hari tu saya pernah tengok ahli dalam group ni share pasal camping di Kampung Beswok. Beliau ada pos satu air terjun yang cantik ni. Rancangan asal kami adalah nak ke Pos Kuala Mu memandangkan tempat ni agak tular dan cantik. Kami telefon untuk buat penempahan tapak khemah atau chalet. Semua penuh. Lepas tu cuba berhubung dengan Tok Batin Daud yang menguruskan chalet di Kg Beswok. Chalet semua penuh, tapak khemah berpangkin juga penuh. Hanya yang ada adalah yang tanpa pangkin dan boleh pacak kat tepi sungai. Saya dan isteri On.
Kami bertolak Sabtu pagi 3 September sebab kami tempah 3-5 Sep 2022. Alhamdulillah kami sampai awal dan dapat tapak khemah berpangkin. Dalam perjalanan nak sampai tu kami ternampak lah papan tanda air terjun yang cantik macam dalam video pertama tu.
Review saya:
Chalet tiptop sebab ada tandas
Tapak khemah berpangkin
Para tempat masak
Dewan dapur bersink
Tandas ada 2 dekat dgn tapak
Plugpoint
Surau/dewan terbuka
Line tel dan internet
Sungai arus deras
Ada air terjun cantik 10 min jalan kaki
Air terjun Tengkoh/Penyell 8 minit berkereta dan 15 min jalan kaki
Layanan dari Tok Batin 4 Bintang
Kesimpulan:
Nak repeat sebab tak boleh move on dengan air terjun Bahubali ni.
P/s: masa nak balik Orang Asli ada jual ubi kayu. Saya cakap kalau masa hari pertama tentu kami dah beli dan boleh bakar ubi tu untuk makan.
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...