Cuti hujung minggu atau cuti sekolah selalunya waktu penting bagi keluarga menghabiskan masa berkualiti bersama. Berbanding beristirahat di rumah, ramai yang merancang untuk melakukan aktiviti luar termasuk mendekatkan diri dengan alam semula jadi.
Malaysia mempunyai banyak lokasi menarik bagi melakukan aktiviti luar bersama ahli keluarga, antaranya aktiviti berkelah dan mandi-manda di tepi sungai. Sungai di negara kita memang cantik-cantik dan berbaloi untuk dilawati, namun awas jika bercadang ke tempat reakreasi perkelahan seperti ini pastikan keselamatan menjadi perkara utama keluarga anda.
Ini kisah detik cemas keluarga saudari Nadwati Munirah hadapi ketika berkelah di sungai baru-baru ini. Semoga dijadikan peringatan bersama.
KISAH 'SERAM. KAMI ANAK BERANAK 8.8.2020
Pagi sabtu, 8 Ogos 2020, anak-anak teruja bila Abi Encik Sham ajak mandi sungai , dari minggu lepas anak2 dah request, alhamdulillah minggu ni berkesempatan mandi sungai. Abi pun plan dengan kawan-kawan dia untuk tidur semalaman dan buat BBQ malam tu, jadi kami semua packing baju untuk tidur 1 malam di sana. Kami sampai ke Janda Baik kira2 jam 2petang.
Ads
Jam 3ptg-5ptg seronok anak-anak ( zahra,umar & qisya ) mandi bersama-sama abi. Mama & maryam bersantai-santai dalam bilik sahaja.. sebab tu tak ada sekeping pun gambar mereka dalam sungai. Ok.. jam 5 anak-anak semua naik, mama sempat usha anak-anak naik,semuanya ok sehinggalah mama keluar bilik bila Qisya minta choki-choki. Mama sekali pandang tengok baju mandi Qisya ada kesan pelik , tapi fikir kat kepala kesan kotor sebab tanah kot.
Rupa-rupanya itu kesan DARAH! Mujurlah Abi yang check Qisya dalam bilik air ( sebab pelik kenapa dia sorang duduk daam bilik tak keluar-keluar ) tengok-tengok kemaluan Qisya bleeding! Pakej sekali dengan darah yang berketul-ketul keluar! Nasib baik kami bawa pampers size dia dalam kereta, pakaikan dan tunggu 10 minit, check dalam pampers still bleeding & darah ketul keluar non stop.
Ads
Mula-mul kawan abi suggest ke klinik desa di situ. Kami ke sana dan misi suggest kami ke Hospital segera. Balik semula dan terus pack barang-barang, kami tergesa-gesa pulang dan menuju ke Hospital di Shah Alam. Sepanjang jalan Abi pasang lampu kecemasan, dari Janda baik ke Shah Alam ambil masa 50minit. Kami tiba di Hospital Avisena. Qisya operate malam tu juga, mujurlah Qisya ada cover insuran. Daftar masuk wad, mama & anak-anak lain pulang ke rumah.
Ads
Kesimpulannya..
HATI-HATI BAWA ANAK-ANAK MANDI SUNGAI! Benda nak jadi kan, cuma yelah seram sejuk kami laki bini. Qisya mesti trauma, binatang yang gigit & masuk dalam kemaluan dia adalah LINTAH! Doakan Qisya ok-ok sahaja ya semua!
Ni lah darah berketul2 keluar dan bleeding non stop, habis cot sheet maryam.
Time ni suami bawa kereta laju gila balik shah alam. Qisya kat sebelah tertidur. Banyak kali kami kejut supaya dia x pengsan – sebab time ni darah keluar non stop.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Saban tahun berjuta-juta umat Islam dari serata dunia juga tidak terkecuali rakyat Malaysia akan berkumpul di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima dan yang terakhir iaitu menunaikan haji. Ibadah haji adalah wajib bagi setiap umat Islam yang mampu dari segi tahap kesihatan serta kewangan untuk menunaikannya.
Manakala Umrah pula merupakan ibadat yang wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi umat Islam yang mukallaf iaitu memenuhi lima syarat iaitu Islam, baliqh, berakal, merdeka dan berkemampuan.Berkemampuan di sini bermaksud ada kenderaan pergi balik dan ada bekalan makan serta minum ketika melaksanakan ibadat umrah.
Jika terpilih untuk menunaikan haji dan umrah, tumpulah perhatian untuk memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya. Buat persediaan dari tanah air untuk menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar berkunjung ke Mekah sebagai tetamu-Nya. Tidak lupa juga kelengkapan dan peralatan yang perlu di bawa ketika menjejakkan kaki di Tanah Suci.
Ada ahli keluarga yang bakal naik haji tahun ni? Ini ada tip persiapan apa yang perlu disiapkan sebelum berangkat.
1. Bawak berus & sabun cap buruh/buku untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.
2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon.
Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin.
3. Bawa tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.
4. Bawa ubat panadol dll . Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Terutama di kem Mina.
5. Bawa Quran kecik yg sendiri punya. Senang nak baca di mana-mana. Niat nak khatam di Mekah.
6. Makanan di sana tak pedas, banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan.
7. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar) dan jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang. Lampu suluh kecil jangan lupa. Siap melontar, batu yang lebih dibuang. Haram bawa balik ke Malaysia.
8. Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain, jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan (pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dalam kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.
9. Ingat mercu tanda dan bangunan semasa ke masjid, supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.
10. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up saperti Zain dan Mobily tetapi STC agak susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile, kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga. Pakej Mobily dan Zain ada yang 10GB data berharga SR120. Boleh topup di kaunter Mobily/Zain di dalam Zam Zam tower.
11. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.
12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH, boleh keluar duit hari hari yg mampu nak shopping. Kalau lebih boleh simpan balik.
13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk
duit poket.
14. Bila ke masjid pakat kawan-kawan sebilik siapa gilir gilir boleh ambil nasi makanan tengah hari dan malam ikut bilangan kawan-kawan sebilik. Ambil letak di bilik.
15. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa apa, jgn takut minta tawar.
16. Patuh pada arahan TH. Masa pergi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.
17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru dan hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkan diletak didalam masjid.
18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat, solat sunat taubat dll dan minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah mudahan dimaqbulkan.
19. Seelok nya sepanjang masa menunaikan Haji, jangan banyak bercakap dan cuba ‘vow of silence’, bercakap jika perlu sahaja.
20. Sabar, sabar dan sabar. Kesabaran setiap jemaah Haji akan diuji di tanah suci.
21. Semasa di Mina tentu ada jemaah degil yang akan melaksanakan lontaran dahulu dan tidak mengikut nasihat TH. Jangan ikut mereka ini dan tunggu arahan TH bila masa sesuai untuk melontar.
22. Bawa botol spray air kecil jika selalu terbatal wudu dalam masjid. Belajar cara mengambil wudu menggunakan sapuan air dari botol spray.
23. Jangan menolak jemaah lain dengan sengaja walaupun ditolak. Setiap niat buruk, Allah akan balas secara cash.
24. Jangan terlalu gigih melaksanakan umrah sunat sebelum wuquf kerana dikhuatiri demam urat semasa wuquf. Selepas haji, buatlah seberapa banyak umrah yang boleh
25. Ada makanan/minuman ‘diuretic’ yang menyebabkan kerap untuk buang air kecil dan menyusahkan semasa didalam masjid saperti teh, tembikai, limau dll. Cuba elakkan.
26. Belajar berkompromi dengan rakan satu bilik selama lebih sebulan bersama. Ada yang tak tahan sejuk aircon dan ada yang tak tahan panas.
27. Semasa wuquf di Arafah jangan buang masa bersembang kerana waktu sangat suntuk untuk beribadah/berdoa/berzikir antara gelincir dan terbenam matahari.
28. TH ada menyediakan bilik baraqah untuk jemaah yang berkelamin tetapi queue nya panjang.
29. Kedai money changer yang paling bagus rate adalah di GF Safwa tower bersebelahan pintu masuk ruang parking.
30. Datang awal ke masjid sebelum masuk waktu untuk elakkan kesesakan.
31. Kalau nak ubah selera ada food court di Hilton tower menjual ikan yang digoreng bersama bawang, lada dan spices atas hot plate bersesuaian dengan selera kita dengan harga SR25.
32. Selipar jepun adalah selipar yang paling tidak comfy dan orang jepun sendiri tidak memakainya. Cari selipar yang comfy di Malaysia kerana akan memakainya setiap masa ditanah suci. Lagi pun 50% jemaah Haji serata dunia (1 juta orang) akan memakai flip flop serupa dan akan senang hilang atau bertukar.
33. Sekarang pendaftaran simcard perlukan nombor visa dan pengimbasan cap jari. Sila ambil gambar visa dengan hp sebagai rekod kerana paspot akan disimpan oleh muassasah. Ada pekerja bangla menjual simcard ‘Lebara’ telco tanpa perlu pendaftaran. Celcom ada pakej Haji unlimited data (bersama Mobily) dengan rate yang berpatutan.
34. Download apps IMO ( penganti Wassap : incase tidak dapat guna)
Sila share untuk panduan semua. Save as note. Moga di rezekikan dijemput Allah untuk menjadi tetamu di rumah Allah menunaikan haji & umrah ♥
Sumber: Ir.Haji Zainuddin Bin Haji Omar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
1. Jangan menginap di kawasan terpencil yang jauh dari bandar
Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih memudahkan dan menjimatkan kos. Tetapi sistem pengangkutan di luar bandar adalah kurang jadi anda mungkin terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar pengangkutan.
Sebaiknya, tempah hotel di kawasan pusat bandar yang dikelilingi dengan banyak kemudahan selain berhampiran dengan tempat-tempat menarik. Dengan ini, anda berpeluang untuk mengunjungi pelbagai lokasi dan tidak perlu mengambil banyak masa untuk pulang semua ke hotel.
2. Sentiasa membaca ulasan daripada pelanggan lain
Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana lokasi seperti hotel dan restoran, pastikan anda membaca dahulu semua ulasan daripada pelanggan terdahulu. Hal ini akan membantu mengelakkan anda daripada mengalami pengalaman yang tidak menyeronokkan.
3. Bawa ubat-ubatan
Ketika bercuti, anda perlu sentiasa membawa bekalan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, selesema, minyak angin, pembalut luka dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Dengan cara ini, anda boleh merawat diri sendiri sekiranya berlaku kecemasan dan tidak perlu membazir wang untuk mendapatkan rawatan di klinik.
4. Pastikan anda membawa makanan ringan
Perkara ini mungkin agak melecehkan tetapi sangat membantu sekiranya anda sukar untuk mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah seperti biskut, buah, mi segera dan paket minuman segera.
5. Jangan membawa terlalu banyak barang
Sewaktu mengemas bagasi, kita sentiasa merasakan kita tidak membawa barangan yang mencukupi. Jadi, kita akan terus menyumbatkan segala barangan yang tidak penting sehingga akhirnya beg kita menjadi kembung dan berat! Pastikan anda hanya membawa barangan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi.
Sebagai contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai tudung tetapi juga boleh dijadikan sebagai selimut, kain lapik semasa berkelah dan menggantikan baju sejuk anda.
6. Melantik seorang rakan sebagai ketua
Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling.
Dengan adanya seseorang untuk boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan akan menjadi lebih selamat dan menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.
7. Jangan takut untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan
Semasa mengembara ke luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan.
Sebaiknya, berkawanlah dengan mereka dan juga para pelancong lain supaya memudahkan anda untuk meminta pertolongan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.
8. Beli tiket secara atas talian
Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti Louvre, anda harus membuat tempahan tiket lebih awal secara atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu menunggu terlalu lama dan berbaris di barisan yang panjang.
9. Membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan
Ada individu selalu membeli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang akan menyesal di kemudian hari kerana tidak membeli apa-apa cenderamata sebelum pulang ke negara asal.
Kami cadangkan supaya anda mengunjungi kedai-kedai cenderamata atau pasar lambak bagi mendapatkan pelbagai cenderamata istimewa dengan harga yang murah! Kebanyakan barangan yang dijual adalah hasil buatan penduduk tempatan sekali gus menjadikannya perkara wajib yang harus dibawa pulang!
10. Jangan takut untuk mencuba makanan tempatan
Kita semua mempunyai citarasa tersendiri dan segelintir daripada kita tidak suka atau takut untuk mencuba makanan baharu. Jika anda seperti ini, anda sememangnya manusia yang rugi!
Bukankah lebih bagus jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan sejuta kemanisan dalam kenangan pengembaraan anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perlis menerusi Pelan Perlis Digital 2025 memperkenalkan ekopelancongan digital sebagai cara merancakkan lagi sektor pelancongan yang terkesan akibat wabak COVID-19. Lokasi pertama yang dipilih ketika ini adalah destinasi pelancongan popular Gua Kelam.
Tidak ramai mengetahui terdapat tiga lokasi Gua Kelam iaitu Gua Kelam 1, Gua Kelam 2 dan Gua Kelam 3 yang mempunyai keunikan masing-masing.
Pemilihan Gua Kelam sebagai projek perintis adalah berdasarkan daya tarikan dan popularitinya sebagai salah satu produk pelancongan di negeri itu. Muzim 3D adalah elemen digital pertama diperkenalkan di Gua Kelam 1 pada tahun lepas, dan mendapat sambutan hangat daripada pengunjung dari dalam dan luar negara.
Ia memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan keindahan dan keunikan Gua Kelam memandangkan tidak semua pengunjung mampu masuk ke dalam gua berkenaan atas faktor usia dan kesihatan. Selain itu menerusi ekopelancongan digital, terdapat pelbagai maklumat tentang Gua Kelam dalam format digital bagi membolehkan orang ramai merasai dan menikmati sendiri keunikan ketiga-tiga Gua Kelam ini tanpa perlu terokai laluan gua yang mencabar.
Dengan pelaksanaan ekopelancongan ini juga dapat memudahkan pengunjung dengan perkhidmatan bayaran secara dalam talian untuk memasuki tempat-tempat tertentu, tanpa perlu membawa wang tunai jika ingin masuk ke dalam Gua Kelam.
Jabatan Perhutanan Perlis juga bercadang untuk menggunakan teknologi realiti maya atau ‘Virtual Reality’ (VR) di galeri 3D Gua Kelam bagi membolehkan pengunjung merasai sendiri keunikan yang terdapat di Gua Kelam 3 secara maya. Kaedah digital penggunaan kod ‘Quick Response’ (QR) atau respons pantas pada bahan pameran dapat memudahkan orang ramai mendapat maklumat mengenai bahan pameran, selain dapat menjimatkan ruang dan kos berbanding kaedah lama iaitu maklumat teks sebelum ini.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...