Kalau nak datang Penchalang Resort Perak, tempat ini tak jauh dari Lumut. Resort ini berkonsepkan homestay yang sesuai nak buat aktiviti ramai-ramai dengan keluarga atau reunion bersama kawan.
Healing Di Penchalang Resort Perak
Di sini ada lebih kurang 10 unit rumah cottage boleh disewa dengan private pool yang cukup besar. Jadi, jangan risau nak bawa anak-anak yang suka main air, memang sesuai sangat.
Kemudian kalau rasa nak buat aktiviti teambuilding atau majlis kahwin kat sini pun boleh sebab memang ada disediakan dewan berpentas bumbung yang luas.
Ads
Kiranya memang sesuailah sangat buat family day dekat sini kerana mampu menampung tetamu yang ramai serentak dengan kawasan parking berpagar.
Ads
Tiket mandi kolam:
Dewasa RM 7
Kanak² RM 5
Ads
Harga sewa satu unit cottage
RM 160 hingga RM 200 ikut jenis
Menarik, bukan? Owh ya, alang-alang dah datang ke arah utara, boleh lah plan ke sini dengan keluarga tersayang ya. Sesuai untuk bawa keluarga yang besar.
Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tak sangka, tempat unik ini adalah Lepak Kapung Talang Hilir yang bertempat di Kuala Kangsar. Nampak menarik apabila pelanggan yang datang boleh merasa makan dalam tiub yang agak selesa bila ada penghawa dingin di dalamnya.
Cubalah tengok suasana di sini, dengan lampu-lampu, cukup meriah! Okay, ini antara menu yang ada di sini. Antara yang patut cuba, Char Kuey Teow dan kerang rebus.
Apa yang menarik, korang boleh sewa private dining dalam tiub bertutup dengan RM12 sejam. Owh ya, kedai makan di sini ala-ala food court.
Ya, alang-alang sudah sampai Kuala Kangsar, boleh singgah di port makan yang unik ini.
Ada pelbagai gerai yang menjual berbagai jenis makanan seperti kerang bakar, satay, dim sum, makanan Korea, western, dan masakan panas lainnya. Ini seperti sebuah food court yang menawarkan pilihan makanan yang beragam, yang sesuai untuk pelbagai citarasa.
Jika korang nak merasa makan dalam tiub itu, disarankan menempah tiub pada hujung minggu agar tidak kecewa jika meja dan gelung sudah penuh.
Lokasi:
Lepak Kampung, Talang Hilir,
23, Jalan Taiping, Jalan Kampung Talang Hilir, 33000 Kuala Kangsar, Perak.
Waktu operasi:
6pm – 12am (Tutup Rabu)
011-2649 7539
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa yang ada bela haiwan kesayangan macam kucing di rumah mesti, risaukan nak keluar bercuti lama-lama? Risau takut nanti kucing tu nak makan apa, kucing tu boring ke tak, selamat ke kucing tu dan macam-macam lagi.
Kalau anda nak tahu, itu semua adalah separation anxiety dissorder (SAD) – anda tak boleh nak berpisah dengan sesuatu yang anda sayang dan dalam konteks cerita ini, haiwan kesayangan. Kalau berpisah, lagi-lagi untuk jarak waktu yang lama, anda akan mula resah, gelisah.
Bila dah resah, gelisah dan bermacam-macam lagi hal yang timbul dalam kepala otak tu, macam mana nak enjoy percutian kan? Anda bercuti nak enjoy, bukan nak fikir masalah dekat rumah. Tinggalkan semua benda dekat rumah, fokus dengan trip anda dan havefun.
Jadi, Libur nak share kepada pembaca especially yang bela haiwan kesayangan di rumah seperti kucing, macam mana nak tinggalkan haiwan kesayangan anda dengan selamat dan anda boleh menikmati saat-saat indah matahari terbenam di ufuk pantai dengan tenang.
Hubungi mana-mana pet hotel yang available untuk jaga haiwan kesayangan anda sepanjang masa ketiadaan anda di rumah. Pet hotel ni profesional dalam hal-hal menjaga haiwan kesayangan ni. Makan minum dia terjaga, mandi dia ada orang uruskan dan anda pun tak pening kepala nak memikirkan pasal haiwan kesayangan anda tu. Dalam pet hotel ada ruang tempat untuk haiwan anda bermain dan sebagainya. Tapi kekurangan bila anda hantar haiwan kesayangan ke pet hotel adalah kosnya. Siap sediakan wang secukupnya untuk bayar bil pet hotel bila anda dah balik daripada bercuti nanti.
Kalau nak tinggal dekat rumah juga, pakai food dispenser
Itu antara dua pilihan yang ada tapi Libur terfikir satu cara lagi kalau anda tak nak tinggalkan haiwan kesayangan anda di pet hotel atau di rumah familymembers atau kawan-kawan. Ideanya adalah pakai fooddispenser dan set kan timing makan haiwan kesayangan anda siap-siap mengikut kesesuaian.
Jadi bila tiba waktu makan, haiwan kesayangan anda boleh makan tepat pada waktunya. Cuma.. Standby bekas najis siap-siap untuk haiwan kesayangan anda membuang. Ada banyak petua daripada geng-geng pencinta kucing tapi yang terbaik kalau kita dapat train haiwan kesayangan kita cara-cara untuk membuang najis supaya taklah bersepah-sepah bila kita balik nanti. Haha.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Satu khabar yang baik kepada semua penggiat rekreasi apabila trek laluan di Gunung Rinjani dah dibuka semula selepas ditutup susulan beberapa masalah membabitkan faktor keselamatan di sana.
Tetapi, pendaki yang berhasrat untuk mendaki Gunung Rinjani itu tidak dibenarkan untuk ke puncak atau ke Danau Segara Anak seperti sebelumnya, hanya dibenarkan sampai ke Pelawangan sahaja.
Keputusan tersebut dibuat oleh Balai Taman Nasional Gunung Rinjani selepas mendapat kelulusan dari Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia sejak 14 Jun baru-baru ini.
Keputusan tidak membenarkan pendaki untuk naik sampai ke puncak Gunung Rinjani dan Danau Segara Anak sememangnya mematikan mood pendaki untuk datang mendaki di sana namun, keputusan seumpana itu terpaksa dilakukan mungkin atas beberapa faktor keselamatan dan kesihatan.
Ini berikutan, status gunung tersebut masih lagi dikategorikan sebagai gunung berapi yang aktif. Jadi, tak dipertikaikan mengapa keputusan untuk tidak membenarkan pendaki naik ke puncak dan ke Danau Segara Anak dibuat. Yela, seandainya ada apa-apa terjadi nanti, kan ke menyusahkan diri sendiri dan rakan-rakan pendaki yang lain.
Sebelum ini, Gunung Rinjani pernah ditutup sekitar September 2016 susulan letusan gunung berapi di Barujari dan sekali lagi sekitar Januari hingga Mac 2017 disebabkan cuaca buruk yang berlaku di Pulau Lombok ketika itu.
Walau bagaimanapun, keputusan untuk membuka semula laluan trek Gunung Rinjani – sekalipun tidak membenarkan pendaki naik sampai ke puncak adalah disebabkan suasana ekonomi masyarakat tempatan yang bergantung kepada aktiviti pendakian gunung tersebut.
Masyarakat tempatan yang tinggal di situ mengharapkan pendapatan hasil daripada menjual bahan bekalan kepada pendaki, selain daripada menjadi porter dan penunjuk arah.
Malah, kuota pendaki juga dikuatkuasakan yang hanya membenarkan 150 pendaki untuk sehari bagi trek pendakian Aik Berik, Lombok Tengah manakala 100 orang sehari untuk trek Timbanuh di Lombok Timur. Jangan lupa, kuota pendaki itu termasuk juga dengan dikira sekali penunjuk arah dan porter.
Segala urusan untuk pendakian sama ada permit, tiket, pertanyaan dan sebagainya kini menggunakan sistem dalam talian. Jadi kalau anda ingin ke sana kelak, boleh layari www.erinjani.id ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...