Buat anda yang berfikiran inovatif ke arah memperkukuh sektor pelancongan domestik, inilah masanya rebut peluang memenangi hadiah yang menarik. Jabatan Pembangunan Industri, Tourism Selangor kini menganjurkan Pertandingan Pitching Pelan Pemulihan Sektor Pelancongan Domestik Negeri Selangor.
Pelan Pemulihan ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik di Negeri Selangor melalui pendekatan yang efektif berdasarkan norma baharu atau melalui inisiatif yang menjurus ke arah mengatasi impak dari pandemik Covid-19. Kertas Kerja atau pitching tersebut haruslah memberi tumpuan kepada salah satu daripada tiga kategori ini; “Kreatif dan Inovasi Pelancongan”, “Kelangsungan Pelancongan atau Sustainable Tourism” atau “Digitalisasi Pelancongan”.
Persiapan dan perancangan yang teratur amatlah penting dalam menentukan hala tuju industri pelancongan kerana pandemik ini dijangka akan memberi kesan kepada semua sehingga tahun 2022; atau sehingga sekurang-kurangnya 80% dari populasi penduduk Malaysia telah menerima dos vaksin Covid-19.
Ads
Pertandingan pitching ini juga membuka ruang kepada penggiat industri pelancongan dan seluruh masyarakat untuk tampil dengan idea-idea menarik dalam mengekalkan kelangsungan industri ini terutamanya di Negeri Selangor.
TAWARAN HADIAH MENARIK!
Kertas kerja atau pitching ini boleh disampaikan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan perlu merangkumi aspek dalam mengembalikan keyakinan rakyat dan pelancong untuk melancong ke Negeri Selangor, serta menjadikan Negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Ads
Pertandingan yang bermula pada 14 Jun dan akan berakhir pada 31 Julai ini menyasarkan sekurang-kurangnya 50 penyertaan daripada orang ramai, penggiat industri pelancongan, Non-Profit Organizations (NGO), Persatuan, Universiti dan Kolej, Pemandu Pelancong Berdaftar dan Hos Komuniti Setempat.
Sebanyak 30 kertas kerja akan dipilih untuk disenarai-pendek pada bulan Ogos ini, dan pada bulan September, 20 kertas kerja dari jumlah ini akan diumumkan sebagai salah sebuah pemenang dari 10 pemenang kategori utama dan 10 kategori saguhati.
Ads
Ya, benar. Tourism Selangor menawarkan sebanyak 20 hadiah kemenangan berupa Geran Projek bernilai RM 150,000 untuk pertandingan ini! 10 pemenang utama akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM 10,000 setiap seorang, manakala 10 pemenang saguhati pula akan membawa pulang Geran Projek bernilai RM 5,000 setiap seorang. Para pemenang juga turut berpeluang membentangkan hasil Projek mereka di Tourism Selangor Global Convention 2021 yang akan dianjurkan pada bulan November ini.
Jangan tunggu lagi dan usah lepaskan peluang ini! Untuk informasi lanjut mengenai pertandingan, peraturan dan borang penyertaan, sila layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel. Anda juga boleh menghantar e-mel keindustrial@tourismselangor.my, atau menghubungi pegawai Tourism Selangor; Encik Mohd Izzul Izzat di talian 6016-207 6972 atau Cik Ng Yik Thim di talian 6011-6366 8098.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pernah tak terfikir cara jimat duit travel sebelum gerak ke satu destinasi? Haa… selalu sangat orang tanya, “macam mana nak travel tetapi bajet tak banyak?” dan “macam mana nak JIMAT DUIT TRAVEL?”
Jimat Duit Travel Kalau ‘Potong’ Semua Ini
Okay kali ini saudari Wnurdayana kongsi cara jimat duit bila travel walaupun bajet tak besar. Anda kena belajar prioritise apa yang penting, apa yang tak penting nak belanja bila travel.
Bagi saya jalan-jalan banyak tempat dan pengalaman banyak benda lagi penting dari fancy hotel ataupun makanan.
1 HOTEL / APARTMENT / HOMESTAY
Kalau anda plan nak keluar seharian, sangat membazir kalau ambil tempat tinggal yang mahal. Sebab anda duduk situ untuk rehat dengan tidur sahaja. Tak guna facilities dengan sepenuhnya pun. Lain lah kalau asyik duduk bilik ataupun jalan-jalan dalam area hotel sahaja. Itu baru berbaloi nak spend banyak. Tempat tinggal bila travel ni sebenarnya boleh JIMAT BANYAK sangat.
2 MAKANAN
Kalau pegi travel tempat yang makanannya murah, okay lagi nak spend untuk makan. Tetapi kalau travel tempat mahal atau negara mahal, lagi jimat jika masak sendiri atau bawak pre-cooked meals. Kalau satu meal sahaja sudah RM40-50 memang jadi over budget lah nak beli 1 or 2 meals untuk rasa. Kira okay lah tapi bukan 100% makan luar.
3 TIKET FLIGHT MAHAL
Kalau baru berjinak nak travel ataupun gaji belum cukup besar nak travel bajet tinggi. Lebih baik settle down dengan seat Economy Class dan hunting tiket murah. Destinasi Economy ke Business Class ke sama je. Yang penting sampai dan dapat pegi bercuti, have fun.
4 SOUVENIRS
Saya sudah lama dah tinggalkan budaya beli souvenirs. Buang duit sahaja kalau beli untuk orang selain close friends dengan family.
Souvenirs mahal juga, lebih baik spend untuk diri sendiri. Daripada bagi free dekat orang, lebih baik buat business Personal Shopper. Nak minta tolong beli apa-apa, charge duit sikit. Boleh lah cover duit travel.
Antara tip di atas, anda pernah buat tak? kalau belum, selepas ini cuba bercuti dengan cara ini, pasti lebih jimat!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Berita orang sesat sewaktu mendaki gunung dan menjalankan aktiviti rekreasi dalam kawasan hutan simpan sudah kerap didengar. Sebagai langkah keselamatan, sebelum mulakan aktiviti yang digemari, pastikan setiap pendaki, sama ada secara individu mahupun berkumpulan perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum memulakan pendakian.
Kebanyakkan kes orang sesat dalam hutan dan pergunungan ialah mereka yang masuk tanpa kebenaran daripada pihak tertentu. Antara punca lain berlakunya kejadian itu ialah gemar masuk hutan atau mendaki gunung pada waktu yang tidak sesuai. Pendek kata, dengar nasihat orang yang lebih mahir selok-belok di kawasan tersebut atau tidak pun anda mempunyai sedikit ilmu pengetahuan dalam hutan untuk mengahadapi saat kecemasan.
Pekongsian seorang individu ini di sosial medianya diharap dapat memberi anda sedikit ilmu hutan.
Yang selalu masuk hutan, mesti selalu nampak benda ini kan?
Untuk makluman anda, benda ini dipanggil banir. Banir ini mempunyai sangat banyak kegunaan terutamanya bagi mereka yang tersesat dan memerlukan pertolongan.
Bagaimana caranya untuk menghantar Isyarat kecemasan/meminta bantuan menggunakan banir ini?
Ikut langkah-langkah dibawah:
Pegang parang/batang kayu sederhana besar di tangan
Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu sederhana besar dengan kuat
Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki yang lain
Pastikan anda menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar
Tahukah anda bahawa bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi anda ketika itu
Kredit: Roslan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi penduduk tempatan Sabah, Kundasang masih menjadi lokasi pilihan untuk bercuti saban minggu. Bahkan ramai penduduk dari semenanjung juga sangat teruja untuk habiskan masa berlibur di destinasi ini.
Kalau sesiapa ke Sabah tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Kundasang. Ini kerana, kawasan yang berada di kaki pergunungan tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu cukup terkenal dengan pelbagai daya tarikan pelancongan yang unik dan tersendiri. Menjanjikan iklim sejuk, segar dan nyaman dengan pemandangan indah antara keunikan dan keistimewaan yang terdapat di pekan Kundasang.
Kundasang, destinasi percutiaan yang 'bersih' dari hiruk pikuk kota. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang ada menyediakan banyak kemudahan penginapan untuk memberi keselesaan buat pelancong. Untuk yang bercadang ke Kundasang, ini ada perkongsian penginapan seperti resort, homestay atau asrama yang boleh dipilih. Tip ini anda boleh kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan yang plan bercuti ke Kundasang, Sabah terutamanya buat yang pertama kali nak jejak ke 'New Zealand Malaysia' ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...