Ramai yang suka mencabar keupayaan diri sendiri. Saat hormon adrenalin dilepaskan, satu kelegaan dapat dirasakan. Tak hairanlah mereka yang mahu mencabar diri begini akan memilih sukan-sukan lasak seperti memanjat gunung, bermain permainan di anggap berani mati dan banyak lagi.
Bagi korang yang suka mencabar keupayaan diri, masukkan Taman Tema Austin Heights dalam list untuk kunjungi.
Ini kerana taman tema ini menggabungkan taman tema air (water park), Adventure Park serta Sport & Leisure Park yang menawarkan keserokan luar biasa pada musim panas di Johor Bahru.
Austin Heights Water & Adventure Park merupakan destinasi yang mesti dikunjungi jika anda ke Johor Bahru dan merupakan salah satu tempat menarik di Johor.
Ads
Korang boleh buat bermacam-macam aktiviti menyeronokkan di sini bersama bersama keluarga dan rakan-rakan anda kerana di sini, banyak aktiviti ekstrem dan mendebarkan boleh dilakukan di sini. Sudah lama dibuka namun publisiti mengenainya tidak begitu meluas hingga tempat ini jarang diberi perhatian oleh orang luar dari Johor.
Paling best, di Taman Tema Austin Heights ini, ada banyak aktiviti-aktiviti menarik yang direka khas untuk semua peringkat umur termasuk golongan kanak-kanak.
Ads
Lokasi percutian Austin Heights Water & Adventure Park merupakan pilihan yang tepat untuk anda bergembira dan berseronok sekiranya anda merancang untuk melancong ke Negeri Johor selepas tamatnya PKP (Lockdown) nanti.
Ads
Harga tiket di sini berbeza mengikut taman tema. Tiket-tiket boleh dibeli melalui online atau terus di kaunter tiket. Bagi memudahkan korang bersuka ria di sini, belilah tiket secara dalam talian. Difahamkan bagi taman tema air (waterpark) harga tiket bagi dewasa ialah RM80 dan kanak-kanak di bawah tiga tahun hanya RM12. Bagi ukuran ketinggian 120cm dan ke bawah, harga taman tema hanya RM70 iaitu menyamai harga tiket warga emas (60 tahun ke atas).
Kalau dari KL, perjalanan lebih kurang 3-4 jam sahaja dan korang boleh waze Taman Tema Austin Heighs.
71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor [WAZE] Austin Heights Water & Adventure Park 019-716 3183 http://www.funtime.my/
Gambar : Sumber : Tourism Johor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Akhirnya rancangan untuk pergi mengembara bersama-sama dua lagi rakan, Umie Syazwani dan Wan Afifah menjadi kenyataan apabila kami selamat sampai di negara bersejarah, Kemboja pada 28 Mac 2018. Percutian yang sudah dirancang setahun yang lepas ini merupakan percutian 4 hari 3 malam dan sebagai backpackers, sudah tentu kami akan memilih tiket penerbangan dengan harga yang lebih murah. Seperti biasa, kami memilih penerbangan Air Asia dengan harga tiket promosi hanya RM155 untuk perjalanan pergi dan balik.
Ingin mengenali serta mempelajari adat dan budaya negara luar, Kemboja dipilih sebagai destinasi percutian kali ini kerana ianya terkenal dengan bangunan bersejarah yang berusia mencecah ribuan tahun. Lebih menarik, para pelancong dapat melihat sendiri keindahan senibina yang sangat unik hasil titik peluh masyarakat zaman dahulu.
Untuk memastikan percutian ini berjalan dengan teratur dan lancar, sudah pasti kami membuat sedikit kajian dari segi pengangkutan, penginapan, makanan serta tempat-tempat menarik dalam menghasilkan jadual perjalanan atau itinerary.
Kemudahan Penginapan Dan Pengangkutan
Kami memilih Onederz Hostel sebagai tempat penginapan sepanjang 4 hari 3 malam ini dimana ianya sangat disyorkan terutamanya kepada backpackers. Hostel yang selesa dengan harga 28.5 USD seorang untuk 3 malam. Manakala, dari segi pengangkutan pula sudah pasti kami memilih tuk-tuk dengan bayaran 15 USD seorang sepanjang berada di sana.
Silk Farm
Penerbangan mengambil masa lebih kurang dua jam. Alhamdulillah kami selamat tiba di Siem Reap International Airport dan pemandu tuk-tuk terus membawa kami ke Silk Farm. Di sini kami memperoleh pengalaman baru apabila dapat melihat sendiri kreativiti masyarakat di sana dalam menghasilkan kain sutera dengan proses-proses yang sangat terperinci.
Maka, tidak hairanlah kain sutera dijual dengan harga yang tinggi sesuai dengan cara pembuatannya yang rumit, daripada ulat yang diternak menjadi kepompong, melalui beberapa lagi proses sehingga terhasilnya sutera.
Cambodian Cultural Village
Seterusnya kami mengunjungi Cambodian Cultural Village yang merupakan sebuah taman tema serta muzium pelbagai etnik di negara Kemboja. Bercerita sedikit tentang sejarahnya, ia sebenarnya mula dibina pada tahun 2001 dan dibuka secara rasmi pada September 2003. Terdapat tujuh kawasan yang mewakili 19 kumpulan etnik di sini. Persembahan atau pertunjukkan yang diadakan termasuklah tarian apsara, perkahwinan tradisional, akrobat, permainan rakyat dan bermacam-macam lagi. Harga tiket masuk pula berharga 15 USD setiap seorang.
Angkor Wat
Pada hari yang kedua, kami pergi ke salah satu tempat menarik yang menjadi tarikan utama pelancongan di Kemboja iaitu Angkor Wat. Dengan tiket berharga 37 USD seorang, setiap pengunjung dibenarkan melawat pelbagai kuil di sekitar kawasan tersebut. Angkor Wat yang bermaksud “Kuil Kota” merupakan kuil yang paling indah dan terbesar antara kuil-kuil Angkor. Keseimbangan kuil ini bersama komposisinya serta kecantikkannya menjadi ia salah satu monument terbaik di dunia. Kami pun sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar-gambar menarik!
Bayon Temple
Kami juga tidak ketinggalan melawati kuil Bayon yang dikenali sebagai sebahagian daripada destinasi terkenal dunia Angkor dengan menampilkan pencirian satu lautan besar berwajah yang melebihi 200 buah dan memandang dalam semua arah. Melihat kedatangan pelancong lain di sini menunjukkan bahawa ramai yang ingin lebih mengenali sejarah serta asal usul bangunan lama ini. Siapa kata tempat bersejarah ini bosan? Banyak sebenarnya perkara baru yang boleh kita pelajari.
Ta Phrom
Ini juga adalah kuil yang wajib dikunjungi apabila berada di Kemboja. Lokasi ini terkenal kerana pernah menjadi tempat pembikinan filem Hollywoood, Tomb Rider. Dengan usianya menghampiri 1000 tahun, ia adalah binaan yang sangat berharmoni dengan hutan. Batang dan akar pokok hutan pula saling menyokong binaan yang hampir runtuh dan kami dapat merasakan suasana di dalam kuil Ta Phrom agak dingin. Apa yang lebih menarik di sini adalah terdapat 3 spesies pokok tumbuh membesar yang berusia beratus tahun lamanya. Terpegun kami dibuatnya.
Phrase Cambodia Circus
Ini lah salah satu pengalaman yang menyeronokkan iaitu di Phrase Cambodia Circus. Apa yang terlintas di fikiran kami setelah mendengar nama lokasi ini ialah pertunjukan haiwan, tetapi sebenarnnya ia adalah sebuah persembahan lebih kurang seperti teater yang menggunakan aksi circus. Dikenakan bayaran tiket berharga 18usd, kami merasakan ianya sangat berbaloi.
Lotus Farm
Setelah puas mengelilingi kawasan kuil bersejarah, kami singgah di Lotus Farm pada hari ketiga pula. Tiada bayaran dikenakan, Lotus Farm merupakan satu ladang bunga teratai yang agak luas, dan ianya sesuai untuk dijadikan tempat fotografi dengan pemandangan yang tenang dan cantik.
Satu pengalaman baru apabila pemandu tuk-tuk kami mengajar cara-cara untuk memakan biji teratai atau lotus seeds. Agak pelik pada mulanya, tetapi sememangnya rasanya seperti kekacang. Sebenarnya memang ramai masyarakat di sana yang menjual biji teratai ini, bermakna ia boleh dimakan terus begitu sahaja. Pelik kan tetapi benar!
Night Market (Angkor Night Market- Pub Street- Old Market)
Masa untuk membeli ole-ole! Kami singgah di kawasan sekitar Angkor Night Market dengan tujuan mencari buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Suasana di situ agak meriah dengan berkonsepkan kehidupan ala-ala Barat. Dari segi pemakanan di Night Market pula, ianya agak meragukan dan kami hanya membeli Ice Blended buah-buahan dengan harga USD1 serta ais krim gulung yang merupakan salah satu menu popular di sana.
Selain itu, Night Market juga menjadi lokasi tumpuan kerana para pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan urutan dengan harga yang sangat rendah seperti 7 USD untuk urutan seluruh badan manakala 2 USD untuk urutan tapak kaki. Murah kan?
Kemudahan Makanan
Salah satu cabaran apabila mengembara ke negara Kemboja ini adalah agak susah bagi Muslim untuk mencari makanan Halal di sana. Bagi mereka yang mempunyai rancangan ingin meneroka negara Kemboja, kami sarankan anda untuk pergi Restoran The Siem Reap Backpackers dimana ia menyediakan semua hidangan Halal.
Selesai semua aktiviti, kami pulang pada hari keempat dengan membawa banyak kenangan manis serta pengetahuan baru terutamanya tentang sejarah dan budaya masyarakat di sana. Sememangnya pengalaman ini akan kami kenang selamanya. Terima kasih rakan-rakan backpackersdan terima kasih Kemboja! Semoga kita jumpa lagi pada masa akan datang.
Walaupun belum siap sepenuhnya, jambatan ikonik di negeri Darul Iman ini sudahpun menjadi latarbelakang bergambar kepada mereka yang datang berkunjung ke sini.
Pemandangan jambatan angkat ini lebih menarik apabila di ambil dari kawasan kedai makan Kak Dah Corner atau Mek Ta Ikan Bakar yang terletak di Taman Selera Tanjung, Shah Bandar, Kuala Terengganu.
Jambatan angkat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu di sebelah utara yang menempatkan restoran di tingkat 14 manakala di tingkat 13 pula ada ruang solat, bilik air dan tempat penyediaan makanan.
Di sebelah selatan pula, akan ada galeri untuk orang ramai melihat keindahan bandar Kuala Terengganu, khususnya pada waktu malam.
Jambatan ini menjadi tumpuan pelancong di negeri Terengganu kerana rekaan jambatan angkat ini menyerupai jambatan yang terkenal di dunia iaitu Tower Bridge, London.
Jambatan ini boleh diangkat bagi memudahkan laluan kapal-kapal besar dan akan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk naik (dibuka untuk laluan kapal) dan kurang 20 minit untuk turun (dibuka kepada kereta dan motosikal).
Selain itu, jambatan ini juga menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu – Kuala Nerus) sejauh 638 meter dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari dan dibuka kepada orang awam pada April 2019.
Di Malaysia, ada beberapa buah café dikendalikan oleh golongan autisme dan ia mendapat sambutan hebat dari masyarakat. Bahkan ada banyak peluang pekerjaan bagi golongan OKU dalam bidang bersesuaian dengan mereka.
Tapi di Jepun, idea pesakit lumpuh dan terbaring di atas katil bekerja sebagai pelayan café dianggap idea luar biasa kerana pesakit hanya perlu berkomunikasi melalui robot yang akan menggerakkan operasi café ini.
Baca perkongsian dari Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di sana.
Pernah dengar orang lumpuh yang tak mampu bergerak dan hanya terbaring di katil “bekerja” sebagai pelayan cafe?
Ory Lab, sebuah syarikat “starts-up” berpengkalan di Tokyo telah membina satu model cafe yang dikenali sebagai Dawn Ver Café. Cafe ni lain dari yang lain sebab ianya berorientasikan penggunaan robot atau dipanggil sebagai Orihime-D sebagai pelayan cafe.
Apa yang menarik, robot orihime-D ni dikendali oleh orang lumpuh yang terlantar di atas katil dari rumah, termasuk pesakit kronik seperti amyotrophic lateral sclerosis (ALS), pesakit kecederaan saraf tunjang dan sebagainya.
Walaupun pengendali tidak dapat menggerakkan tangan untuk mengendali robot, tapi dengan sistem yang dibangunkan di Ory Lab, pengendali masih boleh mengarahkan pergerakan robot, bercakap dengan pelanggan, membawa objek dan sebagainya.
Caranya mudah saja, robot orihime-D ni direka supaya ia dapat dikawal hanya dengan mengesan pergerakan mata pengendali yang terbaring di katil. Benda ni memberi peluang kepada ramai orang yang terlantar di rumah, untuk dapat peluang pekerjaan dengan bayaran gaji yang sama seperti orang lain.
Tapi sebenarnya idea untuk mewujudkan peluang “pekerjaan” ni dicetuskan sendiri oleh CEO Ory Lab, Kentaro Yoshifuji yang sebelum ini pernah terlantar sakit di hospital selama 3 tahun.
Memetik kata-kata CEO Ory Lab,
“Saya mahu mencipta dunia di mana orang yang tidak dapat menggerakkan badan mereka juga boleh bekerja”
Bila bercuti, ramai orang terlalu fokus pada itinerary, tempat menarik dan makanan sampai terlupa satu perkara penting iaitu soal keselamatan barang peribadi. Dalam mood...