Industri penerbangan dijangka kembali normal pada tahun 2022 dengan pembukaan semula secara berperingkat perjalanan rentas negeri dan sempadan antarabangsa, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Beliau turut menyarankan pelaksanaan dasar yang lebih baik untuk menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan sambil menambah kerajaan seharusnya memutuskan apa yang diperlukan untuk membuka sempadan termasuk dokumen yang diperlukan untuk tujuan perjalanan.
Tan Sri Tony Fernandes.
“Saya rasa itu akan dapat diselesaikan menjelang September atau Oktober apabila kita membenarkan perjalanan rentas negeri dan beberapa penerbangan antarabangsa,” kata beliau semasa webinar mengenai “Communication Organisational Change Across Culture” hari ini.
Ads
Webinar ini dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. – Bernama
Sebelum ini, Libur ada perkenalkan jambatan ikonik negeri Terengganu yang menjadi lokasi pilihan ramai bergambar. Terkini, Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ ini diberitahu akan mula beroperasi sebelum Aidilfitri, sekali gus dapat mengurangkan masalah kesesakan bandar raya Kuala Terengganu setiap kali musim perayaan.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jambatan itu dijangka akan siap dalam tempoh sebulan lagi, sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri. Menurutnya, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang menguruskan pembinaan jambatan angkat dan menara jambatan itu akan membuat penyerahan pada 30 Mei nanti.
“Kita optimis dan berharap sekiranya segala proses dapat disiapkan termasuklah lampu isyarat dan jalan raya di kawasan sebelum naik jambatan dan di seberangnya dapat disiapkan, ia boleh digunakan sebelum hari raya iaitu pada awal Jun. Kita harapkan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Jadi, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesesakan pada musim perayaan nanti.
Sebelum ini pengguna hanya menggunakan Jambatan Sultan Mahmud atau melalui Durian Burung-Manir. Selepas ini, anda sudah mempunyai pilihan lain di sebelah sini.
Jambatan angkat itu mula dibina pada tahun 2014, membabitkan kos RM248 juta dan pembinaannya melibatkan laluan utama jambatan, empat menara, dan dua ‘sky bridge’. Dengan panjang keseluruhan 638 meter dan ketinggian 12.5 meter dari aras laut, jambatan itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir.
Jambatan ikonik itu yang pertama seumpamanya di rantau ini dan bakal menjadi salah satu mercu tanda bandar raya ini serta negeri, merupakan antara komponen pembangunan Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu (KTTC) yang sedang rancak dibangunkan.
Merupakan sebuah daerah dan pekan besar di Sabah, Semporna ada banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja termasuklah pulau Bum-bum, Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.
Patutlah ‘kaki travel’ seperti Nazrin Rahman menyifatkan Semporna sebagai destinasi wajib dicuba walau sekali dalam seumur hidup.
“Tempat yang korang kena cuba sekali dalam seumur hidup. Jangan rasa takut sebab apabila korang dah datang, susah gila nak move on bila balik.
“Sebab apa aku cakap susah nak move on? Laut, pemandangan, makanan dan pengalaman yang diperoleh di situ memang tidak akan dirasai di tempat lain,” ciapnya ringkas.
Lokasi penginapan mempunyai banyak spot untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam mahupun terbit.
Berkonsepkan penginapan atas air, pastinya pemandangan yang disajikan tersangat cantik.
Terutama sekali bilik yang menghadap Bohey, air lautnya memang jernih sehingga nampak ke dasar.
Paling best, bila-bila masa sahaja boleh terjun ke laut dari bilik yang disewa.
Sabah juga terkenal dengan makanan laut yang murah dan segar. Kalau lobster, memang akan rasa kesegaran dan kemanisan isinya.
Anda boleh makan sebanyak mana yang mampu kerana pelbagai jenis makanan laut tersedia. Tak perlu ‘catu’ dan yang penting tidak membazir.
Kalau ke Semporna, aktiviti yang ‘wajib’ dilakukan adalah snokerling.
Mana tidaknya, karang yang terdapat di sini semuanya cantik serta pelbagai bentuk dan warna sehingga dapat jolokan ‘One of the best coral in the world’.
Jangan khuatir kalau tak reti berenang ya, sebab pemandu pelancong akan beri tunjuk ajar kepada anda.
Lokasi snorkeling adalah Pompom, Timba Timba, Mataking, Sibuan dan Matabuan.
Anda dapat melihat pemandangan yang cantik dari bahagian atasnya. Kira-kira 700 meter untuk mendaki.
Bagi kaki Instagram, setiap sudut ingin diabadikan.
Bimbang alami waktu malam yang membosankan? Jangan risau sebab anda akan terpukau apabila melihat ke langit. Ribuan bintang menanti tatapan anda.
Kalau bernasib baik, tahi bintang akan kelihatan. Bolehlah feeling seperti cerita Meteor Garden tu.
Mereka yang gemar OOTD (outfit of the day) boleh singgah di Water Bungalow Resort. Bentuk binaan chalet di sini mengagumkan dan kelihatan mewah.
Pastikan bawa baju vogue yang mencukupi ya!
Tak perlu ‘keberanian’ kalau pergi secara solo sebab Semporna pastinya destinasi pelancongan yang selamat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mungkin sebelum ini jika ke Singapura, kembara anda hanya ke tempat shopping dan makan-makan, apa kata kali ini mencuba ke lokasi yang lebih fresh.
Singapore Botanic Gardens, sebuah taman atau boleh dikatakan sebagai hutan kota yang telah berusia lebih dari 150 tahun. Selain bersantai, anda lebih mendekatkan diri dengan alam semua jadi seperti slogan Singapore Botanic Gardens, iaitu “Find tranquility in the heart of the city”.
Sebaik anda berada di sini , udaranya nyaman dan segar. Taman ini wujud sejak tahun 1859 ini, dibuka setiap hari mulai jam 5 pagi hingga 12 malam. Boleh dibilang, taman ini satu-satunya botanic garden di dunia yang buka dari pagi buta hingga tengah malam dan tidak dikenakan bayaran.
Dengan luas lebih dari 70 hektar, koleksi tanaman yang menghiasi taman ini tentunya sangat pelbagai. Buat pencinta tanaman pastinya taman ini memberi anda kepuasan yang tidak terhingga.
Bukan sekadar melihat keindahan tanaman yang ada, malah anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti jogging, piknik bersama teman dan keluarga atau sekadar berjalan sambil menyedut udara segar.
Untuk ke Singapore Botanic Gardens, anda boleh menggunakan kenderaan umum. Anda boleh memilih teksi, bus awam yang melalui Holland Road atau Bukit Timah Road dan MRT.
Di dalam Singapore Botanic Gardens juga terdapat National Orchid Garden (Taman Anggrek Nasional). National Orchid Garden ini memiliki luas sekitar 3 hektar dengan koleksi tanamannya yang cantik dan menyejukkan mata.
Sekitar 700 jenis anggerik dari pelbagai penjuru dunia dan lebih dari 2.000 jenis anggerik hibrida ada hadir di sini. Tentunya taman ini menjadi syurga tersendiri bagi pencinta anggerik.
National Orchid Garden dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 7.00 malam. Di depan National Orchid Garden terdapat kedai menjual cenderahati dengan barang-barang yang menarik.
Singgah juga ke Singapore Botanic Gardens Visitor Center yang masih berada di persekitaran taman, terletak di 1 Cluny Road. Di sini terdapat The Botanic Gardens Shop yang menjual buku-buku tentang tanaman dan juga cenderahati unik.
Jom tengok aktiviti terbaru Singapore Botanic Garden di laman sesawang www.nparks.gov.sg atau terus klik sahaja di sini!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...