Baru-baru ini Tourism Selangor ada mempromosikan kempen Pusing Selangor dulu. Dalam kempen ini, mereka yang layak boleh menebus guna baucar pelancongan di talian beli belah disediakan.
Sebenarnya selain pelbagai destinasi menarik di Selangor, terdapat juga senarai restoran gerai makanan paling best patut kita cuba terutama selepas tempoh PKP nanti.
Antara kedai makan sedap ini berada dalam daerah Gombak, Klang, Hulu Langat, Kuala Selangor, Petaling dan juga Kuala Langat. Bukan saja sedap, tetapi harga ditawarkan juga berbaloi dengan sajian berkenaan.
Senarai Restoran/Gerai Makanan Best di Selangor!
Dekat Selangor, ada banyak tempat makan best yang boleh kita nikmati! Dari makanan tradisional, seafood, western sehingga makanan VIRAL, sebut sahaja segalanya ada di Selangor!
Tertanya-tanya tempat makan mana yang wajib anda singgah di negeri Selangor? berikut adalah senarai tempat makan yang anda boleh cuba selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.
Anda tahu tempat makan yang best? Mari kongsikan di ruangan komen. Nak bercuti? Pusing Selangor Dulu!
Dapat menyaksikan persembahan lincah ikan lumba-lumba yang comel menjadi idaman ramai pelancong tidak kira kanak-kanak dan juga orang dewasa. Namun tahukah anda, setiap persembahan yang sempurna seringkali dilakukan haiwan ini setiap hari adalah daripada latihan yang berterusan. Baru-baru ini persatuan pencinta haiwan mengutuk keras kejadian seekor anak ikan lumba-lumba yang baru berusia sembilan hari, mati dipercayai keletihan ketika membuat persembahan. Kejadian tersebut berlaku di Eropah sebuah taman air di Bulgaria.
Haiwan malang itu yang baru 9 hari dilahirkan didakwa mati di hadapan penonton di Varna Dolphinarium, akibat 'keletihan' melakukan persembahan berterusan lapor Daily Mail. Sejurus kejadian tersebut berlaku penonton diarah keluar dari kawasan persembahan oleh kakitangan yang bertugas dengan serta merta.
Walaupun masih tidak jelas punca kematian bayi ikan lumba-lumba tersebut, orang ramai mendakwa Varna Dolphinarium perlu bertanggungjawab kerana memaksa haiwan itu membuat persembahan bersama ikan dewasa walaupun masih kecil. Ia dilatih empat kali sehari untuk menghiburkan penonton terutama ketika kemuncak cuti musim panas.
Berita itu mendapat reaksi pengguna media sosial yang menganggap haiwan itu diseksa secara halus kerana dipaksa bekerja yang tidak sepadan dengan usianya. Jurucakap organisasi perlindungan haiwan Four Paws, Yavor Gechev berkata, sebanyak lima ikan lumba-lumba dan seekor anjing laut didakwa mati di pusat peranginan itu sejak lima tahun kebelakangan ini. Jumlah kematian dijangka lebih tinggi dari yang diumumkan. Kematian haiwan menandakan keadaan di pusat akuarium itu tidak memenuhi standard minimum untuk menjaga semua haiwan.
New Zealand Larang Aktiviti Berenang Bersama Ikan Lumba-Lumba
Di New Zealand pula kerajaan mereka telah mengenakan larangan terhadap sebarang aktiviti pelancongan berenang bersama ikan lumba-lumba Bottlenose sebagai usaha untuk melindungi haiwan yang diancam kepupusan itu. Menurut Jabatan Perlindungan New Zealand, satu kajian membuktikan sikap manusia keterlaluan dalam memberi perhatian terhadap haiwan itu. Pada masa yang sama, interaksi manusia dengan ikan lumba-lumba jenis itu akan memberi impak terhadap amalan pemakanan dan keperluan rehatnya. Larangan tersebut dilaksanakan keatas semua syarikat pelancongan yang berpusat di North Island Bay yang cukup popular dengan kehadiran pelancong.
Kepada anda yang ingin mendaki dan mungkin ini kali pertama kali nak menjejakkan kaki ke puncak paling tinggi di Malaysia, jom baca sedikit info dan tips penting sebelum memulakan pendaki ke Gunung Kinabalu!
– Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan di kepulauan Borneo.
– Gunung Kinabalu termasuk dalam senarai top 20 dikalangan puncak-puncak yang paling dikenali di seluruh dunia. No. 1 sudah pastilah Gunung Everest!
– Ketinggian rasmi puncak tertinggi Gunung Kinabalu adalah 4,095.2 meter dari aras laut.– Puncak tertinggi Gunung Kinabalu dipanggil “lows peak”.
– Trek pendakian yang biasa digunakan adalah melalui Pondok Timpohon (Timpohon Gate).
– Base camp bagi pendakian Gunung Kinabalu adalah di Panalaban yang juga dikenali sebagai Laban Rata yang terletak pada ketinggian 3,273 meter dari aras laut.
Fasa 1:
Pendakian dari titik mula (starting point) di Pondok Timpohon menuju ke Panalaban (Laban Rata).
– Jarak pendakian yang ditempuh adalah sejauh 6km.
Perubahan altitud yang ditempuh adalah daripada 1,866 meter dari aras laut sehingga 3,273 meter dari aras laut.
– Sebaik memulakan pendakian, kita harus melaporkan diri kepada petugas di Pondok Timpohon dan dikehendaki menandatangani borang yang diberi.
– Boleh dikatakan hampir 90% laluan ini adalah laluan bertangga. Jadi layan je lah naik tangga sampai muntah sambil layan view dan udara yang sejuk lagi nyaman. Sesekali saja kita akan tempuh laluan mendatar tu pun sekejap saja.
– Terdapat 7 pondok perhentian di sepanjang laluan ini yang kita boleh berhenti rehat iaitu:
1. Pondok Kandis – KM0.8
2. Pondok Ubah – KM1.4
3. Pondok Lowii – KM2.3
4. Pondok Mempening – KM3.3
5. Pondok Layang-Layang – KM3.8
6. Pondok Villosa – KM4.7
7. Pondok Paka – KM5.3
– Di setiap pondok ada disediakan kemudahan tandas, air paip dan tong sampah. Sumber air di sini adalah sumber air gunung yang tidak terawat, tapi aku ada je minum. Selamat saja.
– Sesekali kita akan bertembung dengan porter-porter yang mengangkut barang-barang yang nak dibawa naik ke Laban Rata. Jika bertembung dengan mereka, berilah keutamaan laluan kepada mereka.
– Ujian pendakian paling getir di laluan ini adalah pada jarak 600 meter yang terakhir sebelum tiba di Laban Rata. Trek tangga berbatu di sepanjang jarak ini sangat mencabar fizikal dan mental! Tetapkan mental kalian pada ketika ini ya.
– Kebiasaannya pendakian di sepanjang laluan ini mengambil masa antara 5-7 jam untuk tiba di Laban Rata.
– Jika kalian tiba awal di Panalaban, kalian boleh terus check in ke bilik penginapan yang telah ditetapkan. Lepas check in terus mandi dan berehatlah secukupnya sementara menunggu jam 4.30 petang untuk makan malam.
– Laban Rata merupakan tempat persinggahan rehat sebelum pendakian ke puncak pada awal pagi keesokan harinya.
– Terdapat beberapa tempat penginapan seperti Lemaing Hut, Pendant Hut, Waras Hut dan beberapa lagi. Macam aku hari tu menginap di Lemaing Hut. Bilik adalah bilik dormitory dengan 14 katil bunk bed.
Tiada bekalan air panas di sini. Jadi kalau nak mandi, korang mandi siap-siap sebaik sahaja tiba di Laban Rata selepas pendakian. Kalau nak mandi pagi memang tak disarankan sebab terlalu sejuk.
– Di dalam bilik ada disediakan beberapa power socket. Jadi korang boleh lah mengecas telefon atau kamera korang.
– Tempahan pakej pendakian yang kita buat ini sudah termasuk penginapan dan 3 kali makan (makan malam, makan lewat malam sebelum naik ke puncak dan sarapan pagi setelah turun dari puncak). Semua makanan adalah buffet style. Makanan kat sini sedap-sedap tau. Signature dish dia kambing blackpaper. Memang padu giler weh!
– Perlu ambil maklum semasa makan malam, minuman tidak disediakan. Kalau nak, kena beli. Harga faham faham jer lah. Tempat tinggi, harga pun tinggi! Tapi semasa makan lewat malam dan sarapan pagi, minuman teh dan kopi ada disediakan dalam menu buffet.
Fasa 2:
Pendakian dari Panalaban menuju ke puncak Gunung Kinabalu (low’s peak).
– Jarak pendakian yang ditempuh adalah sejauh 2.72km.
– Perubahan altitud yang ditempuh adalah daripada 3,273 meter dari aras laut (di Laban Rata) hingga 4,095.2 meter dari aras laut (ketika berada di puncak).
– Seawal jam 1.30 pagi dah kena siap-siap bangun ya. Pastikan semua barangan yang nak dibawa ke puncak adalah lengkap – baju sejuk, penutup kepala dan muka, sarung tangan kalis air, head lamp, kamera, snek dan air minuman.
– Antara jam 2-2.30 pagi kita dah boleh makan lewat malam. Aku nasihatkan jangan makan terlalu berat masa ni sebab jam 3 pagi kita dah nak mula mendaki lagi. Cukuplah ambil 2 keping roti, scrambelled egg dan minuman teh atau kopi.
– Pendakian ke puncak biasanya bermula pada jam 3 pagi. Jangan lupa siap-siap pakai head lamp dan pastikan name tag dipakai.
– Untuk jarak 1.2km pertama, kebanyakan pendakian melibatkan laluan bertangga menuju ke pondok check point iaitu Pondok Sayat-Sayat yang berada pada ketinggian 3,668 meter dari aras laut.
– Di Pondok Sayat-Sayat, kita perlu menunjukkan tag nama kita kepada petugas untuk tujuan rekod masuk menuju ke puncak. Pastikan korang melepasi check point di Sayat-Sayat ini pada atau sebelum jam 5 pagi. Sekiranya korang tiba lewat daripada jam 5 pagi, korang tidak dibenarkan melepasi check point ini dan seterusnya harapan korang untuk menawan puncak Kinabalu hancur berkecai.
– Setelah melepasi check point di Sayat-Sayat, laluan trek pendakian berubah di mana kita akan melalui landskap berbatu sehinggalah ke puncak. Di sepanjang trek ini, tali disediakan untuk kita berpaut dan memudahkan pendakian kita. Kalau nak ikutkan laluannya tidaklah berapa curam tapi kita harus berpaut menggunakan tali di beberapa lokasi pendakian ini.
– Sepanjang pendakian dari Sayat-Sayat menuju ke puncak sejauh 1.5km ini, kekuatan fizikal dan mental amatlah diperlukan. Pada ketika ini kita menggunakan banyak tenaga untuk berpaut pada tali dan menstabilkan kedudukan kaki kita di permukaan batu. Tidak cukup dengan itu, cabaran ditambah lagi dengan cuaca sejuk dan tiupan angin yang kencang.
– Sebaik-baiknya rancang pendakian kalian untuk tiba di puncak sekitar jam 6 pagi bagi menyaksikan matahari terbit.
– Ruang kawasan di bahagian puncak tertinggi iaitu di low’s peak adalah terhad, jadi harus bergilir-gilir untuk mengambil foto dengan papan tanda puncak Gunung Kinabalu.
– Setelah selesai bergambar di puncak tertinggi Gunung Kinabalu, kalian boleh turun ke bahagian bawah untuk sesi bergambar di sudut-sudut lain pula. Pemandangan pagi di sini sangat menakjubkan! Subhanallah.
Fasa 3:
Perjalanan turun dari puncak gunung menuju ke Panalaban.
– Setelah selesai menawan puncak tertinggi Gunung Kinabalu, adalah disarankan untuk membuat perjalanan turun ke Laban Rata antara jam 7-7.30 pagi.
– Semasa perjalanan turun ini lah baru kita nampak dengan jelas laluan pendakian yang kita telah lalui awal pagi tadi ketika hari masih gelap. Tak sangka kita lalui semua ini dengan jayanya! Tahniah!
– Bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan semasa perjalanan turun melalui laluan berbatu ini, kita disarankan untuk bergerak dalam formasi zig-zag. Sesekali bantuan tali masih diperlukan ketika perjalanan turun ini.
– Dalam perjalanan turun ini, sekali lagi kita akan melepasi check point di Sayat-Sayat. Sila tunjukkan tag nama kalian sekali lagi kepada petugas bagi tujuan rekod keluar. Pada ketika ini, kalian boleh menarik nafas lega dah sikit. Sijil bewarna sudah dalam genggaman hahaha!
– Sebaik tiba di Laban Rata, aku sarankan kalian terus ke kafe untuk bersarapan pagi. Masa ni boleh lah kalau kalian nak makan berat sikit. Ada nasi goreng, mee goreng, bubur, oat, roti, buah-buahan dan banyak lagi.
-Setelah selesai sarapan, balik ke bilik dan berkemas semua barang-barang untuk persiapan turun ke bawah. Kalau nak mandi pun boleh.
– Perlu diingatkan waktu check out dari tempat penginapan kita adalah jam 10.30 pagi. Sekiranya lewat, denda sebanyak RM100 akan dikenakan bagi setiap 1 jam! Jadi, sila rancang jadual masa kalian baik-baik ya.
Fasa 4:
Perjalanan turun dari Panalaban menuju ke Pondok Timpohon.
– Selepas check out, kita akan terus membuat perjalanan turun menuju ke Pondok Timpohon. Perjalanan turun ini memakan masa yang lebih pendek, biasanya antara 3-5 jam sahaja.
– Semasa perjalanan turun ini, penggunaan tongkat sangat-sangatlah berguna sebagai “kaki” ketiga kita. Ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh kaki kita. Ada yang mengatakan perjalanan turun lebih menyeksakan berbanding perjalanan naik.
– Selepas mengharungi jarak sejauh 6km dari Laban Rata tadi, kita akhirnya tiba di Pondok Timpohon semula.
– Di Pondok Timpohon ini, sila laporkan kepada petugas di sini dan turunkan tandatangan kita pada borang yang sama kita tandatangan semasa di permulaan pendakian semalam.
Maka berakhirlah pendakian kita menawan puncak Gunung Kinabalu. Tahniah!
Jangan lupa ambil sijil penghargaan kita di Pejabat Sabah Park ya. Yang berjaya sampai ke puncak dapatlah sijil bewarna, yang gagal dapat sijil hitam putih sahaja.
– Disarankan untuk bermalam di kawasan berdekatan dengan Kinabalu Park pada hari sebelum pendakian. Jadi, nanti takde lah tergesa-gesa pada hari pendakian. Macam aku hari tu bermalam di Hostel Grace, Sutera Sanctuary Lodges yang terletak di dalam Kinabalu Park. Harga untuk menginap di dorm cuma RM45/katil. Cerek ada disediakan. Minuman 3 in 1 juga ada disediakan. Jadi senang nak minum kopi ke milo ke waktu breakfast.
– Kalau boleh pada pagi pendakian tu janganlah ambil sarapan pagi terlalu berat sangat. Pilihan terbaik ambillah 2-4 keping roti berperisa macam butterscotch tu, 1-2 biji telur rebus dan sebiji buah (epal/pear/oren/pisang). Minuman pula boleh ambil milo. Minum air kosong secukupnya semasa sarapan.
– Cukup sekadar bawa botol air mineral kecil (500ml) di sepanjang pendakian. Bawa botol air yang penuh dipermulaan pendakian. Sekiranya habis, boleh lah diisi di mana-mana pondok perhentian.
– Untuk bekalan snek semasa pendakian pula, korang boleh la bawak snek yang membekalkan tenaga pantas macam cloud 9, kismis, kurma, coklat bar atau pisang. Macam aku hari tu aku bawak cloud9 saja.
– Kalau boleh bawak sikit roti untuk alas perut jika korang tiba awal di Laban Rata kerana makan malam di kafe Laban Rata Resthouse hanya mula disediakan pada jam 4.30 petang hingga jam 7.30 malam sahaja. Sila rancang pendakian korang supaya tiba di Laban Rata sebelum jam 7. 30 malam. Kalau tak memang tak makan lah korang.
Seorang lelaki meninggal dunia pada 15 Jun 2020 lalu manakala empat individu masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dipercayai akibat terkena jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.
Mereka dipercayai berkunjung ke sebuah kawasan hutan lipur pada minggu lepas sebelum dimasukkan ke hospital sehari sebelum salah seorang mangsa maut.
Empat lagi mangsa masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Kesemua pesakit yang berusia antara 30 dan 32 tahun itu berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan. Semua pesakit menunjukkan gejala menyerupai penyakit leptospirosis seperti demam, sakit sendi, sakit otot, cirit-birit dan muntah.
Mereka dipercayai jatuh sakit selepas pulang daripada mengunjungi kawasan air terjun (hutan lipur) berkenaan. Hasil siasatan mendapati, semua pesakit dipercayai mempunyai sejarah melakukan aktiviti rekreasi di Lubuk Sungai Kerawat, Jerantut, pada 1 hingga 4 Jun 2020 lalu bersama sembilan individu lain.
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengelakkan kunjungan ke kawasan sungai di hutan lipur atau hutan buat masa ini. sentiasa mengamalkan langkah pencegahan untuk mengelakkan penularan leptospirosis.
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...