Entrance CKS Memorial Hall belah depan sekali tempat bas turunkan penumpang. Ramai sgt orang yang bergambar kat sini.

Taiwan hanya sebuah negara pulau yang kecil, tetapi pembangunannya cukup pesat membangun, kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai kepakaran hebat dalam bidang teknologi.Taiwan turut mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri.

Taiwan juga seperti negara-negara Asia yang lain turut mempromosikan makanan halal, sekali gus mengejar pengiktirafan sebagai negara pelancongan yang mesra Muslim. Hal tersebut terbukti melalui penyediaan makanan halal dan tempat-tempat solat yang banyak terdapat di negara tersebut.

Mendapatkan makanan halal di Taiwan bukanlah satu perkara yang sukar dan perlu dikhuatirkan. Terdapat banyak restoran yang diiktiraf halal di sana. Majoritinya menyediakan pelbagai jenis masakan dan hidangan yang sinonim dengan adat dan budaya orang Taiwan itu sendiri.

Disebabkan itu Taiwan menjadi pilihan lelaki ini untuk travel secara solo selama 8 hari baru-baru ini. Ini perkongsiaan daripada saudara Indra Sadewa di sebuah laman sosial.

Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!

Malaysia – Taiwan
(30 November 2019 – 7 December 2019).

IKLAN

Day 1

  • Sabtu KUL – TPE (MH066) ETA 1410. Beratur panjang di Immigration. Amik luggage terus gerak ke hotel.
  • Check in, rest and early dinner kat Khana Khazana.
  • Selesai dinner, jalan kaki ke Sun Yat-Sen Memorial Hall. Dekat je tak sampai 7 minit. Dari situ, patah balik ke Taipei City Hall building. Browsing Eslite (kedai buku) dan window shopping kat Breeze. Dari situ, jalan kaki ke 101 dan balik hotel. Rest.
Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!
Jejantas the Breeze.
Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!
Sun Yat-Sen Memorial Hall waktu malam.

Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!

Day 2

IKLAN
  • Ahad. Lepas sarapan, sy jalan kaki ke Sun Yat-Sen untuk tengok Change of Guard pukul 9.
  • Udah siap round round kat dalam tu, sy gerak naik MRT Sun Yat-Sen (line biru), sy turun kat Longshan Temple. Kat situ, ronda dalam temple kejap, singgah herbal dan historical lane kat situ, kendian patah balik ke Ximen Station (line biru).
  • Sampai di Ximen Station pukul 1130 untuk daytrip je Yehliu Geopark, Shifen dan Jiufen (book kat Klook). Package ni kita kena gather pukul 1150.
  • Sementara menunggu bas, sy call Starbucks 101 @ 35 F dan dapat slot hari Selasa pukul 11 pagi. For info, Starbucks 101 @ 35F ni kena call untuk naik ke atas. Tak boleh walk in ya.
  • Additional payment adalah tiket masuk ke Yehliu (NT80) dan tiket shuttle bas Jiufen (NT15 pergi balik). Kalau amik package ni, kena tunggu bas kat Ximen station (exit 6) Line Hijau boleh, Line Biru pun boleh. Group saya hari tu ramai Filipino. Malaysian saya dan ada sorg akak dari Kuala Terengganu. Journey from one point to another lebih kurang 1 jam.
  • Kat Yehliu Geopark, kami dapat 1 jam untuk ronda, kat Shifen dengan Jiufen dipendekkan jadi 45 minit je. Akhir tour, semua orang diturunkan kat Taipei 101. Dari situ, sy jalan kaki ke Khana Khazana untuk dinner dan balik hotel terus.
Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!
sekitar Yehliu Geopark
Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!
Queen’s Head kat Yehliu Geopark

Day 3

  • Monday. Dari hotel, sy naik MRT ke CKS Memorial Hall (line merah). Sy sampai sana pukul 8.45, terus beratur untuk tengok Change of Guard pukul 9.
  • Dah puas amik gambar kat area ni, sy jalan kaki ke East Gate. Cuma boleh amik gambar dari jauh je.
  • Lalu NTU Hospital. Lepas tu, ke 228 Peace Park. Muzium tutup pulak hari Isnin. Xpa.. xda rezeki. Sy jalan kaki ke Presidential Hall pulak. Polis cakap boleh amik gambar dari seberang jalan je. Lepas tu, sy ke Court pulak amik gambar.
  • Patah balik ke Presidential Hall dan beratur untuk free tour. Rezeki di pagi hari, tak beratur panjang dan terus masuk. Dah tu, sy jalan kaki lagi ke Red House, Bell Tower and ke Ximending area.
  • Dari situ, sy naik MRT ke Daan Park (line merah) untuk ke Taipei Grand Mosque.
  • Selesai urusan, sy naik MRT turun di Taipei 101 (line merah). Sy ke Shin Kong Mitsukoshi A9 untuk makan Chang Beef Noodles. Lepas tu, jalan kaki balik hotel dan rest.
Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!
Chang Beef Noodles kat A9.

Day 4

  • Selasa. Dari hotel, sy jalan kaki ke MRT Taipei 101 (line merah) ke Xianghsan (last stop. Jalan kaki pelan pelan ke Elephant Mountain. Sy pergi awal pagi sebab tak ramai pelancong melainkan locals yang naik trails jugak. Best sebab ramai greet good morning in Mandarin. Sy singgah ke pointview 1 (yang ada platform), pointview 2 (yang ada batu), dan pointview 3 (ni pointview terakhir sebelum lajak ke puncak sebelah bukit ni (sy tak pergi).
  • The whole journey turun naik took me about 2.5 jam sbb sy banyak rehat in between. Dah sampai kat MRT station, sy jalan kaki balik hotel. Rest kejap dan gerak ke Starbucks 101 @35F. Staff Starbucks akan turun 5 minit sebelum assigned time. Dia akan confirmkan no booking dan akan bagi nombor giliran. Sampai je kat atas, masuk dalam cafe ikut no giliran. Sy nombor 8 dari 10. Tp rezeki sebab sy solo, jadi dpt duduk kat bench dan view cantik. Dah order food dan settle semua, sy balik hotel rest.
  • Petangnya, sy naik MRT ke Taipei Nangang Exhibition Centre (warna biru last stop). Sy turun kat sini sebab nak makan Fried Chicken Master.
  • Dah siap makan, sy naik MRT dari situ ke Jianan Road (Brown line). Sy ke Miramar Entertainment Park. Naik ferris wheel dan ingat nak tengok wayang tp sold out. Kalau anda gayat macam sy, skip jelah Miramar ni. Habis segala surah zikir sy baca. Gayat sbb dah lah atas bumbung, angin kuat, cabin goyang goyang pulak. Tp xpa.. yg penting dah experience. Dari sini, sy sambung turun naik MRT ke Zhongxiao Fuxing. Sy dinner kat Taj. Pastu, naik MRT balik hotel dan rest.

Day 5

IKLAN
  • Rabu. Sy gerak naik MRT ke Taipei Zoo (brown line last stop) dan kendian, naik Maokong gondola. Petang, sy naik MRT ke Tamsui (line merah paling hujung). Konon nak ke Fisherman’s Wharf / Lovers Bridge tp feri dah habis. Sy terlupa nak tengok jadual feri. Jadi, jalan jalan je area town dan balik terus ke hotel naik MRT. Malam, sy dinner di Khana Khazana je lagi sebab tak larat.

Day 6

  • Khamis. Hujan dari malamnya. Sy tak keluar pun cuma ke Taipei 101 dan window shopping kat Breeze dan Bellavita je. Malam, sy ke Ximending beratur beli boba milk tea dalam hujan lesak.

Day 7

  • Jumaat. Masih hujan. Tak keluar lagi sebab malas hujan. Lepak hotel dan window shopping kat Taipei 101. Beli pineapple tart kat Sunny Hills To Go (B1) dan makan snowice mango.

Day 8

  • Balik KL MH 367. Plan nak datang lagi untuk cover Taroko, Beitou, Yamingshan.

Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik! Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik! Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!

Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!
Sun Yat-Sen Memorial Hall waktu pagi.
Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!
Longhsan Temple.
Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!
Taipei Grand Mosque.
Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!
Jembatan gantung di Shifen.

Itinerari 8 Hari Trip Solo Ke Taiwan. Info MRT Tu Terbaik!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI