Ads

Cherating Bukan Sekadar Pantai, Ini 5 Port Menarik Wajib Singgah

Cherating

Kuantan merupakan antara destinasi yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia apabila bercuti ke Pahang. 

Namun jika ke kawasan Cherating, sebenarnya ada banyak lokasi dan aktiviti menarik yang boleh diterokai selain menikmati pemandangan pantai.

Bila sebut Cherating, ramai mungkin terus terbayangkan laut, pasir dan aktiviti surfing. 

Hakikatnya, kawasan ini turut mempunyai port seni, kafe santai serta aktiviti kraf yang sesuai untuk mereka yang mahu mengisi percutian dengan pengalaman berbeza.

Jika anda merancang short trip atau weekend getaway ke Cherating, ini lima lokasi dan aktiviti yang boleh dimasukkan dalam itinerari.

1. Kedai Tepi Pantai

Cherating

Kredit Foto : @amirahnnadiah/ Threads 

Bagi pencinta seni dan aktiviti kreatif, Kedai Tepi Pantai boleh menjadi salah satu tempat menarik untuk dikunjungi.

Bukan sekadar membeli hasil seni atau cenderamata, pengunjung juga boleh mencuba sendiri aktiviti kraf seperti mencanting batik dan menghasilkan clay art.

BACA JUGA: Ole Ole Melaka, Port Borong Buah Tangan Di Bandar Hilir, Dari Dodol Sampai Cenderamata

Sesuai untuk datang bersama keluarga atau rakan kerana anda bukan sahaja dapat membeli buah tangan, malah boleh membawa pulang hasil seni buatan sendiri sebagai kenangan dari Cherating.

Ads

2. Malibo

Cherating

Kredit Foto: @malibo.cherating / Instagram

Nak cari port santai dengan suasana tepi pantai? Malibo boleh dimasukkan dalam senarai.

Tempat ini menawarkan suasana santai dengan dekorasi berkonsep rustic dan coastal yang cukup serasi dengan vibe Cherating.

Sesuai untuk menikmati makanan bersama keluarga atau rakan sambil berehat selepas seharian berjalan. Kalau datang pada waktu petang hingga malam, suasananya lebih tenang untuk lepak sambil menikmati angin pantai.

3. Ombok Cherating Surf Cafe

Cherating

Kredit Foto: @ombokcherating / Instagram

Ads

Kalau mahu merasai suasana komuniti surfing di Cherating, boleh singgah ke Ombok Cherating Surf Cafe.

Kafe berkonsepkan surfing ini sesuai dijadikan port brunch, minum petang atau sekadar berehat sambil menikmati makanan dan minuman.

Dekorasi yang santai dan estetik menjadikan tempat ini antara lokasi menarik untuk mereka yang sukakan suasana ala surfer dan gaya hidup tepi pantai. Paling penting, sesuai juga dijadikan port untuk bergambar kerana rekaan kafe ini.

4. Limbong Art

Cherating

Kredit Foto : @limbongart_/ Instagram

Satu lagi tempat menarik untuk mencuba aktiviti seni ialah Limbong Art.

Di sini, pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman mencanting batik serta mengenali hasil kraftangan tempatan dengan lebih dekat.

Ads

Kalau tidak mahu melakukan aktiviti, anda juga boleh melihat atau membeli hasil kraf buatan tangan untuk dijadikan cenderamata.

Aktiviti seperti ini sesuai untuk mereka yang mahu membawa pulang kenangan yang lebih unik daripada sekadar bergambar di pantai.

5. Pantai Cherating

Cherating

Kredit Foto: visitpahang.my / Google

Sudah sampai Cherating, memang tidak lengkap jika tidak ke pantainya.

Nikmati suasana petang sambil berjalan di tepi laut, melihat matahari terbenam atau sekadar duduk menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

Selepas seharian menerokai kafe dan lokasi seni, pantai menjadi tempat terbaik untuk menutup perjalanan dengan suasana yang lebih santai.

Cherating membuktikan bahawa destinasi ini bukan sekadar tentang pantai. Dalam satu kawasan, anda boleh menikmati aktiviti seni, mencuba makanan, mengenali komuniti surfing dan meluangkan masa bersama keluarga atau rakan.

Kalau sedang mencari idea short trip yang santai tetapi tetap ada banyak aktiviti untuk dilakukan, boleh simpan senarai ini dan masukkan Cherating dalam perancangan percutian anda yang seterusnya.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi Libur, Instagram, Facebook & TikTok

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Jom Kita Travel

Ole Ole Melaka, Port Borong Buah Tangan Di Bandar Hilir, Dari...

Kalau bercuti ke Melaka, rasanya belum lengkap perjalanan kalau balik dengan tangan kosong. Selain bergambar di sekitar Bangunan Stadthuys, berjalan di Jonker Walk atau menikmati...