
Ramai yang menjadikan hobi membela haiwan peliharaan di rumah sebagai terapi diri. Antara haiwan yang paling popular untuk dipeliharan adalah ikan hiasan. Selain cantik, ikan hiasan jugak dikatakan antara haiwan yang mudah dijaga berbanding haiwan peliharaan di rumah. Namun ia bergantung kepada jenis ikan yang anda pelihara.
Dalam kalangan peminat ikan hiasan lembah klang, Jalan Pasar, Pudu Kuala Lumpur sudah semestinya menjadi tempat wajib untuk di kunjungi. Ini kerana terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang dijual pada harga yang murah dan mampu milik. Selain aktiviti penjualan ikan hiasan, di sini juga terdapat beberapa kedai yang menjual aksesori hiasan akuarium dengan harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada lokasi lain.
Paling menarik, setiap pagi di sekitar kawasan ini, ikan-ikan telah siap dibungkus dan dijual mengikut harga yang tertera di plastik. Selain ikan, terdapat juga haiwan lain yang dijual di sini seperti kura-kura, ketam, burung dan pokok hiasan. Jangan malu dan segan untuk tawar menawar ya!
Ini perkongsian daripada Farizah Mohamed yang berkesempatan ke lokasi ini.
- Ikan hiasan ye, bukan ikan untuk makan.
- Guppy 80sen je yang kecil-kecil. Yang besar RM1, beli 10 free 1, ikan koi murah-murah, arowana pun murah. Macam-macam jenis ikan ada.
- Siapa yangg minat ikan hiasan, memang wajib datang sini
- Seawal 8.30 pagi dah buka, Sabtu Ahad banyak kedai buka. Hari lain banyak yang tutup. Dah bertahun-tahun dah wujud tempat ni.
- Selain ikan, benda-benda untuk akuarium pun ada.
- Waze je jalan pasar pudu nanti jumpa.
- Tapi jaga-jaga kalau park tepi jalan memang selalu kena saman, ada tempat parking disediakan kat tanah lapang depan tu.
INFO tambahan dari kawan-kawan:
- Buka setiap hari. Buka 8.30 pagi, tutup 5-6ptg tp tgh hari dah byk kedai tutup. Jadi nak banyak kedai datang pagi
- Masuk setiap kedai survey-survey harga dan jenis ikan dulu
- Kalau pandai tawar boleh murah lagi
- Nak naik LRT boleh, LRT Pudu dekat pastu jalan ikut map sampai ke jalan pasar (landmark dia bangunan biru kat gambar 1st tu: Market Hall)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Kongsikan Port Teksi ‘Cekik Darah’ Sekitar KL Yang Korang Kena Elakkan

Kalau bercerita pasal perkhidmatan teksi di sekitar Kuala Lumpur (KL) ni, memang bertimbun-timbun cerita yang boleh kita dengar. Tapi masalahnya, cerita yang kita dengar tu kebanyakkannya bukan cerita yang boleh dibangga-banggakan sangat. Banyaknya cerita sumpah seranah pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan teksi di KL.
Anda tak percaya? Cuba cari cerita berkaitan dengan teksi Malaysia di laman-laman sosial dan baca komen wargamaya yang pernah menggunakan khidmat teksi. Daripada beribu-ribu komen, boleh kata semua menyumpah seranah pemandu teksi. Ada yang kata pernah kena sembelih, ada yang kata suka mencarut, ada yang kata baran, ada kereta berbau dan tak selesa.
Saya boleh bilang pakai jari, daripada 10 komen, mungkin ada satu saja yang memuji sesetengah pemandu teksi yang betul-betul jaga perkhidmatan beliau kepada pelanggan. Untuk pemandu teksi yang jaga kualiti dan imej teksi, saya ucapkan terima kasih dan salam hormat pada anda.

Tapi pemandu teksi yang mencemar imej menjatuhkan maruah ni macam mana? Dah la diorang yang antara menjadi muka depan negara menyambut kedatangan pelancong-pelancong dari luar negara. Sedangkan warganegara sendiri pun dah pangkah naik teksi sebab kene sembelih, anda bayangkan pula dengan pelancong asing, rasa-rasanya macam mana?
Isu ini lah yang menjadi kemarahan kepada saudara Mohd Faiz Hashim dalam satu hantaran di laman sosial Facebook beliau. Melalui daripada pengamatan, saudara Faiz ni pun pemandu teksi tetapi beliau kecewa dengan sikap segelintir kawan-kawan teksi yang lain hingga mencemar dan memberi persepektif buruk kepada perkhidmatan teksi di negara kita.
Menurut saudara Faiz, sikap tidak jujur dengan tidak menggunakan meter dan berlagak samseng membuatkan pelanggan lari dari terus menggunakan khidmat teksi dan beralih kepada menggunakan khidmat e-hailing.
Faiz turut berkata bahawa baru-baru ini beliau ada membawa sekumpulan pelancong asing yang di’sembelih’ oleh pemandu teksi di KL dengan harga yang tidak masuk akal. Cerita daripada pelancong asing tersebut, dek kerana salah seorang dalam kumpulan mereka OKU, mereka terpaksa mengambil teksi berkenaan sekalipun ditawarkan harga yang merepek dan tidak menggunakan meter.
Sikap semacam ini lah yang membuatkan penumpang lebih suka naik Grab berbanding teksi. Tapi bila orang awam pilih Grab, ada pemandu teksi yang marah.
Antara lokasi hotspot pemandu teksi ‘kaki sembelih’ penumpang yang perlu anda berjaga-jaga selepas ini;
Depan Petaling Street
Teksi yang bersidai luar Klcc
Segelintir yang bersidai luar pavilion.
Depan arab street
Depan Time Square.
Sepanjang jalan Bukit Bintang depan KFC hingga Federal hotel.
Saudara Faiz juga sempat menyampaikan kepada semua bahawa cara mudah untuk anda mendapatkan teksi bermeter adalah dengan menggunakan aplikasi GrabTaxi. Anda ada pilihan untuk menggunakan teksi bajet atau eksklusif bergantung kepada selera anda yang mana. Lebih menyakinkan adalah pemandu teksi yang menggunakan aplikasi ini akan mematuhi standard yang ditetapkan kalau tak mahu disenaraihitamkan kerana tidak mengikut undang-undang.
Akhir kata, kepada pemandu teksi, sebelum anda harapkan bantuan daripada sesiapa, apa kata anda bantu perniagaan anda dahulu dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Dengan izin tuhan, anda boleh mengubahnya.

Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Panduan Ringkas DIY Umrah Bersama Keluarga

Info, panduan ringkas dan perkongsiaan DIY Umrah bersama keluarga ini daripada sumber facebook saudari Safuan Rahim
1) PENERBANGAN TERUS
Beli penerbangan terus dan selesa. Jangan waste time transit. Kami pilih Saudia Airlines Kul – Med Jed – Kul Fullboard dan Luggage 2 x 23kg seorang.Paling cepat sampai dan mempunyai surau.Terdapat Screen LCD setiap tempat duduk dan juga khas baby coat untuk anak bawah 2 tahun.Kos untuk kami bertiga RM6020 + RM278 infant = Total RM6298.
2) E-VISA
Visa Pelancongan boleh dibeli melalui https://visa.visitsaudi.com/Login dengan harga RM520 seorang valid 90 hari bergantung kepada matawang semasa.10 minit sahaja visa boleh siap dan terus print untuk kegunaan airport dan hotel.
RM 520 x 3pax = Total 1560.
3) ETIQA TRIPCARE 360
Melindungi bil rawatan , penerbangan delay, bagasi rosak dan kematian.Boleh dibeli secara online mengikut pakej.Kami memilih silver pakej family dengan harga RM129.51 https://www.etiqa.com.my/getonline/tripcare-360…
4) MEDIC PILGRIM
Medik Piglirm berfungsi seperti klinik Panel tanpa guna duit untuk dapatkan rawatan(cashless) hanya tunjuk policy sahaja.Boleh hubungi terus saudara Afiq 013 2104870 yang beroperasi di Cheras Bandar Sri Permaisuri.Di Madinah Al Dar Hospital berhadapan dengan Masjid Quba 15 minit jarak dari Masjid Nabawi manaka Di Mekah AlBayt Medical Center jalan kaki 5 minit dalam bangunan Menara zamzam Level p11 sebelah Hotel Movenpick.
RM40 x 3pax = Total RM120
5) HOTEL
Buat perbandingan hotel dengan Trivago.kalau boleh beli melalui Agoda dan Booking.com sahaja.Hotel di madinah kebanyakan dekat dengan Masjid kalau boleh labur kan lebih sikit Hotel di Mekah yang dekat dengan Haram.
- Dar Al Naeem 500m= RM238(2H1M)
- Golden Tulip Al Zahibi 50m = RM1,333( 5H4M)
- Makkah Tower 50m = RM912 (3H2M)
- Nawazi Ayjad 600m = RM1,214 (6H5M)
Total = RM3,697
6) VAKSIN MENINGOCOCCAL
Vaksin ni bukan syarat tapi untuk kesihatan kita wajib ambil di Hospital atau klinik yang berdekatan dengan Harga RM120 boleh tahan 5 tahun kalau nk murah RM5 Klinik Kesihatan Kuala Lumpur stok terhad.RM120 x 3pax = Total 360
7) HARAMAIN RAIWAY SPEED TRAIN
Dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ke Raiway station 15 minit sahaja. Perjalanan Madinah ke Mekah hanya 3 jam dan pengumuman untuk bermiqat 10 minit selepas tren bergerak. Jangan lupa download applikasi uber ,careem dan umrabcab.Tiket boleh beli melalui laman web www.hhr.sa. RM150 x 2pax + (Infant free) = Total RM300
- Kami memilih Keretapi Laju perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan hanya 3 jam sahaja.Harga untuk dewasa RM150 manakala percuma untuk kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah.Tiket boleh dibeli melalui www.hhr.sa.
- Perjalanan 15 minit dari Masjid Nabawi ke Stesen Keretapi dengan menaiki Uber RM30 manakala 10 minit dari stesen Mekah ke Masjidil Haram 10 minit juga dengan menaiki Uber RM20.
- Setelah tiba di Stesen Keretapi prosesnya hanya imbas tiket,pemeriksaan diri dan Bagasi.Dinasihatkan terus niat umrah apabila di dalam keretapi nanti kerana khuatir kita leka mengambil gamba pemandangan atau sebagainya.Pengumuman untuk Miqat akan dibuat setelah 10 minit keretapi mula bergerak.
- Antara kemudahan yang disediakan tandas setiap gerabak , tempat cas telefon dan cafe.Sangat selesa, mudah dan cepat untuk sampai ke destinasi.Semoga bermanfaat untuk semua jemaah.
8) MUTAWWIF
Kami gunakan khidmat ustaz hud pelajar dimekah +966597172079 untuk Umrah Wajib.Ustaz hud bimbing umrah kami hingga selesai satu umrah.Ketika tawaf ustaz hud dukung anak yang memakai pampers sehingga selesai 7 pusingan bagi menjaga sah tawaf bagi elak menangung najis.
9) KURSUS UMRAH
Kursus Umrah wajib hadir.Mesti hadir sekurang kurangnya 10 kelas.Belajar dan menuntut beberapa guru.Setiap pengajar bahan cetakan atau penyampaian berbeza.Kita akan dapat pengalaman dan perkongsian yang berbeza daripada guru yang berlainan.kursus di setiap minggu ada dan tempoh nya 3 jam.
- Ziarah Luar Kota Mekah
Khidmat Haji Amin +966565706070 MPV Innova dengan 200 Riyal ke tempat Masjid Aisyah Al Rajhi , Jabal thur , Jabal Rahman , Mina , Muzalifah, Jamrahtul, Nasi Unta dan Miqat di Ja’ranah untuk tunaikan umrah.
- Ziarah Luar Madinah
Pas 15 riyal 3 hari boleh dibeli pada driver bas yang terletak di pintu 20 21 dan 22.Ziarah ini termasuk Masjid Quba,Masjid Qiblatain, Qhandak dan Bukit Uhud.
Semoga Panduan ini dapat membantu jemaah untuk menunaikan umrah dengan segera dan berharap ilmu mengalir serta dimanfaat selepas kematian.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Seronok Ke Royal Belum Kalau Anda Tak Buat 10 Aktiviti Ini Di Sana!

Isi Kandungan
ToggleUntuk anda yang gemarkan kawasan pelancongan yang tenang, damai serta jauh daripada kesibukan bandar, hutan Royal Belum yang terletak di Gerik, Perak ini pasti menjanjikan satu percutian yang terbaik untuk anda.
Hutan Royal Belum ini merupakan satu kawasan pelancongan yang terbaik untuk percutian skala besar seperti family gathering atau reunion. Sebab apa? Nanti akan Libur jelaskan di bawah.
Ada dua cara yang akan anda gunakan untuk sampai ke Royal Belum. Yang pertama, melalui jalan darat dan yang keduanya, melalui jalan air. Kedua-dua cara ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada anda kerana cara yang pertama, anda akan memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Kuala Kangsar sebelum tiba ke Jeti Temenggor. Dari jeti ini anda akan menaiki bot untuk ke kawasan Royal Belum.
Di kawasan Jeti Temenggor ini, anda akan dapat lihat pelbagai jenis house boat. Ada yang kecil dan ada yang besar. Kesemua jenis house boat ini dapat memenuhi kriteria dan skala percutian yang anda mahukan, bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan.
Sekiranya anda mahukan house boat yang mewah untuk percutian anda, jangan segan silu untuk mengeluarkan bajet sehingga RM9,000 selama 3 hari 2 malam. Kosnya agak tinggi kan? Tapi jangan risau, house boat itu akan memberikan satu kepuasan terjamin kepada anda dan rombongan.
Cadangan kepada anda yang baru pertama kali ingin merancang trip ke Royal Belum, cukup sekadar anda ambil house boat berharga RM3,000 ke RM4,500 sahaja. Pakej yang ditawarkan dalam julat harga ini sudah cukup untuk memenuhi kesemua kehendak anda sepanjang masa berada di sana.
Setibanya di sana nanti, apa yang anda boleh lakukan? Okay, di sini Libur senaraikan serba sedikit aktiviti-aktiviti yang best untuk anda lakukan apabila sampai di Royal Belum nanti:
Menjejak bunga refflesia
Dikenali sebagai bunga paling besar di dunia, ia juga boleh didapati di Royal Belum. Bunga Rafflesia yang ada di Royal Belum terdiri daripada tiga spesis iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii. Jika anda bertuah, anda boleh nampak bunga ini kembang mekar. Jangka hayat bunga Rafflesia sekejap sahaja. Bunga ini boleh kembang dan mati dalam masa dua minggu.
Melawat perkampungan orang asli
Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, Royal Belum juga didiami oleh masyarakat Orang Asli. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang boleh anda lawati antaranya Kampung Orang Asli Aman Damai, Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Belum Lama. Kebanyakkan Orang Asli ini terdiri dari suku kaum Jahai dan suku kaum Negrito. Mereka menerima lawatan anda dengan hati dan tangan terbuka. Kelibat anak-anak Orang Asli yang comel dan malu-malu ini begitu menceriakan. Jika berkesempatan ke sini, bawalah beberapa saguhati seperti makanan dan permainan untuk diberikan pada kanak-kanak Orang Asli. Sumbangan juga boleh diberikan pada tabung sumbangan mereka. Mereka sangat menghargainya sumbangan yang diberi.
Menjejak kawasan salt lick
Tahukah anda apa itu salt lick? Salt lick adalah kawasan dimana terdapatnya garam mineral terkumpul dan pelbagai haiwan akan datang ke kawasan tersebut dan menjilat garam mineral sebagai salah satu sumber nutrisi. Di Royal Belum, terdapat 12 lokasi salt lick untuk haiwan-haiwan ini berkumpul. Jika anda ke sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tapak kaki haiwan yang datang menjilat garam mineral.
Berenang di santuari ikan di Sungai Ruok
Tiada apa yang lebih menenangkan di Royal Belum ini apabila melihat ikan-ikan bebas berenang menikmati makanan yang diberikan. Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit, dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini. Apabila tiba, anda boleh menikmati keindahan air terjun, mandi-manda serta memberi ikan makan.
Trekking ke air terjun Sungai Kooi
Bagi penggemar aktiviti mendaki, Air Terjun Sungai Kooi akan mengujakan anda. Daripada jeti, anda perlu mendaki trek yang mudah untuk sampai ke air terjun ini. Setengah jam mendaki naik, anda akan bertemu dengan sebuah air terjun tinggi yang sangat cantik. Segala penat Lelah anda mendaki akan hilang sekelip mata setelah melihat keindahan ciptaan Tuhan ini.
‘Memburu’ burung enggang
Tidak hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Pahang, burung Enggang juga boleh dijumpai di Royal Belum. Ada 10 jenis burung Enggang yang boleh didapati di Malaysia dan kesemua 10 jenis itu ada di Royal Belum. Jika anda bernasib baik, anda boleh nampak burung ini hinggap di pokok.
Bermalam di kem Royal Belum
Terdapat empat kem di Royal Belum untuk kemudahan anda menginap. Anda boleh memilih untuk menginap di Kem Sungai Papan, Kem Sungai Kenarong, Kem Sungai Tiang dan Kem Sungai Kejar. Setiap kem ini mempunyai tarikan dan aktiviti tersendiri antaranya memancing, berkayak, berakit dan sebagainya.
Menginap di Rainforest Resort
Selain terkenal dengan keindahan flora dan faunanya, antara yang menarik perhatian orang untuk datang ke Royal Belum adalah Belum Rainforest Resort. Resort mewah di tengah hutan ini cukup menarik dan suasana dalamnya sangat menenangkan jiwa. Belum Rainforest Resort boleh diakses menggunakan Lebuhraya Timur Barat iaitu dari Grik dan Kelantan. Anda akan kagum dengan binaannya yang mengadap Tasik Temenggor dan dikelilingi gunung-ganang membuatkan saujana mata memandang. Sambil berehat menikmati ketenangan alam, anda juga boleh mengambil pakej-pakej aktiviti hutan Royal Belum yang tersedia.
BBQ atas houseboat
Penginapan istimewa di Royal Belum adalah houseboat. Anda boleh memilih tinggal di rumah bot yang berlegar-legar di sekitar sungai. Rumah bot akan memberikan anda satu pengalaman baru dimana anda tidur, makan dan menikmati keindahan sungai belum dari dalam bot yang besar.
Berkayak atau berakit sambil memancing
Salah satu perkara yang anda wajib cuba apabila menginap di houseboat Royal Belum. Boleh dikatakan semua houseboat Royal Belum akan menunda rakit buluh bersama-sama houseboat mereka untuk kegunaan dan keseronokkan anda!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI