Tandas awam banyak disediakan di dalam negara kita untuk kemudahan bersama.
Namun sayangnya, ada setengah-setengah tandas awam yang tidak diselanggara dengan baik, menjadi mangsa vandalism, malah terlalu kotor untuk digunakan.
Oleh itu, orang ramai disarankan agar tidak menggunakan tandas awam yang kotor bagi mengelak terkena jangkitan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata masyarakat perlu sentiasa mengutamakan kebersihan diri memandangkan jangkitan wabak pandemik ini boleh berlaku di kawasan yang tertutup dan tidak bersih.
Ads
“Kita nasihatkan kepada semua supaya mengambil tindakan iaitu meningkatkan kebersihan diri. Kalau tandas awam itu kotor, kalau boleh jangan guna tandas awam tersebut. Pilihan atas kita tetapi kita juga (mahu) memastikan para majikan yang mengelola tandas awam tersebut untuk sentiasa melaksanakan tindakan-tindakan kebersihan nyah kuman dan nyah kebersihan di kawasan tersebut. Ini penting sebab jangkitan boleh berlaku di tempat yang tertutup dan kawasan-kawasan yang tidak bersih,” katanya
Ads
Kerjasama semua pihak sangat penting dalam memastikan kebersihan sentiasa diutamakan bagi mencegah penularan jangkitan pandemik tersebut dalam kalangan orang ramai. Anda dinasihatkan untuk membawa pembasmi kuman sendiri ke mana sahaja anda pergi.
MUKADIMAH Kapal terbang merupakan alat pengangkutan udara moden yang tidak dibincangkan berkenaan hukum-hakam berkaitannya oleh para fuqaha terdahulu. Akan tetapi, ia tetap tidak terkeluar dari sifatnya yang merupakan sebuah alat pengangkutan yang mana telah terdapatnya perbincangan mengenai hukum-hakam berkaitannya yang telah disebut oleh para fuqaha seperti hukum solat di atas unta, sampan atau kapal, dan sebagainya. Dalam edisi kali ini, kami di Bayan Linnas akan cuba memberikan penjelasan berkenaan suatu isu iaitu solat di atas kapal terbang serta hukum-hakam yang berkaitan.
Dalam menghuraikan isu ini dengan lebih lanjut, kami akan membahagikannya kepada beberapa isi penting.
PERTAMA: MASA PERLEPASAN Di antara perkara yang diambil kira dalam isu ini ialah masa pergerakan seseorang dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan menggunakan kapal terbang.
Sebagai contoh: Seseorang yang ingin menunaikan umrah ke Arab Saudi dari Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Masa perlepasannya dari KLIA ke Jeddah adalah pada pukul 3 petang waktu Malaysia. Justeru, cara yang lebih mudah untuk dirinya dalam hal ini adalah dengan menunaikan solat jamak qasar secara taqdim zohor dan juga asar di airport KLIA.
Contoh lain: Jika seseorang berada di atas kapal terbang dalam keadaan waktu solat masih belum masuk dan waktu perlepasannya adalah dari Jeddah menuju ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu Arab Saudi. Maka dalam hal ini, solat Maghrib dan Isyak boleh dilakukan secara jamak di airport Jeddah. Solat Subuh pula dilakukan di dalam perjalanan iaitu ketika berada di atas kapal terbang. Manakala solat zohor dan asar pula boleh dilakukan secara jamak di airport KLIA.
KEDUA: MASUK WAKTU SOLAT Cara untuk kita mengetahui masuknya waktu solat adalah melalui pengumuman yang dibuat oleh pramugara atau krew kapal terbang. Jika tiada pengumuman, kita boleh bertanyakan kepada mereka tentang waktu tempatan di kawasan yang sedang dilalui oleh kapal terbang. Saya juga mengesyorkan agar kita mencari alternatif lain seperti menggunakan jam yang mempunyai masa tempatan khususnya waktu solat seperti al-fajr dan lain-lain.
KETIGA: PENENTUAN ARAH KIBLAT Dalam hal ini, amatlah perlu bagi seseorang untuk menghadap ke arah kiblat ketika hendak menunaikan solat. Ini kerana, menghadap ke arah kiblat merupakan syarat sah bagi solat. Ia berdasarkan firman Allah S.W.T:
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ المَسْجِدِ الحَرَام
Maksudnya: Maka palingkanlah wajah kamu menghadap ke arah Masjid al-Haram.
Surah al-Baqarah (144)
Kata al-Imam al-Qurthubi ketika menafsirkan ayat ini: Palingkanlah urusan wajah kamu menghadap ke arah sudut Masjid al-Haram iaitu ka’abah. Lihat al-Jaamik Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (2/148).
Namun ianya dikecualikan jika terdapat keuzuran untuk menghadap ke arah kiblat maka dibolehkan untuk menghadap arah yang paling hampir dengan kiblat. Namun jika ini juga tidak dapat dilakukan, maka saya syorkan agar solat tersebut diulang semula (i’adah) ataupun qadha sebaik sahaja sampai ke destinasi.
KEEMPAT: CARA MENGAMBIL WUDHUK Di antara perkara yang perlu kita raikan ketika menaiki kapal terbang adalah sifat kapal terbang itu sendiri serta mematuhi peraturan penggunaan air dalam kapal terbang terutamanya dalam perjalanan jarak jauh. Saya mengesyorkan agar penggunaan air dilakukan dengan seminima mungkin sama ada dengan cara yang diajarkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji iaitu dengan menggunakan spray dan menyapu keseluruhan muka ataupun dengan menggunakan air dengan sedikit. Seperti membasuh anggota wuduk dengan sekali basuhan sahaja.
KELIMA: TAYAMMUM Pada pendapat kami, adalah tidak sesuai untuk menggunakan tayammum di atas kapal terbang sementelahan lagi dengan pasir yang dibawa ke dalam kapal terbang. Manakala, berkenaan isu melekapkan tangan ke dinding atau tingkap kapal terbang untuk bertayammum, saya lebih cenderung mengatakan bahawa ia tidak menepati syarat sebenar wujudnya debu dan tanah pada dinding tersebut. Firman Allah S.W.T:
فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدٗا طَيِّبٗا
Maksudnya: Maka bertayammumlah kalian dengan debu yang bersih
Surah al-Maidah (6)
Kata al-Imam al-Syanqithi rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Menjadi ketetapan ketika tayammum adalah pada pasir yang mempunyai debu yang boleh melekat di tangan. Inilah pendapat Imam al-Syafie dan juga Imam Ahmad. Rujuk Tafsir Adhwa’ al-Bayan (1/354)
KEENAM: CARA SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG Dalam hal ini, kita hendaklah melihat kepada dua keadaan:
1- Kapal terbang yang mempunyai keluasan besar seperti Boeing 747, 757, 777, Airbus, dan seumpamanya. Justeru, jika terdapat ruangan untuk bersolat seperti kawasan yang berhampiran dengan tempat duduk pramugara, atau tempat hidangan makanan, maka pilihlah untuk bersolat di kawasan tersebut. Ini kerana, lebih banyak rukun fi’liyyah yang dapat kita lakukan dengan cara ini.
2- Sebaliknya, jika kapal terbang yang dinaiki itu bersaiz kecil seperti Boeing 737 dan seumpamanya dengan kapasiti penumpang yang padat serta tidak memungkinkan seseorang itu untuk berdiri bagi menunaikan solat maka dibolehkan untuk dia solat di tempat duduknya. Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang perlu untuk diraikan. Antaranya:
(Surah al-Taghabun: 16)
KETUJUH: SOLAT HORMAT WAKTU Solat hormat waktu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayamum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.
Solat ini wajib di qadha semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat. Kita juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak ataupun qasar dengan syarat kita masih berada dalam keadaan musafir.
Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayamum bagi mengqada solat, maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah SWT.
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah, tetapi kita masih melengah-lengahkannya maka kita dikira berdosa.
Aisyah menceritakan bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah SAW menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya.
Lalu tiba waktu solat, dan mereka pun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi Nabi SAW, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat pensyariatan tayammum.
Pendapat ulama:
Al-Hafiz Al-Iraqi (725-806 H.) menyatakan bahawa terdapat empat pendapat daripada fuqaha mazhab Al-Syafie berhubung solat tanpa taharah.
Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafie) ialah: Wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu melakukan salah satu daripadanya (wuduk atau tayamum).
Ada juga pendapat wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani. Kata Abu Thaur: Inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibnu Abd Al-Barr daripada sebilangan fuqaha.
Imam Al-Nawawi berkata: “Sesungguhnya ia adalah pendapat yang paling kuat dalilnya dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadis ini iaitu mereka (para sahabat) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayamum dan tidak dinukilkan bahawa Nabi SAW mengarahkan mereka untuk mengulanginya.”
KELAPAN: PERI PENTING DAN KEDUDUKAN SOLAT Secara mutlak, solat merupakan ibadah badaniyah yang paling utama. Ini berdasarkan peristiwa seorang lelaki telah bertanya Nabi SAW tentang amalan yang afdhal.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat. Dia terus bertanya: Kemudian apa pula ? Nabi bersabda: Kemudian solat. Dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda telah mengulangi jawapan solat sebanyak tiga kali.
(Riwayat Ibnu Hibban)
Menebus dosa
Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada menyatakan dua solat yang dilakukan seseorang Islam dengan betul akan menebus dosa-dosa yang berlaku di antara kedua-dua solat tersebut. Ini berdasarkan hadis, Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan melakukan solat lima waktu Allah akan menghapuskan dosa-dosa.
(Riwayat al-Bukhari)
Hadis seterusnya, Uthman R.anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka semua solat fardu yang dilakukannya akan menebus dosa yang ada di antara solat tersebut.
(Riwayat Muslim)
Begitu juga orang yang cuai mengerjakan solat, sama ada sengaja melengah-lengahkan atau meninggalkannya akan membawa kepada kekufuran sekiranya dia berterusan begitu. Oleh itu, solat merupakan santapan utama bagi iman sebagaimana yang telah disebutkan.
Seterusnya hadis daripada Ummu Aiman, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jangan engkau sengaja meninggalkan solat, sesungguhnya sesiapa yang sengaja meninggalkan solat dia akan terlepas daripada mendapat perlindungan Allah dan Rasul-Nya.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Thailand memang antara destinasi luar negara yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Selain jarak yang tidak terlalu jauh, negara ini juga sering jadi pilihan kerana makanannya, suasana bandar yang meriah dan banyak tempat menarik yang boleh diteroka.
Namun bila sebut Thailand, ramai yang terus fikir tentang Bangkok. Padahal, kalau anda mahu suasana bercuti yang berbeza, negara ini sebenarnya ada banyak bandar lain yang tak kurang menariknya.
Ada yang sesuai untuk pecinta alam, ada yang best untuk kaki healing, dan ada juga yang kaya dengan sejarah serta budaya tempatan.
Kalau anda sedang merancang percutian ke Thailand, mungkin sudah sampai masa untuk tengok destinasi lain selain ibu kotanya. Mana tahu, tempat yang kurang disebut itulah yang akhirnya buat anda jatuh hati.
Kalau anda sukakan suasana yang lebih tenang, Chiang Mai memang antara destinasi yang patut dipertimbangkan. Bandar di utara Thailand ini cukup terkenal dengan kuil, pasar tempatan, kafe dan pemandangan alam yang lebih mendamaikan.
Chiang Mai sesuai untuk mereka yang mahu bercuti secara santai tanpa perlu terlalu mengejar masa. Suasananya juga lebih perlahan berbanding Bangkok, menjadikannya pilihan yang sedap untuk healing trip.
Bagi yang sukakan laut dan suasana pulau, Phuket memang antara tempat paling popular untuk bercuti di Thailand. Selain pantainya yang cantik, bandar ini juga hidup dengan pelbagai aktiviti, makanan dan kawasan yang menarik untuk diteroka.
Phuket sesuai untuk mereka yang mahu gabungkan percutian santai dengan vibe bandar yang masih meriah. Jadi kalau anda mahu trip yang ada pantai, makanan dan tempat jalan-jalan, Phuket memang boleh masuk dalam senarai.
Krabi pula lebih sinonim dengan suasana alam yang cantik dan menenangkan. Destinasi ini cukup popular dengan pantai, pulau dan pemandangan semula jadi yang sangat memikat.
Kalau anda jenis yang mahu lari sekejap daripada kesibukan dan lebih suka trip yang dekat dengan alam, Krabi memang antara tempat yang best untuk dipilih. Memang sesuai untuk percutian yang lebih santai dan relaks.
Kalau anda mahukan bandar pantai yang lebih relaks dan tidak terlalu sibuk, Hua Hin boleh jadi pilihan yang menarik. Tempat ini sesuai untuk mereka yang mahu bercuti dengan suasana santai, tetapi masih ada banyak pilihan aktiviti dan tempat makan.
Hua Hin juga sesuai untuk percutian bersama keluarga kerana suasananya lebih tenang dan tidak terlalu sesak. Pendek kata, ini jenis destinasi yang selesa untuk trip yang tidak terlalu rushing.
Bagi pencinta sejarah, Ayutthaya memang tempat yang patut dikunjungi. Bandar ini terkenal dengan tinggalan sejarah dan runtuhan lama yang masih menjadi tarikan hingga hari ini.
Kalau anda mahu lihat sisi Thailand yang lebih klasik dan berbeza daripada suasana moden Bangkok, Ayutthaya memang pilihan yang tepat. Ia juga sesuai untuk mereka yang sukakan trip dengan elemen budaya dan sejarah.
Thailand sebenarnya bukan negara yang habis diteroka hanya dengan singgah ke Bangkok. Lagi banyak anda melihat bandar lain, lagi terasa bahawa setiap tempat di negara ini punya identiti yang berbeza. Ada yang tenang, ada yang meriah, ada yang kaya dengan alam, dan ada yang kuat dengan unsur sejarah.
Jadi kalau anda sedang merancang percutian ke Thailand, jangan hadkan pilihan pada Bangkok saja. Cuba masukkan sekali beberapa destinasi ini dalam wishlist, mana tahu trip anda kali ini jadi lebih menarik daripada yang disangka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Anda kerap travel? Kalau ya, anda sepatutnya tahu beberapa hack yang praktikal untuk diaplikasikan sewaktu travel. Kenapa perlu tahu travel hack? Travel hack ni tujuannya untuk membantu anda serba sedikit tentang beberapa perkara apabila anda travel.
Sekiranya anda tidak tahu langsung apa-apa travel hack, ini Libur kongsikan beberapa hack yang anda boleh gunakan nanti. Ada banyak hack yang ada tapi tak semuanya anda akan gunakan betul tak?
Jadi anda tonton dulu dan nanti kongsikan kepada Libur, hack yang mana anda rasa praktikal dan perlu digunakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...