Pantai peranginan di Port Dickson, Negeri Sembilan sinonim sebagai kawasan tumpuan orang ramai pada hujung minggu. Bersempena Pesta Air Malaysia Port Dickson, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Pantai Saujana, Batu 4 dan Pantai Cahaya Negeri pada 27 hingga 29 September ini.
Pelbagai acara dirangka bagi menarik orang ramai menyertai pesta air ini. Antara aktiviti menarik ialah pertandingan memancing, fun run, konsert artis-artis popular dan pertandingan karaoke Battle of the Band.
Ads
Selain itu, pengunjung juga boleh beriadah termasuk menyaksikan acara pertandingan sukan pantai antaranya bola sepak, bola jaring dan tarik tali yang melibatkan penyertaan 200 peserta.
Ads
Pesta anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Sembilan dan disokong oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson ini menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM50,000 untuk pemenang dalam pelbagai acara yang akan diadakan.
Ads
Menteri Besar Negeri Sembilan dijangka hadir bagi menyempurnakan majlis prapelancaran kempen Melawat Malaysia 2020 diadakan sempena Pesta Air Malaysia Port Dickson 2019 peringkat Negeri Sembilan.
Pesta ini diharap dapat menggalakkan pelancongan domestik bagi pelancong baru serta membantu menaik taraf ekonomi penduduk setempat serta membuka peluang perniagaan. Mereka yang berminat mengadakan promosi dan pameran jualan di Port Dickson sempena pesta ini, hubungi talian 06-7659869/70/71 atau layari Facebook MoTAC Negeri Sembilan atau Pesta Air Malaysia Port Dickson.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebelum ini ramai bimbang apabila dikatakan kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan mereka yang menerima vaksin tertentu saja (tidak termasuk Sinovac) dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji atau umrah di sana.
Namun semalam kerajaan Arab Saudi sudah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi memasuki negara itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, orang ramai boleh menyampaikan berita gembira itu kepada ahli keluarga yang berniat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah pada masa akan datang.
“Sama-Sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini dipermudahkan Allah SWT,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi beliau.
Zulkifli turut berkongsi pautan ke laman sesawang Kementerian Kesihatan Arab Saudi https://eservices.moh.gov.sa untuk rujukan permohonan masuk ke negara itu.
Dengan perkembangan terbaharu itu, Arab Saudi kini mengiktiraf enam jenis vaksin bagi Covid-19 iaitu Pfitzer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Jansses, Sinopharm dan Sinovac.
Sebelum ini, Kerajaan Arab Saudi dilaporkan membuat ketetapan hanya jemaah yang menerima vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca dibenar menunaikan haji sekali gus menimbulkan keresahan rakyat Malaysia yang menerima vaksin Sinovac.
Walau bagaimanapun, individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebagai syarat untuk masuk ke negara itu.
Syarat terbaharu itu terkandung dalam peraturan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi, demikian diumumkan Pihak Berkuasa Tambak King Fahd (KFCA), Ahad.
Berdasar peraturan kesihatan yang sudah dikemaskini, individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf sama ada Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna.
Saudigazette melaporkan, satu lagi syarat yang perlu dipatuhi adalah membuat ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dalam tempoh 72 jam selepas tiba ke negara itu.
Pendekatan baharu itu diambil susulan kebimbangan bahawa vaksin Covid-19 yang digunakan sebilangan besar negara membangun tidak mampu menghalang penularan varian Delta.
Ia mendorong beberapa negara untuk menawarkan dos ketiga untuk meningkatkan imuniti terhadap strain virus berkenaan
Menurut laporan, pihak berkuasa kesihatan negara seperti Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan untuk memberi dos tambahan kepada individu yang sudah menerima vaksin dari China, iaitu Sinovac Biotech dan Sinopharm.
Biasanya bila menaiki penerbangan jarak jauh memerlukan transit yang agak lama disatu-satu tempat. Ada yang transit sampai sehari dua dan ada juga yang tempoh transitnya tak lama.
Saif Suhairi sempat melakukan umrah DIY secara ekspress apabila transit di Jeddah selama sembilan jam ketika penerbangan pulang dari Amerika Syarikat ke Malaysia baru-baru ini.
Saif Suhairi yang bekerja di negara Uncle Sam sebagai Shop & Ship USA di uShopUS.com ini berkongsi pengalaman dan juga langkah-langkah yang dibuat ketika membuat Umrah DIY tersebut. Hanya dengan RM900 dia berjaya melakukan ibadat itu dalam tempoh sembilan jam transit di Jeddah, Arab Saudi.
Mungkin ada antara anda yang akan transit di Jeddah dalam tempoh yang lama mungkin boleh buat plan macam Saif Suhairi ini.
Transit Di Jeddah, Sempat Buat Umrah DIY Ekspress
Umrah DIY Express 9 jam transit di Jeddah tanpa Mutawif , tanpa hotel ,total bawah RM900, Boleh ke?
Bulan 11 lepas on the way balik dari Malaysia ke USA , aku transit di Jeddah selama 9 jam dan ni cara nak buat umrah DIY kalau ada yang nak follow
Note 1 : ni option kalau memang pilihan cuma transit 9 jam je . Quite intense , perlukan komitmen masa, punctual , tanpa ada apa apa isu di petengahan jalan
Step 1 : Dapatkan visa tourist visa.visitsaudidotcom/ . Cost around SAR535 . Including insurance , valid for 1 year . Apply online , kena ambil selfie sendiri , upload dan bayar. Dapat approval dalam within 10 minutes
Step 2 : Dapatkan flight . In my case , aku memang dah naik Saudia (Saudi Airlines) dari New york JFK – Kuala Lumpur dan balik pun route sama. Tapi transit di Jeddah. So ni cerita masa aku otw balik ke New York la ni.
Step 3 : Sebelum fly , pastikan dah study dulu cara nak buat umrah . Sebab kita tak bergantung dengan mutawif dah kalau DIY ni. Kalau nak panduan umrah tu , aku share PDF version dia di telegram ni https://t.me/uShopUS . Boleh download
Step 4 : Sebabkan aku datang dari arah Malaysia terus ke Jeddah , jadi dah melalui Miqat (tempat berniat ihram) , so aku dah mula pakai ihram dari KLIA . Tapi kalau naik flight ke Jeddah ni , biasanya airline memang akan bagitau kita bila dah nak masuk Miqat tu , dia akan inform untuk kita niat ihram
Step 5 (Start part ni , timeline style)
Aku transit Jeddah ni 9 Jam je. Pukul 9pm arrival , 6am esoknya terus departure balik USA.
9pm : Arrival at Jeddah International Airport (King abdul Aziz)
9.40 pm : Keluar arrival gate . Keluar je gate tu terus nampak Train station HSR (High speed Railway) .
10.35pm : Train ticket ni dah beli awal awal untuk bergerak dari airport Jeddah ke Mekkah . Harga SAR35 , 55 minit total journey sampai ke Mekah station
11.29pm : Sampai train station mekah , di luar ada bas FREE yang memang bawa jemaah semua ke masjidil haram. Perjalanan dalam 10 minit
11.45pm : Kaki dah masuk masjidil haram. Preparation dah ready . Tidur , makan semua dah cukup. Masuk je kita terus buat umrah.
1200 am : Tawaf
12.45 am : Saei
01.45 am : Habis Saei & Solat Sunat
02.00 am : Di luar masjidil Haram depan je King Fahad Gate akan ada orang tanya siapa nak potong rambut , dia akan bawa pergi depan sikit untuk potong rambut. Banyak sangat option
02.30 am : Habis potong rambut , aku terus ambil teksi di tepi masjid tu (ada banyak sangat) dan minta dia hantar ke airport balik (lepas 12 midnight dah tiada train HSR tadi)
03.50 am : Sampai balik di airport . Teksi charge one way trip tu SAR180 (Ada orang kata boleh nego lagi. Tapi aku malas sebab nak cepat)
So , ada lebih 2 jam lagi sebelum flight aku pukul 6am.
Apa kekurangan bagi aku dalam trip ni?
-Terlalu rushing sangat
-Timing HSR Train tu . Train laju tapi nak tunggu timing dia je dah sejam.
-Actually boleh “beli” at least 2 more hours extra kalau naik teksi je instead of tunggu train tu & kalau tak balik dari masjid awal sangat . Cuma risky sikit kalau terlambat catch the next flight
Apa kelebihan pula?
-Dapat buat umrah
-Kos total SAR 750 / RM880
-No hotel sebab transit je
Note 2 : Ni cara aku buat masa ada transit 9 jam dari Malaysia – New york lepas business trip uShopUS hari tu. Bukan untuk semua orang. Tapi kalau ada antara anda yang situasi sama macam BroUSA ni , mana tau ni boleh jadi salah satu option
Kalau nak panduan umrah tu , aku share PDF version dia di telegram ni https://t.me/uShopUS
Hujan lebat lebih dua jam petang semalam, mengakibatkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat.
Ini kejadian kedua berlaku dalam tempoh dua bulan. Pada bulan September lalu limpahan Sungai Klang menyebabkan sekitar Masjid Jamek termasuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek serta hadapan Bank Muamalat Jalan Melaka yang terletak di tepi sungai itu kelihatan seakan pulau dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal ditenggelami air. Foto-foto kejadian tersebut telah tular dan mengundang simpati seluruh rakyat Malaysia.
Semalam (17 November 2020) walaupun tidak seteruk banjir kilat pada September, namun turut mengakibatkan beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira jam 5 petang.
Keadaan itu menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan dan situasi lalu lintas turut terjejas dan pengguna jalan raya juga berdepan kesesakan akibat banjir tersebut. Antara kawasan yang terlibat ialah Jalan Ampang, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Taman Setiawangsa, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul halim, Jalan Maharajalela dan Jalan Parlimen. Di Lebuhraya DUKE, seorang pengguna media sosial memuat naik video yang menunjukkan lebuh raya tersebut dinaiki air.
Berikutan keadaan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika musim tengkujuh ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...