Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menganjurkan Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.
Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur ini dijadualkan bermula pada jam 10 pagi hingga 12.30 tengah malam di Dataran Merdeka. Program ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
'Pertunjukan Cahaya di Langit' akan menjadi pertunjukan istimewa, kemuncak untuk Kempen Melawat Malaysia 2020 dalam tempoh 10 minit dengan 11 formasi istimewa menggambarkan keunikan dan keistimewaan Malaysia di ambang 2020 kelak.
Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur merupakan acara khusus sambutan besar-besaran menjelang 2020 dengan gabungan beberapa komponen acara dimulai dengan perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2019 dan Majlis Pelancaran Video Kempen Nilai-Nilai Murni oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, diikuti persembahan 'Extravaganza Malaysia Time Capsule' oleh Istana Budaya.
Ads
Konsert tersebut akan disertai oleh Datuk Jefrydin (Pop Yeh Yeh), Elvira Mentor (Oldies), Asmidar (Irama Malaysia), Siti Nordiana (Pop Balada) dan Han Byul (Korea).
Ads
Persembahan aksi rasa kilas (flashmob) akan diadakan di Avenue K, Jalan Ampang, dan di perkarangan Pavilion, Bukit Bintang pada 27 dan 28 Dis ini bagi memeriahkan lagi promosi program tersebut.
Ads
Sementara program awalan khalayak pada 31 Disember ini dengan program interaktif seperti pameran, demonstrasi, permainan kembara budaya (cultural hunt), interaktif masakan warisan dan persembahan sisipan kesenian dan kebudayaan dengan penglibatan pengunjung tempatan serta luar akan diadakan mulai 10 pagi.
Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum, menyemarakkan pelancongan negara serta mengetengahkan tradisi menyambut perayaan seperti Krismas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Saban tahun, boleh dikatakan beribu orang dari setiap pelusuk tempat akan berpusu-pusu ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur untuk membeli juadah puasa atau membeli kelengkapan hari raya.
Tak kira sama ada yang datang itu orang KL sendiri atau dari tempat-tempat lain, kita semua akan ke Jalan TAR untuk tujuan yang sama lebih-lebih lagi di ambang hari raya Aidilfitri kerana kebiasaan peniaga-peniaga di sana akan memberikan harga runtuh.
Tapi kelainan tahun ini mungkin berbeza dan ada sedikit kelainan apabila bazar Ramadhan di Jalan TAR yang sudah sinonim itu akan dipindahkan ke Jalan Raja.
Lokasi bazar Ramadhan Jalan Tunku Abdul Rahman pindah ke lokasi baharu di Jalan Raja (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad).
Memetik laporan daripada Bernama, operasi bazar ramadhan di Jalan TAR akan dipindahkan ke Jalan Raja berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad sejauh 200 meter dan 12 meter lebar. Pemindahan ini hanya melibatkan operasi bazar Ramadhan sahaja dan tidak melibatkan operasi pasar malam Jalan TAR buat masa ini.
Petak-petak peniaga pun telah diselaraskan dengan baik untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung dan juga kepada pengguna lalu lintas. Jadi anda yang nak ke bazar Ramadhan di KL tahun ni jangan salah jalan ya. Sila ke Jalan Raja untuk membeli juadah puasa dan kelengkapan raya anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Angka 2020 merupakan tahun yang sangat sukar dan tidak mudah buat sektor ekonomi. Penularan pandemik COVID-19 telah memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi negara dan juga dunia. Kesannya, ramai pekerja yang kehilangan kerja.
Malindo Air mengumumkan bakal memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya. Proses pemberhentian kerja melibatkan kakitangan yang terlibat dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai. Langkah pemberhentian kerja itu harus dilakukan memandangkan realiti sektor penerbangan yang menghadapi kesukaran untuk pulih dalam masa terdekat.
Hujung minggu yang baru sahaja berlalu, syarikat penerbangan Malindo Air menjadi trending di laman sosial apabila menyaksikan krew syarikat penerbangan itu saling mengucapkan selamat tinggal dengan kata kunci Signing Off sebagai tanda telah tamat perkhidmatan secara rasmi.
Ini antara perkongsian daripada bekas krew penerbangan Malindo Air. Ramai daripada bekas kakitangan syarikat penerbangan itu meluahkan rasa sedih mereka selepas perkhidmatan mereka berakhir secara rasmi.
Semoga kalian tabah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tak pernah saya bayangkan, ada juga manusia yang sanggup buat atau cipta perkara-perkara semacam ni. Tapi ya! Memang ada!
Eskalator paling pendek di dunia! Atau paling rendah, gunakan istilah yang mana sesuai dengan kehendak anda. Tapi yang penting, eskalator ini wujud dalam satu pusat membeli-belah di Jepun.
Eskalator ini berukuran 83.4 sentimeter dan berada di salah satu pusat membeli-belah di Kawasaki, Jepun. Saya berpendapat, mungkin eskalator ini dibina untuk kegunaan orang kelainan upaya di sana, memudahkan mereka untuk turun naik tangga yang hanya lima langkah di sebelahnya.
Apa pula pendapat anda? Nanti kongsikan bersama saya di ruangan komen Majalah Libur.
Walau apa pun, anda jangan terkejut yang eskalator ini pernah mendapat pengiktirafan Guiness Book of Records pada tahun 1991!
Jadi kalau anda travel ke Jepun, cuba tangkap gambar di mana lokasi eskalator ini berada. Boleh dijadikan kenangan dan bukti anda dah sampai ke Kawasaki, Jepun!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...