Ketika wabak pandemik yang melanda ketika ini, boleh dikatakan ramai yang lebih berjimat cermat dan berbelanja dengan hemah dek ekonomi dunia yang jatuh teruk. Kalau anda, sanggup atau tidak keluarkan duit untuk membeli seekor burung berharga jutaan dolar? Dolar tau, bukan Ringgit..hehehe
Diberi nama sebagai New Kim, hanya seekor burung merpati. Namun, ia bukan merpati biasa-biasa, kerana nilainya melebihi harga emas dan permata! Burung merpati baka Belgium itu dijual pada harga ASD1.9 juta menerusi satu sesi lelongan di Belgium. Seorang peminat merpati dari China meletakkan harga yang tinggi itu dalam acara yang diadakan di pusat merpati Pipa, di bandar Knesselare, dalam wilayah Flanders, yang berlangsung selama dua minggu. Lelongan itu telah berakhir pada 16 November 2020 lalu.
Ads
Lelaki berkenaan sebelum itu bersaing dengan seorang lagi pembida untuk memiliki burung betina berusia dua tahun tersebut. Kali terakhir bidaan seekor burung merpati baka sama adalah tahun lalu, di mana ia berjaya dibida pada harga ASD406,000.
Ads
Sebanyak 445 ekor burung telah diletakkan dalam bidaan berkenaan dan jumlah keseluruhan jualan untuk acara itu mencecah lebih ASD 7 juta. Acara bidaan seumpama ini merupakan ‘lubuk wang’ buat penternak burung dan tumpuan mereka kebanyakannya ialah peminat dari China.
Ads
Sumber: astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada rakyat Malaysia mungkin masih memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia melaksanakan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan COVID-19.
Kenyataan daripada ‘orang asing’ ini mungkin dapat membuka mata anda. Dustin Pfundheller, seorang pengembara yang juga bekas doktor gigi, memuat naik video tentang kehebatan Malaysia menangani wabak COVID-19 di akaun Facebooknya. Bukan sahaja memuji, malah Pfundheller turut kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran virus berkenaan.
“Malaysia pernah berada di tangga teratas dalam senarai jumlah jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara. Tetapi kini jumlah pesakit semakin menurun. Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua boleh menangani keadaan ini. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai kes yang banyak, melaksanakan langkah yang betul untuk mengelakkan virus terus merebak. Sayangnya, tiada sesiapa bercakap tentang hal ini. Saya juga rasa bersalah kerana tidak memasukkan Malaysia dalam vlog senarai 15 negara terbaik dalam menangani COVID-19, yang saya muat naik sebelum ini,” kata Pfundheller.
Ruangan komen dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dan turut mengundang sebak dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran COVID-19.
Negeri Sabah yang terkenal dengan jolokan Negeri di Bawah Bayu memang mempunyai pelbagai keistimewaan dan keindahan tersendiri.
Malah siapa saja yang akan datang ke Sabah, akan jatuh cinta melihat pemandangan di beberapa lokasi termasuk di pulau-pulau berdekatan. Salah satunya adalah Pulau Layang-Layang.
Pulau Layang-Layang yang terletak di Sabah misalnya, merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly. Keindahannya di daratan dan laut memukau perhatian ramai.
Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa pulau tersebut milik negara ini memandangkan kedudukannya berhampiran dengan Negeri di Bawah Bayu.
Tahukah anda, pulau berkenaan ini juga turut dituntut oleh negara Republik Rakyat China, Republik China (Taiwan), Filipina dan Vietnam.
Pulau Layang-Layang terletak 162 batu nautika bersamaan 300 kilometer dari barat laut Kota Kinabalu iaitu dianggarkan 200 batu nautika Zon Eksklusif seperti yang dibenarkan menurut Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pulau berkenaan timbul hampir 2,000 meter dari dasar laut. Ia berukuran sepanjang 1.2 kilometer (km) dan selebar 200 meter (m).
Pulau berbentuk bujur itu amat menarik apabila menawarkan pelbagai pemandangan dasar laut, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam yang menjadi daya tarikan kumpulan penyelam.
Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat perlindungan pada ribuan ekor burung yang bermigrasi.
Setelah pihak kerajaan mengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang terletak dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) pada 20 September 1979, Kabinet mengarahkan agar kajian mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang di dalam wilayah negara.
Pada tahun 1989 kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu itu dimajukan sebagai tempat pelancongan.
Ciri-ciri ekopelancongan menambah daya tarik pelancong asing, sekali gus membina jenama umum bahawa Pulau Layang-Layang adalah milik Malaysia.
Resort Avillion Layang-Layang (Dive Resort) menerima kunjungan pelancong asing dari Jepun, Perancis, Korea Selatan dan China.
Penerbangan ke Pulau Layang-Layang mengambil masa selama sejam dari Kota Kinabalu.
Wilayah laut Pulau Layang-Layang mempunyai keindahan ekologi laut kerana terdapat pelbagai terumbu karang. Oleh kerana itu, kawasan ini menjadi tarikan eko pelancongan di Malaysia dan bahkan terkenal di dunia.
Dalam pada itu, melindungi kepentingan laut adalah misi utama kerajaan sehingga ia juga tersenarai dalam Wawasan 2020.
Pada tahun 1990, sektor marin memberi sumbangan 33 juta ringgit atau 13 peratus dari jumlah keseluruhan output Malaysia.
Sektor marin itu terdiri daripada subsektor perkapalan, pengeluaran minyak dan gas dan perikanan. Ini termasuklah wujudnya subsektor seperti eko pelancongan laut, rekreasi dan pemprosesan makanan laut.
Susulan pembatalan penganjuran bazar Ramadan di Selangor yang dijangka menjejaskan pendapatan hampir 17 ribu peniaga dan penjaja, Kerajaan Selangor mengumumkan akan melaksanakan satu inisiatif pembelian dalam talian (online) bagi menggantikan bazar Ramadan yang berkonsepkan fizikal.
Ekosistem keusahawanan baharu itu bakal menyaksikan kerjasama syarikat penghantaran, Grab Malaysia bertujuan membolehkan para peniaga menjana pendapatan pada bulan puasa. Platform digital ini dinamakan E-Bazar Ramadan Selangor Grab memberi peluang rakyat Selangor membeli juadah berbuka puasa dalam talian.
Foto: The Star
Konsep bazar Ramadan digital ini hanya membenarkan pembelian dalam talian sahaja melalui aplikasi Grab selain mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebanyak 15 lokasi telah dikenalpasti sebagai lokasi pelaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat (central kitchen).
Melalui sebuah kicauan di Twitter, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata bahawa platform Grab akan digunakan untuk merumahkan gerai-gerai sepanjang waktu Ramadan ini, dan pelanggan boleh membeli juadah-juadah untuk berbuka puasa, dimana pihak Grab kemudiannya akan menghantar makanan-makanan tersebut terus ke rumah anda.
E-BAZAR RAMADAN SELANGOR GRAB
Saya terpanggil mendengar keluhan nasib para peniaga setelah keputusan pembatalan Bazar Ramadan.
Justeru, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membina suatu ekosistem keusahawanan baharu dengan kerjasama syarikat penghantaran iaitu @GrabMYpic.twitter.com/53sxC0AZpJ
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...