Bukan saja terkenal dengan emas yang dijual lebih murah berbanding negeri lain, Kuala Pilah turut terkenal dengan kawasan rekreasi seperti Hutan Lipur Ulu Bendul, Gunung Angsi dan lain lagi. Bahkan daerah di Negeri Sembilan ini turut popular dengan makanan yang sedap-sedap.

Antara makanan yang disebut-sebut dan menjadi tarikan utama kalau berkunjung ke daerah ini ialah Mee Rojak Berahim yang terletak di Pekan Kuala Pilah. Lokasinya bersebelahan Pasar Besar Kuala Pilah.

Mula diasaskan pada tahun 1955, lebih awal dari kemerdekaan negara, kedai rojak ini terus kekal hingga ke hari ini dan ia diambil alih dari generasi ke generasi. Kedai Rojak Berahim kini diusahakan oleh generasi ketiga iaitu Mohamad Rafi Ibrahim, 62 tahun.

IKLAN

Kalau Lalu Kuala Pilah, Jangan Lupa Singgah Makan Rojak Berahim. Rasa Padu, Popular Sejak 1955 Lagi

Kalau Lalu Kuala Pilah, Jangan Lupa Singgah Makan Rojak Berahim. Rasa Padu, Popular Sejak 1955 Lagi

Kalau Lalu Kuala Pilah, Jangan Lupa Singgah Makan Rojak Berahim. Rasa Padu, Popular Sejak 1955 Lagi

Apa yang buat kedai rojak ini popular ialah kuahnya yang rasanya manis-pedas selain kuahnya agak pekat dan kelainan inilah membuatkan orang luar dari Negeri Sembilan sanggup memandu lebih kurang sejam setengah dari Kuala Lumpur semata-mata untuk makan di sini.

IKLAN

Lebih best, sebelah kedai rojak ini terletaknya cendol paling popular di pekan ini. Jadi memang kena regu sangatlah makan rojak dan cendol bersama-sama.

Kalau Lalu Kuala Pilah, Jangan Lupa Singgah Makan Rojak Berahim. Rasa Padu, Popular Sejak 1955 Lagi

Kalau Lalu Kuala Pilah, Jangan Lupa Singgah Makan Rojak Berahim. Rasa Padu, Popular Sejak 1955 Lagi

Kalau Lalu Kuala Pilah, Jangan Lupa Singgah Makan Rojak Berahim. Rasa Padu, Popular Sejak 1955 Lagi

Kalau Lalu Kuala Pilah, Jangan Lupa Singgah Makan Rojak Berahim. Rasa Padu, Popular Sejak 1955 Lagi

Kalau Lalu Kuala Pilah, Jangan Lupa Singgah Makan Rojak Berahim. Rasa Padu, Popular Sejak 1955 Lagi

IKLAN

Rojak Berahim ini diasaskan oleh Haji Ibrahim Abdul Azim pada tahun 1955 lagi dan sehingga ke hari ini kekal bertahan lebih 50 tahun lebih lamanya. Jadi kalau dah bertahan sebegitu lama, mesti ghaso ehhh sodapkan. Apa yang buat orang ramai sering berkunjung ke sini kerana kuahnya dicampur dengan kentang dan cili hijau yang semakin menambah selera.

Dibuka seawal jam 7.30 pagi hingga selesai, orang ramai boleh membuat pilihan sama ada mahukan rojak biasa, rojak mee atau rojak kuih. Dan siapa yang mengidam makan rojak ini, jangan lupa singgah ke kedai rojak ini. Dan kalau datang hujung minggu, bersedialah untuk beratur panjang kerana tempat ini akan diserbu orang luar. Sumber gambar :- FB Negeri Sembilan Best

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI