
Bila sebut Phuket, bagi yang pernah menjejakkan kaki ke lokasi ini pasti terpegun dengan keindahan pantainya. Ini termasuklah Pulau James Bond selain Kepulauan Phi Phi. Phuket, antara detinasi pelancongan popular bagi pelancong luar negara.
Mudah dimasuki oleh negara-negara Asean seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan negara-negara lain seperti Australia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, daerah dengan keluasan 540 km persegi ini menawarkan banyak lokasi indah termasuklah destinasi bulan madu.
Ini termasuklah Keemala Resort, resort percutian mewah yang menawarkan syurga pemandangan dari atas pokok (hutan hujan) yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket. Untuk ke Keemala Resort, pengungjung boleh menaiki perkhidmatan teksi di lapangan terbang sebelum dihantar terus ke resort serba mewah ini.
Menawarkan empat jenis reka bentuk penginapan, antaranya ialah Clay Pool Cottage,Tent Pool Villas, Tree Pool House dan Bird’s Nest Pool Villas yang kesemuanya mengadap hutan hujan termasuk pemandangan gunung yang cukup indah pemandangannya. Malah setiap satu resort mempunyai kolam renang persendirian.
Apa yang menariknya, pengunjung bukan saja “berhubung dengan alam semulajadi” tetapi di Keemala Resort ada pelbagai aktiviti boleh dicuba termasuklah spa. Bagi yang mahu mandi manda di pantai, boleh ke Kemala Beach yang terletak hanya 1.5 km dari resort ini. Jika mahu pergi jauh terutama ke Patong, jarak pemanduan hanya mengambil sekitar 20 minit sahaja dari resort ini.
Bahkan di resort serba mewah ini, pelbagai acara boleh dilakukan termasuk mengadakan majlis sambutan hari jadi, majlis pelancaran produk dan sebagainya. Bahkan bagi sukakan cabaran hidup sihat, boleh lakukan jungle tracking dan lain lagi.
Apa yang pasti, pemandangannya cukup indah, sesuai sebagai destinasi bulan madu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah!

Sandakan, Sabah terkenal dengan keunikan dan keistimewaan alam semula jadinya termasuk hutan yang berusia ratusan juta tahun, pantai yang memutih, gugusan pulau yang tidak tercemar serta hidupan liar yang hampir pupus seperti Orang Utan yang hanya boleh ditemui di Borneo dan Sumatera.
Dikenali sebagai ‘Little Hong Kong Malaysia’ Sandakan, bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna, tetapi terkenal dengan keramahan penduduknya serta kesan sejarahnya. Ini 11 lokasi mesti pergi jika anda mengunjungi Sandakan:
- Tidak lengkap rasanya jika ke Sandakan tanpa menjengah ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Di sini pengunjung berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat habitat semula jadi orang utan yang terbesar dan tertua di dunia. Lokasinya seluas 4300 hektar mempunyai kira-kira 300 ekor orang utan dan 92 hidupan mamalia lain. Waktu kunjungan paling sesuai untuk melihat habitat ini ialah ketika tiba masa orang utan diberi makan.

- Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo bersebelahan pusat pemulihan orang utan menerima pengunjung setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 3.30 petang. Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo menjalankan aktiviti konservasi beruang madu atau nama saintifiknya Helarctos Malayanus melalui penjagaan kebajikan haiwan, pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan. Pengunjung berpeluang melihat sebahagian daripada 40 ekor beruang madu di pusat itu menerusi pelantar yang disediakan, namun tidak semua haiwan itu akan keluar kerana radius kawasan hutan itu luas.
- Nama lain bagi monyet ini adalah Monyet Belanda iaitu spesies monyet yang berhidung besar dan panjang. Untuk melihat keletah monyet unik yang hanya wujud di sekitar Borneo ini, anda boleh pergi ke Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary. Santuari ini terletak tidak jauh dari Kampung Semawang, di tengah-tengah kawasan hutan bakau di Labuk Bay, Sandakan. Sampai sahaja ke sini, anda perlu menaiki platform pemerhatian yang disediakan untuk mendekati haiwan eksotik ini, jangan risau, monyet ini bukanlah daripada spesies yang agresif. Jangan lupa untuk bawa kamera.

- Tambah menarik, jika berpeluang menaiki bot menyusuri Sungai Kinabatangan dari Jeti Kampung Bilit. Di sepanjang menyusuri Sungai Kinabatangan, pelbagai hidupan liar dalam habitat semula jadi di kawasan seluas 26,000 hektar boleh dilihat. Dianggarkan terdapat lebih seribu spesies tumbuhan, 250 spesies burung, 90 spesies reptilia, dan 50 spesies mamalia. Meskipun tidak menjamin peluang mudah melihat hidupan ini, jika bernasib baik pengunjung akan terserempak dengan hidupan seperti gajah pigmi, monyet probosis, buaya air masin, harimau dan banyak lagi.
- Sandakan Central Market merupakan tamu atau pasar yang terkenal di tengah bandar Sandakan. Pelbagai barangan harian, sayur-sayuran, ikan bilis, ikan kering, lauk-pauk, pakaian dan cenderamata boleh didapati di sini. Jangan lupa untuk membawa pulang mutiara berupa hiasan tangan, rantai atau kerongsang yang boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah.
- Teruskan jalan-jalan anda di sekitar ini dengan berkunjung ke Sandakan Crocodile Farm terletak sekitar satu setengah jam dari bandar Sandakan. Taman buaya ini merupakan yang terbesar di Sabah. Selain buaya, di sini juga terdapat sebuah zoo mini yang menempatkan ikan Amazon bersaiz besar.
- Antara destinasi yang harus menjadi persinggahan ialah Perkampungan Air Sim Sim iaitu perkampungan yang paling lama wujud di Sandakan. Majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Melayu. Sumber lautan seperti mutiara ternak mudah didapati dengan harga yang murah di perkampungan yang menghadap Laut Sulu ini.
- Pulau Berhala terletak berhadapn dengan perkampungan Sim-Sim. Pulau ini memiliki dua buah bukit batu pasir yang bercantum dengan satu sama lain pada ketinggian 600 kaki dari aras laut. Anda boleh mengambil pakej ke sini menggunakan khidmat pemandu pelancong yang berdaftar.
- Tokong Buddha Puu Jih Shih yang merupakan tempat suci masyarakat Buddha yang terbesar di Sandakan. Terletak di atas sebuah bukit dan dikelilingi panorama yang indah, membuatkan kedudukan tokong ini kelihatan sangat strategik.
- Muzium Agnes Keith iaitu rumah asal seorang rakyat Amerika yang begitu giat untuk memperkenalkan Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu di peringkat antarabangsa turut menjadi tempat untuk dilawati. Rumah ini pernah musnah semasa Perang Dunia Kedua tetapi dibina semula mengikut reka bentuk asal. Agnes Keith mempopularkan Sabah dengan menulis tiga buah buku berjudul Land Below The Wind, Three Came Home, dan White Man Returns.
- English Tea House & Restaurant merupakan lokasi untuk menjamu selera yang cukup terkenal di Sandakan. Terletak beberapa meter dari muzium Agnes Keith, restoran ini menawarkan menu santapan berkonsep Inggeris, sesuai dengan persekitarannya. Terletak di atas bukit, pengunjung dapat saksikan panorama indah lautan terbentak luas dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
10 Destinasi Pelancongan Menarik Di Sarawak Bumi Kenyalang

Sarawak Bumi Kenyalang adalah negeri yang terbesar di Malaysia dan menyimpan 1001 khazanah turun temurun untuk dinikmati oleh generasi kini dan akan datang.
Ada pelbagai produk pelancongan di negeri Sarawak tapi kali ini Libur nak kongsikan 10 tempat percutian menarik yang anda boleh kunjungi di sana!
Kalimantan View Point @ Borneo Highland Resort
Sekiranya anda ingin melihat keindahan bukit bukau yang menghijau dari kawasan tanah tinggi di Sarawak, anda boleh singgah di sini. Selain daripada pemandangannya yang cantik, di sini juga terletak Borneo Highland Resort yang ideal untuk anda bermalam ketika bulan madu di Kuching. Jarak pemanduan dari bandar Kuching ke pintu masuk kaki bukit ini hanya 40 minit sahaja. Dari kaki bukit, anda hanya perlu memandu ke puncak sekitar 20 minit pemanduan sebelum tiba di Borneo Highland Resort. Pemandangan di sini seakan-akan anda pergi ke Cameron Highland. Apabila tiba di resort, anda perlu menaiki tram untuk menuju ke lokasi insta-worthy iaitu Kalimantan View Point. Panorama yang ada dari tempat itu pasti akan membuatkan anda terpukau.
Alamat: Jalan Borneo Heights, 94200 Padawan, Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Terbuka
Harga: Pintu masuk kaku bukit RM10/seorang, Bayaran tram RM10/2 hala
Gua Pari-Pari
Kepada anda yang suka untuk berdampingan dengan alam semulajadi, anda disyorkan untuk melawati Gua Pari-Pari yang terletak hanya satu jam perjalanan menaiki kenderaan dari bandar Kuching ini. Gua Pari-Pari adalah salah satu destinasi terbaik untuk anda menikmati keindahan gua batu kapur tanpa perlu meredah hutan yang jauh untuk sampai ke lokasi gua. Selain itu, destinasi ini juga sesuai untuk pelancong yang berkeluarga. Apa yang menariknya di sini adalah penorama yang akan anda lihat saat melangkah masuk ke dalam gua apabila warna-warna batu di dinding gua akan bertukar warna kerana sinaran cahaya matahari yang semakin berkurangan. Sangat menarik!
Alamat: Gua Pari-Pari, Bau, Sarawak
Waktu Operasi: 8.30 pagi hingga 4 petang
Harga: Pelancong tempatan RM1, Pelancong asing RM5
Taman Buaya Jong
Sekiranya anda bercuti bersama isteri dan anak-anak, anda dicadangkan untuk pergi ke Taman Buaya Jong yang terletak kira-kira 20 minit pemanduan dari bandar Kuching. Taman Buaya Jong ini merupakan taman buaya dan pusat pemuliharaan buaya terbesar di Malaysia dan menempatkan lebih seribu ekor buaya. Jangan lepaskan peluang merasai aktiviti paling menarik di sini iaitu memberi buaya makan. Aksi-aksi buaya menerjah makanan yang diberikan pasti membuatkan anda dan anak-anak berasa teruja. Selain daripada buaya, terdapat haiwan lain yang turut dijaga di sini antaranya ikan arapaima – spesis ikan air tawar yang terbesar di dunia.
Alamat: Jalan Kuching – Serian, 94200 Siburan, Sarawak
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang (setiap hari) | Waktu makan buaya 11 pagi dan 3 petang
Harga: (Normal) Dewasa RM24, kanak-kanak RM12 | (Sarawak) Dewasa RM14, kanak-kanak RM7
Masjid Negeri Sarawak
Masjid negeri yang besar ini juga antara destinasi pelancongan yang baik untuk anda melancong di sana. Masjid berkubah biru berdinding putih ini mempunyai kawasan yang sangat luas dan mampu menampung jemaah sehingga 10 ribu orang pada satu-satu masa. Senibina masjid ini menggunakan rekaan geometri dan seni khat yang pasti akan membuatkan anda terpesona dengan keindahan masjid ini.
Alamat: Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Subuh hingga Isyak
Harga: Percuma – Derma ikhlas sangat digalakkan
Muzium Sarawak
Ingin kenal dengan lebih rapat mengenai seni, budaya dan warisan negeri Sarawak? Anda perlu berkunjung ke Muzium Sarawak dalam lawatan anda ke bumi kenyalang ini. Di sini, anda akan dapat mengenali dengan lebih dekat sejarah negeri Sarawak dan etniknya yang pelbagai menerusi barangan, artifak dan bahan sejarah yang dipamerkan di sini. Muzium ini juga mendapat jolokan sebagai muzium yang mempunyai barangan koleksi terbaik di Asia Tenggara. Kalau anda nak tengok tengkorak kepala buaya bujang senang, di muzium ini adalah destinasi yang terbaik untuk anda.
Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, Taman Budaya, 93400 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: 10 pagi hingga 4 petang
Harga: Percuma
Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh
Pernah melawat rumah panjang yang sebenar? Sekiranya tidak, anda perlu melihat sendiri rumah panjang yang sebenar di Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh yang berusia lebih 200 tahun. Terletak 85km dari bandar Kuching dan terletak di kaki bukit Borneo Highland. Sekiranya anda ingin merasai pengalaman yang lebih banyak di rumah panjang ini, anda boleh bermalam dan melakukan pelbagai aktiviti masyarakat setempat di sana. Rumah panjang ini menggunakan konsep inap desa dan suasananya sangat menarik untuk anda terokai. Selain bermalam di rumah panjang ini, anda juga boleh mandi kolam air panas, air terjun tiga tingkat, melawat head house yang berusia 150 tahun dan sebagainya. Lokasi ini sangat menarik untuk anda yang nak rasa sendiri pengalaman sebenar orang Sarawak.
Alamat: Annah Rais Longhouse Homestay, No.9, Kupo Saba, Kampung Annah Rais, Jalan Borneo Height, Kota Padawan, 93250 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Terbuka
Harga: Dewasa RM8 dan kanak-kanak RM5
Kuching Waterfront
Kalau anda menginap di bandar Kuching, Kuching Waterfront ini adalah antara lokasi yang anda perlu datang untuk merasai aktiviti malam yang terdapat di sana. Lokasi ini sering menjadi tumpuan pelancong kerana kecantikan pemandangan waktu malam seperti bangunan Dewan Undangan Negeri dan Jambatan Darul Hana. Selain waktu malam, panorama di sini sangat cantik pada waktu petang menjelang matahari terbenam. Sekitar pukul 8 malam, ada musical fountain show yang berwarna-warni untuk anda lihat. Pasti kanak-kanak teruja dengan persembahan tersebut. Di sepanjang kawasan ini juga terdapat gerai-gerai jalanan yang menjual pelbagai juadah untuk anda nikmati.
Alamat: Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Terbuka
Harga: Percuma
Pasar Serikin
Perjalanan yang diambil dari bandar Kuching ke Pasar Serikin adalah dalam 1 jam. Walaupun begitu, pasar ini tetap menarik ramai pelanggan kerana barangan kraftangan yang dijual di sini adalah dalam harga yang rendah sekali. Antara kraftangan yang anda boleh temui di sini adalah kain batik, tikar, bubu, makanan tradisi dan bermacam lagi. Anda dinasihatkan untuk bertolak ke pasar ini dari Kuching pada pukul 8 pagi lagi kerana peniaga-peniaga pasar akan mula mengemaskan barang untuk pulang sebaik sahaja pukul 12 tengahari.
Alamat: Serikin, 94000 Bau, Sarawak
Waktu operasi: Sabtu & Ahad
Muzium Tekstil
Muzium ini memiliki senibina yang sangat unik hasil gabungan pengaruh Renaissance Inggeris dan Penjajah British. Bangunan ini dibina pada tahun 1907 dan pada awalnya ianya digunakan sebagai Pusat Perubatan dan seterusnya sebagai Pejabat Jabatan Pendidikan. Pada Ogos 2000, muzium ini mula dibuka kepada orang ramai. Di muzium ini anda akan dapat melihat proses tekstil dihasilkan dari awal penyediaan sehinggalah ditenun menjadi sehelai kain. Anda turut dapat melihat koleksi tekstil tradisional dan moden Sarawak serta koleksi tekstil dan pakaian disini dihasilkan oleh etnik masyarakat Sarawak sendiri. Contohnya daripada masyarakat Iban adalah Pua Kumbu dan daripada masyarakat Melayu pula adalah songket.
Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 4.45pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (10.00am– 4.00pm)
Harga: Percuma
Tugu Kuching
Setiap kawasan mesti ada landmark dan di Sarawak, tugu kuching ini mewujudkan suasana yang unik kepada negeri Sarawak, memang tak sah sekiranya anda datang ke Sarawak tanpa bergambar dengan tugu-tugu kucing yang ada di sini. Tugu ini berada di hadapan pusat membeli-belah dan hotel-hotel di Kuching. Sebenarnya, nama Kuching ini diberi berdasarkan kisah bahawa pada zaman dahulu terdapat banyak kucing hutan yang wujud di sekitar sungai di situ ketika kawasan ini masih dipenuhi hutan.
Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: 24 jam
Harga: Percuma
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Cameron Highland ‘Hidden Gems’, Ada Sungai Dan Air Terjun Di Ladang Teh

Tak sangka, di Cameron Highland pun ada sungai dan air terjun yang cantik. Katanya inilah hidden gems kat sini.
Sebut sahaja Cameron Highland, pastinya sinonim dengan kawasan tanah tinggi dengan suhu yang sejuk serta ladang-ladang teh yang meluas.
Cameron Highland ‘Hidden Gems’
Siapa sangka, dalam ladang teh Cameron Highland pun kita boleh jumpa sungai dan air terjun! Macam lembah hijau di Kashmir, India!
Yang tanya kat mana air terjun dalam ladang teh tersebut, ikuti perkongsian saudara Hazwan Hafiz ini.
Di Cameron ada banyak ladang teh. Untuk cari air terjun dalam ladang teh ni, anda perlu cari dulu ladang teh Bharat Plantation.
Ladang teh Bharat Plantation pulak ada dua tempat. Satu TS1 & satu lagi TS2.
Cari Bharat Tea Plantation TS1. Dia ada dua TS1 & TS2. Cari yang TS1. ‘TS’ bermaksud ‘Tea Station’.
Parking Percuma, Jangan Risau!
Dah sampai Bharat Tea Plantation, cari parking. Percuma sahaja parkingnya. Untuk masuk ke sini, perlukan bayaran masuk berharga RM3 seorang dewasa.
Diingatkan bahawa ladang teh ni agak curam dan berbukit. Tidak berapa sesuai untuk makcik dan pakcik yang dah berusia.
Untuk ke air terjun dan sungai dalam ladang teh ni, perlu turun bukit ke lembah ladang teh sejauh lebih kurang 400-500 meter.
Boleh Naik Buggy
Tak larat jalan kaki, boleh je naik buggy. RM15 seorang. Yang berusia sesuai lah naik ni. Tak ada lah penat sangat.
Cuma kalau nak naik buggy di TS2 ni, TAK DIGALAKKAN untuk warga emas/oku berkerusi roda memandangkan kene turun dan naik tangga yang agak tinggi sebelum sampai ke tempat menaiki buggy.
TIKET BUGGY
Di kawasan air terjun, ada beberapa gerai jualan makanan ringan. Pemandangannya memang sangat lawa dan sejuk mata menadang, hijau!
Kalau ada kerusi ‘camping’ pun ok juga buat OOTD acah-acah ‘healing’ dalam tepi sungai dalam ladang teh.
Google Maps/Waze :
Bharat Tea Plantation TS1
Parking : Percuma
Bayaran Masuk : RM3 seorang
Nanti jangan lupa singgah Cameron Highland Hidden Gems ini ya, buat ghaso-ghaso kata orang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!