Sandakan, Sabah terkenal dengan keunikan dan keistimewaan alam semula jadinya termasuk hutan yang berusia ratusan juta tahun, pantai yang memutih, gugusan pulau yang tidak tercemar serta hidupan liar yang hampir pupus seperti Orang Utan yang hanya boleh ditemui di Borneo dan Sumatera.

Dikenali sebagai ‘Little Hong Kong Malaysia’ Sandakan, bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna, tetapi terkenal dengan keramahan penduduknya serta kesan sejarahnya. Ini 11 lokasi mesti pergi jika anda mengunjungi Sandakan:

  • Tidak lengkap rasanya jika ke Sandakan tanpa menjengah ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Di sini pengunjung berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat habitat semula jadi orang utan yang terbesar dan tertua di dunia. Lokasinya seluas 4300 hektar mempunyai kira-kira 300 ekor orang utan dan 92 hidupan mamalia lain. Waktu kunjungan paling sesuai untuk melihat habitat ini ialah ketika tiba masa orang utan diberi makan.
Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah!
Foto: Amazing Borneo Tours
  • Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo bersebelahan pusat pemulihan orang utan menerima pengunjung setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 3.30 petang. Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo menjalankan aktiviti konservasi beruang madu atau nama saintifiknya Helarctos Malayanus melalui penjagaan kebajikan haiwan, pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan. Pengunjung berpeluang melihat sebahagian daripada 40 ekor beruang madu di pusat itu menerusi pelantar yang disediakan, namun tidak semua haiwan itu akan keluar kerana radius kawasan hutan itu luas.

Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah!

  • Nama lain bagi monyet ini adalah Monyet Belanda iaitu spesies monyet yang berhidung besar dan panjang. Untuk melihat keletah monyet unik yang hanya wujud di sekitar Borneo ini, anda boleh pergi ke Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary. Santuari ini terletak tidak jauh dari Kampung Semawang, di tengah-tengah kawasan hutan bakau di Labuk Bay, Sandakan. Sampai sahaja ke sini, anda perlu menaiki platform pemerhatian yang disediakan untuk mendekati haiwan eksotik ini, jangan risau, monyet ini bukanlah daripada spesies yang agresif. Jangan lupa untuk bawa kamera.
Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah!
Foto: sabahtourism.com
  • Tambah menarik, jika berpeluang menaiki bot menyusuri Sungai Kinabatangan dari Jeti Kampung Bilit. Di sepanjang menyusuri Sungai Kinabatangan, pelbagai hidupan liar dalam habitat semula jadi di kawasan seluas 26,000 hektar boleh dilihat. Dianggarkan terdapat lebih seribu spesies tumbuhan, 250 spesies burung, 90 spesies reptilia, dan 50 spesies mamalia. Meskipun tidak menjamin peluang mudah melihat hidupan ini, jika bernasib baik pengunjung akan terserempak dengan hidupan seperti gajah pigmi, monyet probosis, buaya air masin, harimau dan banyak lagi.

Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah!

IKLAN
  • Sandakan Central Market merupakan tamu atau pasar yang terkenal di tengah bandar Sandakan. Pelbagai barangan harian, sayur-sayuran, ikan bilis, ikan kering, lauk-pauk, pakaian dan cenderamata boleh didapati di sini. Jangan lupa untuk membawa pulang mutiara berupa hiasan tangan, rantai atau kerongsang yang boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah.

Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah! Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah!

  • Teruskan jalan-jalan anda di sekitar ini dengan berkunjung ke Sandakan Crocodile Farm terletak sekitar satu setengah jam dari bandar Sandakan. Taman buaya ini merupakan yang terbesar di Sabah. Selain buaya, di sini juga terdapat sebuah zoo mini yang menempatkan ikan Amazon bersaiz besar.

Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah!

IKLAN
  • Antara destinasi yang harus menjadi persinggahan ialah Perkampungan Air Sim Sim iaitu perkampungan yang paling lama wujud di Sandakan. Majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Melayu. Sumber lautan seperti mutiara ternak mudah didapati dengan harga yang murah di perkampungan yang menghadap Laut Sulu ini.

Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah! Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah!

  • Pulau Berhala terletak berhadapn dengan perkampungan Sim-Sim. Pulau ini memiliki dua buah bukit batu pasir yang bercantum dengan satu sama lain pada ketinggian 600 kaki dari aras laut. Anda boleh mengambil pakej ke sini menggunakan khidmat pemandu pelancong yang berdaftar.

Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah! Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah!

IKLAN
  • Tokong Buddha Puu Jih Shih yang merupakan tempat suci masyarakat Buddha yang terbesar di Sandakan. Terletak di atas sebuah bukit dan dikelilingi panorama yang indah, membuatkan kedudukan tokong ini kelihatan sangat strategik.

Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah! Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah!

  • Muzium Agnes Keith iaitu rumah asal seorang rakyat Amerika yang begitu giat untuk memperkenalkan Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu di peringkat antarabangsa turut menjadi tempat untuk dilawati. Rumah ini pernah musnah semasa Perang Dunia Kedua tetapi dibina semula mengikut reka bentuk asal. Agnes Keith mempopularkan Sabah dengan menulis tiga buah buku berjudul Land Below The Wind, Three Came Home, dan White Man Returns.

Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah!

  • English Tea House & Restaurant merupakan lokasi untuk menjamu selera yang cukup terkenal di Sandakan. Terletak beberapa meter dari muzium Agnes Keith, restoran ini menawarkan menu santapan berkonsep Inggeris, sesuai dengan persekitarannya. Terletak di atas bukit, pengunjung dapat saksikan panorama indah lautan terbentak luas dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa anda.

Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah! Dekati Alam Di Sandakan Sabah, Ini 11 Spot Menarik Untuk Dilawati. Rugi Tak Singgah!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI