Bila kali terkahir anda melancong berdua dengan isteri? Mungkin sudah agak lama, bukan?
Pastinya anda sering kali teringat momen indah ketika pertama kali bersama-sama berbulan madu. Tahukah anda merantau bersama dengan pasangan di negara orang mampu membuatkan hubungan menjadi sangat mesra dan romantis?
Tak percaya?
Ikuti perkongsian LIBUR di bawah!
Ads
1. Percaya
Apabila pasangan bersama-sama di tempat asing, inilah peluang untuk mereka mengenali ‘diri mereka’ yang sebenar dengan lebih dekat dan saling percaya antara satu sama lain. Melihat dunia luar membuatkan mereka saling bergantung antara satu sama lain, lantas membangunkan rasa percaya yang tinggi.
2. Hormat Kelemahan Dan Kekuatan Masing-Masing
Bila nak pergi travel, tentu banyak persediaan yang diperlukan sebelum dan sewaktu perjalanan. Di sinilah mereka belajar untuk menggunakan kekuatan dan mengatasi kelemahan pasangan. Contoh, pasangan yang berani akan memberi moral support kepada pasangan yang ingin mencuba sesuatu yang baru, menyimpan barangan pasangan yang cepat pelupa dan banyak lagi.
Ads
3. Romantik
Mengembara bersama, mandi air terjun, melihat bintang di langit atau pun melihat matahari terbenam, makan malam bersama, namakan apa saja aktiviti, kamu akan menjadi orang yang paling romantik di mata pasangan.
4. Belajar Kongsi Tanggungjawab
Tentu kamu membahagikan tugasan dan tanggungjawab supaya dapat meringankan beban masing-masing. Melalui cara ini, kamu dapat menjadikan pengembaraan lebih menyeronokkan dan mudah. Hal ini pasti akan menjadi kebiasaan dan diaplikasi dalam hubungan kamu dalam rumah tangga.
Selain dapat tengok perangai yang sebenar, kamu dapat melihat diri ‘sebenar’ pasangan yang keluar dari kehidupan yang formal. Melihat ‘muka busuk’ waktu bangun pagi, tak gosok gigi atau kehabisan sabun, minyak wangi, masa inilah untuk kamu luangkan bersama dia dengan selesa.
6. Berkongsi Minat Yang Sama
Siapa yang tak suka travel kan? Selain hobi yang lain, tentunya travel ‘minat’ yang paling mudah dan paling sernok untuk dikongsikan bersama pasangan. Apatah lagi jika kamu dan pasangan seorang food lover, tentu banyak tempat dan makanan yang nak kamu redah sepanjang perjalanan nanti.
7. Ada Satu Sama Lain
Walaupun di tengah-tengah sekumpulan orang yang tidak dikenali, kamu masih mempunyai antara satu sama lain. Tidak kira di mana kamu berada, kamu sentiasa mempunyai satu sama lain untuk membuat kamu merasa diterima dan disayangi. Sweet kan?
8. Hargai Masa Bersama
Kamu akan menghargai setiap detik bersama-sama. Menunggu bas selama 12 jam boleh berakhir perasaan seperti lima minit. Bahkan masa dirasakan berlalu dengan pantas dan tak pernah puas walaupun 24 jam dan 7 hari bersama si dia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Inginkan kelainan ketika percutian bersama keluarga? Percutian Ala Cruise di Qashrina Qruise, Melaka ini akan memberikan pengalaman baru buat anda dan keluarga.
Sesuai juga untuk jadikan port percutian family yang besar kerana hanya dengan jumlah minimun 50 orang, anda terus boleh lock cruise ini untuk kegunaan keluarga anda sahaja tanpa kehadiran pengunjung lain.
Mempunyai 20 bilik dan dewan besar yang tertutup, banyak aktiviti yang boleh dijalankan di atas cruise ini jika anda membawa keluarga yang besar.
Mengenakan bayaran RM130 seorang per malam bagi yang berumur 6 tahun ke atas, pakej ini termasuklah:
Penginapan
Makan 3 kali (hi-tea, bbq dinner, breakfast)
Dewan
Karaoke
Private pool
Pihak chalet akan arrange telematch 2 game termasuk hadiah
Seperti setiap bilik pula terdapat kelengkapan yang selesa seperti:
Katil (queen @ double decker)
Aircond dan kipas
Tv screen plasma
Wifi
Kettle
Towel
Bilik air moden/stylish
Water heater
Paling teruja sekali, anda juga boleh menikmati suasana dalam cruise sepanjang hallway menuju ke bilik. Dan terdapat juga bilik kapten yang terletak paling atas dan boleh di akses ke deck kapal untuk menikmati pemandangan laut. Betul-betul beri pengalaman luar biasa!
Nama: Qashrina Qruise
Alamat: Pantai 75400 Tanjung Kling, Melaka
Sumber: Port Cuti Bajet
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pantang viral, habis diserbu. Inilah sebahagian mentaliti orang kita hari ini tanpa menyedari perbuatan itu salah di sisi undang-undang.
Lebih menakutkan mereka membuat “undang-undang rimba” sendiri tanpa menyedari perbuatan itu boleh menyusahkan banyak pihak termasuk kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain selepas berkumpul beramai-ramai di lorong kecemasan lebuhraya tersebut.
Terkini, memetik laporan Harian Metro, pihak polis akan membuat pemeriksaan berkala di Lebuhraya Temiang-Pantai, di sini, yang mendapat jolokan ‘New Zealand’ Malaysia bagi memastikan tiada aktiviti bersantai di lorong kecemasan terutama pada hujung minggu.
Pemandangan indah di lebuhraya Pantai-Temiang ini menarik minat ramai orang untuk berkumpul dan bergambar di sini.Keadaannya yang agak berkabus seolah-olah kita berada di New Zealand
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, pemandangan menghijau di lokasi itu seolah-olah di luar negara menjadi tumpuan pengguna jalan raya untuk berhenti dan mengambil gambar.
“Meletakkan kenderaan di lorong kecemasan lebih-lebih lagi dalam jumlah yang banyak tidak dibenarkan dan ia menjadi satu kesalahan.
“Justeru polis akan melakukan rondaan pemeriksaan bagi memastikan tiada kenderaan diletakkan di lorong kecemasan dan melakukan aktiviti berbahaya lain.
“Saya difahamkan ada juga yang mengambil kesempatan untuk berniaga, ia memang tidak dibenarkan kerana menjadi kesalahan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya tadi.
Di hujung minggu, lebuhraya ini menerima jumlah kehadiran orang ramai yang tinggi semata-mata untuk bergambar
Shafiei berkata, pihaknya akan akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai lokasi sesuai yang dibenarkan bergambar.
“Orang ramai diminta tidak melakukan sesuatu aktiviti di lokasi terbabit yang boleh membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.
Menjadi satu kesalahan meletakkan kenderaaan di lorong kecemasan tanpa sebab kukuh.
Harian Metro melaporkan beberapa gambar menunjukkan sekumpulan individu daripada kelab kereta berkumpul di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang- Pantai di sini.
Tindakan itu tular di media sosial sebelum polis memanggil sekumpulan individu dipercayai ahli sebuah kelab kereta untuk memberi keterangan.
Difahamkan polis sudah mengenal pasti 48 kereta terbabit dalam insiden itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, industri pelancongan negara dikejutkan dengan pengumuman bahawa Malaysia tersenarai sebagai negara berstatus ‘K’ di dalam Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 9 April lalu.
Penyenaraian Malaysia sebagai negara berstatus ‘K’ oleh Amerika Syarikat itu dibuat atas dasar kebimbangan terhadap potensi penculikan atau situasi tebusan di kawasan-kawasan tertentu di wilayah timur Sabah.
Walau bagaimanapun, tindakan Amerika Syarikat di dalam Nasihat Perjalanan itu tidak menjejaskan industri pelancongan di Sabah dan Tourism Malaysia akan berusaha untuk meminta kedutaan Amerika Syarikat mengeluarkan Malaysia daripada senarai tersebut melalui laporan daripada Astro Awani.
Menurut Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau, pada masa ini kehadiran pelancong ke Sabah menunjukkan peningkatan, dan masih ramai yang ingin datang berkunjung ke negeri itu khususnya di pantai timur negeri itu.
Sasaran 4.5 juta pelancong ke Sabah
Dalam pada itu, Ahmad Shah turut berkata bahawa Tourism Malaysia mensasarkan sekurang-kurangnya kehadiran 4.5 juta pelancong ke Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dan turut menggalakkan para penggiat industri pelancongan Sabah untuk memberi kerjasama dengan Tourism Malaysia dalam menghasilkan pakej pelancongan menarik, dan kreatif bagi merancakkan lagi sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020.
Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan ketibaan pelancong di Sabah meningkat kepada 5.5 peratus, iaitu memcecah 3.87 juta tahun lalu dan angka insiden penculikan telah menurun secara ketara kepada hampir sifar.
Justeru itu, penyenaraian Malaysia sebagai negara berstatus ‘K’ di dalam Nasihat Perjalanan Amerika Syarikat itu adalah satu keputusan yang kurang objektif dan tidak mencerminkan hakikat sebenar di lapangan khususnya situasi keselamatan di wilayah timur Sabah yang kekal selamat dan terkawal bagi pelancong.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...