
Kemboja menarik balik larangan masuk pelawat asing dari Iran, Itali, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Amerika Syarikat yang dikenakan sebelum ini bagi membendung penularan COVID-19.
Menurut Kementerian Kesihatan negara tersebut, pesakit terakhir COVID-19 diizin keluar hospital pada 16 Mei 2020 lalu, menjadikan negara kini bebas kes.
- Kementerian Kesihatan melaporkan pelawat asing yang masuk ke Kemboja masih perlu menunjukkan sijil kesihatan sah tidak melebihi tempoh 72 jam yang mengesahkan mereka tidak dijangkiti virus COVID-19.
- Mereka juga perlu tunjukkan bukti memiliki insurans kesihatan bernilai AS$50,000 semasa berada di Kemboja.
- Selain itu, pengunjung asing perlu menjalani saringan COVID-19 dan dikuarantin selama 14 hari di kemudahan ditentukan kerajaan.
Mulai Jun 2020, Kemboja akan membuka semula semua muzium selepas tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan selama lebih sebulan. Untuk mengelakkan risiko jangkitan, kerajaan Kemboja menasihatkan langkah pencegahan perlu diambil termasuk memeriksa suhu badan pengunjung, menyediakan pensanitasi tangan dan menjaga jarak sosial.
Foto: channelnewsasia.com
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI