Sarawak sememangnya cukup dikenali antara destinasi pelancongan popular dan sering menjadi pilihan orang ramai berkunjung ke bumi kenyalang ini
Etnik Orang Ulu merupakan Etnik minoriti di Sarawak. Etnik Orang Ulu terdiri daripada lebih kurang 27 suku kaum kecil yang dijadikan satu dan digelar sebagai Orang Ulu.
Antara Etnik Orang Ulu terdiri daripada suku kaum Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Kelabit, Bisaya, Kiput, Tagal, Sa’ban, Penan, Berawan, Sekapan, Lahanan, Kejaman, Punan, Sihan, Beketan, Tanjung, Tabun- Tring, Punan Busang, Tatu dan Bemali.
Majoriti etnik Orang Ulu berada di Belaga, Tubau, Baram, Lawas dan Limbang.
Ads
Orang ulu terkenal kerana mempunyai raut wajah yang cantik dan tampan dan setiap suku kaum mempunyai identiti budaya, bahasa, adat dan pakaian tradisi yang penuh warna-warni dan dapat dilihat perbezaannya melalui gambar2 di bawah.
Ads
Pesanan ikhlas kepada generasi masa kini untuk mempertahankan dan meneruskan tradisi,budaya, adat dan bahasa Orang Ulu supaya tidak hilang ditelan zaman.
Ads
Bagi Etnik Orang Ulu tiada isu adat, budaya, tradisi dan bahasa di kalangan suku kaumnya kerana mereka hidup dengan mengamalkan sikap toleransi, hormat-menghormati antara kaum2 lain dan tiada istilah siapa tiru siapa kerana setiap suku kaumnya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Lokasi pelancongan di negeri Perak masih selamat untuk dilawati ketika ini walaupun terdapat lebih 100 kes jangkitan COVID-19 direkodkan di Perak.
Bagaimanapun pelancong ke Perak diingatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan wabak berkenaan. Kawasan bukan zon merah di Perak masih selamat untuk diteruskan dengan aktiviti ekonomi termasuk pelancongan.
Exco pelancongan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata kerajaan negeri Perak komited untuk merancakkan sektor pelancongan di daerah Perak Tengah yang kaya dengan keunikan sejarah, aktiviti ekopelancongan dan makanan tradisi. Pihaknya akan melihat strategi sesuai bagi meningkatkan pengunjung ke Kompleks Sejarah Pasir Salak yang ketika ini menerima kunjungan pelawat dalam skala kecil. Selain itu juga untuk mengenal pasti Pulau Semarak sebagai kawasan yang berpotensi dijadikan produk pelancongan baharu di Perak Tengah.
Sementara, Kellie’s Castle pula meneruskan program Dark Tourism dengan penganjuran Kellie’s Night Tour V.3 pada Jumaat dan Sabtu bermula pukul 8 hingga 12 tengah malam sepanjang bulan Oktober ini. Inisiatif baharu itu dapat menggalakkan kedatangan pelancong domestik ke Perak dengan tempoh menginap lebih lama sekali gus membantu ekonomi agensi pelancongan dalam norma baharu.
Buat masa ini hanya satu produk pelancongan di Perak ditutup sementara susulan terdapat pengunjung disyaki positif COVID-19. Penutupan Taman Tema Sunway Lost World of Tambun selama 14 hari bermula minggu lalu adalah pendekatan yang diambil pihak pengurusan dan pentadbiran taman tema berkenaan. Tindakan itu bukan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi pihak pengurusan dan pentadbiran mereka yang memilih untuk menutup taman tema itu bagi tujuan sanitasi dan keselamatan pekerja serta menjamin keadaan selamat.
image via google| Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebanyak enam acara utama telah disusun atur sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bermula esok.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Roziah Abudin berkata kesemua acara itu ditentukan melalui Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan yang dipengerusikan Menteri di JPM Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Acara itu akan dimulakan dengan:
Tiga lagi acara lain ialah:
Rakyat jelata dialu-alukan untuk melibatkan diri dalam beberapa acara terbuka seperti Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat serta Khutbah Khas dan Solat Jumaat, sekali gus memberi peluang kepada rakyat untuk mendekati dan melahirkan tanda menjunjung kasih kepada Seri Paduka berdua.
Bagi Istiadat Pertabalan yang merupakan acara utama, akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan rakyat boleh memanfaatkan hari kelepasan am pada hari itu untuk menyaksikan istiadat bersejarah itu.
Institusi Yang di-Pertuan Agong ini merupakan payung kedaulatan negara dan merupakan simbol perpaduan, lambang kestabilan dan kemegahan negara, oleh kerana itu kerajaan amat berharap supaya seluruh rakyat bersama-sama menghayati istiadat ini.
Kerajaan juga menggalakkan semua pihak termasuk kementerian, agensi dan organisasi swasta menyemarakkan istiadat pertabalan itu dengan menganjurkan aktiviti yang menjunjung sistem raja berperlembagaan dan institusi Yang di-Pertuan Agong.
Perkara yang paling mahu dielakkan ketika travel tentulah kehilangan barang berharga, duit dan dokumen penting seperti pasport dan sebagainya. Tapi malang itu tak berbau, seperti apa yang dikongsikan oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai New Zoule di group Backpackers Buddies Malaysia tentang situasi cemas yang melanda dirinya.
Kehilangan telefon bimbit ketika travel ke Swiss baru-baru ini membuatkan New Zoule berkongsi apa yang terjadi dan juga turut memberikan beberapa tip untuk traveler lain.
Meskipun sudah berkali-kali travel, menurut lelaki ini nasibnya kurang baik dan berharap apa yang dikongsikan dapat membantu traveler lain membuat persediaan yang lebih baik bila nak bercuti kelak.
Handphone Jatuh Dalam Tasik, Tiada Salinan Dokumen
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak share pengalaman telefon hilang di negara orang. Boleh dikatakan saya seorang kaki travel. Benda asas seperti Pasport, wallet dan telefon memang dijaga dengan baik. Lazimnya, persediaan saya mmg tiptop sebelum travel. Tapi kali ini nasib saya kurang baik atas kecuaian sendiri. Mungkin ada inti di dalam post saya ini boleh membantu korang membuat persediaan lebih baik. Saya juga akan share perkara yg boleh dilakukan jika flight anda reschedule saat akhir. Harap tiada kecaman kerana saya share sebagai pengajaran dan nasihat serta apa yang dilakukan jika berdepan dgn masalah sebegini.
Pada awal bulan Jun 2022, saya menaiki Saudi Airlines menuju ke Amsterdam. Alhamdulillah, saya dapat tiket berharga RM1750 return melalui traveloka. Saya beli pada bulan April tahun ini. Fokus utama saya pergi ke Switzerland. Urusan Imigresen di KLIA mahupun di Amsterdam Schiphol Airport dipermudah. di Amsterdam, Imigresen tak minta dan tak bertanya berkaitan Covid vaccine atau certificate. Mereka hanya melihat passport dan bertanya apa tujuan ke sana. Mereka minta bukti hotel. Saya tunjukkan tempahan di booking. com di dalam telefon.
Perjalanan saya lancar dari hari pertama sehingga sehari sebelum flight dijadualkan pulang ke Malaysia. Saya berpeluang menyaksikan keindahan Switzerland dan Netherlands. Alhamdulillah.
Tibalah hari terakhir di bumi Eropah. Flight saya dijadualkan pada 3.55 petang. Jadi, saya ambil peluang pergi ke beberapa attraction pada sebelah pagi. Saya keluar pada awal pagi. Tempat pertama yang ditujui ialah Zaanse Schaan. Tempat ni terletak kira-kira 40 – 50 minit dari Amsterdam Central Station dengan menaiki bas. Saya menggunakan 2 days Amsterdam & Region Travel Ticket yang berharga 28 euro. Boleh cover transportation dalam Amsterdam region.
Setelah tiba di sana, saya mengambil gambar. Kawasan ini masih ditutup (terutamanya kedai – kedai) sebab baru pukul 7.00 pagi namun kita masih boleh bebas masuk untuk bergambar. Tanpa diduga, telefon saya terlepas ke dalam tasik di situ semasa mengambil gambar. Saya mula tergamam dan panik. Saya buntu. Tiada orang langsung di situ. Saya berlari dan mencari orang berdekatan. Saya nampak seorang lelaki sedang berjalan dan memanggilnya. Dia menuju ke arah saya. Saya explain apa yg telah berlaku. Dia pun tak dapat tlg lebih2 lagi dia juga tourist dan tak dapat menduga kedalaman air tersebut.
Dah Cuba Selamatkan Tapi Tak Berjaya
Selepas itu, saya masih mencari orang berdekatan mana tahu ada yang dapat menolong. Saya terjumpa sebuah kedai yang baru hendak beroperasi. Saya berjumpa seorang perempuan. Saya terangkan apa yang berlaku. Dia mengikuti saya ke arah tasik di mana telefon saya telah terjatuh. Dia mengatakan bahawa telefon itu mungkin boleh dicari jika saya turun sebab kawasannya berdekatan dengan gigi air. Tanpa berfikir panjang, saya terus buka baju dan terjun. Memang dah tak hirau sejuk. Suhu sekitar belasan pada pagi itu. Saya cuba turun dengan berhati – hati. Saya memijak batu di gigi air. Saya cuba mencari menggunakan tangan dan kaki namun tak berjaya. Kalau menyelam pun, memang tak nampak sebab airnya berwarna coklat dan gelap ibarat air paya. Saya cuba bergerak sedikit dan menjulurkan kaki namun kaki saya tidak jejak. Ini menunjukkan air semakin dalam. Perasaan saya bercampur-baur lebih-lebih lagi saya tak pandai berenang.
Wanita tersebut memberi saya semangat supaya terus mencari dan yakin ada di kawasan berdekatan saya. Dalam masa yang sama, lelaki tadi (warga Turki) turut berada di situ. Wanita tersebut menghulurkan saya penyodok. Saya cuba menggunakan penyodok tersebut untuk mengaut di dasar tasik namun sebenarnya penyodok tersebut tidak sampai ke dasar. Ini menunjukkan kawasan tersebut sebenarnya dalam! Tiba – tiba saya rasakan telefon tersebut tidak dapat diselamatkan dan saya menghentikan pencarian. Saya mula tenang dan redha. Dah give up. Saya memikirkan mungkin saya akan terjatuh ke kawasan dalam.
Tanpa disedari, tangan saya berdarah. Wanita tersebut membalutnya. Dia juga memberi tuala untuk mengelap badan. Lelaki Turki tersebut pula menawarkan saya roti untuk dimakan. Alhamdulilah, walau tak berjaya jumpa telefon tersebut, ada insan yang membantu.
Saya pulang ke hotel menaiki bas semula. Nasib saya baik sbb saya menggunakan kad fizikal untuk menaiki bas. Saya juga masih ingat cara kembali ke hotel. Sebelum tu, memang dah kaji. Saya cuma fikir nak packing barang lalu menuju ke airport.
Sebenarnya kenapa saya panik apabila hilang telefon?
1 – Saya tak print apa2. Ini silap saya. Sebelum ni saya travel, saya akan print benda penting. Mysejahtera, dokumen berkaitan covid dan vaksin, info tiket flight semua di dalam telefon. Saya menuju ke airport dalam keadaan yang berat hati sebab risau semua benda ni akan diminta. Namun, saya pergi juga.
2 – Gambar – gambar dan video travel saya. Tapi sebenarnya yg ni saya dah mula redha sejak dari tasik tadi. Tapi,saya memang menyesal atas kecuaian. Namun, syukur ada gambar saya post kt fb dan kawan – kawan semasa travel. Saya minta balik kat mereka. Bila balik Malaysia, saya cuba cari via google photo tapi tak save gambar latest. Gambar/video saya di Giethoorn dan Zaanse Schan antara tempat best kat Netherlands tiada langsung. Tiada rezeki. Its ok, yg penting kenangan tu kekal di ingatan. Kedua – dua tempat ini memang menarik. Mujurlah gambar/video dan Switzerland masih ada lagi.
Flight Balik Reschedule
Sekarang, saya akan sambung kisah di airport pula. Rupa- rupanya ada kisah lain yg menanti. Saya beratur untuk check in. Saya orang pertama di dalam barisan. Dalam kepala, kalau mereka tanya dokumen2 penting saya dh standby apa yg nak dicakap. Saya nak menuju ke negara asal, jadi benda tu tak diperlukan.haha. Kira tawakal lah.
12.55 tengahari sepatutnya check in tetapi tidak bermula. Pegawai mereka cakap ada masalah sistem. Saya dan penumpang lain terus menunggu. Akhirnya setelah 30 minit menunggu, pegawai mereka tampil dan memberitahu flight tersebut direschedule kepada 8.00 pagi esok. Saya bingung seketika sebab ada connecting flight. Mereka pula tak bagitahu detail, cuma minta check email sahaja. Airlines/ Agent ada bagitahu detail melalui email.
Sudahhhh. Dahlah xde telefon, camne nak check email. Saya cuba cari internet cafe di airport tapi tak jumpa. Memang buntu. Akhirnya, saya kembali ke kaunter check in. Saya nampak ada yg masih beratur. Mungkin ada harapan. Ada juga yg menunggu sebab nak hotel sebab ada yg flight direschedule selepas 2 hari. Saya pulak? masih tak tahu flight saya bila. Saya pun duduk je di situ sambil cuba berfikir.
Akhirnya, saya menebalkan muka meminta tolong orang Malaysia yang senasib dgn saya. Saya pinjam telefon mereka utk check email dan call traveloka. Dua – dua tak berjaya. Nak login email, sistem akan hantar code ke telefon. Telefon dahlah xde. Call Traveloka pula tak angkat telefon. Saya betul – betul buntu. Perkara ini jadi risau sebab ada yg dpt flight hari berlainan time berbual – bual. Selepas itu, saya berjumpa keluarga yang book flight guna traveloka. Mereka dapat email flight mereka dijadualkan semula 2 hari selepas itu. Saya terasa yakin flight saya juga sama seperti mereka.
Saya mula tenang sambil berfikir hal call traveloka/check email mungkin boleh dilakukan selepas dapat penginapan. Saya dan penumpang yg lain mostly org Malaysia terus berkumpul di kaunter check in untuk fight hotel,makan atau harapan dpt pulang awal. Ada juga yg dah balik selepas diberitahu flight kena reschedule. Alhamdulillah, akhirnya kami dapat hotel secara percuma selama 2 malam termasuk breakfast dan dinner. Dapat Hotel Ibis berdekatan airport. Ada free shuttle ke sana. Dalam masa yg sama, mereka bagi voucher makanan dan boleh dibeli di airport. Atleast lega, ada tempat nak tidur walau tiada telefon langsung.
Kami bergerak bersama – sama ke hotel. Saya bersama dengan keluarga yang terdiri daripada 9 orang. Ada juga keluarga lain bersama kami. Keluarga ini yang banyak membantu saya. Mereka meminjamkan telefon untuk call, check email mahupun facebook. Akhirnya saya berjaya call traveloka. Flight saya juga ditunda selepas 2 hari. Saya minta traveloka hantar email kepada salah seorang ahli keluarga yg menolong saya. Saya juga berjaya call kakak saya dan maklumkan kejadian yg berlaku. Hanya nombor dia sahaja saya ingat. Alhamdulillah. Saya juga berhubung dengan bos saya melalui fb messenger memaklumkan perihal saya di mana saya terpaksa bercuti selama 2 hari. Saya juga meminta pertolongan kerani di tempat kerja saya untuk menghantar gambar vaccine saya takut2 diminta semasa check in.
Selama 2 malam di hotel Ibis, saya tidak kemana – mana. Saya banyak duduk di hotel dan kawasan sekitar. Penyesalan masih dirasakan. Tiada telefon. Macam2 fikir sebab tak boleh whatsapp, telegram dsb esp hal kerja dan kerisauan family dan rakan-rakan. Makanan disediakan di hotel secara buffet tapi kena bijak pilih makanan dan yakin dimakan seperti ikan, roti, telur. Rajinkan bertanya sebab ada juga pekerja Islam di situ. Saya guna facebook pun tumpang orang. Dekat hotel ada dekstop dan internet tapi nak akses fb akaun bermasalah pula. haha.
Selepas 2 hari, saya dan rakan-rakan lain menuju ke aiport. Alhamdulilah flight mengikut jadual. Tapi ada satu lagi kerisauan muncul. Rupa-rupanya, email flight yg direschedule (yang diberi kepada salah seorang ahli keluarga semalam) tidak mengandungi nombor booking, cuma bagitahu nama dan tarikh reschedule. Sudahh. Saya ingat nombor booking dan minta tlg rakan malaysia yg lain semakkan melalui website saudia. Xwujud.hahahaha. Bercampur baur fikiran betul. Saya terus je check in, Alhamdulillah berjaya. Sebenarnya, saya yg tersilap hafal satu huruf nombor booking thats why tak naik dalam saudia website.haha.
Selamat Tiba Di Malaysia
Syukur Alhamdulillah. dapat naik flight. Flight baru yg diberi terpaksa transit 11 jam di Jeddah Airport. Ada beberapa keluarga Malaysia yg cuba fight dapatkan penginapan or tempat selesa sebab ada yg bawa anak kecil untuk bermalam. Saya pun bersama mereka. Alhamdulillah, kami dapat duduk lounge Al-fursan sehingga naik flight selepas berjumpa dengan orang tertentu.Tupun kejap yg A kata jumpa B yg B kata jumpa yg A dan macam2 lagi. Boleh makan/minum sepanjang di dalam itu. Ada sofa – sofa dan boleh melelapkan mata seketika. Syukur.
Syukur Alhamdulillah, kami tiba Malaysia akhirnya cuma lewat sekitar 30 minit. Terima kasih kepada KELUARGA MALAYSIA yg membantu. Saya bersyukur berjumpa dgn orang yg baik – baik. KITA JAGA KITA. Pengalaman yg memang saya tak dapat lupakan. Jika nampak kincir angin, pasti memori jatuh telefon berputar kembali.
Akhir kata, nasihat saya:
Taknak pakai Hphone ambil gambar masa travel, CAMERA ni pun cantik!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...