Tular awal bulan ini apabila Poster Duta Pelancongan Perak yang menampilkan penyanyi antarabangsa kelahiran Ipoh, Michael Wong apabila tidak menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Sebaliknya poster tersebut memaparkan promosi dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.
Poster yang dimuat naik dalam laman Facebook Tourism Perak, minggu lepas menyebabkan warganet melahirkan rasa tidak puas hati. Rata-rata mereka menyifatkan sebagai agensi kerajaan, setiap promosi program haruslah mendahulukan bahasa Kebangsaan dan barulah diikuti bahasa-bahasa lain.
Exco Jawab Teguran
Menjelaskan perkara tersebut, Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata, bahan-bahan seperti poster, banting dan risalah yang dihasilkan bagi memperkenalkan Duta Pelancongan Perak itu hanyalah untuk tujuan promosi semata-mata. Menurutnya, ia tidak bermaksud mahu meminggirkan bahasa Kebangsaan, tetapi sebagai satu strategi pemasaran memperkenalkan Perak kepada negara luar iaitu China.
Ads
“Dalam hal ini kita utamakan bahasa Inggeris dan Mandarin kerana sasaran pasaran kita adalah di China, apabila Michael Wong atau media luar negara membuat posting dan perkongsian video serta poster, pelancong dan peminat di sana akan lebih faham apa isi kandungannya.
“Agak susah untuk kita meletakkan semua bahasa dalam satu (promosi) kerana ia ada kaitan dengan ‘design’ juga, paling penting kita mahu orang luar negara memahami maksud yang kita nak sampaikan dalam bahasa ringkas dan jelas,” katanya.
Ads
Tambah beliau, kerajaan negeri bersedia menambah baik kandungan-kandungan bahan promosi mengikut keperluan seperti penggunaan bahasa Tamil, Jepun atau Korea memandangkan tidak semua dapat memahami hanya dengan satu bahasa.
“Sepatutnya tidak timbul sebarang isu, Michael Wong sendiri fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Kantonis, apa yang kita lakukan ini hanyalah berkaitan soal peminat beliau di China,” katanya.
Michael Wong Duta Pelancongan Perak
Ads
Michael Wong dilantik sebagai Duta Pelancongan Perak selaras dengan sasaran kerajaan negeri menarik kehadiran lebih ramai pelancong dari Asia Timur. Michael Wong yang merupakan penyanyi terkenal di kawasan Asia Timur terutama China dan Taiwan diumum sebagai Duta Pelancongan Perak selama dua tahun bermula 1 Ogos 2019 hingga 31 Julai 2021.
Pelantikan artis yang popular dengan lagu Fairy Tale (Tong Hua) itu adalah bersempena pelancaran penerbangan Ipoh-Guangzhou yang bakal bermula 1 Oktober ini yang mana menyaksikan Perak menyasarkan kehadiran lebih ramai pelancong dari Asia Timur untuk berkunjung ke negeri ini.
Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Matahari Cincin yang berlaku semalam turut dikatakan mempengaruhi perilaku haiwan.
Ketika fenomena ini berlaku, kebetulan penulis berada ditepian sebuah pantai di Selangor. Kelihatan sekawan burung mengeluarkan bunyi yang agak aneh dan jarang didengar disekitar itu. Rata-rata yang melalui jalan berhampiran penulis pasti mendengar bunyi aneh burung sambil mendongak ke atas mencari si empunya suara. Bunyi burung-burung tersebut agak janggal dan jarang didengari seakan memanggil-manggil dengan sayu.
Menurut sumber Bernama ketika fenomena ini berlaku, sekumpulan pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalankan kajian memerhati terhadap reaksi haiwan di Zoo Johor. Pelajar berkenaan memulakan pemerhatian pada 9 pagi dan kemudian ditumpukan pada waktu kemuncak gerhana kira-kira 1.20 tengah hari sehingga gerhana berakhir 3.20 petang, terhadap haiwan jenis mamalia dan reptilia iaitu sekumpulan rusa, seladang, ular, gajah, harimau, singa serta monyet.
Mereka mendapati sekumpulan rusa berada dalam kawanan ketika kemuncak gerhana itu berbanding sebelumnya.
Ular bergerak sekali sekala sebelum waktu kemuncak gerhana dan tidak bergerak pada waktu kemuncak.
Monyet pula dilihat agresif pada sebelah pagi sebelum diam pada waktu kemuncak gerhana.
Info
Fenomena gerhana matahari itu seharusnya mendatangkan keinsafan kepada umat Islam mengenai kebesaran dan keesaan Allah SWT. Pandanglah kejadian ini dengan mata hati bagaimana Allah SWT mengatur segalanya dengan cukup sempurna di mana bumi, bulan dan matahari bergerak secara cukup sistematik. Lihat juga bagaimana satu makhluk yang sebesar matahari juga mampu terjadi gerhana kepadanya, apatah lagi kita ini manusia kerdil. Adalah jelas betapa kita amat bergantung harap kepada Allah SWT untuk segala-galanya. -Imam Satu Masjid Zahir, Mohd Isa Abd Rahman
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selalu kita dengan negara Venice yang memang terkenal dengan percutían mewah sambil menyusuri bot meihat keindahan kawasan sekitar.
Sebenarnya bukan Venice saja, rupanya Jepun juga mempunyai destinasi yang mempunyai keindahan begitu.
Perkongsian ringkas wanita Zunita Ramli ini memberitahu mengenai Venice Of Japan atau dikenali juga dengan nama Funaya.
Funaya, atau lebih dikenali sebagai “Venice of Japan” adalah sebuah perkampungan kecil atas air yang terletak di bandar Ine di wilayah Kyoto.
“Funaya” yang bermaksud ‘Rumah Bot’ dalam Bahasa Jepun biasanya berfungsi sebagai garaj untuk menyimpan bot di tingkat bawah dan tuan rumah pula akan tinggal di tingkat atasnya.
Dibina pada pertengahan pemerintahan era Edo, kini terdapat lebih kurang 200 rumah funaya di sepanjang 5km Teluk Ine (Ine Bay). Funaya juga dikenali sebagai “Hidden Gems of Kyoto”.
Iceland sebuah negara yang sering menjadi wish list untuk pengembara atau pelancong. Memiliki tanah hijau dan air laut biru yang segar dan dingin, pemandangan menghijau dan kebiruan di sini akan membuatkan memukau setiap mata yang memandang.
Terletak di sebuah pulau yang kedudukannya berdekatan dengan Kutub Utara serta dikelilingi Samudra Atlantik utara, jika anda ada perancangan berkunjung ke negara ini, 3 perkara yang dikongsikan oleh pengguna Facebook yang bernama Ayu Hasman ini perlu anda cakna.
Tapi yang pasti anda akan dapat satu pengalaman dan kenangan indah untuk dikenang bila berpeluang berkunjung ke Iceland.
Ikuti perkongsian Ayu Hasman tentang Iceland!
3 sebab kenapa korang kena sabar jika ke Iceland
Cuaca. Cuaca di Iceland ni ikut mood. Kalau mood dia baik, cerah lah dia. Kalau mood datang bulan, hujan sepanjang hari. Jadi, sebab tu korang kena standby windbreaker. Dan yang paling penting, pakai warna cerah. Supaya gambar korang meriah
Speed limit. Jangan cuba-cuba untuk langgar had laju. Sepantas kilat korang akan dapat surat saman. Harga saman tak murah ye
Pemandangan memukau. Jadinya, korang akan rasa macam tak boleh nak stop ambil gambar. Tau-tau memory full. So korang standby la siap-siap memory card, dan clear kan space memory phone sebelum travel ke Iceland.
Syok sebenarnya ke Iceland. Sebab korang akan rasa seperti berada di planet asing. Tak kira la musim panas mahupun musim sejuk. Kedua-duanya mempunyai kecantikan yang berbeza.
Jadi, kalau ada peluang, sila lah ke Iceland. Cuma nak pesan, kat sini takde bangunan pencakar langit ye. Kalau jenis yang suka city, korang boleh lah skip Iceland
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...