Kenapa Tasik Kenyir Jadi ‘Port Berkampung’ Kaki Pancing Setiap Kali Musim Tengkujuh? Tak Bahaya Ke?

Share

Tasik Kenyir adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi hutan hujan tropika tebal. Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik buatan manusia ini terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bot, berkayak, meredah hutan, atau pemanduan pacuan empat roda.

Kebanyakan pusat peranginan di Terengganu akan menutup operasi mereka seketika bagi menghadapi musim tengkujuh untuk tempoh beberapa bulan terutama dari bulan November hingga Januari. Namun tidak bagi Tasik Kenyir kerana lokasi ini sering dibanjiri pengunjung dan menjadi tumpuan pelancong terutamanya kaki pancing.

Nak tahu kenapa? Menariknya setiap kali pada musim tengkujuh, Tasik Kenyir bagaikan pesta kerana ramai kaki pancing yang turun berkampung di sini untuk menghabiskan cuti akhir tahun mereka. Tasik Kenyir yang terkenal sebagai lubuk ikan air tawar akan menjadi tumpuan dalam kalangan kaki pancing kerana kebiasaannya pelbagai spesis ikan akan bertambah dengan banyak pada musim tengkujuh seperti Sebarau, Kelah, Temoleh, Baung, Lampan dan Belida.

Pelancong tidak perlu bimbang mengenai tahap keselamatan mereka ketika berkunjung ke Tasik Kenyir pada musim tengkujuh. Di sini tiada ombak seperti perjalanan ke pulau peranginan yang lain, malah pengusaha bot juga sudah berpengalaman luas beroperasi ketika musim tengkujuh dan sedia maklum mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa. Mereka sentiasa memastikan aspek keselamatan pelancong diutamakan dan peka dengan perubahan cuaca semasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Menarik bukan? Jomlah buat tempahan segera trip ke Kenyir!

image via google | astroawani

IKLAN