Boleh dikatakan menjadi lumrah pesawat kita naiki ‘delay’ atau dalam bahasa Melayu tertunda/tertangguh. Bertuahlah anda jika anda kerap menaiki pesawat tetapi sekalipun tidak pernah delay.
Buat anda yang kerap kali mengalami situasi begitu, ini perkongsian ringkas daripada facebook page Jumpa Kat Mahkamah
Flight anda delay lagi? Jangan lupa claim perkara-perkara ini!
Ads
Flight delayed 2 jam? Anda berhak untuk free meal & free internet.
Flight delayed 5 jam? Anda berhak untuk free hotel siap transport lagi.
tuntutan flight delay.
Tapi janganlah terlampau marah jika pesawat anda ‘delay’. Bukan saja-saja. Ini sebab kenapa pesawat anda kemungkinan terlewat menurut trip jalan.
Ads
Cuaca Buruk
Hujan yang sangat lebat, petir, angin yang sangat kencang, bahkan asap tebal adalah situasi cuaca buruk yang menjadi salah satu penyebab utama penerbangan akan ditunda. Jika sudah seperti ini, maka anda hanya boleh bersabar dan menunggu sehingga cuacanya elok. Untuk persedian awal anda boleh melihat terlebih dahulu situasi cuaca melalui internet penerbangan ikut pada tarikh anda.
Pernah kena kesesakan lalu lintas di jalan raya kerana banyak kenderaan? Hal ini pun dapat terjadi pada udara juga. walaupun ia sudah pun diaturkan tetapi pasti akan ada masalah yang tidak boleh dielakkan sehingga sesak lalu lintas. Lalu lintas menjadi sesak apabila penerbangan yang sebelumnya delayed dan ini menyebabkan kesusahan untuk mengikut jadual take off dan landing yang telah ditetapkan mengakibatkan terminal menjadi huru hara.
Kru penerbangan/Kakitangan pekerja
Ini juga salah satu sebab-sebab kenapa flight delay dari pengisian bahan bakar yang lambat, kerosakan/pemeliharaan secara drastik, penggantian jadual kru, pembersihan pesawat, pengangkutan/masalah bagasi, dan lain-lain yang disebabkan oleh pihak kru penebangan seperti flight attendant, pilot dan co-pilot.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika bercadang atau merancang percutian keluarga ke Taiwan, catatkan destinasi Leofoo Village sebagai destinasi yang perlu dikunjungi. Terletak di daerah Hsinchu Taiwan, Leofoo Village antara destinasi terbaik percutian keluarga yang tidak harus dilepaskan untuk dikunjungi. Segalanya terdapat di sini, dari taman tema bertaraf dunia, binaan landskap dunia mengkagumkan, penginapan empat bintang unik lagi esklusif serta sajian makanan lazat yang Halal.
Apabila berada di dalam kawasan Leofoo Village, singgah sebentar di Window On China untuk melihat hasil ketelitian serta kehalusan mini replika pelbagai jenis bangunan dan binaan termasyhur dunia. Window On China telah dianugerahkan antara 10 destinasi tumpuan pelancong ke Taiwan. Kira-kira 133 miniatur bangunan terhidang di hadapan mata termasuk Dewan Memorial Sun Yat-Sen, Taiwan, Menara Pisa Itali, St Basil Rusia, dan patung Statue of Liberty Amerika Syarikat. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di sini.
Bagi menambahkan keseronokan percutian di lokasi ini, berkunjunglah ke Leofoo Village Theme Park. Ia adalah taman tema yang terdiri daripada empat konsep hiburan mengikut tema beberapa negara seperti African Safari, South Pacific, Wild West, dan Arabian Kingdom. Malah, ia menawarkan lebih 30 permainan serta aktiviti di zon basah dan kering yang cukup menghiburkan terutama roller coaster berbentuk U yang kedua tertinggi di dunia.
Terdapat juga haiwan liar dibiar bebas berkeliaran seperti harimau, singa, zirafah dan badak. Setiap spesies haiwan ditempatkan dalam komuniti sendiri dengan pintu jeriji besi sebagai pemisah. Kalau pernah menyaksikan filem pecah panggung Life of Pi, harimau yang digunakan di dalam filem tersebut dipinjamkan dari taman ini dan dikatakan telah menjadi ‘selebriti terkenal’ di sini.
Pengunjung boleh memilih menjelajah seluruh African Safari dengan bas atau keretapi mini yang disediakan. Haiwan lain yang unik terdapat di sini adalah spesies alpaca. Anda dibenarkan memberi haiwan jinak ini makan dengan membeli makanan yang disediakan berhampiran ruang sangkarnya.
Selain bersantai dan mengenali haiwan, pengunjung berpeluang menyelami dunia koboi di Wild West, menghayati hikayat 1001 malam Aladdin di Arabian Kingdom dan mencuba pelbagai permainan air di South Pasific. Jangan lupa untuk singgah di kedai cenderamata untuk membawa pulang beberapa buah tangan sebagai kenang-kenangan, terutamanya ikon haiwan alpaka yang comel.
Sebagai memenuhi keperluan pelancong Muslim untuk dapatkan hidangan halal, pengunjung beragama Islam boleh mendapatkan makanan cita rasa Timur Tengah di Restoran Aladdin dalam kawasan Leofoo Village Theme Park dengan mudah.
Pelbagai menu Asia Barat tersedia buat pengunjung seperti Grilled Squid Salad, Chick Peas Sauce & Pita, Red Lentil, Stewed Mutton, Grilled Chicken Leg dan Puding Nasi. Anda pasti tertarik melihat nasi briyani berbentuk piramid menghiasi pinggan dengan lauk kurma kambing atau ayam tandoori. Apa yang penting, taman tema ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung muslim termasuk bilik solat dan tandas berpaip.
Rehatkan lelah anda selepas seharian berlibur dengan memilih menginap di Leofoo Resort tidak jauh dari Window On China dan terletak berhampiran Leofoo Village Theme Park.
Membangunkan konsep Safari inspirasi dari negara Afrika, resort ini menawarkan hanya 161 buah bilik esklusif demi menjaga hak bersendirian tetamunya. Tidak kira kanak-kanak atau golongan dewasa pasti terpukau dengan konsep unik yang ditawarkan iaitu menginap bersama haiwan disekeliling resort.
Umpama berada di dalam zoo, anda boleh melihat zirafah, kuda belang, badak, dan banyak lagi hanya dari jendela kamar atau baring di atas katil. Jangan risau mengenai masalah bau-bauan haiwan yang timbul dari persekitaran safari, kerana setiap kamar dilengkapi dengan gelas kaca yang nyah bau.
Bilik anda tidak akan sesekali memberikan bau yang kurang menyenangkan. Jika anda berada di jambatan yang menghubungkan kawasan safari ke resort, terdapat haiwan terutama zirafah menghulur keluar kepala, jangan sentuh atau memberi makanan. Ianya perkara yang sangat dilarang di sini.
Pada malam hari pula, terdapat persembahan dari suku kaum Afrika yang begitu mengujakan dengan rentak tarian yang pasti membuatkan mata anda tidak berkelip. Memang sesuai sekali resort ini diberi pengiktirafan sebagai ‘Asia’s first and only ecological and animal themed resort’.
Keretapi (Taiwan Railway)
THSR (Taiwan High Speed Rail)
Kereta
Bas
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kedudukan di tengah bandar Petaling Jaya dan dengan kemudahan pengangkutan awam menjadikan Utama Farm tempat wajib dilawati di Selangor.
Pada asalnya, tapak Utama Farm digunakan untuk tujuan kawasan tadahan hujan, tetapi kini bertukar menjadi ruang kebun akuaponik moden, restoran dan kawasan riadah memancing.
Utama Farm ini menggalakkan kesedaran orang ramai tentang pertanian mapan dan menggalakan pemakanan sihat dan bersih.
Jangan risau, Utama Farm tidak menggunakan racun perosak, dan dengan penggunaan sistem akuaponik NFT (nutrient film technique), jika terdapat racun, ikan dan udang tidak akan hidup.
Selain aktiviti pertanian akuaponik, pengunjung juga boleh beriadah seisi keluarga dengan melakukan aktiviti memancing udang galah dan udang harimau.
Pengunjung boleh memancing udang sebanyak mungkin dengan harga RM35/jam. Jika tidak mahir, staf boleh memberi tunjuk ajar cara untuk memancing dengan betul.
Apa yang menarik, selepas penat memancing, hasil tangkapan boleh terus dijadikan hidangan makan bersama keluarga. Hah, jangan risau ada pelbagai jenis masakan yang boleh diminta terus dari dapur, siap boleh pilih ikan terus dari kolam.
Lengkapkan hidangan udang dan ikan dengan sayur-sayuran organik “siew bak choy, kailan, choisam” terus dari kebun.
Pengunjung juga boleh memilih menjamu selera pelbagai makanan gaya Kopitiam. Macam-macam ada!
Tidak kurang juga, pengunjung boleh mencuci mata dengan jualan pokok hiasan rumah yang dipamerkan di sekitar kawasan Utama Farm. Pilih sahaja mahu yang mana, harga pasti berbaloi!
Kalau nak kelainan isi waktu lapang, Utama Farm juga boleh menjadi lokasi keraian seperti makan malam, sambutan hari lahir dan program korporat seperti bengkel, kursus dan mesyuarat. Nanti anda boleh lah beri pengalaman baru pada anak-anak waktu cuti sekolah.
Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sekiranya anda bercadang melancong ke Turki, rancanglah untuk mengunjung seberapa banyak tempat menarik.
Turki merupakan sebuah negara yang terletak di dua benua. Sebahagian besar negara yang didiami 80 juta penduduk iaitu 97 peratus keluasannya terletak di benua Asia, selebihnya terletak di benua Eropah.
Aktiviti mesti cuba sekali seumur hidup anda ketika di Turki adalah menaiki belon panas. Seawal jam 6 pagi, anda dicadangkan ke tempat dikhaskan untuk aktiviti menerbangkan belon panas yang sangat popular di Cappadocia.
Belon panas ini akan berlepas tepat jam 7 pagi. Mengikut pengusahanya, masa antara pukul 7 hingga 8 pagi paling sesuai untuk menerbangkan belon panas kerana angin tenang. Jika tiupan angin melebihi 17 kilometer sejam, belon panas tidak dibenarkan terbang oleh pihak berkuasa.
Belon panas yang digunakan datang dalam pelbagai saiz dan boleh menampung 8 hingga 28 penumpang dalam gondola atau bakul mengikut saiz tertentu. Pengalaman menaiki belon panas dan berdiri dalam gondola setinggi paras dada pasti amat mengujakan.
Belon panas ini akan berlegar di langit Cappadocia sehingga paras maksimum 610 meter, kemudian turun di beberapa tempat hingga paras terendah 10 meter dari bumi bagi melihat bentuk muka bumi Cappadocia.
3 Benda Perlu Siap Sedia Sebelum Naik Belon Panas. Tip ini sumber daripadaJeju Muslim Travel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selepas sekian lama dinanti, LRT3 Shah Alam Line akhirnya mula beroperasi hari ini, Isnin 29 Jun 2026, sekali gus membuka laluan baharu yang menghubungkan...