Apabila terpandang menu masakan yang pedas di mana-mana restoran atau gerai pastinya ‘kecur air liur’ bagi peminat hidangan ‘bercili’. Bagi kebanyakkan orang asia khususnya di Malaysia, jika tidak dapat menjamah makanan pedas terasa seperti tidak lengkap sajian makanan yang dihidangkan.
Bagaimanapun, setiap restoran mahupun gerai pasti mempunyai rahsia tersendiri untuk menerbitkan rasa berlainan untuk melambangkan identiti masakan pedas mereka. Gadis ini, ada kongsikan lokasi makanan istimewa khas untuk si kaki pedas.
Asalnya jumpa kedai ni dari suggestions dekat twitter from Ashril_92, jadi tadi singgahlah sebab nk lunch tak tahu kat mana nak makan. Sempat scroll twitter balik cari nama kedai ni KOTAK SS15.
Menu – NASI AYAM GEPREK
Harga – RM13.80
Tahap Kepedas – 1 sampai 10
Air – Peach Tea (refillable)
Sup & Kicap manis abc – FREE OF CHARGE
Siapa kat sini yang suka gila makan pedas, pedas macam ayam gepuk tu, korang wajib try sini plak.
Tak perlu beratur panjang,
Tak perlu sedih kalau ayam habis,
Tak perlu berebut meja,
(Maybe kena datang bukan lunch time lah kot)
Tapi serious, yang ini cili dia ada flavour sikit, sbb di tumis mungkin dah masuk bawang garam gula perasa ke en, kalau ayam gepuk dia cili fresh penyet teruss. Sini cili dia ditumis.
Ads
Ayam dia pula dihancurkan ditumbuk dipenyetkan dan digaul bersama cili Ghost Pepper mengikut pada skala kepedasan yang korang pilih, bersama timun, salad and keropok udang.
Masa makan ni pilih level 1 je konon taknak terkejut katanya. Alih-alih tak pedas plak takde feel lah nak makan kan hahahha
So masa mintak extra cili tu (should be kena byr RM3.80) boss dia tanya, “tak pedas ke?”
Ads
Kita pun cakap lah tak pedas, naaa dia bagi level 3 punya cili dalam bekas besar tu. Amek kawww rasa cam kena perli pun ada sbb banyak okay dia bagi extra.
Time tu baru rasa betapa tinggi nya langit dan bumi. PEDASSSSS!!!
Ads
Korang kena cuba atleast sekali, mana mana yg suka wong solo, ayam gepuk tu, haaa nah tambahkan dalam list tempat makan korang and tell me watchu think about it!
Ada banyak lagi pilihan menu menarik di premis makanan berkonsep masakan Indonesia ini antaranya Chessy Ayam Geprek , Ayam Geprek, Nasi Sambal Matah, Nasi Sambal Pedas, Nasi Sambal Hijau Petai, Mi Sedap Sambal Matah, Mi Sedap Sambal Pedas, Ayam Panggang, Nasi Panggang, dan Sate Ayam Kicap.
Lokasi: Kotak Malaysia SS15 | 7, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Dusun Tok Lee Meranti, salah satu tempat di Kemensah yang wajib ada pergi. Tempat ini sangat famous untuk port breakfast dengan pemandangan ‘mahal’.
Mungkin ada yang masih belum tahu yang di KL/Selangor ni ada port best untuk anda pergi time weekend. Nak datang sini sangat senang dan tak payah permit masuk pun. Search je waze ke dusun tok lee.
Untuk yang suka aktiviti outdoor ataupun tidak, tempat ini sesuai buat semua. Nak masuk sini kena hiking? Ye betul. Hiking sikit je dalam 25-30 minit sampai dah.
Tapi, sini pun ada khidmat powil 4X4, jadi tak payah risau nak hiking atau pun naik je dengan kereta. Kereta kita tak boleh, cuma kereta penduduk disini sahaja. RMS-6 seorang.
Bila sampai Dusun Toklee, akan disajikan signature drinks iaitu air kelapa muda. Isi kelapa yang sangat sedap dan manis memang cun sangat after hiking 30 minit. Boleh minta sejuk atau biasa. Makanan pun ada disediakan seperti maggi, sandwich, mee goreng dan ada pelbagai pilihan air juga.
Jangan lupa bawa cash tau walaupun atas ni ada QR pay sebab line kadang-kadang slow ikut jenis telco masing-masing.
Dapat tengok view dusun, pokok-pokok & bukit bukau yang sangat cantik. Sentiasa open dan boleh layan sambil breakfast kat atas ini. Waktu operasi, setiap hari dari pagi sampai petang.
Kalau nak datang sini, kena awal sebab datang 10am ke atas, memang panas. Kalau cuasa elok. itu kira rezeki. Tetapi kalau pergi awal pagi, lagi best!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Destinasi di Negeri Selangor begitu indah sehingga sebahagiannya dijadikan sebagai latar serta lokasi penggambaran filem-filem tempatan dan antarabangsa. Pastikan anda meluangkan masa untuk menonton filem-filem hebat yang tersenarai ini yang sesuai ditonton bersendirian atau bersama orang yang tersayang. Pada masa yang sama, bersedialah untuk menikmati keindahan pemandangan Negeri Selangor yang ditampilkan menerusi filem-filem ini. Apa tunggu lagi? Sediakan bertih jagung, dan pastikan anda kekal selamat di rumah!
Siapa yang tidak kenal dengan pengarah filem Malaysia yang popular, Yasmin Ahmad yang telah mengarah rantaian filem tempatan yang disukai oleh ramai penggemar filem tempatan. Mukhsin adalah filem ketiga dalam trilogi ‘Orkid’, prekuel kepada Sepet dan Gubra. Filem yang menekankan masalah masyarakat tempatan dan pantang larang tanpa sebarang tapisan di layar lebar ini mengisahkan tentang Orked yang dilakonkan oleh Sharifah Aryana, seorang gadis yang jatuh cinta dengan rakan zaman kecilnya, Mukhsin.
Kisah itu mengambil tempat di Pekan Sekinchan, Selangor; lokasi yang sempurna untuk menggambarkan kawasan luar bandar dengan suasana yang menenangkan. Beberapa bahagian dalam filem juga memaparkan Orked dan Mukhsin bermain permainan tradisional bersama rakan-rakan mereka di kawasan sawah padi Sekinchan. Filem ini berjaya memenangi anugerah antarabangsa di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57 dan juga menjadi salah satu daripada empat filem oleh Yasmin Ahmad yang ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-19.
Filem Mandarin tempatan yang hebat ini diterbitkan pada tahun 2015. Filem ini mengisahkan sekumpulan rakan dalam membuat pilihan sama ada mahu terus mengejar impian mereka atau tetap hidup dalam realiti. Penggambaran ini telah dibuat di sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak di Sungai Lima, Pulau Ketam, Pelabuhan Klang Selangor.
Pulau Ketam pada asalnya menempatkan sekumpulan nelayan yang berasal dari Hainan pada tahun 1870. Melalui filem ini, anda akan dapat merasakan suasana luar bandar di tepi pantai kerana filem ini menunjukkan rumah-rumah kayu di atas tanah lumpur yang surut yang dibina sendiri oleh masyarakat tempatan. Filem ini juga memaparkan produk ikonik Pulau Ketam iaitu udang kering. Selain daripada mengambil pengajaran melalui filem ini, anda juga boleh menikmati pemandangan indah yang dirakam di sekitar kampung nelayan ini!
Sekejap, ada filem Bollywood yang telah difilemkan di Negeri Selangor? Ya, betul! Filem aksi Hindi yang terkenal yang berjudul Hum Kisise Kum Nahin, terbitan tahun 2002 yang dibintangi oleh pelakon Bollywood kelas dunia; Amitabh Bachchan, Aishwarya Rai dan ramai lagi ini telah dirakamkan di Palace of the Golden Horses.
Ianya adalah hotel yang berkonsepkan istana mewah yang terletak di Sri Kembangan, Selangor. Terdapat banyak struktur kuda berbagai saiz di sekitar hotel ini yang berdiri gah. Filem ini turut menayangkan beberapa pemandangan dari tempat-tempat tempatan dan beberapa adegan juga telah dirakam belatar-belakangkan Tasik Mines Resort dan Sunway Lagoon. Semasa menonton, anda boleh menari diiringi runut bunyi daripada filem ini sambil membayangkan diri anda berada di tempat yang indah di sekitar Sri Kembangan!
Filem adaptasi legenda tempatan, Puteri Gunung Ledang yang dikeluarkan pada tahun 2004 telah dirakamkan di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Kisah ini mengisahkan kisah cinta antara seorang puteri yang dilakonkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina Eu Effendi, dan pahlawan tempatan, Hang Tuah yang dilakonkan oleh figura terkenal; Datuk M. Nasir, sebelum dia bersetuju untuk mengahwininya.
Kawasan perkampungan abad ke-15 yang ditayangkan di dalam filem itu telah dibina di Pulau Indah, Klang. Pulau Indah pada asalnya merupakan kawasan paya bakau dan perkampungan nelayan, tetapi oleh kerana perkembangannya yang pesat, hari ini ia merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di Malaysia. Pulau Indah juga terkenal dalam kalangan pemancing tempatan sebagai lokasi memancing yang popular. Oleh itu, semasa anda menonton filem fantasi mistik ini, jangan lupa untuk menikmati keindahan Pulau Indah yang dipaparkan dalam filem ini!
Beberapa adegan dalam filem tempatan yang baru diterbitkan pada tahun 2019 ini, The Garden of Evening Mists telah dirakam di Hatter’s Castle, Pulau Carey, Selangor. Kisah ini berlatar-belakangkan tahun 1940 di Tanah Melayu dan mengisahkan tentang seorang wanita yang terselamat dari kem peperangan Jepun, namun nasib yang sama tidak menimpa adiknya. Wanita yang ketika itu ingin membina sebuah taman sebagai penghormatan kepada adiknya telah belajar bersama tukang kebun dari Jepun dan bermulalah kisah percintaan mereka.
Pulau Carey ditunjukkan dalam filem ini melalui Hatters Castle, iaitu tempat tinggal bagi Magnus Gemmel, salah satu watak dalam filem itu. Hatter’s Castle pernah menjadi stesen bukit semasa era penjajahan British yang dibina pada tahun 1920-an tetapi sekarang ia merupakan rumah rehat untuk pekerja Sime Darby Plantation Berhad. Melalui tontonan filem ini anda boleh membayangkan berjalan di dalam Hatter’s Castle secara maya!
Layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri ini dan pastikan anda mengikuti kemas kini dari pihak Tourism Selangor melalui media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...