Kalau ada masa anda boleh cuba buat carian di laman sosial mengenai Pulau Rawa. Kecantikkan dan keunikan pulau ini memang tidak boleh disangkal lagi. Macam tidak percaya lokasinya hanya di negara kita sahaja.
Pulau Rawa merupakan antara pulau yang tercantik ada di Johor. Pulau Rawa sering dihebahkan dalam laman sosial atau mulut ke mulut oleh pengunjung yang pernah menjejakkan kaki ke sini ibarat Maldives kepada Johor dek kecantikan perairannya persis di negara kepulauan itu. Pulau ini juga sangat ‘seksi’ dan sesuai untuk pasangan berbulan madu tau.
Tanya siapa sahaja pasti teruja melihat pasirnya yang memutih dan airnya biru menghijau bagai cermin boleh terus nampak ke dasar laut. Selain itu, aktiviti snorkeling juga amat mengujakan dengan air yang jernih. Anda pasti teruja kegirangan dapat melihat ikan-ikan kecil berwarna-warni serta batu karang yang indah.
Aktiviti yang boleh dilakukan jika bercuti ke Pulau Rawa, selain snorkeling ialah bersantai dan bersiar-siar, selam skuba, berkayak, mengelilingi pulau dan merentas hutan. Jangan lepaskan peluang untuk mendaki ke puncak bukit Pulau Rawa ini yang hanya mengambil masa pendakian kira-kira 15 minit. Dari situ anda boleh melihat keindahan matahari terbit dan pemandangan Laut Cina Selatan yang terbentang luas.
Ads
Ketika ini, hanya ada dua resort di Pulau Rawa iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa. Menginap di kedua-dua resort ini memang menjadi idaman setiap pelancong kerana kedudukannya berhadapan dengan laut. Menariknya, Rawa Island Resort ada menyediakan gelongsor khas kepada tetamunya yang mahu berseronok dengan aktiviti air sambil mandi laut di tepi pantai.
Ads
Jika mengimpikan percutian ke Pulau Rawa, anda perlu membuat tempahan lebih awal kerana faktor lokasi penginapan yang terhad. Jangan sesekali anda berangan untuk walk-in sahaja ke sini memang tiada harapanlah untuk bercuti di Pulau Rawa nan indah ini.
Ads
Pakej yang ditawarkan di kedua-dua resort ini selalunya termasuk penginapan, perkhidmatan bot laju ulang alik, sarapan dan makan tengah hari, makan malam dan barbeku untuk sekali. Apa yang menarik resort menyediakan pelbagai aktiviti berkonsepkan free and easy yang menyeronokkan dan tidak terikat pada waktu. Ini bermaksud anda boleh menyusun sendiri jadual aktiviti mereka dan meneroka mengikut masa yang sesuai.
Cara ke Pulau Rawa:
Jika anda dari Kuala Lumpur teruskan perjalanan ke Mersing menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, keluar di Plaza Tol Air Hitam. Teruskan ke Kluang dan ikut laluan ke Mersing.
Setiba di Mersing, terus ke Terminal Feri Mersing dan ambil perkhidmatan bot laju terus ke Pulau Rawa.
Jepun terkenal dengan destinasi pelancongan yang kreatif. Ada sahaja idea dan ilham yang ingin dilakukan untuk menarik perhatian ramai seperti kewujudan Muzium Mi Cawan Segera.
Terletak di Osaka, muzium ini bakal membuat pengujung lapar dek bau yang menyelerakan ketika masuk ke pintu utama. Di sini mengumpulkan hampir semua sejarah mengenai makanan segera ikonik negara matahari terbit itu. Tarikan utama muzium ini adalah sebuah terowong yang mempamirkan hampir 1000 jenis mi cawan segera yang pelbagai. Antara tarikan di muzium itu adalah sebuah terowong yang dihiasi lebih 800 peket mi cawan. Lokasi ini menjadi port ramai pengujung untuk bergambar sambil melihat dan mempelajari sejarah makanan itu sejak awal ia dicipta kira-kira lebih 50 tahun lalu hinggalah ke produk terkini.
Antara tarikan lain di sini
Jangan lupa untuk menyertai bengkel membuat mi segera dan pengunjung boleh mencipta perisa sendiri.
Terdapat juga pameran mengenai sejarah makanan segera dan kuiz apabila untuk menguji pengetahuan mengenai makanan.
Terdapat juga sebuah replika kilang kecil tempat ramen ayam iaitu mi segera pertama di dunia dicipta.
Mempunyai sebuah pawagam mini yang menayangkan kisah yang memberi inspirasi kepada penciptaan mi segera dan proses pembuatan makanan itu.
Terdapat sebuah kafe buat pengunjung untuk menikmati pelbagai jenis dan perisa mi segera pilihan sendiri.
Di penghujung lawatan ada kedai cenderamata di muzium ini yang mempunyai pelbagai barang hiasan dan kenangan berkonsepkan mi segera. Jangan lupa untuk bawa pulang ole-ole dijadikan sebagai kenang-kenagan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Benua Antartika dikenali dunia dilutipi dengan salju putih yang tebal dan sejuk.
Namun, satu fenomena aneh terjadi di sana baru-baru ini apabila sebahagian daripada Semenanjung Antartika akan berubah warna menjadi ‘salji hijau’. Ia dikatakan berpunca oleh pertumbuhan alga berikutan peningkatan suhu global.
Foto: AgensiFoto: cgtn.com
Laporan penyelidikan itu didedahkan saintis di United Kingdom (UK) yang memetakan ‘permulaan ekosistem baharu’ yang dipercayai berpotensi mewujudkan sumber nutrisi untuk spesies lain. Menurut kajian diterbitkan dalam jurnal Nature Communications hari ini, bentuk hidup sel tunggal sangat padat sehingga salji bertukar warna hijau dan boleh dilihat dari angkasa lepas di beberapa kawasan.
Foto: cgtn.com
Difahamkan, ahli biologi dari University of Cambridge dan British Antartic Survey menghabiskan masa selama enam tahun untuk mengesan dan mengukur salji alga hijau menggunakan kombinasi data satelit serta pemerhatian dari darat. Mereka telah menemui alga yang membentuk ikatan rapat dengan spora dan bakteria kulat kecil.
“Ia adalah komuniti yang berpotensi membentuk habitat baharu,” kata ketua penyelidik, Matt Davey dari Cambridge University yang menyifatkan peta alga itu sebagai potongan susun suai gambar atau jigsaw kitaran karbon yang hilang di Antartika.
Kumpulan penyelidik itu turut mengenal pasti 1,679 salji alga hijau berasingan yang meliputi kawasan seluas 1.9 kilometer persegi yang bersamaan pelepasan karbon kira-kira 479 tan setahun.
Selain itu, dua pertiga daripada alga itu ditemui di pulau kecil dan rendah di utara semenanjung yang berdepan beberapa suhu paling panas di dunia manakala salji hijau tersebut kurang ketara di bahagian selatan yang lebih sejuk. Sebelum ini, para saintis memantau peningkatan lumut hijau yang tumbuh lebih lambat berbanding alga.
Pada masa depan, kumpulan penyelidik akan turut mengukur alga merah dan jingga serta mengira bagaimana kewujudan bentuk warna-warni itu boleh mempengaruhi kualiti albedo salji yang memantulkan haba.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...