Syarikat penerbangan swasta baharu dari Pakistan, diberi nama Air Sial baru sahaja diluluskan untuk beroperasi oleh kerajaan Pakistan.
Air Sial berpangkalan di Sialkot, Pakistan dan dikhabarkan akan memulakan operasi mereka untuk laluan penerbangan dari Sialkot ke Karachi dan akan meluaskan operasi mereka hingga ke negara Timur Tengah bermula pada penggal ke dua tahun 2020.
Mengikut daripada apa yang dimaklumkan daripada Facebook Air Sial, mereka akan menggunakan kapal terbang model Boeing 727-800 untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.
We are delighted to announce the participation of AirSial, the newest addition to Pakistan's aviation industry, at Pakistan Travel Mart from 8-10 October, 2019 at Expo Center Karachi! pic.twitter.com/x4RBIMrsn0
Namun begitu, bagi rakyat Malaysia, nama penerbangan tersebut yang sering didengar dalam sebutan ‘kasar’ bahasa kita menjadi ‘bahan jenaka’ buat mereka.
Ini antara komen-komen yang agak lucu. Jangan ambil serius tau, ini hanyalah gurauan semata-mata.
Ramai yang merungut syarikat penerbangan tambang murah AirAsia seringkali membatalkan perjalanan anda secara tiba-tiba ketika ini.
Bersabarlah ya! Banyak faktor yang menyebabkan 'pembatalan' tersebut terjadi secara tiba-tiba ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini. Paling penting, pastikan anda menjadi individu yang sangat rajin untuk semak jadual penerbangan anda sebelum tarikh berlepas. Jika anda risau tentang 'kerugiaan' disebabkan pembatalan tersebut, ini mungkin membantu dan melegakan keresahan anda.
Pengguna penerbangan tambang murah, AirAsia kini boleh mendapatkan kredit dengan lebih mudah dan cepat, pada hari yang sama permohonan dibuat. Pemegang tiket yang mendapati penerbangan mereka dibatalkan oleh AirAsia dari 23 Mac hingga 31 Ogos 2020 boleh mengekalkan nilai tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG mereka pada hari yang sama permohonan dibuat.
Akaun kredit boleh digunakan dalam masa dua tahun (730 hari kalendar) dari tarikh dikreditkan dan tarikh perjalanan untuk tempahan baharu boleh dibuat pada bila-bila masa, selagi penerbangan tersedia untuk tempahan di airasia.com atau di aplikasi mudah alihnya. Langkah terbaharu itu sejajar dengan nilai syarikat yang mengutamakan tetamu dan bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ketidakpastian dalam situasi terkini dengan penyelesaian yang lebih lancar.
AirAsia Virtual Allstar atau AVA akan membantu pelanggan untuk memohon Akaun Kredit mereka. Hanya kemukakan nama, e-mel dan nombor tempahan, kemudian, AVA akan memeriksa ID Ahli BIG yang diberikan untuk memastikan ia sama dengan nama dan rekod pendaftaran akaun Ahli BIG sebelum memproses kredit ke akaun mereka.
Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan AirAsia Adam Geneave berkata, pihaknya menghargai maklum balas yang diberikan oleh tetamu dan pasukan AirAsia telah bekerja keras untuk mencari penyelesaian yang lebih cepat dan mudah untuk mengakses pilihan pemulihan.
"Kami berbesar hati untuk menawarkan pilihan Akaun Kredit yang lebih mudah kepada tetamu yang memilihnya sebagai kaedah bayaran balik untuk terbang bersama kami di masa hadapan. Kami berterima kasih atas kerjasama mereka, yang bukan hanya akan membantu kami mengatasi cabaran ini, malah mengukuhkan semangat kebersamaan antara satu sama lain," katanya.
Tetamu yang telah memohon Akaun Kredit mereka akan menerima e-mel daripada AirAsia yang akan membantu proses permohonan kredit pada hari yang sama. Selain itu, tetamu juga diingatkan bahawa Akaun Ahli BIG diperlukan untuk dikreditkan dan tertakluk kepada pengesahan tempahan. Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan, sila rujuk panduan di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Musim yang dinantikan sudah tiba dan kita semua menantikannya. Walaupun pergerakan masih dihadkan, tiada apa yang patut menghentikan kita dari mendapatkan Raja Buah; durian.
Di bawah ini disertakan beberapa lokasi jualan di Negeri Selangor untuk anda mendapatkan pelbagai jenis durian dengan harga yang berpatutan. Ataupun, sebagai langkah yang selamat, perkhidmatan penghantaran juga ditawarkan untuk melindungi anda dan yang tersayang!
Telah berada dalam perniagaan durian selama 20 tahun, syarikat ini menawarkan pelbagai jenis durian termasuk XO, Udang Merah, Tracka, Golden Phoenix dan sebagainya. Jika anda lebih berminat membeli melalui servis penghantaran, mereka juga ada menawarkan penghantaran sekitar Lembah Klang.
Cuma pastikan anda membuat pesanan sebelum jam 3 petang dan penghantaran durian anda akan dilakukan pada hari yang sama. Jika anda berasa ragu-ragu untuk mendapatkan durian jenis apa, anda boleh layari laman sesawang mereka dan lihat di bahagian Galeri.
Syarikat yang terkenal yang menawarkan pelbagai jenis durian dengan perkhidmatan pelanggan yang amat memuaskan, Durian Bear bukan sahaja menawarkan durian, namun juga produk berasaskan durian seperti krepe durian, kek durian, cendol durian dan tempoyak. Laman sesawang mereka yang mudah digunakan lengkap dengan maklumat yang anda perlukan untuk membeli durian.
Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke kawasan Lembah Klang. Durian yang bakal dihantar juga akan melalui semakan kualiti terlebih dahulu sebelum dihantar ke rumah anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://durianbear.my/atau hubungi +6016-8947992
Ezy Durian adalah sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis durian yang terletak di Batu Caves, Selangor. Syarikat ini menjual pelbagai rangkaian durian termasuk jenis durian yang masih belum tiba musimnya seperti Durian Lipan Merah, Durian Balik Pulau, Durian D144 dan banyak lagi.
Selain daripada mempunyai kedai yang tersendiri, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran. Penempahan yang dibuat setiap hari daripada pelanggan akan dihantar pada hari yang sama 2 jam selepas penempahan dibuat. Kawasan penghantaran termasuk seluruh kawasan Lembah Klang.
Jika anda peroleh durian yang sudah rosak, jangan risau syarikat ini menawarkan polisi untuk membantu anda mendapatkan pembayaran balik (refund). Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.ezydurian.com.my/atau hubungi +6011-2081 9711
Bukan sahaja durian, malah anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis buah tempatan yang lain yang sudah tiba musimnya di Pasar Tani Kekal Selayang. Dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 4 petang, buah-buahan yang boleh didapatkan disini termasuk manggis, langsat dan pelbagai jenis durian juga boleh dibeli secara borong.
Semua buah-buahan yang dijual disini datang segar dari kebun tempatan yang terdaftar di bawah FAMA yang mana juga bertanggungjawab atas pengeksportan durian. Oleh itu, anda tidak perlu khuatir akan kualiti buah-buahan yang dijual disini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6019-6630733
Syarikat yang telah berada dalam industri jualan durian selama lebih dari 50 tahun sejak tahun 1975 ini juga menawarkan pelbagai jenis durian untuk warga Klang. Jenis durian yang dijual termasuk Udang Merah, D24, Butter King, Black Thorn dan banyak lagi. Baru-baru ini, syarikat ini mula menjual lebih banyak jenis buah termasuk avokado, strawberi, buah naga dan juga produk lain seperti telur organik.
Jika anda memerlukan perkhidmatan penghantaran, kedai mereka juga boleh didapati di aplikasi Grab dan anda boleh menikmati promosi diskaun di situ. Anda juga boleh membuat pengambilan sendiri (pickup) di kedai mereka yang terletak di Taman Berkeley, Klang yang dibuka setiap hari dari jam 8.30 am sehingga 10malam.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6016-6491511
Terletak di IOI Boulevard, Puchong, syarikat ini mempunyai restoran yang anda boleh nikmati bukan sahaja durian segar tetapi termasuk juga juadah-juadah unik yang lain yang berasaskan durian. Juadah-juadah itu termasuk Piza Durian, Nasi Goreng Bersama Musang King, dan juga Kopi Musang King. Restoran yang berinsipirasikan durian ini juga menjual Musang King Raub yang popular, sepanjang tahun. Selain daripada menikmati makan mereka di restoran, produk-produk mereka juga boleh dibeli melalui aplikasi GrabFood. Anda boleh membuat pesanan anda berdasarkan menu mereka yang serba lengkap di aplikasi tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6012-5228611
Durian Man dahulu adalah sebuah gerai yang kecil sejak tahun 1998 dan setelah beberapa tahun berlalu, syarikat ini telah membesar menjadi lokasi yang terkenal dalam kalangan peminat durian di Lembah Klang. Syarikat ini mempunyai premis yang selesa dan sesuai untuk keluarga dan kumpulan rakan-rakan untuk menikmati durian yang segar dari ladang secara hidang atau jamuan buffet. Durian Man juga giat menjalankan promosi di laman Facebook mereka melalui sesi siaran langsung untuk mengumumkan harga runtuh buat bagi produk durian seperti dari jenis Musang King.
Terliur? Sudah tentu anda tidak perlu khuatir di mana anda perlu mendapatkan durian jika anda berada di Negeri Selangor kerana Negeri ini mempunyai banyak tempat yang menjual Raja Buah ini tidak kira bangunan kedai mahupun gerai-gerai khemah kecil yang banyak di tepi jalan. Anda juga tidak perlu risau kerana perkhidmatan penghantaran untuk buah durian juga turut ditawarkan untuk warga Lembah Klang. Cuma pastikan anda memeriksa durian dan tawar-menawar dengan peniaga untuk mendapatkan durian dengan harga yang terbaik.
Kredit: Selangor.Travel
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selalunya kalau ada cuti peristiwa, ramai pekerja yang merancang bercuti panjang. Maka mereka akan cuba menyusun sebaik mungkin cuti yang diperolehi dengan baik. Mana tidaknya, percutian akan lebih seronok kerana masa yang diambil untuk berehat atau meluangkan masa bersama yang tersayang lebih panjang.
Namun kadangkala perancangan untuk bercuti yang anda buat tidak ‘menjadi’ disebabkan tuntutan kerja. Tiba-tiba sahaja nama naik dan terpaksa berkerja luar kawasan atau menggantikan rakan sekerja yang mempunyai hal kecemasan ketika cuti tersebut. Tidak mengapalah! Anggap sahaja kerja tersebut adalah ibadah.
Namun harus diigatkan, apa hak anda sebagai pekerja sebetulnya jika perlu bertugas pada hari cuti peristiwa! Apa pun, semak terlebih dahulu kontrak atau tawaran kerja dengan majikan yang telah anda persetujui. Lain bidang pekerjaan, kemungkinan lain hak yang diperolehi!
Perkongsian daripada individu ini mungkin boleh jadikan rujukan atau info berguna.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...