Sebuah restoran kecil diberi nama Wolfgat yang terletak di perkampungan nelayan Afrika Selatan dinobatkan sebagai restoran terbaik di dunia pada Anugerah Restoran Sedunia Terbaik yang berlangsung di Paris, Perancis baru-baru ini.
Persekitaran yang sederhana dan konsep masakan kembali kepada asal yang diamalkan oleh pemiliknya juga chef di situ, Van Der Merwe berjaya menambat hati panel hakim Anugerah Restoran Sedunia.
Restoran Wolfgat ini terletak di tepi sebuah pantai menghadap Lautan Atlantik di Cape Barat dan baru dibuka dua tahun lalu. Bangunan asal restoran ini adalah sebuah kotej berusia 130 tahun dan dikendalikan Van Der Merwe sendiri serta dibantu oleh enam pekerja, yang kebanyakannya wanita.
Di restoran ini hanya mampu memuatkan 20 orang pelanggan sahaja untuk menjamu selera pada satu masa. Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera di bahagian dalam restoran, balkoni atau dibahagia luar menghadap pantai.
Set menu di restoran ini mengandungi hanya tujuh hidangan sahaja berharga sekitar AS$60(RM245), jauh lebih murah berbanding harga di restoran lain berhampirannya.
Antara hidangan istimewa di restoran Wolfgat termasuk rumpai laut, ikan layang-layang bersama sambal bokkom dan masala bawang putih, kupang serta kerangan lain serta sayuran laut. Van Der Merwe mencipta resipi uniknya berdasarkan masakan masyarakat Melayu Cape Town di Afrika Selatan.
Pada setiap hari, Van Der Merwe akan keluar mencari ramuan asli berhampiran restorannya sebagai bahan sampingan untuk masakannya. Antaranya bunga lavendar, rumpai laut segar dan kepah. Beliau juga dikatakan begitu mahir membuat roti yang sedap dan menteganya sendiri.
Sarawak kaya dengan kepelbagaian bentuk muka bumi sememangnya menjadi destinasi tumpuan penggiat rekreasi luar dari seluruh dunia.
Bagi anda yang berminat dengan aktiviti mendaki, mandi sungai atau menginap di kawasan hijau sekitar negeri Sarawak, anda dicadangkan ke Permai Rainforest Resort. Merupakan resort yang eko-mesra di kaki Gunung Santubong, dengan 5 minit berjalan kaki dari Desa Budaya Sarawak. Resort ini menawarkan percutian alam yang mendamaikan.
Tarikan utama pengunjung yang datang ke sini sudah semestinya kesegaran air sungai serta kawasan mandi-manda di kawasan air tsungai yang jernih dan menyejukkan. Paling istimewa di sini mempunyai sebuah kawasan kolam biru yang sangat cantik.
Blue Pool / Kolam Biru Perkongsian: Ismail Bin Roslan
Blue Pool Santubong salah satu tarikan di Permai Rainforest Resort, sebuah kem resort yang terletak di kawasan pantai kaki gunung Santubong (sebelah Kg. Budaya Sarawak). Untuk ke BluePool memerlukan 60 hingga 90 minit treking dari kaunter pendaftaran.
Disebabkan trail berbentuk loop, terdapat 2 pilihan untuk memulakan trail. Sama ada melalui jalan pantai 2 yang agak landai atau melalui trail ke puncak 4.5 yang memerlukan sedikit pendakian dan menurusi air-air terjun yang kecil. Keduanya diukur dengan jarak 2km.
Info :
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Indonesia, sebuah negara yang kaya dengan banyaknya pulau yang memukau dunia kerana keindahan alam semulajadi yang dimiliki. Banyak pulaunya menjadi tumpuan pelancong serata dunia termasuk Bali, Lombok dan banyak lagi. Tidak terkecuali pulau-pulau kecil yang jarang diterokai, umpama memperoleh zamrud di syurga dunia. Di bawah, disenaraikan tujuh pulau terpencil yang juga tersembunyi namun memiliki keindahan cukup menawan.
Terletak di Kepulaun Karimunjawa, Pulau Kecil memiliki keindahan alam semula jadi amat memukau. Terumbu karangnya juga sangat indah, umpama syurga bagi kaki snorkling dan diving. Sesuai namanya, Pulau Kecil hanya seluas 1.5 hektar sahaja.
Di wilayah Singkawang, Kalimantan Barat, ada pulau kecil bernama Simping. Pulau ini mendapat julukan nama Kelapa Dua namun kini dikenali sebagai Pulau Simping dan diiktiraf oleh PBB sebagai pulau terkecil di dunia kerana luasnya hanya 0.5 hektar. Walau kecil, namun ia sedikit pun tidak mengurangi keindahan alam semulajadinya. Selain pemandangan laut dan pantai, Pulau Simping menawarkan pemandangan bukit-bukit yang sangat cantik. Ia sering menjadi tumpuan pelancong biarpun tidak mampu menampung jumlah yang ramai. Tapi semuanya teruja kerana tempat ini amat cantik.
Bagi pelancong, pasti ramai tahu Pulau Pahawang? Terletak di Lampung, pulau dengan keluasan 1000 hektar ini memiliki hamparan air laut serta pasir pantai yang memutih serta sangat indah. Pemandangan bawah lautnya juga sangat memukau dan digelar Primadona oleh masyaratnya kerana sangat cantik. Ada dua pulau di sini iaitu Pahawang besar dan kecil. Boleh naik ke sini melalui Pelabuhan Ketapang dengan masa perjalanan lebih kurang 45-60 minit dengan bot.
Samalona adalah pulau kecil yang terletak dekat Pantai Losari, Makassar. Luasnya hanya 2 hektar. Setiap tahun keluasannya semakin mengecil dan kini hanya tinggal 2 hektar saja. Namun ia sangat terkenal ke seantero dunia kerana ramai pelancong asing datang ke pulau ini. Ia menyediakan perkhidmatan diving dan snorkling siap dengan pemandunya. Bahkan lebih memukau kita boleh saksikan terumbu karang dari atas permukaan air sahaja kerana kejernihan air lautnya.
Kalau orang Indonesia pasti tahu Kepulauan Seribu. Di sanalah terletaknya pulau kecil yang sangat indah iaitu Pulau Macan. Berkeluasan hanya 0.8 hektar, ia sudah dirancang untuk konsep eco resort. Hanya perlukan tiga minit untuk mengelilingi pulau yang indah dan sangat memukau ini. Selain berenang, boleh juga menaiki banana boat, berkayak selain lakukan aktiviti menyelam.
Sebahagian dari Taman Nasional Ujung Kulon, Pulau Peucang memiliki alam semulajadi yang sangat indah. Terletak di daerah Banten, ia boleh dikunjungi dengan menaiki bot dari Taman Nasional Ujung Kulon. Pasir pantainya memutih dan boleh lakukan aktiviti jungle traking di sini.
Pulau Biawak atau disebut juga Pulau Rakit adalah sebahagian pulau yang terletak di Kepulauan Biawak Laut Jawa di Daerah Indramayu Jawa Barat. Ia menjadi habibat bagi binatang ini kerana ada ratusan binatang itu di temui di sini. Menariknya boleh bergambar dengan binatang di sini tanpa perlu rasa takut. Sumber :Islam Pos
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...