Jujurnya ramai yang sudah mulai bosan terkurung dalam rumah khususnya bagi negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ini kerana had perjalanan diperkenalkan memaksa orang ramai duduk di rumah sahaja. Malah beberapa aktiviti seperti joging dan bersukan tidak dibenarkan.
Jangan terus boring kerana sebenarnya ada banyak aktiviti menarik yang boleh ibu bapa lakukan bersama anak-anak dan ia salah satu cara mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Sabtu ini, The Top Boutique Aquarium yang terletak di tingkat 4 Bangunan Komtar yang juga merupakan akuarium terbesar di Pulau Pinang akan memberikan keseronokan buat seisi keluarga apabila menganjurkan virtual tour secara percuma ke akuarium ini.
Ads
Ia bakal diadakan tepat pada jam 11 pagi di mana orang ramai boleh menyaksikan ribuan ikan-ikan unik berenang bebas di dalam lebih 100 tangki melalui facebook dan instagram rasmi The Top. Hanya masuk dan click di facebook rasmi ini sebelum menyertai aktiviti menarik ini seisi keluarga.
Ads
Jadi jangan lepaskan peluang ya kerana ia adalah percuma saja.
Seorang warganegara Jepun yang diiktiraf lelaki paling tua di dunia meninggal dunia pada usia 112 tahun.
Perkara itu disahkan organisasi dan rumah jenazah yang memaklumkan mendiang, Chitetsu Watanabe meninggal dunia pada 23 Februari 2020 lalu. Chitetsu Watanabe yang dilahirkan pada 5 March 1907 di sebuah perkampungan Uragawara meninggalkan lima anak dan 12 cucu dan 16 cicit.
Foto kenangan bersama keluarga besar.Mendiang (paling tengah) ketika berkerja di Ladang Tebu
Sebelum ini Chitetsu Watanabe tinggal bersama salah seorang anak lelakinya, namun dipindahkan ke rumah persaraan setelah dijangkiti Influenza. Media Jepun melaporkan Chitetsu Watanabe sebelum ini tidak boleh makan dan mengalami demam selain sukar bernafas. Bagaimanapun, punca kematian Chitetsu Watanabe masih belum disahkan.
Mendiang menerima sijil rekod dunia Guinness sebagai lelaki tertua pada 12 Februari baru-baru ini dan hanya sempat memegang rekod tersebut beberapa hari sahaja sebelum meninggal dunia.
Nampaknya jiran sebelah kita, Thailand boleh tersenyum gembira kerana telah membuka pintu sempadan kepada pelancong bermula hari ini.
Dikatakan empat pesawat yang membawa 249 penumpang dijangka tiba di Phuket esok (hari ini) selepas ia dibuka semula untuk kunjungan pelancong.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Taweesilp Visanuyothin berkata, Kementerian Sukan dan Pelancongan sedang mengkoordinasi ketibaan empat pesawat berkenaan yang juga menandakan permulaan program rintis Phuket Sandbox.
Pelancong yang tiba adalah dari banyak negara namun yang utama adalah Israel, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar,” katanya.
Menurutnya, peraturan ketat akan dikenakan bagi memastikan kes Covid-19 terkawal.
Sebelum menaiki pesawat, penumpang perlu menyediakan lima dokumen iaitu sijil kemasukan (CoE), sijil perubatan mengesahkan mereka negatif Covid-19 tidak lebih 72 jam sebelum menaiki pesawat (kecuali bagi kanak-kanak berusia bawah enam tahun), insurans Covid-19 dengan perlindungan sekurang-kurangnya AS$100,000, bukti pembayaran penginapan dan ujian saringan serta sijil pengesahan dua dos vaksin Covid-19.
Mereka akan mendarat terus di Phuket atau melalui Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
Sementara itu, menurutnya Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand menjangkakan 100,000 pelancong asing akan tiba di Phuket pada suku ketiga tahun ini.
Keajaiban daripada Tuhan apabila seorang rakyat Malaysia yang sebelum ini koma selama 45 hari disebabkan wabak Covid-19 akhirnya pulih sepenuhnya.
Pada 15 Mac lalu, Mohd Zaidy Abdul Rahman, berusia 43, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Houssay, Argentina dan terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan. Bagaimanapun selepas hampir dua bulan dirawat dan bergantung dengan mesin bantuan pernafasan, pada 1 Mei lalu lelaki itu sedar dan pulih sepenuhnya dari wabak berkenaan.
Ikuti perkongsian pengalaman beliau
"Saya hanya diberitahu dijangkiti COVID-19 selepas 30 hari sedar daripada ditidurkan ketika menerima rawatan di hospital," kata Mohd Zaidy Abdul Rahman, seorang pendakwah bebas yang masih terkandas di Argentina bersama bapa mertuanya.
Menceritakan detik cemas berada selama 48 hari di sebuah hospital di bandar Vicente Lopez di Argentina, sejak mula dimasukkan ke hospital berkenaan 14 Mac lalu, Mohd Zaidy berkata beliau satu-satunya pesakit kritikal pertama yang dirawat dan pulih sepenuhnya, ketika itu.
“Selepas semalaman berada di hospital saya telah ditidurkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Zaiyadal Aquaculture Sdn Bhd itu. Selepas sedar baru tahu saya dijangkiti COVID-19 sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk 15 hari lagi dan kemudian tiga hari di wad biasa,” katanya menerusi WhatsApp kepada sumber Bernama.
Mohd Zaidy berkata beliau bersama empat lagi ahli rombongan termasuk bapa mertuanya tiba di Argentina pada 7 Mac untuk misi dakwah. Selepas kira-kira seminggu berada di negara itu kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke hospital pada 14 Mac lepas.
“Tiga lagi àhli rombongan pulang ke tanah air ketika saya dirawat di ICU," katanya.
Beliau merakamkan penghargaan kepada pihak hospital terutama kepada jururawat dan kakitangan fisioterapi atas layanan baik yang diberikan. Sebelum dibenarkan keluar, dia turut diraikan dalam satu acara perpisahan khas dengan iringan lagu serta petikan gitar oleh kakitangan hospital. Turut mengiringi majlis berkenaan ialah petikan gitar oleh kakitangan hospital terbabit. Berita kesembuhan Mohd Zaidy itu turut mendapat liputan meluas di portal dan media sosial di Argentina.
"Terharu apabila petugas hospital turut menyanyikan lagu bertajuk “Resistiré” (dalam Bahasa Sepanyol ataupun dalam Bahasa Inggeris “I will survive”) ketika mengiringi keluar dari wad selepas pulih sepenuhnya. Pada mulanya, pihak hospital seolah-olah hilang harapan ketika merawat saya, tapi Alhamdulillah saya sembuh juga berkat doa keluarga, ulama dan rakan-rakan dari seluruh dunia. Saya bersyukur dan amat berterima kasih atas doa mereka. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Malaysia di Argentina kerana membantu membolehkan isteri saya di Malaysia menerima laporan mengenai perubatan saya. Buat masa ini, saya bersama bapa mertua menyewa homestay. Saya sangat berharap Wisma Putra boleh menghantar pesawat khas ke (Argentina) untuk bawa kami berdua dan beberapa keluarga yang masih terkandas di sini balik ke Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Mohd Zaidy memohon kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra membantu menguruskan penerbangan khas secepat mungkin untuk membolehkan beliau dan bapa mertuanya pulang ke tanah air. Mereka anak beranak adalah usahawan mengusahakan syarikat sendiri Zaiyadal Aquaculture Sdn Bhd iaitu Zaid sebagai pengasas, Mohd Zaidy (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Zainah (pengurus).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...