Alhamdulillah ala kulli hal..Dah setahun lebih tak camping, last sekali Feb 2020..serba tak kena jadinya, cari barang-barang camping dalam stor, macam ada barang yang tak cukup, tapi bila loading barang dlm kereta, macam tak muat plak, dulu muat je
Masa ni dh risau dah, camne nak angkut semua mende ni, macam nak lari dari umah je.Mengah jugak nak angkut semua mende ni..tapak kami Private Durian hujung nunnnn haaa..Tengah berpakat adik beradik dua org ni mende nak buat pasni..jgn harap korg dapat terjun sungai selagi tak siap setup khemah.Amek nafas jap, mengah.
Kami pergi 4 orang, hajat asalnya nak pergi weekend tapi bila contact tuan tanah, katanye weekend booking dah penuh sampai akhir tahun ni, tinggal weekdays je..
Apa lagi, terus dipanggil untuk mesyuarat tergempar dengan family, akhirnya keputusan sepakat berjaya dicapai, camping weekdays pun weekdays lah, ayoh pun tengah cuti, kelas PDPR anak-anak kita buat kat campsite, bawak buku dan pakaian kelab sekali..
Nak mengepam mende alah ni satu hal jugak, lupa pulak nak bawak pam letrik tu, keras jugak lah labu betis ni nak pam mende ini..Ni view dr depan tapak menghadap ke belakang..2 hari sblum dtg sini, dh usha2 si Arpenaz Fresh Shelter ni, tp kat Decathlon dh habis..so duk pikir2 pakai fly biasa je lah..tengah scroll up n down kat FB, ternampak ada kawan kita ni Ismail Hafizi nak let go shelter ni, deal kejap terus ON..advantage guna mende alah ini, luas dia 3m x 3m, dpt proper area under shade n sidewall..malam boleh tutup habis kot risau binatang mcm anjing duk kacau especially kawasan dapur..lg satu senang nk berteduh..downside dia, mende ni berat compare ngan fly..tu je lah kot..Ni gambar tapak Private Durian, view dari belakang menghadap depan kawasan tapak..best kan? Redup, tenang, cantik view dia..rasa macam nak buat umah kat sini
Lerrr patut laaa tak muat satu kereta. Kena pulak buat mesyuarat satu lagi, mcm mana ini tak muat satu kereta..namun begitu, keputusan berjaya juga dicapai, bawak satu lagi kereta, biar lah apa orang nak kata
Ads
Memandu dari Bangi ke D’Tepian Sungai Campsite Hulu Langat actually tak jauh pun, dalam 38km saja, tapi ambik masa dalam sejam jugak nak sampai.
Mungkin sebab kami bertolak awal pagi, kereta banyak kat jalan especially dari simpang depan Balai Polis Batu 9 Cheras ke Pekan Batu 18.
Memang dah plan nak check-in awal, kebetulan pulak tapak yang kami tempah tu tak ada booking hari sebelumnya, so boleh lah datang awal sket..
Tapak yang kami tempah ni Private Durian nama diberi, tapak paling hujung dan agak jauh dari kawasan letak kereta, peluh sampai ke peha jugak lah nak tarik wagon dan troli ke tapak.
Masak brekpes pagi2 menghadap view begini, nyamannnAwal-awal lagi masak tomyam dah..ada korg jumpa kedai tomyam tepi sungai macam ni?
Ads
Kelas online atas hammock..layankan je lerr.
Tapi tak ada hal, sebab tapak ini memang best, redup dengan payungan pokok-pokok kat situ, depan sungai, waktu malam paling best layan jiwa sambil pasang lagi S.Jibeng
Taknak cerita banyak, perkongsian kali ni lebih kepada gambar dan video sahaja..alhamdulillah semua berjalan lancar..eh jap, kat bwh ni info sikit pasal campsite:
Kemudahan: – Tempat Letak Kereta – Ada n percuma – Bayaran masuk – Percuma – Tempat Campfire & BBQ – Ada – Security – Ada..pintu masuk utama ditutup waktu malam, ada lampu waktu malam di sekitar tapak – Surau – ada, bleh memuatkan 30 org kot.. – Dewan – ada – Dorm – ada – Chalet – not in operation – Stream – best – Toilet – OK..toilet lelaki ada 2, tp tgh tambah lagi 2 unit. – Sinki – ada – Phone coverage (DIGI, CELCOM, Maxis ada tp kurg sket) – Jalan access berturap – ada sampai ke pintu masuk campsite – Elektrik – ada, cuma bawak extension cable je – Bayaran tempahan – 50%
Ads
Menu wajib, maggi kari dengan kopi O..Kelas ngaji..kat sini line Celcom & Digi cun, Maxis 50-50..so xde hal sape2 nk dtg weekdays tp anak-anak ade kelas online, boleh ON jeBreakfast orang kampung.Coffee set yang biasa saya bawak mana-mana waktu camping..satu lagi Nanopresso, tiada dalam gambar..senang nak buat espresso on-the-go
Laluan Sutera di China sangat sesuai dikujungi oleh umat Islam dari Malaysia. Selain mengenali lebih dekat budaya rakyat tempatan, umat Islam turut boleh membantu kaum minoriti Islam di China melalui kerjasama perniagaan makanan dan barangan serta pakej pelancongan.
Ikuti tip dan saranan daripada kumpulan rakyat Malaysia ini yang berkesempatan dan berpeluang teroka Laluan Sutera China ini.
Sekadar perkongsiaan serba sedikit berkenaan Jelajah Laluan sutera, China dan memasuki sendiri ke Wilayah Xinjiang dimana dikatakan bangsa Uyghur ditindas (tak nak komen lebih) bulan lalu. Route kami :
Sedikit highlight semasa kami melakukan silk road:
1) Train
-Terminal Train tidak beroperasi 24 jam sehari, jadi pastikan perancangan dan masa sesuai untuk pergi ke train station. Semasa di Xian Train Station train ditutup pada 12 malam dan beroperasi semula pada jam 6 pagi. Kalau pergi season okay, boleh menapak tepi bangunan, tapi pergi winter season beku nak hadap so best option cari hotel bajet area station.
– Train mereka sangat efisen, punctual tak kan lewat seminit. Lambat tinggal. Tapi kes kami, lambat dan tidak dibenarkan turun kerana train akan berjalan. Semasa di Zhangye, beberapa ahli team tidak berjaya turun kerana lambat sampai di pintu keluar dan train bergerak ke next destinasi dan kami harus menunggu 3 jam untuk kembali ke bandar Zhangye. Train tu patah balik menuju ke Xian dari Jiayuguan.
. 2) Keselamatan
– Kawalan keselamatan sangat ketat terutamanya di bandar Xinjiang. Pasport kami diperiksa beberapa kali diperiksa oleh askar dan polis sebelum tiba di Urumqi, dan terdapat face recognition di beberapa kawasan.
– Foreigner, diharuskan melaporkan ketibaan kepada polis bertugas di Train station sebelum memasuki kawasan train station dan harus mendapatkan cop kebenaran sebelum memasuki station dan ini terjadi hanya di Xinjiang.
– Perempuan terpaksa membuka tudung di Airport dan untuk pemeriksaan tanpa ada bilik khas. Semasa melalui security check di Tashkurgan, mereka juga diarahkan untuk membuka tudung. Pemeriksaan beg dan pasport juga harus melalui 3 checkpoint.
3) Hotel
– Kesukaran hotel hanyalah di Wilayah Xinjiang dimana foreigner tidak dibenarkan menginap di hotel bajet. Walaupun kami telah menempah awal hotel 3 bintang tapi semasa ketibaan di urumqi kami tidak dibenarkan untuk check in atas alasan sistem baru mereka tidak membenarkan pelawat dari luar, tapi mereka telah mencari hotel yang baru dan harga jauh lebih tinggi mungkin 4-5 bintang.
4) Bahasa
– Kesukaran bahasa tidak menjadi penghalang, google translate kan ada. Tapi, berbeza wilayah xinjiang kebanyakan mereka bercakap dalam bahasa urdu. Wajah mereka pun dah memang tak nampak macam china kerana wilayah xinjiang berdekatan Mongolia, Kazakhtan, Pakistan, Afghanistan dan Tajikistan. so kadang guna, logo dan gaya janji mereka paham.
5) Makanan
– Paling best makan di Urumqi, makanan sedap. Jangan bimbang kebanyakan makanan halal boleh dijumpai dengan mudah dan kalau was was pergi dekat kawasan masjid banyak restoran halal. Nak senang, cari logo halal china di google. Setiap restoran memang terpampang logo tersebut.
6) Internet
– Kitorang beli sim Hello di Malaysia siap siap, install free VPN kerana akses Fb, Ig, Whatsapp disekat disana. Mereka hanya menggunakan wechat. Mereka menggunakan wechat sebaiknya, membuat bayaran pembeliaan, taxi, toll, basjuga menggunakan aplikasi wechat.
Jelajah laluan sutera, antara satu perjalanan yang unik dan kami juga terkandas di Kasghar selama 2 hari akibat dilanda ribut pasir dan semua penerbangan dibatalkan. Apa yang boleh saya katakan, tempat ini selamat untuk dilawati dan antara laluan terbaik pernah saya pergi. “Masuk tempat orang bawak otak bukan pisau”.
Pesanan ringkas “maklumkan kepada pihak kedutaan tentang kehadiran, itinerari dan butir diri kepada pihak kedutaan Malaysia negara korang akan pergi sekurangnya mereka tahu tentang kehadiran kita disana jika berlaku apa apa masaalah”
Teh merupakan sebahagian besar daripada budaya Asia dan ini ternyata sekali di Malaysia di mana ia digemari dan diminum oleh hampir semua rakyat Malaysia. Kini buat kali pertama di Malaysia, Unilever Food Solutions (Lipton) berganding bahu dengan Monin untuk memberi pencinta teh, satu konsep serba baru dalam menaiktaraf cita rasa minuman ini ke tahap yang maksima.
Memperkenalkan #MixTealogy: satu ramuan sempurna dari teh Lipton murni beserta kualiti prima sirap Monin yang menawarkan kenikmatan minum teh bersama dengan campuran inovatif ini, tentu akan membuka pintu kepada kemungkinan #MixTealogy tanpa batas.
Ditubuhkan di Bourges, Perancis pada tahun 1912, Monin merupakan pengeluar utama perisa gourmet yang prima. Monin boleh didapati di lebih 150 negara dengan tawaran 175 perisa termasuk sos gourmet, puri buahan dan serbuk frappe untuk mencipta pelbagai minuman tanpa had.
Hari ini, Lipton adalah jenama terkemuka di dunia dan dijual di lebih 150 negara. Lipton juga jenama pertama untuk menjual daun teh dalam beg dan setiap tahun lebih 100 bilion minuman Lipton dinikmati di seluruh dunia.
Teh ais dianggap sebagai yang terbaik untuk senarai lima minuman berais kerana ia menyegarkan sehingga dianggap sebagai menyihatkan dan #icedtea serta #coldbrew tea sudah mengetuai carta media sosial kini. Dengan gabungan kepakaran dua jenama bersama, #MixTealogy sudah tampil ke depan dan nampaknya akan menjadi satu cita rasa kegemaran terbaru.
“Sebagai salah satu pembekal terkemuka dalam perniagaan perkhidmatan makanan, Unilever Food Solution sungguh berbangga dengan jenama Lipton serta berkesempatan bekerjasama dengan rakan terkini iaitu Monin.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ini lokasi jalan kaki sekitar Ipoh yang patut anda tahu kalau sudah sampai Perak. Serius, jiwa akan rasa seronok kalau tbercuti tapi dapat jimatkan kos.
Jom baca perkongsian daripada Adda macam mana dia bergerak jalan kaki sahaja waktu sampai Ipoh. Banyak sangat tempat menarik dekat-dekat bandar Ipoh pun, senang!
Lokasi Jalan Kaki Sekitar Ipoh
Buat korang yang plan nak ke Ipoh, tapi masih tah tahu nak hala ke mana, boleh singgah 9 tempat ini ya:
1. Concubane Lane
Pergi sini sebab nak makan street foods yang super sedap! Dan dah tentulah borong souvenir sebagai kenangan. Boleh makan dessert ‘rain drop’ dan ‘ais kepal’ cuaca pulak panas, lega tekak wehh!
2. Kong Heng Square
Bermalam di ‘Hotel Sekeping’ yang terletak di kawasan Kong Heng Square, lagi menjimatkan masa dan tenaga kalau nak berjalan kat Ipoh. Sambil tu aku ronda artisan market dan boutique kat kawasan ini.
3. Little India
Dengar nama pun tahu ia adalah kawasan India. Jalan kaki lebih kurang 10 minit dari Concubane Lane. Ada banyak pilihan restoran masakan india juga kedai menjual pakaian tradisi serta aksesori mereka.
4. Lorong Panglima – Lorong Seni
Lepastu, kami teruskan lagi jalan kaki ke ‘Lorong Panglima’, lorong yang telah dicantikkan dengan lukisan mural. Pilihan para photographer dan mempelai untuk bergambar di sini.
5. Book Xcess
Bukan sekadar Book store bagi si ‘ulat buku’. Malah menjadi port OOTD bagi yang suka bergambar. Setiap sudutnya cantik, memang seronok singgah sini.
6. Birch Memorial Clock Tower
Dibina pada tahun 1909, ini menjadi salah satu bangunan bersejarah kat Ipoh ini. Kami tak lepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat. Ambil masa 8 minit jalan kaki dari ‘Book Xcess’.
7. Ipoh Railway Station
Keunikan pembinaan bangunan station ini amat mengagumkan. Masih kekal bertahan sehingga kini. 20 minit jalan kaki ke ‘concubane lane’. 1st day sampai kami pergi sini dulu, sebab datang naik keretapi. Baru lah jalan ke tempat lain.
8. Cendol Abang Kacak
Pernah viral kerana si penjual adalah abang kacak yang sado. Ramai artis dan ahli politik pernah singgah pekena cendol kat sini. Amboiii kemain! Aku pun tak lepaskan peluang singgah carik abang kacak. Tapi segan eh nak bergambar dengan dia. Carik cendol cukup lah kan. 🤭 Terletak betul-betul kat kawasan ‘concubane lane’. 2 minit sampai.
9. Cafe Suhaimi
Dah penat berjalan, of course lah lapar kan. Terletak di Jalan Bijeh Timah. Korang kena singgah makan kat sini. Mee kari dia padu weh!! Sebenarnya aku tak plan pergi sini. Masa tu jalan, terus ternampak Cafe Suhaimi ini. Lepas itu cubalah singgah.
Perghh, ini yang bestnya kalau jalan kaki, kita dapat singgah tempat yang tak ada dalam plan kita pun! Tak singgah mana kita nak tahu, tetapi `cafe Suhaimi’ sangat berbaloi. Murah dan sedap!
Jadi, mesti korang rasa tak sabar nak ke Ipoh kan? Save now travel later!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...