Bila sebut Genting Highlands ramai sukakan theme parknya yang memang happening giler. Tambah-tambah sekarang pelbagai jenis permainan outdoor dan indoor disediakan (belum dibuka sepenuhnya kepada orang awam. Hanya untuk pekerja dan ahli keluarga mereka sebagai percubaan) sebelum dibuka sepenuhnya pertengahan Disember nanti.
Tapi bagi yang nak menikmati keindahan semulajadi pusat peranginan dan mempunyai cable car antara 10 terpantas di dunia, sudah semestinya ia sentiasa menjadi tumpuan masyarakat. Ini termasuklah Genting Premium Outlet yang memamg havoc.
Dikongsi dari fb Bebelan Cik Min, bagi yang bercadang nak staycation di sini dan kemudian menikmati hi-tea disediakan, bolehkah mencub di GEO Resort & Hotel.
Jom baca review dikongsiknya. View memang ohsem dan makanan sangat sedap.
Ads
Bilik yang aku stay hari tu ialah jenis Superior Twin Room. Harga untuk 1 malam ialah RM350 (termasuk breakfast).
Luas bilik ni 32.5 sqm lengkap dengan twins bed, LED TV, coffee & tea making facilities, work desk, iron, iron board. Cuma bilik jenis ni bilik air dia tak ada bathtub. If nak bathtub korang kena pilih bilik jenis Premiere Suite.
Ads
Bagi aku bilik ni cukup selesa. Paling best bantal dia memang jenis yang letak kepala je lelap. Gebu ya amat!
Hotel ni 4.5 bintang so memang sangat lengkap dan selesa. Sarapan memang banyak sangat pilihan dan tempat makan memang sangat besar dan luas. Paling best ada roti sarang burung dan chef siap buat pertunjukan tebar roti canai lagi! Hehe..dah la seleksi makanannya banyak dan makanannya pula sedap belaka. Bab ni memang aku tak de nak komplen apa!
Ads
Swimming pool pula memang depan tempat makan je jadi senang la if korang nak pantau anak-anak time korang tengah makan tu.
Bagi yang nak ber Hi-Tea, kat hotel ni ada sediakan Hi-Tea dari pukul 2 sampai pukul 6 petang pada harga RM98nett. Hi-Tea dia kat Glass Haus yang terletak di Roof Top. Glass Haus ni lawa giler ye! Sambil nikmati minum petang, sambil boleh tengok pemandangan sekeliling yang berkabus tu. Rasa la ala-ala berada di oversea.
So far memang puas hati la stay kat sini. Insya-Allah lain kali repeat lagi. Oh ye! Hotel ni dekat je dengan Genting Premium Outlet (GPO). Kalau malas nak drive sendiri boleh amik Grab je nak ke GPO tu. Sumber :-Bebelan Cik Min di page Hotel Review Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
POKHARA, Nepal
Keindahan dan keunikan Pokhara terhasil daripada kombinasi antara tasik, gunung dan sungai. Kesempurnaannya boleh disaksikan sendiri dengan berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Phewa Tal, Mahendra Cave, Devi’s Fall dan Sarangkot.
Selain tarikan pada alam semula jadinya yang menakjubkan, wilayah ketiga terbesar Nepal ini turut menjadi perhatian kerana ia menjadi lokasi penting beberapa jenis sukan ekstrem seperti ultralighting, paragliding, mountain bike, white water rafting dan hiking
INFO:
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
Pokhara yang boleh diakses dengan menaiki bas ataupun kapal terbang dari Kathmandu menyediakan lebih kurang 250 buah hotel. Setiap satunya mempunyai pilihan harga yang berbeza, sama ada murah ataupun mahal.
KANDY, Sri Lanka
Wilayah kedua terbesar di Sri Lanka ini juga tidak terkecuali daripada menawarkan lokasi percutian yang menarik. Antaranya ialah The Temple of The Tooth, The Pinnewala Elephant Orphanage dan The Royal Botanical Garden in Peradeniya.
Kandy terletak berdekatan dengan Colombo. Ia boleh diakses dengan menaiki bas, keretapi ataupun teksi. Hanya tiga jam sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.
INFO: Hotel bajet serendah USD 30 sehari boleh ditemui dengan banyak di Kandy. Majoritinya menawarkan bilik yang cantik, bersih dan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
DHAKA, Bangladesh
Cuba lari daripada kesesakan lalu lintas ekstrem kota Dhaka dan berkunjung ke beberapa tempat menarik di persekitarannya. Pasti ramai yang teruja dan tidak menduga bahawa ibu negara Bangladesh ini sebenarnya kaya dengan struktur binaan unik seperti masjid, tugu dan istana.
Semuanya dibina sebelum abad ke-19 sewaktu era pemerintahan Islam dan penjajahan British. Antara yang popular dan menjadi mercu tanda Dhaka ialah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil dan Baitul Mukarram
INFO : Dhaka digelar sebagai City of Mosque kerana ia mempunyai lebih daripada 700 buah masjid. Sebahagiannya dibina sewaktu era pemerintah Empayar Mughal sekitar kurun ke-15 hingga 16.
DA NANG, Vietnam
Mahukan keindahan pantai dan alam semula jadi yang berada dekat dengan kota moden? Berkunjunglah ke Da Nang, wilayah ketiga terbesar Vietnam yang terletak di antara Ho Chi Minh dan Hanoi.
Sama ada mahu berehat di tepi pantainya yang cantik dan bersih iaitu My Khe Beach, menikmati keunikan gunung batu pualam yang menakjubkan iaitu Ngu Hanh Son atau membeli belah di pusat membeli belahnya yang besar dan mewah iaitu Lotte Mart?
Tepuk dada tanya selera.
TONLE SAP, Cambodia
Tonle Sap merupakan penempatan atas air yang mempunyai lebih kurang enam buah kampung. Ia terletak di Siem Reap dan boleh diakses dari Phnom Penh dengan menaiki bot selama enam jam. Tonle Sap menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terdiri daripada ikan, ular, buaya, burung dan kucing hutan. Di samping itu, tasik dengan keluasan 2,800 kilometer persegi ini turut dijadikan sebagai ladang penternakan buaya spesies Siam.
TIP: Pengunjung yang berminat merasai pengalaman tinggal di atas rumah air boleh berkunjung ke Kompong Luong. Cas sebanyak USD 8 (RM 25) dikenakan untuk penginapan selama sehari berserta makan dan minum.
DILI, Timor Laste
Dili masih lagi belum membangun sepenuhnya. Malah, kemudahan infrastrukturnya juga masih kurang dan hanya tertumpu pada kawasan pentadbiran sahaja. Namun, ibu negara Timor Laste ini semakin pendapat pendedahan umum. Semuanya disebabkan oleh ketenangan dan keindahan alam semula jadinya yang terdiri dari pantai, pulau dan gunung-ganang. Selain itu, tinggalan sejarah sewaktu era penjajahan Portugis juga memainkan peranan dalam memperkenalkan namanya.
INFO: Buat masa ini, tidak ada syarikat penerbangan lain yang menyediakan perkhidmatan ke Dili secara terus kecuali Airnorth dari Darwin, Australia, Air Timor dari Singapura dan Sriwijaya Airlines serta Merpati Nusantara Airlines dari Bali, Indonesia.
PALAWAN, Filipina
Palawan diiktiraf sebagai perbatasan terakhir ekologi Filipina kerana mempunyai kekayaan alam semula jadi yang menakjubkan. Tarikan utamanya tertumpu pada dua buah tempat penting iaitu Tubbataha Reef National Marine Park dan Puerto Princesa Subterranean River.
Palawan yang boleh diakses secara terus dari negara kita dengan menaiki MASwings melalui Kota Kinabalu ini juga terkenal sebagai syurga selam skuba kerana pemandangan dasar lautnya yang mempesonakan.
INFO MENARIK: Palawan terkenal dengan sungai bawah air yang terletak di daerah Sabang. Sungai ini diiktiraf sebagai ‘7 Wonder of Nature’ kerana keunikan bentuk dan habitat yang mendiaminya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ketika negara sedang memerangi wabak COVID-19 dengan serius, ia memberi kesannya terhadap rakyat dan ekonomi negara.
Namun sedikit lega apabila sebentar tadi Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatan Rakyat berjumlah RM250 bilion bagi manfaat rakyat. Yang menariknya tiada satu pun golongan yang akan tercicir.
Sebelum ini jemaah menteri juga dikatakan akan menyumbang dua bulan gaji mereka kepada Tabung COVID-19, menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri. Gaji 32 menteri dan 38 timbalan menteri itu akan ditolak secara automatik untuk disalurkan kepada tabung tersebut. Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19. Ada negara lain sudah buat begitu? Belum bukan? Malaysia yang pertama!
Usaha Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan kerajaan dilihat begitu prihatin dalam menjaga kebajikan rakyat ketika negara menerima impak wabak COVID-19. Lebih separuh daripada peruntukan iaitu hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat dan meringankan beban yang ditanggung oleh semua rakyat.
Foto: istockphoto
Sedangkan ketika ini, banyak rakyat lain di negara serata dunia menderita dengan tekanan kewangan yang menghimpit, disebabkan COVID-19.
Antara isi pembentangan:
Lebih 4 juta isi rumah berpendapatan bulan RM4,000 ke bawah akan mendapat bayaran RM1,600 bagi meringankan beban yang dialami akibat impak COVID-19 ke atas ekonomi negara ini. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020. Bagi 1.1 juta isi rumah berpendapatan RM4,000 hingga RM8,000 pula akan menerima bayaran RM1,000, di mana ia akan dibayar sebanyak RM500 pada bulan April, manakala selebihnya pada Mei tahun ini.
“Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang. Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan pakej itu yang disiarkan secara langsung di media elektronik.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Memilih Dima Garden sebagai tempat percutian untuk bahagiakan anak-anak, memang satu pilihan yang bijak.
Ini kerana di sini ada banyak aktiviti menarik yang anda boleh buat bersama anak-anak, macam tunggang kuda, memanah, dan main air di kolam renang. Pasti, seronok!
Menarik Di Dima Garden
Seperti yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Akmal Fahmi, Dima Garden adalah satu destinasi percutian yang sangat menarik.
Penginapan yang baru dibuka pada Ogos lalu itu antara lokasi berlibur yang mesra kanak-kanak dan terletak di Kuala Ketil, Baling, Kedah.
Seperti biasa, Dima Garden menyediakan kolam renang yang boleh membuatkan mereka ralit main air. Mak ayah kena pantau ya!
Tak cukup dengan itu, air pancut dari tiang bulat juga membuatkan si comel teruja nak berlari di sepanjang laluan yang tersedia.
Kolam renang memang best sebab ada dua iaitu kanak-kanak dan dewasa. Bersih dan boleh mandi sampai ke malam kalau mereka masih tak puas.
Pilihan Penginapan
Pilihan bilik ada dua jenis iaitu kayu cengal dan kabin. Ada bilik menghadap kolam dan ada yang tidak. Ada meja dan kerusi lepak tepi bilik.
Kalau nak lebih adventure, boleh cuba menginap rumah atas pokok.
Nak bilik macam ala-ala kapsul pun ada. Kamarnya juga memang versatil.
Ruang yang luas juga membolehkan Dima Garden membenarkan orang ramai menganjurkan majlis perkahwinan atau kenduri di sana.
Bagi anda yang cepat bosan dan tak tahu nak buat apa sebab line telefon dan talian Wifi tak ada, bolehlah habiskan masa bermain kenderaan ATV.
Bayaran yang dikenakan memang mampu milik. Caj hanya RM20, boleh pusing lima round dalam kawasan trek mencabar.
Namun, trek di sana agak ekstrem. Jadi, berhati-hati bagi mereka yang baru berjinak-jinak menunggang ATV.
Ada Tempat Tunggang Kuda
Owh ya, untuk budak-budak anda boleh bawa mereka tunggang kuda. Hanya RM10 untuk si kecil manakala dewasa dikenakan RM12.
Bukan itu saja, aktiviti lain seperti memanah juga disediakan dengan caj RM10 untuk tujuh panah. Mungkin satu pengalaman baharu buat mereka yang tak penah cuba untuk memanah.
Buat pencinta alam, mungkin kalian boleh try singgah ke Dima Garden kerana disajikan pelbagai aktiviti menarik untuk habiskan masa bersama keluarga.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...